#SaveJejai mengharap adanya sinar

#Save Jejai harapan ikhlas meringan beban seorang sahabat blogger.

Saya agak terkejut membaca entri seorang sahabat blogger Fitrihadi menulis mengenai masalah kesihatan yang  serius dialami seorang kenalan yang juga seorang blogger iaitu saudara bro Jai pemilik blog Teratakamo.

Kemudiannya saya seterus melayari blog sahabat rapatnya iaitu bro Eyriqazz turut menulis entri mengenainya  dan muncul beberapa lagi entri sokongan untuk mendapatkan dana bantuan bagi meringankan perbelanjaan kos rawatan beliau.

Sudah beberapa kali saya terlihat gambar beliau dan terdetik untuk bertanyakan hal ini. Saya bukanlah ahli Nujum Pak Belalang tetapi berkerja di sektor Kejuruteraan Biomedikal sudah boleh agak masalah kesihatan yang dialami oleh beliau adalah serius. Kebetulan saya dapat bertemu beliau buat pertama kalinya di Dutch Lady Get Smart Get Famous Finale di Piazza@TheCurve dengan berani saya menanyakan agakkan penyakit yang dialami oleh beliau itu serius. Beliau mengakui masalah kesihatan yang dialami sangat serius dan kritikal. Hanya beberapa blogger rapat sahaja mengetahui mengenai keadaan kesihatan beliau dan meminta saya merahsiakan dari pengetahuan umum.

Bro Jejai dan Rayyan Harries

Bro Jejai dan Bro Framestone

Ben Ashaari dan Bro Jejai

Bro Jejai bersama rakan blogger

Bro Jejai dan AkuBiomed

Didalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beliau masih aktif melibatkan diri dengan aktiviti blogging dan menghadiri majlis yang dianjurkan. Maaf, saya masih menyimpan rahsia ini dan tidak akan mendedahkannya kerana ia adalah janji saya pegang dengan beliau.

Bro Jejai di Sepetang bersama blogger anjuran DenaiHati

Beberapa entri dari kenalan rapat bro Jejai:

Seperti yang dikongsikan didalam entri bro Eyriqazz adalah sukar untuk menyimpan rahsia yang seberat ini dan lebih maklum penderitaan yang dialami oleh beliau tidak dapat digambarkan dengan perkataan mahu pun kata-kata. Sebagai seorang insan ada bantuan yang boleh dihulurkan sebagai tanda persahabatan.

Akaun Maybank  Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)

Akaun Maybank : 164089741562 (isteri Je Jai ,Mazliana Othman )
AkuBiomed: Bro Jejai janganlah tolak bantuan yang dihulurkan anggaplah ia bantuan ikhlas sebagai tanda persahabatan dan kasih seorang sahabat.
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Datin Tyka June 8, 2013 at 11:00 pm

    Al-Fatihah… semoga rohnya dicucuri rahmat

  • hairulafiz November 8, 2012 at 2:19 pm

    semoga saudara jejai cepat sembuh…..

  • mia liana August 28, 2012 at 11:26 pm

    semoga kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. cepat2 sembuh ya bro jejai…

  • eiela August 27, 2012 at 11:02 am

    semoga bro jejai kuat hadapi dugaan nih.

  • Juan August 25, 2012 at 10:22 pm

    eh betul ker ni, saya baru ja tau pasal nih

  • Bro Zulkbo August 25, 2012 at 11:43 am

    salam..
    saya tidak mengenali beliau
    tetapi ada sahabat baik saya
    satu opis dengan opis beliau
    pernah cakap tentang penyakit
    beliau..simpati juga..kalau tak
    silap kesan merokok..moga beliau
    cepat sembuh

  • sha August 24, 2012 at 3:03 pm

    #savejejai

  • Shasha Mohamed August 21, 2012 at 10:36 pm

    Sempena hari yang mulia ini saya doakan semoga saudara Jejai cepat sembuh.
    Insyaallah.

  • Jebeng Otai™ August 20, 2012 at 8:41 pm

    berat mata memandang..berat lagi bahu memikulnya..
    Jebeng Otai™ recently posted..Selamat KembaliMy Profile

  • lepakk.com August 20, 2012 at 10:54 am

    Semoga beliau sihat kembali insyaAllah

  • Shasha Mohamed August 18, 2012 at 11:53 pm

    Semoga bloger Jejai bertambah sihat hendaknya.
    Besok raya, saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin jika ada salah dan silap saya selama ini.

  • Shasha Mohamed August 18, 2012 at 11:38 pm

    Subahanallah. Semoga bloger Jejai bertambah sihat. Sempena Aidil Fitri yang indah ini saya iringi doa untuk beliau.

  • Shahrul August 18, 2012 at 5:47 am

    Semoga beliau kuat semnagat untuk hadapi dugaan ni…kita sama2 doakan
    Shahrul recently posted..Seksyen 114A, Kerajaan Terburu-buruMy Profile

    • akubiomed August 18, 2012 at 9:08 am

      Besar dugaan dan penderitaan yang beliau lalui.

  • pipoq August 18, 2012 at 1:40 am

    semoga Allah memberikan ketabahan kepada sahabat kita dalam mengharungi ujian ni..

  • sweetkurma August 17, 2012 at 8:54 pm

    mmg terkejut sangat2…moga dia terus tabah

  • titan August 17, 2012 at 7:03 pm

    yap. mari bantu semampu yang kita mampu..
    titan recently posted..Duit Raya dari Mama MuraiMy Profile

  • papa mifz August 17, 2012 at 5:29 pm

    semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan nih…dan semoga semakin ramai yg berkemampuan sudi membantu…

  • budak felda August 17, 2012 at 5:06 pm

    mudahan beban beliau dpat diringan dgn bantuan kita

  • azman August 17, 2012 at 4:14 pm

    Baru terbaca hari ni..saya dah beberapa kali jumpa beliau(pandai dia sembunyi sakit )…insyallah sedikit bantuan akan diberikan.

    • akubiomed August 17, 2012 at 4:54 pm

      Keprihatinan rakan maya amat dihargai.

  • maza August 17, 2012 at 3:45 pm

    Subahanallah..

    Tuhan memberi peluang untuk membuat jasa dan pahala ni..
    Inysallah barangmana seikhlas mungkin menghulurkan bantuan…

    Allahuakhbar!

    • akubiomed August 17, 2012 at 4:54 pm

      Insyallah niat yang ikhlas akan dibalas baik oleh Allah SWT.

  • hafizmd August 17, 2012 at 3:24 pm

    Semoga ramadhan ini memberi sinar dan ketabahan yg lebih utk beliau…ameen

    thanks bro ab berkongsi…

    • akubiomed August 17, 2012 at 4:55 pm

      Berat penderitaan yang ditanggung oleh beliau. Bantuan yang dihulur dapat mengurangkan beban untuk kos rawatan.

  • anif August 17, 2012 at 3:09 pm

    Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini #SaveJejai
    anif recently posted..Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan BatinMy Profile

    • akubiomed August 17, 2012 at 4:55 pm

      Beliau seorang yang kuat dan tabah.

  • sop August 17, 2012 at 3:00 pm

    moga bro jejai tabah dan cepat sembuh
    tahu beliau tp x kenal [cam ner ek]
    sop recently posted..Bloggers.com adalah untuk pemilik blogMy Profile

    • akubiomed August 17, 2012 at 4:56 pm

      Beliau seorang yang ramah walaupun pertama kali bertemu mata.

      • lepakk.com August 20, 2012 at 10:56 am

        Apa penyakitnya masih menjadi tanda tanya….apa sakit nya?