Langkah Pertama Baby Aslah

Langkah pertama adalah keazaman

Pasti didalam kehidupan kita akan mengambil langkah pertama yang berkemungkinan memberi impak dan kesan besar kepada perjalanan kehidupan kita. Ada yang takut hendak melakukan langkah pertama kerana bimbang akan perkara-perkara yang tidak dijangkakan tapi apakah kita akan menahan diri sendiri untuk berada di zon selesa. Sedangkan orang lain maju kehadapan dengan tidak memandang kebelakang.

Baby Aslah mula melakukan langkah pertamanya

Minggu lepas Baby Aslah telah berumur 8 bulan 2 hari buat pertama kalinya telah melakukan langkah pertamanya. Ada beberapa perkara yang dapat aku pelajari kegigihan Baby Aslah melakukakan pertamanya. Baby Aslah perlukan mengumpul keberanian dan keseimbangan badan sebelum melakukan langkah pertamanya. Semasa melakukan langkah pertama Baby Aslah akan hilang imbangan dan jatuh lalu menangis menahan kesakitan akibat jatuh. Aku membantu menenangkan Baby Aslah dan memberi keyakinan untuk cuba demi cubaan. Apabila kepenatan Baby Aslah akan memusingkan badannya sambil menghulur 2 tangannya dan mengharapkan aku mendukungnya.

Baby Aslah Langkah pertama

Setiap kita pernah melakukan langkah pertama didalam kehidupan. Semasa membuat keputusan genting kita akan mempunyai kebimbangan kegagalan bakal menerpa kita tetapi adakah ia menghalang kita dari maju setapak demi setapak? Ujian sepanjanga perjalanan ada yang pahit untuk ditelan tetapi ia adalah ilmu yang berguna mematangkan kita supaya tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Apa yang aku perhatikan apabila Baby Aslah ketika melangkah dia tidak pernah pandang kebelakang sebaliknya memandang kehadapan untuk menyusun langkahnya supaya sentiasa maju ke hadapan.

Pesanan tidak rasmi untuk Tengkorak Emas

Aku menerima salinan warkah tidak rasmi dari Tengkorak Emas. Beliau telah diterima masuk melapor diri ke latihan Maritim dan buat seketika blog Tengkorak Emas akan menyepi. Tanniah kepada Tengkorak Emas berani melakukan langkah pertama.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • padin July 25, 2011 at 6:42 pm

    ahahh comelnya…
    langkah kecil comel, ngee~ pasni bro yang letih kejar baby miahahaa
    padin recently posted..Honda CivicMy Profile

    • akubiomed July 25, 2011 at 10:51 pm

      Merangkak pun sudah terkejar. Hari ini sebatang gigi bawah sudah mula menunjukkan dirinya :-)

  • nuriz July 24, 2011 at 11:19 am

    eh dah 8 bulan leh jalan dah, anak sedara sy 1thn baru merangkak hehe..meniti je kat tepi kerusi tu..kira cepat betul Aslah ni ek

    • akubiomed July 25, 2011 at 1:12 am

      Baby Aslah sudah mula panjat kerusi dan duduk :-)

  • wazy July 22, 2011 at 3:59 pm

    Anak sedara saya baru je pandai meniarap,kalau nak bertatih lambat lagi kot

    • akubiomed July 23, 2011 at 1:48 am

      Kalau sudah meniarap pun tidak terkejar :-)

  • azura July 21, 2011 at 2:12 pm

    agaknya macam tu juga waktu kita first time “tatih”kan…mesti ayah dan ibu kita juga happy time 2

    • akubiomed July 22, 2011 at 2:58 pm

      Betul, ibubapa mana tidak suka melihat tumbesar anak-anak. Pengalaman sekali didalam hidup jadi nikmatilah

  • Kimmy July 21, 2011 at 12:32 pm

    Alololo..comelnya..tatih..meh sini meh..(eh tetiba pulak) haha

  • MEKAR July 21, 2011 at 10:44 am

    Jangan takut untuk mulakan langkah pertama.
    pst: btuah kita hidup zaman ini kerana ada blog yg boleh myimpan segala diari ttng kehidupan. Anak2 dah besar nanti pun boleh rujuk semula

  • aimannajmy July 21, 2011 at 9:02 am

    wahhh sangat comel!! tekan button like sejuta kali huhu… nanti bila dia dah besar panjnag dia tengok balik video ni mesti dia terharu..

  • zik July 21, 2011 at 1:48 am

    lepas nih dah boleh berlari…. tumpang gembira…
    zik recently posted..Wordless wednesday 8(Spammer)My Profile

  • Norizwan July 20, 2011 at 10:28 pm

    wah comelnya baby aslah….bagusnya cepat belajar permulaan 8 bulan ini….

  • bEe July 20, 2011 at 4:14 pm

    Tatih
    Tatih
    Tatih

    Dgn adanya 3 ninja confirm nnt Aslah lagi terror kan kan kan!!!

