Minta kongsi resepi biskut kuih Raya Sarang Semut
Tak sangka selepas pos gambar biskut sarang semut di Fan Page AkuBiomed mendapat perhatian dan perbualan hangat. Ada yang minta resepi kuih Raya Sarang Semut ini untuk dikongsikan.
Bahan-bahan membut biskut Sarang Semut.
- 250gm butter
- 100gm gula halus
- 350gm tepung gandum (ayak)
- 100gm tepung jagung (ayak)
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
Hiasan
- Sedikit cokelat rice, sedikit manik warna-warni
- Paper cup kecil
Cara membuat
- Pukul butter dan gula.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla
- Gaul rata
- Masukkan tepung & gail rata
- Parutkan adunan ke dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam paper cup
- Taburkan cokelat rice dan manik gula
- Bakar 180c selama 15 minit.
AkuBiomed: Selamat membuat resepi biskut kuih Raya Sarang Semut.
sedapnya biskut nie.. tapi bila saya perhatikan.. semua kuih raya resepinya lebih kurang sama.. cuma sukatan sikit berbeza dan ditambah dgn bahan2 lain.
Bro lebih tahu. 🙂
bro yang buat ke ni..hebat.. meh hantar sikit kat rumah…
aku ni tahu makan je
dari dulu sampai la sekarang ni
Boleh minta isteri tersayang tolong buatkan, 🙂
Senang jer bro. Boleh buat sendiri kuih Raya Sarang Semut ini. 🙂
tempah 2 bro…
dulu mak den selalu buat kuih sarang semut nih , cuma skrg mak den dah tak selarat dulu nak membuat kuih…huhu
Boleh tanya ibu Papa Mifz mengenai resepi Sarang Semut ini.
sedap kuih ni. na cuba buat la, bahan dah beli semalam
Selamat membuat kuih Raya Sarang semut.
kalau sy makan je tahu…nak buat memang tak tahu la walaupun da ada resipi…hee
Kena pandai buat juga kuih ni, kalau tak pegang je dah hancur
Memang betul tetapi sudah masuk mulut. Rasanya sedap. 🙂
Boleh buat sendiri dah ok la jimat.
pernah buat tapi kurang menjadi..hehe malu sendiri
saya x pernah lagi buat kuih sendiri, maklumlah bujang, hehehe
Hehe..seronoknya buat kuih raya sendiri..makan pun puas hati..nampak mengiurkan masa ni..hahaha
Setakat ini baru rasa biskut Raya Chocolate Chips. 🙂
Iyo memang sodap, cubo tukar butter tue pakai majerin sodap tak 😉
Rasanya mengunakan butter lebih sedap berbanding marjerin berasaskan tumbuhan.
Biskut ni memang menjadi kegemaran saya dari dulu lagi,sedap sangat
Nanti sudah beristeri berpesan kepada beliau jangan lupa buat biskut Raya Sarang Semut. 🙂
saya dah buat pun…..banyak komplen,,,anak-anak cakap sedap sangat….hehe
Komplen sedapyer bro. 🙂
Sedap Biskut Kuih Sarang Semut ni… Saya Pantang……
Pantang jumpa Biskut ni, pasti nak makan… 😉
Pantang tengok yer terus ngap masuk mulut. 🙂
Tahun ni beli je biskut sarang semut ni. Kalau buat sendiri mesti lebih puas hati…
Kebetulan anak-anak sudah besar. Kalau tidak kami beli kuih tunjuk juga. 🙂
dari gambar, nampak sedap bosssss
Sudah tentulah sedap. Air tangan isteri katakan. 🙂
biskut ni pun sampai sekarang fames, memang sodap.
Antara biskut kuih Raya yang boleh dikatakan evergreen. 🙂