Klik klik Jom Outing 2 di Taman Tasik Perdana
Hari Ahad yang lepas telah dianjurkan Jom Outing 2 di Taman Tasik Perdana. Program ini dianjurkan oleh Tarmizi Shukri guru fotografi bersama AI Media Network. Terima kasih kepada Amanz yang menaja t-shirt ekslusif.
Tidak sangka ramai juga yang hadir dengan berlainan berlatar belakang ada yang new bie, ada yang alumini kelas Tarmizi Shukri dan ada yang sudah biasa bermain dengan kamera DSLR. Jom Outing 2 ini tidak terhad bagi mereka yang memiliki kamera DSRL sahaja dan terbuka dengan kamera kompak digital, telefon pintar atau tablet. Pada hari tersebut hanya mereka yang mempunyai kamera DSLR sahaja yang hadir.
Jom Outing 2 ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:-
- Newbie akan dibantu oleh Tarmizi Shukri Sendiri
- Alumini kelas Tarmizi Shukri untuk kumpulan yang sudah mempunyai asas penggunaan kamera DSLR
- Kumpulan Asas Pencahayaan diketuai oleh Azman Ishak
Peserta bebas untuk bertanya dan memilih subjek yang ingin diambil gambar. Peluang diberikan tidak dilepaskan kerana peluang untuk komunikasi 2 hala sangat digalakkan. Suasana juga agak santai dengan Ai Media Network menaja makanan dan air untuk peserta hadir.
Saya galakkan sertai bengkel yang dianjurkan oleh Tarmizi Shukri. Rujuk Bengkel Belajar Fotografi bersama Tarmizi Sukri. Bengkel beliau terbuka kepada semua jenis model kamera DSLR tanpa mengira jenama. Beliau akan berkongsi ilmu dan tips untuk menguasai kamera DSLR dengan pantas dan hasilnya boleh diperolehi serta merta.
Gambar-gambar hasil tangkapan.
Ilmu yang belum pernah ustazah pelajari
next time nak join jugalah bro.. =0
nak mengasah bakat dan DSLR kat rumah tu..
Memang pawer la kalau ada outdoor activities macam ni
bukan terperap dalam bilik/rumah update blog je, jenjalan snap gambar.. perghh kuasa gambar.. cantik shot! 🙂
suka dgn xtvt sebegini… tapi sekadar tengok je 🙂
Teringin jugak nak join aktiviti outing macam ni..tapi faktor logistik tidak mengizinkan..
oho..bagus ni, nampak mcm ko suka jenis close up shot…:D
Kalau kawe dok KL, sure kawe join. Nak ikut bengkel kat sini, mahal giler. Lagipun x ramai kengakawan kat sini yang minat fotografi sbb hobi ni kira mahal juga wehhh.. 😀
Bestnya kalau dapat join. Eh.. KAK KUJIE pun ada.
Outing ini terbuka kepada semua.
waaa… otai-otai.. kita guna kamera kt phone pon x betol huhu
Bengkel Tarmizi Shukri ada juga untuk mereka mengambil gambar dengan kamera digital kompak, telefon pintar, tablet dan sebagainya.
mesti banyak ilmu baru berkenaan fotografi boleh diperolehi…
Pernah sifu kelas Canon saya hadiri sarankan sertai outing untuk percepatkan kemahiran dan biasakan penggunaan kamera DSLR.
Mesti lepas ni dah boleh jadi profesional..
Saya minat dengan mengambil gambar dengan mengunakan kamera DSLR. Tidak bercadang untuk menjadi profesional atau profession.
macam mana nak join yer.. tasik perdana ni dah sebelah dengan tempat kerja,
Kawasan sekitar boleh dijadikan subjek.
Akhirnya dpt bertemu Akuboimed yg selama ini hanya kenal nama je.. Kelas photogrphy yg santai… Bagus untuk pemula dalam bidang ni..
Cantik gambar2 di atas…
Terima kasih bro. Ambil gambar dengan ketap bibir sebab tahan gatal terkena ulat bulu. 🙂
kagum dgn kerajinan bro. snap sana sini… sy buntu sampai satu thp tak tahu nak snap apa. takde eye of seeing
Masih didalam proses pembelaajaran. Saya suka dengan corak dan kontur . Tidak kira ia adalah buatan manusia atau semulajadi.
tak puas singgah…singgah la lg sekali…hahaha
ha silalah singgah kalau tak singgah rasa tak rugi pun 🙂
Jauhnya. Macam mana nak join. Harap ada tour setiap negeri. Hehehe
Boleh buat permintaan kepada Tarmizi Shukri buat kelas diluar Lembah Kelang.
Cantiknya gambar pepatung tu.
Dah lama saya tak join outing photography. Banyak ilmu yg diperoleh dari aktiviti seperti ni..
Kalau sebelah Sabak Bernam banyak spot untuk mengambil gambar.
cantik gambar….pakai micro ke ? saya masih lagi terkial-kial nak buat shoot mcm tu
Saya tak ada lensa makro.
Bila la nak ada DSLR ni.. Jeles pulak tengok gambar cantik-cantik ni!
Kamera DLSR entry level sudah memadai.
Tu la.. Entry level pun sudah memadai. Kalau sudah ada nanti, mahu dibawa ke SIC! 🙂
Kalau kat SIC, mahu bawa lense panjang brader. Lebih baik kalau kamera yg shutter dia laju mcm laju keta F1 he he.. 😀
puas hati tgk hasil tangkapan gambar2 ni semua..nak2 gambar pepatung tu…teringat zaman kecik2 operasi tangkap menatang ni nak buat umpan mengail
seronoknya dapat berkumpul dengan member-member yang satu niche nie..selain dapat berkumpul dapat juga bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai minat yang sama..
Ya betul. Lebih senang dapat berkumpul dan berjumpa mereka yang mempunyai minat yang sama.
Wah best,sekali sekala buatlah outing kat Sabah.Banyak pemandangan cantik kat sini.
Boleh usulkan cadangan tersebut kepada Tarmizi Shukri.
dah semakin maju nampaknya dalam bidang fotografi….tahniah bro…
Terima kasih. Saya belum ada tanda-tanda berhenti kegilaan mengunakan kamera DSLR.
wahhh banyak gile gambar. hahaha. puas tengok. aku jugak yang kurang gambar. selebihnye kelaut. focus bersembang dengan kawan-kawan yang datang. bukan senang nak berkumpul ramai-ramai dalam satu genre macam ni. haha. memang terbaek.
thanks bro!
Banyak guna lensa Tamron berbanding Sigma. 🙂
Cantik sangat2 hansil tangkapan tu.. perghhhhhhh tergoda… :3
Terima kasih. 🙂
suka ab ambil gambar binatang itu sentuhan yang cantik sekali