• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Siapa yang hebat main stack games

Siapa yang hebat main stack games

11th February 2014 by akubiomed 36 Comments

Stack games aktiviti beriadah bersama ahli keluarga

Sudah lama berhajat hendak bermain Stack block bersama adik-beradik Koning. Setiap kali ternampak Stack blok @ blok kayu terdetik hendak beli tetapi akhirnya terlupa.  Baru-baru ini pergi ke pasaraya Tesco ternampak permainan Stack ’em ini dijual. Apa lagi terus sambar satu set blok Stack ’em untuk dibawa balik.

stack games

Main Stack ’em tanpa tekanan

Bukan main seronok lagi dapat bermain blok kayu Stack ’em bersama anak-anak. Permainannya mudah tidak ada tekanan. Cara bermain adalah dengan menarik blok satu persatu mengikut giliran.  Pada peringkat awal menara blok kayu ini masih lagi utuh walaupun ditarik satu demi satu. Satu peringkat menara blog kayu sudah mula goyah dan hilang kestabilan. Giliran yang gagal menarik blok kayu dengan kemas menyebabkan menara blok kayu Stack ’em ini akan runtuh akan dikira kalah.

Bermacam-macam trik kami guna untuk menewaskan pihak lawan supaya digiliran seterusnya diharapkan menara blok kayu ini akan runtuh. Apabila sampai masa menara ini mula goyah dengan perlahan-lahan menarik blok supaya ia tidak tumbang.

Seronok mendendar suara hingar-bingar anak

Seronok dapat melihat keriangan anak-anak ketika bermain Stack ’em ini dengan masing-masing tidak mahu mengalah. Ada yang provokasi ada yang mengejek dan ia memberikan suasana ceria didalam keluarga. Saya dan isteri tersayang tersenyum melihat gelagat anak-anak bermain blok kayu Stack ’em ini. Ada masa hampir bergaduh kerana dek ejekan tetapi hubungan adik beradik rapat ‘ibarat air yang dicincang tak akan putus’ begitulah hubungan adik beradik. Tidur bersama, makan bersama dan mandi pun bersama.

Permainan tradisional Congkak.

Sudah lama tidak beriadah dengan anak-anak sebegini. Saya suka main permainan Congkak. Dahulu ada bermain Congkak bersama anak-anak. Bahagian yang paling seronok apabila dapat bom lubang guli yang terbanyak. Apabila bermain Congkak perlu ada muslihat untuk menang tetapi ia adalah senjata rahsia untuk mengalahkan pihak lawan.

AkuBiomed: Apa aktiviti sahabat blogger lakukan bersama keluarga diwaktu lapang?

  • Bapa dan anak kusyuk bina LEGO CITY ADVENTURES
  • Tiket ke Legoland dengan contest mudah Published2u.com
  • Jadi Ninja Warrior selepas berlatih di LEGO Ninjago Battle Dojo.

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. hafizmd says

    19th February 2014 at 3:58 pm

    Best jugak ni. Boleh masuk list utk main ngn anak2 nanti. sekarang hold dulu, habis dibuat baling2 nanti oleh hero kecik tu..hehe

    ambe kalau lapang, biasanya main beskal, main lukis2, main matematik, main badminton, main kejar2…macam2 lagilah anak2 ni dera…hhhoho

    Reply
  2. Hazmin Hamudin says

    19th February 2014 at 10:08 am

    Memang pernah main permainan ni dulu. Seronok kalau main ramai2. Pasti riuh jadinya. Strategi juga kena ada masa nak main.

    Reply
  3. KiD says

    16th February 2014 at 10:17 am

    kalau anak aku besar sikit lagi, boleh dah main mende ni.. skrang main.. berterabur jadinya.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:45 am

      Tak apa boleh tunggu. 🙂

      Reply
  4. hazman aka species1980 says

    15th February 2014 at 4:01 pm

    game nie ada dalam rancangan The Influencer aritu… memang kena relax laa… tapi macam saya nie kalau game dah kurang dah… acara makan-makan tempat baru je skang nie…hehehehhe

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:46 am

      Memang perlu kesabaran bermain. Lagi pun permainan ini lebih santai.

