• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Cerita semalam home made fish nugget

Cerita semalam home made fish nugget

5th August 2014 by akubiomed 37 Comments

Puas makan home made fish nugget

Semalam hari Ahad tergerak hati hendak membuat home made fish nugget. Beli bahan-bahan untuk membuat fish nugget di pasar raya Tesco berdekatan dengan rumah.

Tak susah untuk membuat fish nugget kerana bahan-bahan boleh didapati dengan mudah antaranya ikan dori, tepung gandum, tepung kanji, telur, serbuk roti dan garam sebagai perasa. Korang bebas untuk bereksperimen.

Mula dengan menghancurkan lumat isi ikan dori dan kemudian gaul dengan tepung gandum, sedikit tepung kanji dan garam secukup rasa. Diuli sehingga menjadi pejal. Boleh ditambah dengan lada hitam.

Doh ikan dori diambil kuantiti kecil untuk dibentuk nugget. Pukul 2 biji telur didalam mangkuk. Nugget digolek didalam telur yang dipukul supaya senang nanti hendak dibalut dengan serbuk roti.

Nugget yang telah disalut telur akan digolek didalam mangkuk yang berisi serbuk roti. Boleh juga mengunakan Corn Flakes yang telah dihancurkan. Ada sesetengah mengunakan keropok berperisa yang telah dihancur halus untuk salutan fish nugget.

Fish nugget yang sudah saluti dengan serbuk roti yang tinggal untuk digoreng. Memang terlajak laris home made fish nugget yang dihasilkan oleh air tangan babah sendiri. Laju anak-anak makan fish nugget dengan cicah sos cili. Fish nugget dijadikan minum petang kami anak beranak. Puas hati makan dengan isi ikan yang tebal dan bentuk saiz fish nugget yang besar.

AkuBiomed: Berbaloi menghadiri kelas masakan 2 tahun lepas anjuran oleh Kolej Komuniti.

Sila tekan butang kongsi:

  • Resepi Nugget ikan lembut dan sedap percuma
  • Home made fish ball untuk sup
  • Projek hujung minggu membuat nugget Teddy Bear

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. kesoma.rai says

    12th August 2014 at 11:58 am

    menariknya.. jauh lebih bagus dari nugget beli yg entah ada ikan betul entahkan cuma perisa ikan kan.. nanti boleh cuba jugak..

    Reply
    • akubiomed says

      12th August 2014 at 11:58 pm

      Boleh dicuba buat sediri. Boleh buat nugget ayam.

      Reply
  2. Ummi Hanie says

    11th August 2014 at 1:21 am

    rajin sekali AB . memang nampak sedap!

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 12:06 am

      Atas permintaan isteri tersayang. 🙂

      Reply
  3. shahfir says

    8th August 2014 at 8:49 am

    wah..nampa sungguh menyelerakan..nyum2…

    Reply
  4. Hairul Hissam says

    8th August 2014 at 3:26 am

    nampak mmg menyelerakan.. kalau buat sendiri tentu lebih sihat tanpa pengawet dan perisa tiruan..

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 12:07 am

      Saya ingat nak hasilkan secara komersial samada sesuai atau tidak.

      Reply
  5. Afiq says

    7th August 2014 at 11:06 pm

    Terbaik bro! Sebenarnya teringin nak masak sendiri, tapi bila duduk rumah orang ni jadi segan hehe. Tunggu pindah rumah sendiri dulu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 12:08 am

      Bolehlah cuba buat apabila ada rumah sendiri nanti. 🙂

      Reply
  6. Hannyabdullah says

    7th August 2014 at 3:06 pm

    Wahhh…tq tq siap ada resepi lagi. Ok lepas ni akk nak cuba buat gak cam gini…:)

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 12:09 am

      Boleh dicuba dengan resepi bahan-bahan yang ringkas ini.

      Reply
  7. anif says

    7th August 2014 at 3:02 pm

    Bila buat sendiri lebih puas hati.. Lebih-lebih lagi jika semuanya licin 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      13th August 2014 at 12:09 am

      Memang laji sahaja nugget ini habis. 🙂

      Reply
  8. Norasikin says

    6th August 2014 at 9:51 pm

    Guna ikan tenggiri segar la bro. Lebih kuat rasa ikannya berbanding dory

    Reply
    • akubiomed says

      7th August 2014 at 12:12 am

      Ada tengok yang guna ikan tenggiri lebih baik. Nanti kalau buat lagi boleh guna ikan tenggiri.

