Kali ke 2 sampai ke Johor Bahru.
Kali ini menginap di KSL Resort yang terletak di jalan Seladang di Johor Bahru. Ketika sampai di sini suasana sekitar berjerubu telah menjejas pemandangan sekitar. Agak mengecewakan kerana dek kehadiran jerubu ini.
Ke selatan tanah air atas urusan rasmi. Saya telah menginap di KSL Resort yang terletak ditengah-tengah bandar Johor Bahru.
Memandang kali ke 2 ke Johor Bahru, menyebabkan saya mencari informasi mengenai kedudukan KSL Resort ini. Memang saya secara jujurnya kekurangan informasi.
Sedikit perkongsian yang tidak seberapa mengenai KSL Resort ini boleh dibaca.
Bilik Deluxe Room mempunyai 1 katil bersaiz king dan 1 katil untuk single bed.
Bilik air dan bilik mandi
Diruang lif ada diletakkan 2 kerusi. Sementara tunggu kawan dan lif boleh duduk bersantai disini.
Antara kemudahan lain ada di KSL Resort ini:-
- Kolam renang atas bumbung
- Pasaraya, Cineplex, restoran dan pelbagai lagi.
- Replika Dinosaur Alive
- Gimnasium, meja ping pong dan meja billiard
Tempahan dan kadar bilik boleh lawati di laman rasmi KSL Resort
dah lama juga tak ke jb
dah lama tak ke JB.. dulu penah stay jap berbulan2 pratikal kat pasir gudang, so kerap jugak la ke JB dulu.. dah 8 tahun berlalu
dah lama tak bertandang ke JB. 😀
Boleh cadang tarikan yang ada di JB?
dah lama xpergi jalan2 ke johor bharu..kalaudah jerebu mesti jadi kekangan nak pergi jalan2 kat sana ye.
Bila jerubu semakin berkurangan boleh ke JB lagi. 🙂
lama tak pergi jb… masa terlalu terhad..
Saya tidak sempat untuk berjalan-jalan di JB sebab pergi atas urusan rasmi.
Makan-makan di Stulang sahaja.
Dah lama benar tak ke sana …tentu dah banyak berubah wajah sekarang ni.
Tak banyak saya tahu mengenai JB ini. Kalau ke Muar biasanya mencari Mee Bandung Muar atau Murtabak Singapore.
Wajib tu..layan mee bandung muar.
Kawe lak yang rasa rindu.. adehh.
Tentu terliur nak rasa Mee Bandung Muar kan. 🙂
Welcome to jb…tp sy tak tahu pun hotel KSL tu kat mana…hahaha…
Duk jb pun …duk dlm rumah je..
Nampaknya kena sekali-sekala makan angin di sekitar JB.