  • Chipcoklat July 19, 2011 at 10:29 pm

    wah… dah pandai jalan dah.. yosh… percaya atau tidak.. sebenarnya baby ini lg kuat berusaha daripada org dewasa.. kerana baby ni tidak pernah sesekali mengaku kalah.. cuba lihat bial berjalan dia akan jatuh.. adakah dia takkan berjalan semula? Sudah tentu tidak.. dia akan berusaha sehingga ia boleh berjalan.. tetapi org dewasa ada diantaranya apabila gagal sudah mengalah dan menyalahkan takdir.. MALU SUNGGUH ORANG DEWASA ITU kerana beliau lebih lemah kekuatan berusahanya daripada seorang BAYI!

  • Zezebel Lair July 19, 2011 at 7:42 pm

    Lama lagi nak jadi ibu, hihihi setakat ni pernah ada pengalaman dengan adik dan anak buah je, lucu rasanya bila baru nak belajar menapak, tapi laju tak de brek je jalan, tukang pegangnya yang penat…

  • Iqbal July 19, 2011 at 11:25 am

    Permulaan yang baik bagi baby berusia 8 bulan 2 hari. Nanti raya dah boleh jalan pegi rumah jiran2..ahha

    • akubiomed July 22, 2011 at 12:02 pm

      Bayi comel tidak payah tunggu jalan hendak ke rumah jiran. Berkemungkinan besar jiran dukung bawa balik :-)

  • Ali ridha July 19, 2011 at 7:47 am

    dalam adik-beradik aku.hanya aku la
    berani melakukan langkah dalam
    usia lebih muda.tak sampai setahun
    boleh jalan.

    buat sahabat tengkorak emas.teruskan
    langkah anda.

  • Mus July 19, 2011 at 7:06 am

    aku kekadang lucu melihat mak dan bapanya jadi penyelamat yang takut anak jatuh.. hihihi..
    Mus recently posted..Cerita Luar Bandar, Sesiapa Yang Sudi Mendengar?My Profile

    • akubiomed July 20, 2011 at 10:51 pm

      Anak kecil masih belum dapat mengimbang dengan baik. Bimbang kepala terhantuk

  • Mus July 19, 2011 at 7:05 am

    tahniah bro…

    pasti raya tahun ni ada cabaran baru untuk mengawal pergerakkan baby yang sudah pandai berjalan..

    bagus juga merangsang mereka dengan melatih mereka berjalan di atas rumput..
    Mus recently posted..Cerita Luar Bandar, Sesiapa Yang Sudi Mendengar?My Profile

  • abrablog July 19, 2011 at 6:02 am

    wahh, dah pandai jalan sudahh..
    abrablog recently posted..Balik Kampung Trip with Proton Inspira!My Profile

  • mancai July 19, 2011 at 3:58 am

    apa pun perkara mesti perlu ada langkah pertama… dan itulah yang utama .. teringat aku mentahtihkan anak2 aku dulu…

    • akubiomed July 20, 2011 at 10:43 pm

      Langkah pertama perlu keberanian dan keazaman :-)

  • Sir Marcello July 18, 2011 at 11:13 pm

    langkahan pertama untuk menuju kejayaan…hehee

    • akubiomed July 20, 2011 at 10:49 pm

      Perasaan bimbang tetap melanda kalau langkah pertama sumbang

  • Dulu Lain Sekarang Lain July 18, 2011 at 11:05 pm

    8 bulan dah anda tanda2 nak jalan.. he he awal gak baby nie.. Maybe 10 bulan boleh dah steady jalan… :D Baru bapanya poning kepala nak tengok dia kat mana. Assign abang koning la bro utk buat kawalan….

    • akubiomed July 18, 2011 at 11:37 pm

      Sekarang ini dah senang sikit sebab dah 3 Ninjas Koning boleh mengawasi pergerakkan Baby Aslah

  • MDHAFiZ.NET July 18, 2011 at 5:46 pm

    setiap kejayaan bermula dengan langkah yang pertama… :)
    MDHAFiZ.NET recently posted..Najib To Meet Pope (Malaysia Muslim PM Najib Razak to meet Pope)My Profile

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:26 pm

      Harap dapat melakukan langkah kanan

  • ciksembang July 18, 2011 at 3:51 pm

    hidup mmg kena pandang ke depan sama mcm bila kita driving..kita pandang depan sepanjang masa sekali sekala kita toleh tengok cermin pandang belakang..
    Baby Aslah.. makcik geram sgt tgk dia..

