SirapLimau berani bicara kisah rumah tangga secara terbuka
Blog Sirap Limau berani bicara hal rumahtangga secara terbuka bukanlah sesuatu yang biasa untuk masyarakat terutama orang melayu. Masalah dikongsi didalam blog SirapLimau dan pembaca akan memberi pandangan kepada masalah yang dikemukakan.
Sudah tentu di akhbar kita terbaca konflik rumahtangga seperti:
- mengenai suami curang
- suami bermain kayu tiga
- isteri curang, suami dayus
- tiada perasaan
- cinta beralih arah
- cemburu buta
- queen control
- cinta tiga segi
- gantung tidak bertali
Konsep lebih berani diketengahkan membincangkan masalah rumah tangga diblog dan komen diberikan untuk mencari jalan keluar.
Blog SirapLimau platform membicara dan kemelut rumahtangga
Bagi saya blog SirapLimau sangat berani menjadi blog sebagai platfom untuk pembaca meluah masalah mereka dan pada sama pembaca boleh memberi komen untuk memberi cadangan dengan kemelut rumah tangga yang berlaku. Sesuai dengan nama blog SirapLimau mempunyai rasa masam manis tidak kurang juga dengan masalah rumahtangga dan wanita ada pasang surutnya.
Konsep yang diketengahkan pernah dibawa sebuah rancangan bual biacara di Amerika. Saya tidak ingat nama tajuk program tersebut. Ia lebih kurang seperti ini, Individu A dan Individu B boleh membentang konflik diantara mereka didepan moderator dan penonton. Penonton akan memberikan pendapat mereka siapa yang berada dipihak benar samada individu A atau B.
Kalau cara konvensional akan ada ruang khas didalam majalah, akhbar tabloid atau surat khabar untuk pembaca menghantar masalah mereka bagi mendapatkan nasihat pakar. Ada juga kisah masalah rumah tangga ditulis atau nukilan rasa ditulis didalam bentuk cerita supaya dapat memberi tauladan kepada pembaca.
Saya tidak dapat hendak mengkaji secara mendalam kerana tidak mempunyai statistik SirapLimau untuk meneliti kelompok pembaca, jenis jantina, umur dan lokasi. Apabila klik salah satu post popular bulanan tidak menyangka pula permasalahan yang ditulis mendapat maklum balas baik dari pembaca. Ia menunjukkan setiap masalah yang dipaparkan didalam blog SirapLimau sudah mampu dibicarakan.
Rumusan blog SirapLimau
Saya percaya admin SirapLimau mempunyai nait baik dan tulus cuba mengunakan platform blog sebagai medium membicara masalah rumahtangga dan hal wanita. Ada entri yang bagi saya agak berani dan panas. Didalam realiti kehidupan saya percaya ia berlaku cuma kita rasa kurang senang dengan perkara menjelekkan @ negatif dikongsi secara terbuka. Mungkin Admin boleh mendapat nasihat daripada mereka yang pakar supaya ada jalan penyelesaian permasalahan dikemukan dan tidak tergantung.
Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com
Ramai tidak sudi berbincang topik ini secara terbuka, sebab berasa malu. Selalunya topik keluarga menjadi gosip semasa minum dkt mamak. Saya rasa, kalau topik ini bukan fokus pada orang tetapi fokus pada isu rumah tangga, ini boleh bawa impak positif.
Ini hanya pandangan saya je. Minta maaf dahulu.
Benar, kisah rumahtangga ada perkara perlu dijaga supaya tidak timbul masalah keharmonian rumahtangga yang dibina.
Kisah rumah tangga rasanya tak jadi masalah, yang menjadi masalah jika fokus kepada gosip dan negatif topik.
Perkara kisah rumahtanggan tidak semua boleh dikongsi untuk pengetahuan semua.
good luck ya 🙂
amal singgah sini.. selamat petang..
moga dipermudahkan rezekii… aamiiiin…
sememang nye diorang sungguh berani ..
wahh sirap limau ni dah macam ruangan Dang Setia harian metrollololo~~ haha
Saya sebenarnya kurang berkenan sekiranya isu rumah tangga dibincangkan secara terbuka. Memang ramai yang akan tertarik untuk melawat Blog SirapLimau sebab pastinya isu yang dibawa ada sensasi dan panas. Ala-ala macam gosip-gosip di ofis.
Lagipun, pendedahan benda-benda yang beraura negatif tak elok sebenarnya. Cuba buat konsep Blog Perkongsian Kejayaan Usahawan ker… Tak pun blog Tips Rumah Tangga Bahagia ke…
Sekadar pandangan jer Bro 🙂 Apapun, good luck!
nampak menarik. Memang tak banyak blog cerita secara terbuka macam blog sirap limau ni.
peribadinya..saya kurang setuju kalau permasalahan rumahtangga dibincangkan secara terbuka.. mungkin sbb saya ni sedikit konvensional.. terutamanya kes wanita yang tak berapa nak puas hati dengan suami masing masing.. tak baik membuka aib suami kecuali di depan penguasa.. nanti boleh berdosa. jadi bila menggalakkan perkara ni berlaku. secara tak langsung. yang buat blog terpalit dosa, yang baca pun sama..
melainkan..platformnya secara anonymous. still..saya agak tidak setuju..sbb tugas isteri jaga aib suami..tak puas hati dengan suami, berdepan dengan suami. atau ke pejabat kadi. bukan dibincangkan..
sekadar pandangan peribadi..
Tahniah kerana sama-sama memeriahkan lagi contest review siraplimau ini.
Good Luck pada yang menyertai..:)
Salam,
Review dari yang pakar… cukup masam manisnya.
Semoga berjaya!
Wah panjang lebar juga review bro…good luck ya
Terima kasih, harap dapat menang hadiah utama ke USS. 🙂
wow dah submit dah..aku pun baru siap semalam..gud luck bro
Lega dapat siapkan sebelum tarikh tutup. 🙂
Semoga berjaya dalam kontes ini.
Terima kasih bro. 🙂
satu ulasan yang menarik..semoga berjaya bro!
Terima kasih, selamat berjaya kepada bro.
peh, lewat tido malam ni aa…
apapun, terima kasih sebab sertai contest review sirap limau ini. Nanti aku update dibahagian peserta.
Terima kasih, harap entri mengikut garis panduan contest.
datang melawat di blog ini 😉
Terima kasih melawat blog ini. 🙂
Baru first time menjejak kaki ke blog ni. Memang sangat menarik.. Suka dengan gaya penulisan.. Insya Allah saya juga akan cuba untuk turut serta dalam contest ni.. Siapa tau ada rezeki ke USS.. nyummehhh..
Kalau sudah rezeki tidak ke mana. 🙂
selamat bersegmen.blog siraplimau memang menyegarkan ! 🙂
Segmen sejuk dan panas yang berani.