Anak buah perempuan pertama genap setahun.
Semalam saya dan adik-beradik Koning menghadiri majlis kesyukuran anak buah perempuan yang pertama didalam keluarga kami. Sekejap masa berlalu sudah genap usianya setahun.
Majlis kesyukuran dijalankan didalam majlis kecil dengan menjemput jiran tetangga dekat sahaja. Saya mengambil peluang untuk merakam saat bersejarah ini kerana memang sukar untuk mendapatkan bidikan terbaik kerana anak buah saya Nor Iris Amani ini bergerak ke hulur dan ke hilir. Sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan hasil bidikan terbaik.
Maafkan Pak Long lepas geram membidik gambar Nor Iris Armani yang gwiyomi.
Antara kuih-muih dihidangkan untuk tetamu.
AkuBiomed: Seronok membidik gambar si cilik kerana ekspresi mereka jujur dan ikhlas. Selamat menyambut ulang 1 tahun kepada anak buahku Nor Iris Amani.
Hehe..tembamnya pipi..bab kuih tu memang mengiurkan..haha
tambam giler pipi..haha
hehe sangat comel anak buah.. jgn lupa mintak kat uncle biomed duit raya banyak2 nnt
Duit Raya disediakan. 🙂
Wah comel tu anak buah…
Comelnya Iris
selamt hari lahir amni moga jadi anak soleh dunia dan akhirat ya
Happy belated birthday Nur Iris. stay cute ok… 😉
rasanya baru sangat, azrin bagi tahu jadi pak long, tup2 dah setahun ya, alhamdulillah moga menjadi anak yang solehah dan cemerlang di sisiNya, aminnn
Biasa follow kisah iris di IG jer
ho ambil tahu dalam diam yer
Rasa nak cubit pipi gebu tu…hihihi
Selamat ulang tahun kelahiran..
happy sangat2 tengok gambar budak2 ni..
Memang susah hendak mendapat seyuman dari Iris ini. Saya berusaha merakam moment ini.
nak pipi dia..nak gigit2..hehe
Tak boleh gigit. 🙂
comelnyaaaaaa…geram tgok dia buat muka duck face tu…
Duck face reaksi terbaru kebetulan dibuat. Dapat juga snap. 🙂
comel sangat gegurl pakai baju oren tu..happy birthday!!
Baju oren pemberian pak long. 🙂
yomeynyeee….happy birthday
Comelnya la Dia, dengan Kain kembangnya, Haishhhh!! Bila la nak merasa berbaby ni. Selamat ulang tahun ke 1 tahun pada Nor Iris Amani.
Insyallah akan ada zuriat sendiri.
boleh Mifz nak berkenalan tak..?? hehe…
Kena tulis proposal dahulu. 🙂
wah dasyat kena buat pembantangan dululah ..isyh..isyh..isyh..
Semoga menjadi anak yang soleha, Anak buah KM pun dah setahun 5hb July 2013. Maknya buat bubur kacang dan meehoon sedekah untuk anak-anak jiran di taman perumahan
alah2…comel betullah…
kiranya ‘bunga sekumtum penyeri tamanlah ni’
Betultuh bro. 🙂
ada bunga barulah berseri
Kuih tako tu feveret den tu..
Alhamdulillah.. Semoga panjang umur dan menjadi anak yang solehah, Amin..
Ameen. 🙂
karipap tu nampak macam sedappp aje..
Bukan nampak sedap tetapi memang sedap. 🙂
saya x leh tgk karipap, saya nak makan jer
selamat hari lahir dari tok ki putih hehehe
Telur merah ni rasa lain ke. Ke rasa macam rempah-rempah yang macam telur warna coklat kehitaman tu? kalai pertama tengok telur merah haha
Telur rebus dan warna merah sahaja.
kenapa telur tu merah, bro
adakah isinya juga berwarna merah
Luar kulit yang berwarna merah.
Selamat hari lahir buat anak buah, lawa baju dia warna oren, look colorful. Btw, tak pernah pulak tgok telur warna merah tu & apa simbolik bagi kpd tetamu?
Baju pemberian saya kepada anak buah. Pemberian telur merah adalah amalan masyarakat cina. Ia adalah simbolik kesejahteraan.
Memang mencabar bidik gambar budak ni..tapi best la dgn aksi dorang..
Ekspresi mereka ikhlas dan jujur.
selamat hari lahir buat anak saudara bro, Nor Iris Amani. semoga jadi anak yang solehah. nampak meriah majlis ni. telur merah tu macam telur pindang agaknya.
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang pertama buat Nor Iris Armani yang comel…
** Errr…telur merah tu macam mana rasanya ye bro?
Ia adalah telur rebus yang berwarna merah. Boleh makan.
alalala comelnya si tecik ni.. selamat ulang tahun sayang.. semoga menjadi anak solehah ya..
Ameen..:-)
bila BD ank buah bro? kalu semalam sama dgn den (caittttt….. tu pun nak bgtau ke? hahaha)…. hepi BD kpd si comel!
Selamat hari lahir bro. 🙂
selamat hari ulang tahun buat anak buah bro…..budak-budak memang suka makan kek….
Semalam kek sambutan hari lahir adalah perisa cokelat.