Lukisan abang Long yang spontan melakar MH370
Hari ini lukisan abang Long membuat hati saya tersentuh setelah menunjukkan lukisan kapal terbang MAS MH370 hilang Boeing 777-200 yang dilaporkan hilang sejak hari Sabtu minggu lepas.
Ketika sibuk melayari internet tab, tiba-tiba abang Long bertanya:
Abang Long : Babah apa nama kapal terbang?
Babah : MH370
Tidak lama kemudian abang Long menunjukkan gambar lakaran kapal terbang dengan tertera tulisan MH370 dibawah lakaran tersebut. Terbit persayaan sayu melihat lukisan tersebut dengan perkembangan terbaru mengenai status MH370.
AkuBiomed: Saya dan rakyat Malaysia mengharapkan sinar harapan untuk keselamatan dan nasib penumpang dan anak kapal MH370.
sama-sama kita doakan semoga MH370 dipermudahlan ditemui dan semua krew dan penumpang semua selamat.
moga Allah mempermudahkan dalam pencarian MH370 ini
Assalam..
Walaupun tak ada saudara-mara saya, saya tetap simpan seribu harapan agar semuanya selamat dan dijumpai.
Anak2 pun tahu dan ambik cakna akan kesedihan dan isu2 semasa yang berlaku..
semoga misteri kehilangan MH370 akan cepat dirungkai…
sama sama kita doakan 🙂
buat keluarga mangsa saya ucapkan semoga bersabar dan kita sama2 berdoa semoga ia berakhir dengan baik,
Doa rakyat Malaysia keselamatan penumpang dan anak kapal MH370.
semoga mereka semua selamat hendaknya.
Mudah-mudahan. Ameen.
Semoga ada berita baik buat waris mh370…amin
Sudah tentu menaruh harapan status MH370.
Anak kecil pun mengerti dan mengharapkan mangsa-mangsa dapat pulang dengan selamat.
Terkejut saya apabila anak menunjukkan lakaran MMH370.
Teruskan berdoa rakyat Malaysia mudah2an pesawat kita MH370 pulang mendarat dengan selamat 🙂
Mudah-mudahan musibah ini berakhir dengan cepat.
pandai juga anak bro melukis…
semoga MH370 dijumpai secepat mungkin…amin…
Saya sendiri terkejut melihatnya buat pertama kali.
memang rasa sayu….
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul….
Tugas berat bagi RSA untuk mencari MH370 yang masih hilang.
Pandai anak bro melukis MH370…
Terima kasih bro.
Insya-allah kita jumpa balik MH370 tu. Abang Long keep on praying ya..
Hanya Alah Maha Mengetahui.
kita doakan semoga semuanya akan kembali pada asal bukan buat perkara yang mengarut..mencalarkan hati mereka yang sedang bersedih.
sungguh menekan jiwa selagi tak jumpa pelbagai andai orang akan buat hal..sungguh kecewa.
Banyak sangat spekulasi sehingga menjejaskan emosi keluarga mangsa.
Semoga segala usaha mencari dipermudahkan. Amin..
Harap ia dapat diselesaikan dengan cepat.
kanak-kanak mudah menerima info baru ke minda mereka..
Saya sendiri tidak sangka.
Mesti kat sekolah.. subjek lukisan, semua pakat lukis gambar mh370 …
Tentu banyak pengajarannya di atas kehilangan mh370
Sudah tentu seluruh dunia ingin tahu apa ang berlaku sebenarnya kepada MH370.