      Reply
  9. Ismail N says

    6th August 2014 at 4:36 pm

    Boleh jadi chef dah ni. Banyak sungguh resepi yang telah dikuasai. Well done..

    Reply
    • akubiomed says

      6th August 2014 at 8:01 pm

      Atas permintaan isteri yang ragu-ragu status halal.

      Reply
  10. TehR says

    6th August 2014 at 12:03 am

    memang terlajak laris kalau macam ni gaya
    untungnya kalau aku jadi jiran sebelah rumah 😀

    Reply
    • akubiomed says

      6th August 2014 at 8:02 pm

      Belum lagi hendak bagi jiran merasa sebab untuk diri sendir sudah terlajak laris.

      Reply
  11. titan says

    5th August 2014 at 11:00 pm

    Hoho…untung anak2 hang niii…

    Reply
    • akubiomed says

      6th August 2014 at 8:02 pm

      Memang mereka suka bangat.

      Reply
  12. Ainaa Roseberry says

    5th August 2014 at 10:20 pm

    Huishh sedapnyaaa. Tak pernah makan fish nugget.. Teringin nak buat.. nampak senang.. heheh

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2014 at 10:57 pm

      Boleh dicuba nanti. Sedap makan nugget ikan sambil baca blog.

      Reply
  13. suri says

    5th August 2014 at 4:11 pm

    ermm…serbuk roti tu adakah sama dengan jenama mauripan tu ab? yis dalam peket kuning tu uh…mohon pencerahan. terima kasih 😉

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2014 at 6:33 pm

      Bukan. Serbuk roti ini adalah roti yang telah di pre-heat dan kemudian dikisar halus.

      Reply
      • suri says

        6th August 2014 at 2:04 pm

        terima kasih ab sb sudi menjawab 😉

        oh..makna kena carilah benda dekat kedai jual buat kek, kuih muih tu uh…harap berjumpalah nanti. dia ada brand tertentu ke?

        Reply
        • akubiomed says

          6th August 2014 at 8:03 pm

          Tanda jenama khusus. Boleh cari pasar raya atau kedai jual bahan-bahan burger.

          Reply
  14. suri says

    5th August 2014 at 4:05 pm

    kalau bab makan mereka cukup suka samalah dengan anak suami saya uh..tapi tang saya pula bila buat saya pula tak nak makan eh…eh.. hii

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2014 at 8:27 pm

      Kenapa jadi macam tuh pula Suri?

      Reply
      • Ummi Hanie says

        11th August 2014 at 1:01 am

        samala dgn saya tu… hihi…. air tangan sndiri macam kurang perasaan nak makan :p

        Reply
  15. MK Kimi says

    5th August 2014 at 3:13 pm

    Buat sendiri memang puas hati…tambah pulak kalau sedap. Umph! menjilat jari

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2014 at 8:28 pm

      Atas permintaan isteri kerana ragu-ragu dengan status halal.

      Reply
      • suri says

        6th August 2014 at 2:05 pm

        setuju itu sebab saya suka belajar buat sendiri dari rumah. rasa puas ada bila tengok anak makan bertambah-tambah

        Reply
  16. hafidzramli says

    5th August 2014 at 2:16 pm

    Memang puas buat sendri sebenarnya.
    Rasanya hujung minggu ni boleh buat nih homemade fish nugget 🙂
    Terima kaseh atas resepi homemade ni ya 😉

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2014 at 8:29 pm

      Boleh rujuk di internet kerana banyak dikongsikan resepi untuk membuat nugget ini.

      Reply
  17. Hazmin Hamudin says

    5th August 2014 at 9:46 am

    Puas hati dapat buat sendiri kan bro. Anak2 pun suka pulak. Memang seronok la tengok.

    Reply
    • akubiomed says

      5th August 2014 at 8:30 pm

      Sudah tentu puas hati dihasilkan dengan sendiri. Seronok dapat melihat anak-anak berselera makan nugget.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2022 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in