Panduan selesai masalah atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong.
Siapa pernah alami pengalamn cucu duit di ATM dan duit tidak keluar tetapi duit didalam akaun dipotong? Ini adalah pengalaman pertama kali terkena pada diri sendiri dan saya sendiri tidak sangka ia akan terjadi pada diri sendiri.
Keluar duit gaji di mesin ATM untuk beli barang dapur.
Maklumlah masa gaji tentu nak keluar duit untuk beli barang keperluan dapur. Pada pagi hari Sabtu 25hb Sep yang lalu bawa keluarga keluar untuk membeli barang dan sebelum itu singgah di mesin ATM berdekatan untuk keluar duit. Kebetulan masa tersebut pihak security sedang buat penyelenggaraan mesin ATM, jadi beratur menunggu sehingga urusan penyeleggaraan selesai.
Transaksi pertama berjaya.
Pihak security beri signal mesin ATM sudah kembali berfungsi semula dan saya pula adalah orang yang kedua didalam barisan menunggu. Apabila tiba giliran saya, cucuk mesin ATM dan seperti biasa buat transaksi pertama untuk keluarkan duit. Berjaya.
Sudah, transaksi kedua ATM tidak keluar duit.
Buat tranksaksi kedua tetapi mesin ambil masa untuk proses dan hati saya sudah berbisik mesti ada yang tak kena akan berlaku. Betul bisikan hati saya apabila mesin terus keluarkan error. Pada hal ketika itu mesin ATM dalam mod proses pengeluaran duit. Biasanya kalau ada error akan keluar resit tetapi ini tidak.
Saya rasa tidak sedap hati lalu menunju ke mesin ATM lain yang terletak di stesen minyak berdekatan. Saya buat semakan baki dan ternyata duit saya telah dipotong dan pada masa duit tidak keluar dari mesin ATM tadi. Masa itu tidak dapat nak bayangkan sehingga saya terkedu dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
Panduan selesaikan masalah atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong.
Saya nak kongsi pengalaman saya bagaimana selesaikan masalah ini supaya mereka yang terbaca post ini boleh ambil tindakan yang sama. Pada mulanya saya hubungi hotline Maybank tetapi masalahnya talian tersebut sibuk.
Guna media sosial untuk selesaikan masalah.
Saya guna cara media sosial iaitu Twitter. Saya hantar DM ke akaun Twitter Maybank di @MyMaybank dengan memaklum masalah yang dialami. Alhamdulillah masalah saya dapat diselesaikan didalam masa 5 hari bekerja dan terima kasih kepada pihak Maybank kerana pantas menyelesaikan masalah saya.
Alhamdulillah dapat selesaikan masalah dengan Twittter
Ikut arahan dan beri maklumat dengan lengkap untuk memudahkan siasatan
Saya dapat pemulangan didalam masa 5 hari waktu bekerja
Saaranan saya untuk setiap masalah ada jalan penyelesaian guna saluran yang betul dan bukan dengan cara viralkan untuk mendapat publisiti murah dan akhirnya tidak menguntungkan siapa-siapa. Bertindak dengan rasional dan bijak. Insyallah akan dipermudahkan.
cara yg paling mudah rasanya
Tak pernah kena lagi. Tq untuk info pasal akaun ni
selalu error je keluar di resit. Ini lain macam. Windows semput kot..hehe
Pasal helpline tu, media sosial je jalan penyelesaian terbaik untuk contact.
Kalau contact melalui emel lambat juga kekadang.
bagus dan sangat mudah.. kalau saya dulu.. masuk duit dekat cdm, tiba2 mesin rosak, duit tak masuk.. terpaksa pergi telepon, lepas tuh kena pergi jugak bank yang kita ada masalah tuh.. dalam seminggu baru masuk duit yang kita masukkan.. agak leceh.. itu dululah.. sekarang mungkin sudah senang..
