Pameran Sultans of Science membuka ilmu sains dalam dunia islam.
Semalam saya bawa adik beradik koning ke pameran Sultans of Science di Petrosains yang terletak di KLCC. Saya dapat 2 tiket percuma hasil meninggalkan komen dari blog kak Jie berkaitan dengan pameran tersebut.
Berangan menjadi Indian Jones menyelesaikan teka teki arkeologi.
Semasa dibangku sekolah saya mempunyai cita-cita untuk menjadi ahli arkeologi yang hebat seperti digambarkan didalam filem Indiana Jones yang dilakonkan oleh Harrison Ford. Boleh dikatakan sejarah adalah subjek kegemaran ketika disekolah dahulu.
Hasrat menjadi ahli arkeologi terpaksa dipendamkan.
Bukan rezeki saya untuk mencapai impian saya didalam bidang arkeologi sebaliknya selepas peperiksaan SPM, saya telah mengubah 360 darjah bidang dengan mengambil jurusan Kejuruteraan Elektronik Perubatan yang bidang menjadi sumber periuk nasi saya sehinggalah hari ini.
Berbalik kepada kunjungan adik beradik koning ke pameran Sultan of Science. Kami menaiki tren Putra LRT untuk KLCC. Baby Aslah paling teruja menaiki tren Putra buat pertama kalinya dan ketika itu tidak ramai penumpang jadi bolehlah duduk dibahagian kepala tren untuk menikmati sepanjang perjalanan ke KLCC.
Sejak dari bangku sekolah didedahkan saintis barat.
Saya terpaksa menerima hakikat kerana didedahkan penciptaan dan pertemuan sains adalah dari barat ini adalah kerana sistem pendidikan saya ketika itu. Kunjungan saya ke pameran Sultans of Science benar-benar membuka mata saya bahawa ciptaan yang sedia adalah bermula dari ciptaan cerdik pandai umat islam terdahulu. Bayangkan asas enjin kereta adalah dari cendekiawan umat islam terdahulu. Mereka berjaya mencipta mesin yang digerakkan mengunakan sumber alam.
Yang bestnya pengunjung boleh belajar samada dari pertugas di booth yang disediakan atau melakukan aktiviti interaktif barang pameran. Saya tidak dapat merasai kesemuanya kerana memantau adik beradik koning terutama baby Aslah.
Kita didedahkan bahawa Leonardo da Vinci mempunyai keinginan mencipta mesin mampu terbang.
Antara peralatan yang digunakan didalam perubatan islam boleh dianggap moden dan maju pada zaman tersebut.
Tempoh pameran Sultans of Science: 16 Dis 2012 – 30 Jun 2013.
eh yang dalam kereta sornag tu bby girl.anak siapa eh
mus…heee mmg terbuka kita dari duli tahu benda sains mmg memang sejak azali lagi milik org isalm depa org luar mandai2 ckp itu idea mereka huhu..
30/6 rasa nak pergi sahaja rasa terujalah pula
belum berkesempatan lagi nak ke sini…akhir bulan Jun ni da nak tamat pameran ni kan…kena cari masa ni..:D
masih ada masa untuk ke sana
Globe warna emas tu bagus juga kalau ada kat rumah,hehe
emm bila lah berpeluang ke sini..hehe..harga ticket dah murah dah..
ok gak hg dia x de la mahal kan… boleh pergi nie… hehehehe.. 😛
saya pun suka tengok citer indiana jones mcm bro….dari situ dtg minat ttg barang sejarah…
masih dibuka ye pameran sultan of sciences ni…
sgt menarik, tp kami x sempat cuba semua tempoh hari
Pameran ini dilanjutkan sehingga 30 Jun.
ummie jom kita pergi tapi kita plan ambil pakej sekeluarga lagi murah nhgee…
sha beri tiket ni pada puanbee..sebab beliau beri invitation event ni pada sha dulu….cuma lom sempat nak pass pada beliau je lagiiiiii
Bolehlah pergi ke pameran Sultans of Science bagi saya ia menarik.
