Buku edisi khas Denaihati mengandungi pelbagai informasi
Buku edisi khas Denaihati diberikan kepada setiap blogger yang hadir Sepetang Bersama Blogger 2014 dan Yeos . Saya pada mula tidak sedar buku ini kerana ia dimuatkan didalam goodies bag sehingga Yeop semeja sedang membilik buku edisi khas tersebut.
Buku Denahati edisi khas setebal 210 muka surat ini dibahagikan beberapa bahagian iaitu:
- Artikel pemenang Contest Yeo’s
- Hidup untuk memberi
- Blogging
- Kisah keluarga
- Kembara dunia
- Berani Gagal
- Aktiviti
Permulaan buku ini bermula dengan kata-kata aluan dari tuan Mohd Ilham founder blog Denaihati. Beliau berkongsi latar belakang beliau dan sejarah ringkas bermula 5 tahun lepas bermula menulis blog dan kejayaan sepanjang dan pencapaian yang dicapai oleh blog Denaihati.
Antara pencapaian blog Denaihati adalah:-
- Top 10 blog Malaysia didalam kedudukan Alexa
- MSMW Best Blog of The Year 2012
- MSMW Most Creative Blog 2013
- MyNic Best Personal blog 2013
- MSMW Best Micro Blog 2014
Saya cuba kongsikan apa yang terkandung secara ringkas apa yang terkandung didalam buku edisi khas Denaihati ini diantaranya kelebihan bersedekah dan memberi akan mendapat beberapa manfaat yang sudah dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka yang sentiasa ringan bersedekah dan memberi. Blog Denaihati ini mempunyai tag line “Hidup untuk memberi”. Jadi memang tidak lari tuan Ilham sentiasa menganjur aktiviti seperti contest di blog, pengembaraan membantu masyarakat islam di Kemboja dengan menghulur pelbagai bantuan diantara skim Korban dan Aqiqah di Kemboja, pembinaan bangunan dan sebagainya.
Kembara Dunia
Pengembaraan Eropah, Asia dan Asia Barat antara yang menarik dan rakam ke dalam blog Denaihati turut dimuatkan didalam buku edisi khas Denaihati. Timbul perasaan cemburu saya kepada tuan Ilham berjaya menjejak kaki di bumi Palestin dengan melihat sendiri Dome of the Rock, Masjid Al Buraq, Masjid Nabi Sulaiman dan Masjid Al Aqsa. Boleh rasa kepayahan untuk melepasi sempadan untuk memasuki Baitulmuqadis dengan kerenah pihak berkuasa Israel tetapi semuanya berjaya ditempuhi.
Blogging
Tidak lengkap kalau buku edisi khas Denaihati ini tanpa perkongsian tips-tips membina blog yang baik terutama SEO dan sebagainya. Ilmu ini turut dikongsikan dengan mereka yang ingin berjinak-jinak dengan ilmu blogging melalui Seminar WordPress, Buat duit denga blog seterus kelas WordPress untuk asas dan lanjutan.
Perginya bro Jejai
Turut dicatatkan pemergian sahabat rapat beliau iaitu Allahyarham yang dikenali bro Jejai adalah saat yang memilukan.
Bagi mengakhiri ulasan buku edisi khas Denaihati ini adalah tindakat yang tepat melahirkan buku edisi khas ini sesuai untuk pembacaan bagi yang mereka masih baru menulis blog dan lama. Blogging bukan sekadar untuk populariti, trafik dan duit tetapi melangkau jauh memberi mesej dan perjuangan.
Dapat tetapi tak habis baca lagi. Tengok2 macam tu je.
Salam,
moga dptla peluang mmbaca buku ni buat isi ms lpg bpantang..
untung siapa yang memilikinya, ada jual di kedai denahati.my, stok pun terhad, hehe limited edition.
Alahai kawe belum sempat khatam buku tu lagi. Sibuk dengan aktiviti meraban.
mana nak dapatkn buku ini ?
tidak terjual ek
kalau pergi dulu pasti dpt…
sayang x dpt pergi saat akhir..
saya x dapat sebab saya x hadir, waaaa
demm..ada gambar dan blog gua..gua nak satu gak buku ni wehh..
teringin nak baca..tapi tak tau nak dpt mana….ada jual kedai ke? kalau boleh pinjam pun baikk..hehe
Blom sempat habis khatamkan lagi buku ini…
Buku setebal 210 muka surat perlu dihadam sebaik mungkin.
Cover buku tu cantik.
Isi dia mesti powerful
Nak satu! 🙂
Cetakan berkualiti untuk kulit buku dan kertas digunakan.
blum baca abis lg buku ni huhu
Selamat membaca diwaktu terluang.
Tengok kertas dengan warna, mahal nak cetak buku ini. Beruntung sungguh yang dapat 🙂
Ya, saya pun berasakan begitu.
Bertuah betul buat pengunjung sbb tu ya
Kalau hendak dibandingkan kos dikeluarkan tidak sepadan. Memang beruntung.
memang bagus untuk dibaca buku ini…dan jenama denaihati semakin berkembang dikalangan para blogger
Banyak perubahan yang berlaku didalam masa 2 tahun ini.
tebal gak ek..sampai 210ms
Benar sekali. 🙂
Alhamdulillah dah habis baca. Tinggal nak praktikkan sahaja.
Selamat mengunakan informasi dan tip yang diberikan.
Mmg sebuah buku yg wajar dimiliki oleh setiap blogger.
Perkongsian menarik bro AB. Thanks selitkan wajah ambe dlm ni..hehe
Tanniah kepada bro menang contest Yeos.
Ulasan yang lengkap dan padat.. 😀
Terima kasih. Saya cuba buat sebaik yang mungkin.