      Reply
      • hafizmd says

        19th February 2014 at 4:00 pm

        hari tu tgk citer running man episod berapa ntahlah..

        ada stack games versi besar punya…siap duduk atas sekali…seronok pulak tengok…hee

        Reply
  5. Norasikin says

    14th February 2014 at 10:47 pm

    Hujung tahun lepas saya baru belikan stack game ni utk anak tapi yg kecik punya. Dibuat dari kayu jugak tapi baru RM3.90. Boring nak main dgn anak. Ada ke patut tarik kayu guna dua tangan?

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:46 am

      Mana aci main macam tuh. 🙂

      Reply
  6. AUC says

    14th February 2014 at 10:10 pm

    kena kemahir dan kesabaran main benda alah ni..

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:47 am

      Cuba bermain permainan ini selain bermain PS2, Computer Game dan Tablet.

      Reply
  7. Juan says

    13th February 2014 at 5:01 pm

    hingga kini saya x pernah main game ni

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:48 am

      Bolehlah bermain dengan rakan serumah. 🙂

      Reply
  8. QZ92 says

    13th February 2014 at 3:23 pm

    stack game ni best..
    selalu main ngan adik. selalu jugak menang haha..

    last last adik gua tendang je stack game tu. bengang katanya.

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:48 am

      Ha..ha..biasalah tuh. 🙂

      Reply
  9. ema says

    13th February 2014 at 1:10 pm

    bagus ada aktiviti dengan anak-anak mcm ni..boleh eratkan hubungan keluarga malah minda anak pun berkembang…

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:48 am

      Permainan seperti ini lebih seronok untuk anak beranak.

      Reply
  10. Sop says

    12th February 2014 at 11:56 pm

    blom pernah ajak anak2 main nih
    byk main game tablet jer anak2 skrg.. adus 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:49 am

      Bolehlah cuba beralih permainan klasik ini.

      Reply
  11. kesoma.rai says

    12th February 2014 at 5:18 pm

    husband dengan anak-anak hantu lego.. biasanya diorang berbincang anak beranak buat design baru dengan koleksi lego yg ada tu..

    selain dari tu sesekali kami main kad jugak.. kad uno ke old maid..

    nanti nak beli congkak.. sambil2 ajar anak mengira.. hihihi…

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:49 am

      Permainan klasik masih lagi menghiburkan untuk bermain bersama.

      Reply
  12. papa mifz says

    12th February 2014 at 4:44 pm

    den kalau nak beli benda2 macam tuh kene tunggu anak den besar lagi sikit…hehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:50 am

      Faham..faham..:-)

      Reply
  13. hafiz says

    12th February 2014 at 2:07 pm

    Dengan anak2 saya main ps2 je..

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2014 at 5:45 pm

      PS2 hanya pada cuti sekolah.

      Reply
      • suri says

        14th February 2014 at 11:04 am

        he..bolehlah sebab ada anak lelaki ya tak heee

        Reply
  14. Ummi Hanie says

    12th February 2014 at 12:50 pm

    masa kecil2 dulu abah saya belikan mainan serupa begini, jenama saja lain… UNO Stacko. sampai skrg saya masih simpan bilah2nya tapi anak2 buat main, dah hilang2.

    seronok bila begini dpt mengeratkan lagi hubungan famili.

    oh congkak. bestnya. saya masih simpan kayu congkak. antik tu 😉

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:51 am

      UNO Stacko memang jenama terkenal.

      Reply
  15. suri says

    12th February 2014 at 11:04 am

    ada beberapa kali main masa duduk umah sewa best dan layan jugalah

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:52 am

      Ada yang tidak puas hati dengan meruntuhkan? 🙂

      Reply
  16. Denaihati says

    12th February 2014 at 9:50 am

    nampaknya kena sabar main ni, stratergi pun memang kena ada kot…

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:52 am

      Perlu bijak merancang strategi untuk menang.

      Reply
  17. Ahmad Fauzi Aryaan says

    12th February 2014 at 9:20 am

    Hahaha..tetibe terbuka hati nak maen menda alah ni laaa

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:52 am

      Bolehlah bermain. 🙂

      Reply
  18. titan says

    11th February 2014 at 11:53 pm

    ini kalau main..memang riuh sekampung dibuatnya nih..

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:53 am

      Memang pun. Ada yang tidak puas hari apabila tarik runtuh. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in