Google2 pasal ni tadi, keluar entry ni. Alhamdullilah dah jumpa ni harap boleh la selesai masalah den plak. Haiya bank2 hehe.
ohw.. cpt juga mereka reply…
selalu gak kene.. tp hanya x berjaya.. duit selamat lagi.. tp risau gakkalau kene mcm n..
patut last tu tulis.. sy akan buat panduan di akubiomed.com.. nanti sila la layari blog saya..hehehehe
maybank ni boleh kata power jugak dia punya team yang control media sosial.
selalunya kalau ada apa2 masalah, saya akan pm diorang melalui fb..memang tak penah tak dapat reply.
cepat pulak tuh 🙂
Pernah duit kena telan CDM tapi tiada confirmation. Terus call Maybank, bagi no mesin & info lain. Duit tu masuk akaun, klu x silap, dalam tempoh 5 hari. Alhamdulillah…. 😀
wah…bagusnya info ni..hanya dengan twitter, settle semua masalah..
tengs for sharing…
Ikhtiar supaya dapat selesaikan dengan saluran yang betulkan. Bukan emosional.
Setiap 2-3 hari memang selalu check akaun bank, takut ada transaksi yang tidak dapat disahkan.
Risau juga perkara macam nie berlaku. Kadangkala lupa jumlah duit dalam bank.
Itu pun saya rasa tak sedap hati untuk periksa baki simpanan jika ada potongan. Sah memang ada potongan walaupun duit tak keluar dari mesin.
alamak, saya takde twitter…thanks for sharing!
Sudah boleh signup akaun Twitter yang PERCUMA sahaja.
ooo..baru tahu pasal twitter ni…thanks info sangat berguna..ilmu baru saya..hehe
Harap dapat berkongsi supaya rakan-rakan juga dapat tahu. Lebih mudah nak selesaikan masalah apabila tahu jalan penyelesaian.
banyak ke sikit tetap duit, semoga dihindarkan dr masalah mcm ni
Saya sendiri tidak pernah menyangka ia akan berlaku pada diri sendiri. Alhamdulillah dapat diselesaikan dengan pihak bank.
Alhamdulillah syukur dapat balik refund.
Syukur Alhamdulillah dengan berterima kasih dengan Maybank menyelesaikan masalah dengan cepat dan baik.
cik tom pernah kena…time study dulu..mesin atm tak keluarkan duit tapi rekod transaksi berjaya..solution pergi bank..buat report dan dalam masa 2 minggu check duit masuk balik dalam akaun.
Nak pergi ke bank buat laporan memanng bercinta. Kalau sudah terpaksa relakan hati juga nak selesaikan masalah. 🙂
Nak kena ada akaun Twitter juga lah macam ni
Twitter bukan setakat untuk bersosial semata-mata ada kegunaan lain boleh dimanfaatkan. 🙂
Masa saya kena dulu kat stesen minyak. Jd saya tanya kat stesen minyak atm tu cawangan mana. Lepas tu saya terus call bank sbb masa tu waktu pejabat. 2 minggu baru diaorg pulangkan duit terus dalam akaun. Seksa jugak la sbb tak de duit lain waktu tu. 2 minggu terpaksa kawal belanja.
pernah juga guna twitter untuk masalah dgn airasia. memang tips ni menjadi
Ya, lebih mudah kerana pengalaman saya terdahulu guna Twitter untuk selesaikan masalah Streamyx dengan TM. Berkesan.
setakat ini memang berkesan guna cara ni
Wow..guna DM Twiter saje? Mudah nya..huhu..Sebelum ni saya kene,tapi saya g bank yang berdekatan..tu pun 1-2 jam baru dapat jumpa pegawai (ramai org).. huhu.. Thanks tuan..entry ini amakn membantu di masa akan datang jika kene lagi…
Kalau berlaku lagi boleh guna khidmat Twitter untuk selesaikan masalah. 🙂