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:28 pm

      Baby Aslah tidak beberapa sihat krn selsema. Gigi bawah sudah mula tumbuh

  • Ayieblog July 18, 2011 at 2:13 pm

    Langkah pertama selalunya susah, tapi dengan keazaman boleh melangkah untuk langkah-langkah seterusnya. Tahniah untuk baby Aslah

  • adamfaiz July 18, 2011 at 11:58 am

    Perkara utama yg boleh dipelajari dari baby yang baru belajar berjalan – “Apabila tersungkur, jangan putus asa, sebaliknya bangun dan bagun lagi untuk maju ke depan”

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:31 pm

      Perilakunya memberi inspirasi. Sesuatu yang boleh diambil iktibar

      • adamfaiz July 19, 2011 at 5:46 pm

        Tapi memang seronok kalau ada toddler… meriah hidup :)

  • sw33tdarling July 18, 2011 at 11:02 am

    setiap langkah pertama anak2 mmg sangat gembirakan hati ibubapa tak kisah lah anak tu yang ke sepuluh sekalipun… langkah pertama ttp di nanti

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:32 pm

      Bernasib baik berpeluang menjadi orang pertama melihatnya. Sebelum ini tidak berpeluang

  • anif July 18, 2011 at 9:17 am

    Tak lama lagi dah boleh berlari.. :D Meraih rumah dengan adegan kejar mengejar nanti!
    anif recently posted..Meet The Real JarjitMy Profile

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:33 pm

      Berlari dikejar oleh abang-abangnya 

  • adele July 18, 2011 at 8:56 am

    tahniah buat baby Aslah..dlm khidupan ini,pasti setiap perkara ada pertama kalinya.. :)

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:34 pm

      Adele masih ingat perkara pertama?

  • shamizu July 18, 2011 at 6:36 am

    ceria dan happy jer budak nie. Kalau kita tak ada masalah macam ni kan bagus. Hehehe

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:36 pm

      Kalau ceria semua suka tapi bila meragam belum tentu dapat menenangkannya

  • Kamarul Azri™ July 18, 2011 at 3:40 am

    saat tu pasti famili paling suka, mana taknya, dah boleh buat langkah setapak dua.. :)

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:38 pm

      Aksi anak-anak tipulah tidak terhibur

  • Haru July 18, 2011 at 3:25 am

    anak sedara aku pn baru boleh berjalan…bukan kemain nakal lg sejak boleh berjalan..abes sume benda nk dikacaunye..haha…

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:39 pm

      Bila dah dapat kaki semua benda hendak dicapai olehnya

  • tehr July 18, 2011 at 2:07 am

    lepas ni letih la nak ngejarnya, bro
    lebih lagi kalau dia main kat depan gol sebagai penyerang
    hehe

    aku masih terkenangkan bola ni

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:41 pm

      Belum tentu dapat dikejar untuk menangkap Baby Aslah

  • Juan July 18, 2011 at 12:30 am

    seronok tgk budak budak bila start baru berjalan dan berkata kata, lagi lagi tgk dia jalan dari hujung ker hujung pastu jatuh, hehe

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:42 pm

      Begitulah kita semua semasa kecil apabila mula belajar berjalan

  • tengkorak emas July 17, 2011 at 10:15 pm

    wah…sempat juga TE tengok semua ni, tahniah untuk baby Aslah, selepas ni bolehla bergabung dengan 3 ninjas :D

    TE sudah kat kuantan bro, esok lapor diri, moga baby Aslah terus melangkah dengan jayanya, begitu juga 3 Ninjas, :)

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:43 pm

      Agaknya bila bro TE habis dari akademi Maritim, baby Aslah dah berlari 

      • bEe July 20, 2011 at 4:04 pm

        TE, jgn lupa kami rakan blogger kami ya! ;)

  • Pacifista - X July 17, 2011 at 9:58 pm

    anak aku baru je nak masuk 2 bulan.bila la nak mula berjalan.haha…
    anak pertama ke bro? :)
    Pacifista – X recently posted..Contest Jom Review Alexa @ Pacifista – XMy Profile

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:44 pm

      Baru 2 bulan masih kecil lagi. Baby Aslah bukan anak pertama 

      • Dulu Lain Sekarang Lain July 18, 2011 at 11:08 pm

        He he org yg dah lama jadi bapa pon kalu ada baby baru tetap excited jugak kan bro? Kawe sampai skrg asyik mencari Roq bila balik rumah utk ajak bermain… Tu dah 2 tahun umor. So kawe boleh bayangkan bro dengan Baby Aslah yang baru 8 bulan tu,,, sure payah nak berenggang ehhh…

        • akubiomed July 18, 2011 at 11:35 pm

          Sejak dah mula gila hendak berjalan makin mengada dan manja si Baby Aslah ini :-)

  • senyumSOYA July 17, 2011 at 8:43 pm

    huhuh..comel kan tgok baby bru pndy jalan..
    teringin nk tengok anak buat belajar jalan..

    be a happy man by having a happy family towards jannah..insyaALLAH ^^!

    • akubiomed July 18, 2011 at 10:48 pm

      Terima kasih. Beruntung dapat menyaksikannya sekali didalam hidup

Trackbacks