Buat projek ketika black out
Dua hari lepas kawasan taman perumahan telah terputus bekalan elektrik(blackout) dan lebih malang lagi talian Streamyx broadband pula offline kerana talian telefon tidak ada nada dial.
Aku telah menghantar sms BD ke TNB 15454 untuk melaporkan keputusan bekalan elektrik. Agak-agak apa aktiviti yang boleh dibuat kalau rumah sudah bergelap? Tentu bosan bukan apabila bergelap semua kerja tergendala.
Apa lagi aku mengambil peluang untuk memenuhi masa dengan membuat ekperimentasi Light Graffiti setelah percubaan pertama mengunakan kamera kompak digital Panasonic Lumix membuahkan hasil.
Semakin lama semakin aku sayang aku kepada kamera Panasonic Lumix DMC-FX55 yang aku beli 3 tahun dahulu. Setelah ada blog barulah aku mengunakkannya kalau tidak hanya jika ada perayaan atau pergi kerja luar barulah kamera ini dibawa bersama.
Atas permintaan sahabat-sahabat blogger aku ini berkongsi ilmu mengenai setting pada kamera kompak digital yang boleh digunakan untuk menghasilkan Light Graffiti. Kamera kompak yang aku gunakan untuk menghasilkan Light Graffiti adalah Panasonic Lumix model DMC-FX55.
Tutorial setting kamera kompak Panasonic Lumix untuk membuat seni Light Graffiti
Ini adalah hasil seni Light Graffiti amatur ketika rumah begelap tempoh hari.
Ini adalah hasil Light Graffiti ketika cuba mengelapkan rumah dengan memasang bidai langsir.
My Three Angel Koning
Percaya atau tidak hasil seni amatur Light Graffiti ini adalah dengan mengunakan kamera kompak digital. Banyak lagi yang kita tidak ketahui terutama setting Megapixel.
Kalau ada DSLR tentu hasilnya lebih hebat kalau hendak dibanding kamera kompak digital. Kalau teringin mengunakan DSLR boleh cari yang terpakai supaya dapat memahirkan penggunaanya terlebih dahulu.
Arahan:
Aku ingin meminta kerjasama kepada pengunjung yang menghasilkan Light Graffiti dengan kamera kompak digital selepas membaca tutorial di blog ini supaya link kembali hasil seni Graffiti ke dalam entri ini. Sila letak jenis kamera yang digunakan seperti Jenama, Model, Mode Setting dengan ini dapat membantu sahabat blogger bersama-sama mengembangkan hasil Light Graffiti.
ooo baru tahu.. tak pernah tahu sebelum ni bole buat mcm ni.. nk try la
Hehe..yang mcm calar-calar tu buat dengan kamera jugak ke bro??
pasti semua dari camera
dah lama tak buat..dulu masa baru beli dslr ada cuba buat..sorang2 dalam gelap..ulang-alik ke kamera..berpeluh dibuatnya..hahaha
bole exercise la gini.. ok nk cuba nnt.. tak pernah tahu pon
tunggu hasil kerja aku pulak.. 🙂
Sudah semestinya saya menanti yang bakal dihasilkan nanti
pasti lebih hebat nanti
Hari tue ade terjumpa kat facebook.. hasil seni seorang tue.. cantik gak die buat cam nie
Kalau guna DSLR tentu cantik hasilnya
berjaya juga akhirnya. hasil light graffiti yang tak seberapa 🙂 guna kamera kompak & DSLR
http://blog.amirez.com/tutorial-buat-light-graffiti/
Saya sudah terjah blog bro. Cantik juga light graffiti yang dihasilkan sebab tulisa nampak halus dan api memang di kelasnya tersendiri 🙂
fuhh memang cantik la
Salam,
1st blog yg saya singgah pagi nie, blog sdiri pun tak buka lagi..hahaha, wah sukalah tengok teknik Light Graffiti nie, pandainya buat…ada masa yg sesuai nak juga try buat tapi kurang faham cara2 menghasilkan light graffiti tu.
Terima kasih Yanmie. Pagi-pagi sudah bertandang ke blog saya. Yanmie can ada kamera Nikon projekor yang baru beli. Boleh menghasilkan light graffiti dengan set night mode dan set shutter speed panjang sikit
thank atas tutorial tu. nanti bila ada kamera nanti, aku akan try. skrg ni cuma ada phone berkamera je.
Bila ada kamera nanti boleh godek-godek 🙂
Bro..
Kau dah berjaya buat aku gatal tangan nak mencuba 😀
nicelah. nak try nanti, tapi tak taulah kamera kompak saya boleh setting macam tu ke tak. kalau jadi, nanti saya share 🙂
Tolong yer bro kongsi Light Graffiti yang bakal dihasilkan nanti
insyaAllah..nanti saya buat entri pasal light graffiti ni 😉
yeah, dah berjaya buat dengan 8 kali percubaan eheh
Tanniah bro. Kalau berpeluang saya mahu melihat hasilnya nanti 🙂
Sebenarnya saya mula terfikir tentang projek yang dimaksudkan tu?Ingatkan projek yang tak elok tu.Terima kasih bro sebab kongsikan tutorial di atas.
oohhh setting ke Starry Sky ya… baiklah, nanti nak cuba…!
terima kasih bro kerana kongsi ilmu kat sini
saya sendiri pun dah lama tak main2 dengan kamera
Ilmu yang tidak seberapa dari saya. Saya teringin melihat hasil seni Light Graffiti yang dihasilkan oleh sahabat-sahabat blogger
kamera aku boleh pergi dalam 12 megapixsel je.
mungkin boleh cuba ke tahap DSLR.hehe…
buat projek ni ke dalam gelap.
dalam gelap tetap nampak cahaya
terang la.
