Korang tentu pernah dengar Indah Water Konsortium atau lebih dikenali dengan nama singkatan IWK? Selalunya IWK ini selalu dikaitkan dengan mengurus air kumbahan yang dihasilkan oleh premis.
Mungkin kita tidak sedari peranan IWK yang memastikan kita semua dapat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat menerusi sistem pembetungan yang diselenggarakan dengan baik.
Sedikit sejarah penumbuhan IWK
IWK adalah syarikat pembentungan nasional milik kerajaan telah diperbadankan Menteri Kewangan. Tugas IWK adalah membangunkan dan menyelenggara sistem pembentungan yang moden dan efisien untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Pada tahun 1994, Kerajaan persekutuan telah mengambil alih perkhidmatanp pembentungan di seluruh negara dari Pihak Berkuasa Tempatan dengan menganugerahkan konsesi kepada syarikat. Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Peranan IWK
Kita mungkin tidak menyedari air kumbahan yang dihasilkan jika tidak dirawat akan memberikan kesan kepada sungai dan yang juga sumber air kepada kita semua. Secara langsung akan menjejaskan habitat dan kesihatan awam. Peranan IWK memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan semula ke dalam sistem pengairan seperti sungai, parit dan laut.
Penting jelas bil IWK.
Memandangkan kerja-kerja IWK ini belakang takbir dan ada yang beranggapan bil yang dikenakan agak mahal. Beranggapan IWK sekadar pengendali sistem pembetungan awam dan menjalankan perkhidmatan pengosongan secara berjadual untuk tangki-tangki septik.
Setiap hari IWK memastikan 3,375 juta meter padu kumbahan dan air kumbahan daripada premis-premis kediaman, komersil, perindustrian dan kerajaan dirawat sebelum disalurkan balik ke saluran air.
Tahu tak IWK mengenakan caj serendah 27 sen sehari, antara caj paling rendah di antara bil-bil kemudahan awam. Premis domestik atau rumah kediaman dikenakan caj sebanyak RM8 sebulan (27 sen sehari) untuk sistem pembetungan yang disambung kepada loji rawatan kumbahan awam atau RM6 sebulan (20 sen sehari) bagi mereka yang menggunakan tangki septik individu.
Jadi penting korang menjelaskan caj bil IWK untuk membiayai kos operasi dan penyelenggaraan. IWK mengendali dan menyelenggarakan ,382 loji olahan kumbahan, 17,554km saluran paip pembetungan bawah tanah, 500 rangkaian stesen pengepam dan melakukan pengosongan tangki septik sebanyak 500,000.
———————————————————————————————————
Pihak IWK telah mengambil inisiatif bagi mendekatkan diri dengan pengguna dan pelanggan mereka. Dengan itu salah satu usaha yang laksanakan ialah dengan menganjurkan peraduan mudah IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan mengikut syarat-syarat mudah seperti di bawah.
Terma & Syarat IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Pertandingan ini khas buat seluruh rakyat Malaysia kecuali kakitangan IWK. Pertandingan ini bertemakan ‘IWK & I’ dimana peserta dikehendaki mengambil gambar ‘selfie’ atau ‘wefie’ di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang bertugas dengan cara paling kreatif.
Gambar penyertaan haruslah menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK.
Tempoh Contest
1 Disember sehingga 28 Disember 2015
Week 1 : 1 – 7 Disember 2015
Week 2 : 8 – 14 Disember 2015
Week 3 : 15 – 21 Disember 2015
Week 4 : 22 – 28 Disember 2015
Pemilihan Pemenang IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015
Pemenang mingguan akan dipilih dan seorang pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan akan dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’
Cara Penyertaan
Penyertaan hendaklah dihantar melalui email dan sertakan bersama :
Nama
Nombor Telefon
Alamat
Lokasi gambar
Email dan ‘Caption’ yang bersesuaian dengan gambar yang diambil
Hadiah Peraduan
1) Pemenang Mingguan – Voucher AEON RM300
2) People Choice Award – Nikon Waterproof Compact Camera
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hantar ke iwkcontest@gmail.com.
Maklumat lanjut peraduan boleh anda layari di laman web rasmi Indah Water Konsortium atau Fanpage Indah Water Konsortium dan Twitter @iwkcomms
Entry ini menyokong usaha Indah Water Konsortium dalam usaha merawat air negara kita untuk kesejahteraan semua #iwkselfie2015 #iwkcleantheunseen
28 Hb dah nak tutup ya…Tengoklah kalau sempat buat nanti.
IWK pun ada buat contest ye, hurm menarik juga nih…
Hadiah kena bagi yang lebih bagus sikit, baru orang lebih berminat.
tu dia.
boleh menang nikon punya kamera lagi tu.
Kamera Nikon kalis air menarik perhatian. 🙂
jarang nak selfie ni…tp contestnya menarik.
Contest IWK ini mudah untuk disertai. Selamat mencuba. 🙂
Agak sukar nak join contest ini bila duduk di Perak….
wah IWK pun ada buat contest selfie/wefie ni.. boleh cuba ni
tak tahu camne nak selfie kat bangunan iwk tu, kalau ada boleh juga join
Bolehlah sertai. Mana tahu ada rezeki menang. 🙂
insyaAllah nak sertai nanti
Nampak nya, aku kene cari IWK luar kawasan JB & Pasir Gudang utk join contest nie..:-) Balik Segamat baru leh selfie dengan dieorg..
Bolehlah sertai. Mana tahu ada rezeki menang. 🙂
fuyooo siap ada contest ek…
menarik jugak ni…
Bolehlah sertai. Mana tahu ada rezeki menang. 🙂
apa yang menarik contest ini. lain dari yang lain… orang zaman sekarang memang suka selfie welfie nih.. sudah tentunya menarik ramai orang untuk turut serta pertandingan seperti ini.
Bolehlah sertai. Mana tahu ada rezeki menang. 🙂
menarik contest ni..tapi tmpt ciktom skang ni mmg xde servis iwk..xboleh nak join…
ciktom pernah buat lawatan ke loji iwk waktu blaja..tgk cara pemprosesannya..mmg best!
Bolehlah sertai. Mana tahu ada rezeki menang. 🙂
boleh sertai contest camni ni
Bolehlah sertai. Mana tahu ada rezeki menang. 🙂
Menarik jugak contest ni.
Bolehlah sertai. Mana tahu ada rezeki menang. 🙂