Pasang kekuda untuk penyertaan Contest SEO Eridy
Sudah lama tidak menyertai contest SEO. Memandangkan blogger Eridy sudah menganjur Contest menguji kemahiran SEO tidak salah untuk mencuba kemahiran dan ilmu seo optimization yang ada.
Contest SEO bukan seperti dahulu
Sudah hendak dekat hujung tahun baru saya hendak sertai Contest dan lebih-lebih lagi contest SEO menguji kemahiran bermain SEO dan memasang strategi yang ampuh untuk memastikan entri berada di kedudukan teratas first page Google.
Ibarat pendekar zaman dahulu kala apabila berdepan dengan musuh sentiasa siap siaga dengan ilmu persilatan. Membuka langkah dan bunga pertama dengan kemas supaya tidak nampak sumbang di depan mata musuh.
Pendekar SEO zaman moden pula memasang strategi supaya permainan Search Engine Optimization dapat menambat hati Google yang semakin pintar dengan teknik index. Lebih gusar penanagan Panda dan Penguin mungkin boleh menjejaskan kedudukan blog menjunam terjun.
Jadi blogger bersih untuk Contest SEO Eridy
Tiada harapan tinggi diletakkan untuk memenangi Contest SEO Eridy ini kerana dibimbangi kesan yang dinyatakan diatas. Apa pun nasihat kepada rakan blogger bertanding dengan secara sehat tidak seperti pertandingan SEO terdahulu di cemari dengan taktik kotor. Akhir sekali akan menjejas nama blogger sendiri.
Pendekatan untuk pertandingan kali ini agak berbeza kerana saya suka bereksperimen dan mencabar diri sendiri. Dari situ dapat mempelajari hasil penyertaan contest dan lebih-lebih lagi trik SEO yang perlu dimainkan.
Seronok baca dan mengkaji blog blogger yang menyertai contest ini bermacam gaya dan teknik. Ada yang serius dan santai. Entri saya pula tidak tahu dimana hendak diletakkan didalam kategori mana. Harap trik dan tip best SEO yang diselit didalam entri menjadi dan mendapat kedudukan yang baik first page Google.
Pemangkin dan habuan untuk pemenang
Sebelum itu mari kita lihat pemangkin dan habuan yang menanti pemenang Contest SEO Eridy ini nanti. Bila ada pemangkin yang menarik barulah seronok untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh blogger Eridy.
Hadiah wang tunai berjumlah RM500.00
Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6
Tidak percaya lagi boleh lawat blog Eridy untuk mendapatkan syarat-syarat lebih lanjut.
Salam, good luck for you, mesti menang ok? sebab is tolong doakan…
Selamat bercontest dan selamat maju jaya.
Good luck all the best for this Contest SEO Eridy – ramai yang join 🙂
good luck :d
waaaahh. tuuu dia. pabila otai sudah bersuara!
tangan terbuka sedia terima cabarankan
selamat berSEO
semoga berjaya….apa2 pun dah cuba kan..kalah menang belakang kira… at least kita mencuba…
selamat berSEO bro 🙂
Selamat berjuang. Semoga berjaya dengan kacaknya.
Salam…..Melihat ramai yang dah join, teringin pulak nak turut sama berjuang di atas contest SEO yang menarik ramai pengemar SEO untuk menguji tahap kemesraan SEO blog mereka. Semoga ada sinar kemenangan di pihak anda. Semoga berjaya. Sekian, terima kasih.
NOTA: Kenapa url bro di blog Eridy tidak boleh akses ada error. Moga bro sedar tentang hal ini. Kalau tidak diatasi menjejaskan org nak komen di blog bro. Kita sbg rakan perlu maklumankan jika berlaku kesilapan.
Sekian, terima kasih.
Semoga berjaya bro
Boleh menang bro! Pasal letak gambar awek cun..hehe
itu kira umpan wanita cantik
Gud luck, saya pun join juga ;D
Selamat bermain SEO kepada bro. 🙂
selamat juga utk bro!
GudLuck bro! 🙂 memang btl2 menguji minda contest ni 😀
Boleh cuba-cuba bermain SEO.
Semoga bro berjaya dalam Contest SEO Eridy nih
semoga sukses bro untuk kontes seo eridy ni dan saingan semakin sengit lah…
Sukar hendak ramal kerana Google sudah tentu mengemas kini proses indexing.
Good luck bro…
Terima kasih bro. 🙂
saya harap semua blogger akan jalani kuiz cara bersin
Betul tu. Contest yg memerlukan teknikal dan strategi.. Berdasarkan komen2 yg saya baca sblm nie, x semestinya blog tu top yg akan menang. ada blog baru pun dan simple pun dapat bersaing dengan blog2 lain menerusi SEO nie…
Betul, walau bagaimana pun perlu pasang strategi dari awal.
Tu la pasal. Skg nie pun tengah memahami teknik2 SEO.
