Dua minggu lepas adik ipar lelaki saya telah menamatkan zaman bujangnya dengan melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihan hatinya dikampung.
Jadi jurugambar terjun majlis perkahwinan.
Saya tidak mahu bercerita banyak biarlah gambar menceritakan kemeriahan hari perkahwinan adik ipar saya. Saya telah diamanahkan untuk mengambil gambar disebelah pihak lelaki. Sudah tentu saya berbesar hati menawarkan perkhidmatan saya kepada beliau.
Gubahan hantaran dari pihak lelaki.
Gubahan hantaran dari pihak perempuan.
Kedua-dua gubahan diatas mengunakan bunga hidup adalah hasil gubahan adik ipar saya.
Suasana majlis akad nikah.
Dengan sekali lafaz adik ipar saya secara rasminya telah bergelar suami
Bacaan taklik oleh pengantin lelaki
Pengantin lelaki menyerahkan wang mas kahwin kepada pengantin perempuan
Pengantin lelaki menyarung cicin ke jari pengantin perempuan
Hari raja sehari adik ipar.
Tukang masak lauk majlis kahwin
Crew wedding yang sedia berkhidmat
Antara lauk pauk yang dihidangkan buat tetamu maljis kahwin
Kuih muih turut disediakan
Deko kerusi makan beradap
Kek pengantin yang istimewa
Pelamin raja sehari.
Pelamin raja sehari hasil sentuhan adik ipar.
Pengantin berarak
Makan beradap
Ini adalah adik ipar lelaki saya bernama Syawal yang solek pengantin dan hiasan pelamin
Adik ipar saya bernama Razak yang membuat gubahan hantaran mengunakan bunga hidup
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tanniah kerana sudah menjadi suami. Semoga mendapat zuriat yang comel dan perkahwinan kekal sehingga ke akhir hayat.
Berminat nak dapat perkhidmatan(kawasan Melaka);
- Solekan pengantin dan pelamin boleh hubungi Syawal D Touch Bridal: 010-4250168
- Gubahan hantaran bunga hidup boleh hubungi Razak: 012-6325691
bidang terjun lebih murah dan jimat
cantik2 gambar nya .. pelamin pun cantik ..
ingat orang perempuan yang gubah hantaran…rupanya lelaki…respect tul sebab cantik…well pengantin perempuan cantik bak bidadari
Hebat la abang ipar yang snapshot, sama cantik sama padan pengantinnya
wow..saya suka jenis gambar macam ni, sharp dan nampak natural.
untung betul ada abg ipar pandai ambik gambar…
Alhamdulillah, perkahwinan yang sungguh meriah. Didoakan kebahagian dan keberkatan buat pengantin. Barakallahu Lakuma.
Aku selalunya jadi tukang makan terjun , bab nie aku memang pro.
Tahniah untuk pasangan mempelai..cantik tema warna merah putih..menyerlah… gambar yang diambil pun menarik…
Kami semua pakai baju warna merah kecuali pengantin pakai persalinan puteh. 🙂
Macam tu la. Ada peluang terjun, terjun je. Banyak ilmu dan pengalaman boleh dapat.
Slamat pngantin baru buat adik tuan.. Smoga bhagia hgga anak cucu
Terima kasih…daun keladi lain kali boleh puji lagi..:)
bidan terjun pun dah macam pro tu
Terima kasih, tak sia-sia pergi kelas fotografi masa mula-mula dahulu dapat ilmu dari mereka pro dalam fotografi.
boleh dah buat side income tu. good luck bro
ingatkan ada bidan terjun je, rupa-rupanya juru gambar terjun pun ada? cantik-cantik belaka gambarnya, pengantin cun wooo!
Terima kasih, rasa berbaloi jadi bidan terjun sebagai fotografi.
Terbaik bro lighting dan details yang bagus shooting ini. Semoga pengantin kekal dan bahagia hingga akhir hayat.
Gambar indoor dan outdoor guna flash. 🙂
Masih tak mampu nak ambil gambar cecantik, banyak lagi perlu dipelajari.
Tapi kalau pakai hp, rasanya dah senang je dapat gambar cecantik.
Kalau smartphone yang gempak just snap dan banyak apps third party boleh edit bagi gambar cantik.
Saya punyai style nak kurang edit apabila snap pastikan semua ramuan cukup. Tidak mahu buang masa dengan touch up gambar.
Wah… cantik tu..
gambarnya pun memenuhi standard, terang dan jelas.. kira boleh buat koleberasi ni..
hehehehe
Tahniah bro dan adik iparnya..
Nak berguru dengan bro Maza yang lebih banyak pengalaman dan ilmu. 🙂
cantik la pelamin dia..
tahniah buat adik ipar
Hasil sentuhan adik ipar. Saya pun tumpang bangga sekali.
Fuyoh! Lawa betul gmbr2 tu! 😀 Bertuahnya adik ipar….
Terima kasih, ada pengalaman sana sini sedikit. Rasa agak berpuas hati dengan hasil kali ini. 🙂
Tahniah kepada pasangan pengantin. Cantik sangat gambar2nya..ini bukan cameraman bidan terjun..ini memang dah pro..=)
Terima kasih, semoga kemahiran ambil gambar semakin baik.
tu dia.
semua serba merah menyala.
hoho
Kalau merah blend dengan warna gold lagi naik.
Gambar²nya tetap mantap dan terbaik..
Tahniah kepada pengantin..
Terima kasih, rasa berbaloi dengan hasil kali ini. Cuma jadi jurugambar solo agak lelah nak buat semua dalam satu masa.
Mujur bro yg jadi jurugambar terjun… pandai juga bro tangkap gambar… kalau saya jadi jurugambar terjun, memang haru biru dibuatnya… 😉
Minat sebab itu hasilnya menjadi kali ini. 🙂
Tahniah kepada pengantin
Semoga berkekalan hingga akhir hayat