Selfie ring light diklip pada smartphone Redmi Note 3
Selfie ring light jadi gambar tidak lagi kelam sebab kurang cahaya.
Selfie ring light ini lebih mudah saya untuk snap gambar dengan cahaya tambahan. Saya kurang gemar guna flash terbina dalam Smartphone yang menghasilkan gambar terlalu terang hingga hilang keperincian subjek gambar dan ada kala terambil gambar subjek mata berkelip kerana silau pancaran flash.
Smartphone yang jenis enhance mempunyai kebolehan flash skrin cahaya putih semasa mengambil gambar selfie @ swafoto tetapi smartphone yang tidak mempunyai ciri tersebut akan menghasilkan gambar kelam dan gelap disebabkan kekurangan sumber cahaya. Faktor pencahayaan adalah penting bila setiap kali mengambil gambar dengan mengenalpasti dari mana datangnya sumber cahaya.
Cahaya yang suram adalah musuh bagi yang suka mengambil gambar. Selfie ring light ini boleh membantu sebagai cahaya tambahan boleh dipasang untuk posisi selfie, mod kamera dan mod video. Kelebihan selfie ring ini akan sentiasa menyala jadi mudah untuk melihat kecerahan cahaya sesuatu objek dan subjek.
Kebiasaan snap dahulu baru flash menyala dan barulah melihat hasil samada gambar yang dihasilkan cukup cahaya atau tidak. Berbeza bila guna Selfie Ring Light ini boleh lihat pada mod semasa ketika hendak mengambil gambar objek dan dah boleh tahu akan hasilnya.
Selfie ring light adalah hot item dipasaran
Kelebaran diameter 8.6cm mudah untuk klip pada Smartphone
Selfie Ring Light berbentuk klip menjadi ia universal mudah untuk klip pada Smartphone
3 Mod kecerahan cahaya. Mod 1 dan Mod 2 sudah memadai. Mod 3 terlalu cerah boleh silau mata
Ciri-ciri Selfie ring light XJ-01
- Cahaya putih julat cahaya 5000k-7000k
- Kelip kegunaan universal
- Dikuasakan 2 bateri AAA
Contoh hasil gambar mengunakan Selfie ring light.
Lego imitation pada jarak dekat
Kesan efek ring pada anak mata
Berpuas hati selepas mengunakan Selfie Ring Light ini. Walaupun pada mula agak skeptikal kemampuan ia beri sumber cahaya kepada objek dan subjek. Pengalaman mengunakan mod video chat menjadikan gambar lebih terang dilihat oleh pihak satu lagi.
Selfie Ring Light ini boleh dikombinasi dengan pemegang Smartphone Lazy Stand dari Remax
Selain itu Selfie Ring Light ini sesuai untuk ambil gambar produk kerana boleh agak hasil gambar kerana ia sentiasa bercahaya. Berbanding mengunakan flash akan menyala selepas tekan butang snap kecuali mod video lampu flash boleh on sepanjang masa. Berbaloi dapatkan Flash Ring Light ini.
Boleh dapatkan Flash Ring Light ini Lazada.
tak perlu cari tingkap lagi nak bergambar lepas ni..hehe
Nak cari sumber cahaya boleh diselesaikan dengan selfie ring. 🙂
sampai phone pun dah ada ring light..haha..tapi ramai juga masih tak tahu guna cahaya sebenarnya nak tangkap gambar..flash ada, tapi tak tahu bila masa sesuai nak gunakan
Serius jimat selepas mengunakan dispenser foam ini.
Nice thing I have seen this on youtube.
It make a selfie more clear then we snap normally from phone.
Selama ni, kena cari tempat terang untuk tangkap gambar. Lepas ni…tempat terlindung pun sudah boleh bergambar.
Menarik juga benda nie…. Macam nak dapatkan seketul je
Murah jer dan harganya bawah RM10 boleh dapatkan dari Lazada
menarik!
versi mini boleh bawa mana-mana degn hp dan senang nk guna..
Ya, betul-betul handy kan. 🙂
memang sesuai bagi yang suka live video FB ni.. masa ni trending makeup live
Ya, betul boleh gunakan Selfie Ring Light pada harga mampu milik. 🙂
Oh sangat mudah dan cantik juga gambar tu
Boleh tahan kecerahan cahayanya.
kamera phone dah rosak.
so, takleh dah nak selfie.
Adehhh.
mahal tak ? berapa harga selfie ring tu ?
Murah jer Selfie Flash Ring ini RM9.90 di Lazada
Selfie Ring Light ini pun murah tetapi jangan pandang rendah kemampuannya.
Memang sangat membantu, terutama bila live kat fb dgn IG untuk review atau talk. Sangat cantik cahaya. Just perfect
Cahaya tambahan yang membantu dan harganya juga murah.
Terbaik juga benda alah ni. Tak perlu bajet besar untuk buat lighting.
Low bajet Selfie Ring Light yang boleh dimiliki.
memang betul, saya juga mcm tu, x suka guna flash, gambar terlalu terang dan semakin x cantik, produk macam selfie ring light ni nmpk menarik, penyelesaian kepada masalah flash terlalu terang
Cahaya Selfie Ring Light ini selalu menyala. Jadi senang nak tahu gambar terlalu cerah atau sebaliknya selain ia mempunyai 3 set mod kecerahan.
Thanks bos berkongsi. Senang sikit lepas ni nak shoot gambar produk. Baru cantik sikit. Ni orang tengok pun takde selera nak membeli hehe
Hijabister wajib ada heheh
Ya wajib ada perlu combine dengan Remax Lazy stand.
Bagus juga ada selfie ring light yang mampu menggantikan flash smartphone. Selalunya kalau ambil gambar produk kena ambil pada jarak dekat, tapi masalahnya kurang cahaya dan bila guna flash habis gambar jadi putih. Peniaga produk perlu cuba ni.
Selfie ring light ini boleh digunakan sebagai lampu strobis untuk mengambil gambar produk.