All the best bro.. In shaa Allah masa terdekat nie saya join jg. Nak test power blog.. Huhu. Kalah menang belakang cerita.
Boleh lah cuba-cuba bermain SEO.
sekadar mencuba tapi ilmu entah apa-apa sahaja ni huhu..
Ramai yang join ni. 🙂
Bagus sangat.
Moga kita semua sukses. 🙂
Untuk suka-suka sahaja. 🙂
ya untuk suka-suka benar juga itu atau test error
untuk merihkan dunia blogger sahaja
Salam,
Tahniah…Artikel mantap dgn SEO nih! Bersaing kita secara sihat.
Semoga berjaya tuan!
Hati-hati dengan Penguin dan Panda daripada Google.
mesti hati-hati buat yang terbaik ya
yeah! selamat bersilat untuk semua
jaga2 jangan sampai seluar koyak
Buka langkah kekuda terlampau panjang sangat tuh. 🙂
muja pun terjebak jugak dah ni,,, hadeiii
Selamat berjaya kepada Muja. 🙂
habislah dah seorang blogger terjejak heee
Tu dia…menarik jugak strategi visual yang bro buat untuk artikel nie
Harap mampu berikan tarikan. 🙂
Good Luck Bro… Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini…
Bila baca entri ini, rasa nak join jer contest SEO ni… Tapi apabila mengenangkan komitmen yang perlu diberikan untuk memenangi Contest SEO ini, saya terpaksa berfikir beberapa kali, samada nak join ataupun tidak…
Tunggulah.. Kalau ada masa nanti saya akan bagi jawapannya, samada nak join ataupun tidak…
Saya sudah lama tidak menyertai contest SEO. Ambil peluang.
saya pasti bro anuar sertai jugakan mesti jugalah seperti saya 😉
semoga kejayaan menanti bro…=)
Semoga berjaya tuan…
semoga berjaya dan berusaha bersungguh-sungguh
betul tu bro.. kalau silap langkah.. penguin mengamuk.. abis laa trafik menjunam..
semoga berjaya dan berhati2 bro..
Memang bimbang sangat kena marah oleh Google.
selamat maju jaya bro… goodluck!!
Chaiyok2 bro…timeni la boleh menguji kekuatan seo masing3…
Bagi yang pergi kelas blogging. Inilah masanya untuk menguji kefahaman.
bab taktikal ni kena jadi rajagobal la. eksperimen semua yang kita tau. good luck, bro!
Harap eksperimen menjadi. 🙂
good luck bro
nak join tp xsempat nak mengarang… huhuhu
buat mana yang termampu sahaja
saya masih kurang jelas dengan permainan SEO ni.. tapi rasanya tak salah mencuba kan.. cuma orang kata.. kalau nak buka langkah silat tu biarlah ada sikit ilmu di dada.. so kena start belajar pasal seo ni! hahaha…
Boleh Google untuk informasi bagaimana hendak perbaiki SEO pada blog.
yeah pendekar akubio sudah masuk gelangang 🙂
Tak adalah sampai mengamuk. 🙂
bersiap sedia untuk beraksi di medan google
Good luck yer..mana tau ada rezeki kali ni.
Ayat bro memang tersusun power..baek punya..good luck bro. 🙂
Didoakan berjaya saudara. 🙂
Saya masih blur nak join contest SEO ni, masih tak hebat lagi dalam SEO. 🙂
Gud Luck untuk bro AB. SEO penting ek untuk blog. Blog saya x kuat. Syok2 sendiri jer. Hehe.
Hadiah pun best tu.
Simpan kuku kot bro nih. 🙂
Perghhh ayat2 Abang….
penuh metafora, padu lagi berisi…
ni nampaknya entry yg akan masuk Top Page ni,,,
Kita tunggu dan lihat. Samada Google berkenan atau menyampah letak kedudukan jauh-jauh. 🙂
Boleh tahan juga entri bro..
Semoga peserta bertanding secara adil hihihi
hebat…
nak try gak laa…
Sudah pergi kelas boleh uji kefahaman dengan menyertai contest seo ini. 🙂
wahhhh bagus lah, rajin, moga sukses ya
dah byk jugak menang kan
Hmm.. sana sini malam ni kawe nampak entri mcm ni. Hmm.. ramai yg pasang kekuda lah.. Mcm ni kawe pon nak join.. tungguuuu…
Bro nak pasang kekuda yang macam mana? 🙂
Kawe org Johor. So kuda kepang ler…
moga berjaya tuan…
Terima kasih. Selamat berjaya kepada bro juga. 🙂
fuhh..penuh taktikal. haha..
Ha..haa..banyak muslihat. Kita tengok siapa yang kena.
haha..
belasah aje. tengok sape yang kena.
Selamat berjaya bro dalam contest seo ni,dah ramai yang turut serta 🙂
Tak boleh tahan. Tangan asyik gatal sahaja. 🙂
Tangan gatal nak dapat duit tu…hehe
hehe terbaik la bro,saya pun baru je join ni