Hi kawan-kawan blogger. Saya menyertai pertandingan Asian Food Channel – Foodie Face Off 2013. Caranya mudah sahaja. Klik link http://woobox.com/sc9r9f/vote/for/653302 dan VOTE. Selamat mengundi! Hehehe
Sudah tolong undi. Selamat berjaya.
sis sempat lagi menggular note di sini
Rajin menangkap gambar yer
Sambil membidik sambil menajamkan kemahiran.
pergi ke mana-masa makwer itu mesti di gendong..jangan tinggal mereta tempat yer
baru kita tau yg ada genius di kalangan umat islam terdahulu..lebih genius dari einstein..
Ya selepas menghadiri ke pameran Sultans of Science ini membuka minda saya betapa hebat cendekiawan islam terdahulu.
Cuti sekolah macam ni memang elok kalau bawa keluarga pergi buat lawatan..
masa cuti sekolah perlu diisikan dengan perkara yang berfaedah..
Ya dapat tambah pengetahuan dan kefahaman.
aktiviti terbaik untuk anak2 di musim cuti sekolah
tahniah
Rombongan anak-anak sekolah sudah tentu menjadikan Petrosains salah satu destinasi yang wajib dilawati.
gambar yang menarik, terima kasih atas perkongsian ni, nnt ada masa boleh singgah sini.
menarik ni, kena gi cuti ni.
ps: masa utk membalas komen, setelah lama bercuti
spoon compass tu nampak menarik..
Siapa sangka sudu sup pun boleh dijadikan kompas.
seronok lh.. btw sy pun minat sejarah. x sah klw x dpt skor sejarah time sekolah menengah dulu. dulu pnah berangan nk jd lawyer. tp last2 ambil kejuruteraan.. hahaha..
Eh samalah kita. 🙂
cantik2 gambarnya…tapi kenapa ya nampak mcm kosng xde pelawat lain ke?
Pameran Sultans of Science ini ramai pengunjung disebabkan sudut mengambil gambar seolah-olah tak ramai pengunjung.
wah mmg sesuai sgt bwk anak2 ke sana cuti sekolah ni..boleh didedahkan sains dalam dunia islam..
banyak ilmu boleh dapat disana ye bro..
best nya dapat tgk pelbagai pameran…
Dapat 2 tiket percuma untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. 🙂
Cantik gambar-gambar hang bro. Aku sains tak minat. hahaha
Terima kasih bro. 🙂
subhanallah..
cendiakawan Islam telah terlebih dulu menerokai dunia sains berpandukan Al-Quran dan mampu menghasilkan idea2 yg cukup hebat.
tp, akhirnya kita dikaburi dgn pandangan ianya adalah hasil saintis barat…
Sepatutnya sejak dibangku sekolah kita perlu didedahkan cendekiawan islam ini.
Bawak keluarga pergi tengok pameran ni memang best..
cuti sekolah nie penuhi dengan mengisi masa lapang……tapi harga tiketnya agak mahal…..
Boleh ambil pakej kombo. Sebagai contoh 3 dewasa dan 3 kanak-kanak baru RM48 dapat masuk Petrosains dan pameran Sultan of Science.
bagus bawa anak-anak ke sana.. buka minda mak bapak sekali..
mus…heee mmg terbuka kita dari duli tahu benda sains mmg memang sejak azali lagi milik org isalm depa org luar mandai2 ckp itu idea mereka huhu..
Boleh tahan gak harga tiket nyer,tapi berbaloi lah dapat banyak ilmu.
setuju nak tarik minat anak dalal bidamg reka cipta islam
bilalah aku dapat gi ni. sibuk aje sekarang..
selangir ke sana dekat jer banyaklah alasan ni
Bebaloi dengan harga tiket masuk 🙂
Berbaloi tiket masuk dengan apa ilmu yang dapat 🙂 Tak abis taip 🙂
kanak2 rm10.00 kalau ada 3 ke 5 orang anak rabak poket hee tunggu gaji ini