Menuntut ilmu fotografi dengan Tarmizi Shukri.
Sudah lama berhajat menghadiri kelas kelolaan saudara Tarmizi Shukri. Tempoh hari beliau ada menganjur kelas asas fotografi tetapi telah terlepas. Apabila terbaca di blog beliau mengenai penganjuran ‘Jom Outing’ di Masjid Putrajaya terus berminat untuk hadir pada hari Ahad lepas.
Kelas ‘Jom Outing’ adalah lanjutan kepada ‘Bengkel Asas Kelas Fotografi‘ pada bulan Februari yang lalu. Saya tidak dapat sertai kerana ada urusan lain. Untuk ‘Jom Outing’ ini saya redah kasi pecah kerana belum pernah menghadiri mana-mana kelas fotografi sebelum ini. Peluang untuk menuntut ilmu fotografi daripada mereka yang berpengalaman.
Pembelajaran yang santai. Perkongsian tips dan praktikal yang dapat diaplikasikan serta merta. Bersyukur dapat pencerahan pembacaan sebelum ini dengan sesi penerangan oleh saudara Tarmizi Shukri.
Bahagian yang menyoronokkan bila Azman Ishak meminta dikongsi ilmu ‘break the rule’ dan hasil eksperimen ia mengujakan. Kalau sebelum ini terlalu skema hingga tidak dapat hasil seperti yang diharapkan. Saranan saya tidak salah belajar melalui pembacaan. Kalau kita interpretasi kita betul tak apa kalau kefahaman salah. Sampai bila-bila kita berada didalam pengetahuan yang salah interpretasi.
Pembelajaran secara 2 hala sangat berkesan kerana antara penyampai dan penerima dapat berinteraksi untuk mendapatkan fakta yang tepat. Secara keseluruhan saya berasa berpuas hati dengan perkongsian yang disampaikan oleh saudara Tarmizi Shukri.
Tarmizi Shukri merupakan satu nama besar dalam dunia fotografi. Sblm saya kenal DSLR dulu, blog beliau la tempat rujukan saya 🙂
minat juga bab2 fotografi nih , tapi tiada masa nak belajar nih semua , kesudahannya tangkap gambar guna auto mode jer…hehe
Masih mencari kesempatan untuk join outing diorang nie….
apa kata bro sesekali ambil gambar secara “panorama”
Saya pun pernah turut serta event macam ni. Masa tu dikelolakan oleh Pak Wan. Memang best.
Subhanallah .. Cantiknya, begitulah kalau dah minat pasti kita akan tuntut ilmu utk mendalaminya.
terbaik! gambar kat jambatan tu nice!
terbaiklah bro!
Seronok dapat jumpa kawan satu minat, kongsi-kongsi ilmu, TT..
Sharing is caring. 🙂
mesti banyak dapat ilmu ni..hu3
belum mampu nak beli kamera mahal begini…selera putra …pernah makan di situ…..
Sesi pembelajaran turut diajar kepada mereka yang mengambil gambar dengan Smartphone.
klu den tau, mesti den mau join gak 😀
Lain kali boleh lawat blog Tarmizi Shukri untuk kelas sesi padamasa akan datang.
thanks inform bro.. minat gambo gambo ni, tapi kurang geng nak ajak outing 😀
wah berguru dengan orang yang berpengalam memang amat di tuntut. masa inilah mana yang kurang faham boleh minat tunjuk ajar
Bila lagi nak ada kelas macam ni agak2nya?
tak silap saya ada facebook yang berkumpul bawah satu page. cuba cari di sana
Boleh semak blog Tarmizi Shukri.
sambil jalan2
sambil jumpa kawan2
sambil belajar
memang terbaik la
tahniah
ada ilmu baru yang masuk kita belajar dan lihat dari sini juga
Takda lagi kamera canggih macam ni. Guna kamera handphone je lagi.
Untuk pengetahuan bro ‘Jom Outing’ ini turut terbuka kepada pengguna Smartphones dan Digital kamera. Turut diajar mode setting yang untuk gajet tersebut.
Fuh, smart la gambar2 bro ambil. Kira upload terus selepas snap or touching dulu pic yg diambil selain watermark ? Just asking.
Saya cuma letakka watermark dan mengecilkan saiz sahaja.
Owh ok bro. Nice. Eh sorry, selalu org sebut touch up.
kamera dah di beli berbulan tapi belum berkesempatan untuk pi belajar
sayang sungguh jangan tunggu ia berhabuk lama-lama tumpul nak beraksi
Ramai gang kamera DSLR boleh beri tunjuk ajar. Buat masa ini boleh guna setting modd auto dan semi auto untuk membiasakan diri dengan butang-butang yang ada pada kamera DSLR.
Puas hati ada kamera canggih
Kamera DSLR sahaja. 🙂
jauh tembak..mesti lens power ni
Lensa biasa-biasa sahaja. 🙂
pehh..best la korang kan..
Kepuasan mendapat ilmu dan boleh dipraktikan secara terus.
Perghh.. dua azman bergabung..
Gambar cantik bro..
Suka gambar kubah masjid tu
Tak ada tambah perisa sekadar mengecilkan saiz. Saya faham ia tidak puas untu ditonton. 2 Azman digabung meletup. 🙂
Teringin nak memiliki DSLR sendiri, belum ada rezeki. Minat fotografi, minat wild life photography mcm nat geo