Memang betul semasa saya buat Light Graffiti cahaya amat suram boleh dikatakan hampir tidak nampak. Apabila proses snap shot selesai latar belakang menjadi terang
menarik gila, tak semua kan ada function macam tu
pergh memang terbaik la. cair aku.hee
Boleh godek-godek pada kamera. Cuba cari night mode
wooo smart tu.. aku tak pernah lagi bereksperimentasi dengan teknik light grafiti tu..
.
Boleh cuba untuk menghilang kebosanan bro 🙂
seni yang ringkas…tapi jarang orang gunakan..btw..nice tips disitu~
Hasil seni bergantung kepada kreativiti dan bagaimana hasil corak yang cuba diterjemahkan
Wah sangat cantik.. Boleh kembangkan bakat ni lagi.. 🙂
Terima kasih, hobi suka-suka sahaja unutk koleksi peribadi
kamera pulak sy xder, nak beli parents tak bg… dgn alasan “spm dulu, then bru enjoy”
psst: “takut” sy tgk tajuk entri tuh dlm feed td.. 😀
Tak apa dengar nasihat orang tua lebih penting. Ada bersebab orang tua melarang 🙂
ni dah kira projek bagus ni bro..
Projek main baik tapi tidak ada gang hendak kembangkan bakat
share kat blog dah kira ok..
Ada tutorial x cemna nak buat.. Guna camera digital biasa boleh kan..
La Jai mamai ker 🙂 kan sudah letak tutorial dekat atas tuh
bukti kamera digital pun boleh buat macam2 🙂
Kekurangan tetap akan ada yer bro, masih tidak boleh menandingi kamera DSLR kan
nanti kalau blackout rumah ni, aku nak buat jugak la..
Ha..ha..kalau macam kena pergi kebas fius TNB baru dapat blackout 🙂
wow,serius cantik gmbar yang ketiga last tu!
Terima kasih Adele. Harap sudah jumpa kamera yang dicari tempoh hari 🙂
tak jumpa lg..dah hampir 2 bulan tidak ketemu..mcm x ada harapan je.. 😀
salam bro..
wahhh.. menarik.. dulu rasanya pernah buat
tapi dah lupa bagaimana…
nanti nak cuba..
thanks bro
W’Salam, Nur sudah ada DSLR tentu boleh buat Light Graffiti
jadi kita hanya mainkan saja lampu led tu mengikut apa yg kita mahu?
Ya bro TE, corakkan sahaja mengikut kehendak kita cuma setiap pergerakan mesti konsisten masanya. Kalau tidak cahaya tail akan menjadi tebal
makin menjadi2 dibuatnya, wahhh … nak buat juga.. tapi 2,3 bulan lagi kot.. hehe… 3 anak, light dia ala2 kepak lagi..
Semakin seronok bermain light tail kerana hasilnya memang tidak dijangkan 🙂
ada dslr pun tak pernah buat sbb memang tak tahu macam mana nak setting,huhu
Dah ada tutorial,bolehla buat rujukan.
Kalau kamera DSLR boleh ubah shutter speed supaya jadi panjang dan guna ISO tinggi sikit. Mungkin otai DSLR boleh beri panduan
bestnye…..cantek2
wah.. best2 .. maza semakin teruja lah fulaks.. hehehe
nanti maza mahu mencubalah..
psst: bab bergelap tu pun elok gak.. biomed telah dulu berlatih utk menyambut 60 hour or beyond earth hour pada 26/3 ni… kata worang selamat kan dunia gitew.. hehehhehe
hmm… sepekara lagi, bila gelap2 begini, mungkin hasilnya boleh diperolehi selepas 9bln 10hari kot?
ahaks… cabutttt….
Ha..ha..bro Maza sempat mengusik lagi. Jangan buat pasal sebab baby Aslah masih belum capai umur setahun lagi 🙂
Owhh… kamera compact pun boleh buat camni erk… 😀 baru tahu, nanti nak kena tgk, kamera lama aku tuh ada ke lerh set camnih. Kalau ada, boleh aa cuba nanti.
Boleh cuba trail and error. Saya pun mula-mula mendapat setting ini pun dengan cara yang sama
smart pic tu
nanti nak try buat satu la
hehehe tajuk pun smart 😀
Terima kasih bro. Harap tidak ada yang marah dengan tajuk entri 🙂
Wow.. Terima kasih kerana menyiarkan tutorial ini 🙂
Lepas ini boleh bereksperimentasi dengan light graffiti..
Terima kasih. Selamat mencuba tutorial dengan ilmu saya tidak seberapa ini
Smart Bro…. X de kamera nak buat mcm tuh… Nak dslr no money >.<
Terima kasih bro. Kamera digital biasa pun boleh set pada night mode
aku pun teringin nak mencuba…
thank sebab kongsi maklumat ni
Sama-sama bro. Nanti Light Graffiti yang dihasilkan nanti link ke dalam entri ini