Buat projek dalam gelap

Buat projek ketika black out

Dua hari lepas kawasan taman perumahan telah terputus bekalan elektrik(blackout) dan lebih malang lagi talian Streamyx broadband pula offline kerana talian telefon tidak ada nada dial. Aku telah menghantar sms BD ke TNB 15454 untuk melaporkan keputusan bekalan elektrik. Agak-agak apa aktiviti yang boleh dibuat kalau rumah sudah bergelap? Tentu bosan bukan apabila bergelap semua kerja tergendala.

Apa lagi aku mengambil peluang untuk memenuhi masa dengan membuat ekperimentasi Light Graffiti setelah percubaan pertama mengunakan kamera kompak digital Panasonic Lumix membuahkan hasil. Semakin lama semakin aku sayang aku kepada kamera Panasonic Lumix DMC-FX55 yang aku beli 3 tahun dahulu. Setelah ada blog barulah aku mengunakkannya kalau tidak hanya jika ada perayaan atau pergi kerja luar barulah kamera ini dibawa bersama.

Atas permintaan sahabat-sahabat blogger aku ini berkongsi ilmu mengenai setting pada kamera kompak digital yang boleh digunakan untuk menghasilkan Light Graffiti. Kamera kompak yang aku gunakan untuk menghasilkan Light Graffiti adalah Panasonic Lumix model DMC-FX55.

Tutorial setting kamera kompak digital kompak untuk Light Graffiti

Tutorial setting kamera kompak Panasonic Lumix untuk membuat seni Light Graffiti

Ini adalah hasil seni Light Graffiti amatur ketika rumah begelap tempoh hari.

Yassin dengan Light Graffiti

Corak rawak satu warna dengan Light Graffiti

Corak rawak dua warna dengan Light Graffiti

Corak rawak dua warna dengan Light Graffiti

Corak sfera dua warna dengan Light Graffiti

Corak rawak warna merah dengan Light Graffiti

Ini adalah hasil Light Graffiti ketika cuba mengelapkan rumah dengan memasang bidai langsir.


My three koning angel

My Three Angel Koning

 

AkuBiomed dengan Light Graffiti

Percaya atau tidak hasil seni amatur Light Graffiti ini adalah dengan mengunakan kamera kompak digital. Banyak lagi yang kita tidak ketahui terutama setting Megapixel. Kalau ada DSLR tentu hasilnya lebih hebat kalau hendak dibanding kamera kompak digital. Kalau teringin mengunakan DSLR boleh cari yang terpakai supaya dapat memahirkan penggunaanya terlebih dahulu.

Arahan:

Aku ingin meminta kerjasama kepada pengunjung yang menghasilkan Light Graffiti dengan kamera kompak digital selepas membaca tutorial di blog ini supaya link kembali hasil seni Graffiti ke dalam entri ini. Sila letak jenis kamera yang digunakan seperti Jenama, Model, Mode Setting dengan ini dapat membantu sahabat blogger bersama-sama mengembangkan hasil Light Graffiti.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Hafizul October 30, 2012 at 11:24 pm

    Hehe..yang mcm calar-calar tu buat dengan kamera jugak ke bro??

  • hafizrahim October 4, 2012 at 5:28 pm

    dah lama tak buat..dulu masa baru beli dslr ada cuba buat..sorang2 dalam gelap..ulang-alik ke kamera..berpeluh dibuatnya..hahaha

  • tarmizishukri May 14, 2011 at 1:10 pm

    tunggu hasil kerja aku pulak.. :)

    • akubiomed May 14, 2011 at 2:28 pm

      Sudah semestinya saya menanti yang bakal dihasilkan nanti

  • Bro Framestone March 31, 2011 at 4:15 am

    Hari tue ade terjumpa kat facebook.. hasil seni seorang tue.. cantik gak die buat cam nie
    Bro Framestone recently posted..Sakit BelakangMy Profile

    • akubiomed May 14, 2011 at 2:27 pm

      Kalau guna DSLR tentu cantik hasilnya

  • Amirez March 23, 2011 at 2:58 pm

    berjaya juga akhirnya. hasil light graffiti yang tak seberapa :) guna kamera kompak & DSLR

    http://blog.amirez.com/tutorial-buat-light-graffiti/
    Amirez recently posted..Perlukah A Dalam Setiap ExamMy Profile

    • akubiomed March 23, 2011 at 8:46 pm

      Saya sudah terjah blog bro. Cantik juga light graffiti yang dihasilkan sebab tulisa nampak halus dan api memang di kelasnya tersendiri :-)

  • yanmie March 23, 2011 at 9:01 am

    Salam,

    1st blog yg saya singgah pagi nie, blog sdiri pun tak buka lagi..hahaha, wah sukalah tengok teknik Light Graffiti nie, pandainya buat…ada masa yg sesuai nak juga try buat tapi kurang faham cara2 menghasilkan light graffiti tu.

    • akubiomed March 23, 2011 at 8:45 pm

      Terima kasih Yanmie. Pagi-pagi sudah bertandang ke blog saya. Yanmie can ada kamera Nikon projekor yang baru beli. Boleh menghasilkan light graffiti dengan set night mode dan set shutter speed panjang sikit

  • Ladfe Amir March 21, 2011 at 11:08 pm

    thank atas tutorial tu. nanti bila ada kamera nanti, aku akan try. skrg ni cuma ada phone berkamera je.

    • akubiomed March 22, 2011 at 10:20 pm

      Bila ada kamera nanti boleh godek-godek :-)

  • dnoBiz March 21, 2011 at 10:16 pm

    Bro..
    Kau dah berjaya buat aku gatal tangan nak mencuba :D
    dnoBiz recently posted..Krisis Libya – Tentera AS- Britain dan Perancis mula bedil LibyaMy Profile

  • Amirez March 21, 2011 at 8:44 pm

    nicelah. nak try nanti, tapi tak taulah kamera kompak saya boleh setting macam tu ke tak. kalau jadi, nanti saya share :)
    Amirez recently posted..Hadiah Daripada FitriHadicomMy Profile

  • PakarBuahPinggang March 21, 2011 at 1:03 pm

    Sebenarnya saya mula terfikir tentang projek yang dimaksudkan tu?Ingatkan projek yang tak elok tu.Terima kasih bro sebab kongsikan tutorial di atas.

  • sw33tdarling March 21, 2011 at 9:42 am

    oohhh setting ke Starry Sky ya… baiklah, nanti nak cuba…!

  • tehr March 20, 2011 at 4:39 pm

    terima kasih bro kerana kongsi ilmu kat sini
    saya sendiri pun dah lama tak main2 dengan kamera

    • akubiomed March 20, 2011 at 9:38 pm

      Ilmu yang tidak seberapa dari saya. Saya teringin melihat hasil seni Light Graffiti yang dihasilkan oleh sahabat-sahabat blogger

  • Ali ridha March 20, 2011 at 3:15 pm

    kamera aku boleh pergi dalam 12 megapixsel je.
    mungkin boleh cuba ke tahap DSLR.hehe…

  • Ali ridha March 20, 2011 at 3:10 pm

    buat projek ni ke dalam gelap.
    dalam gelap tetap nampak cahaya
    terang la.

    • akubiomed March 20, 2011 at 9:36 pm

      Memang betul semasa saya buat Light Graffiti cahaya amat suram boleh dikatakan hampir tidak nampak. Apabila proses snap shot selesai latar belakang menjadi terang

  • syahrilhafiz March 20, 2011 at 10:12 am

    menarik gila, tak semua kan ada function macam tu
    pergh memang terbaik la. cair aku.hee

    • akubiomed March 20, 2011 at 9:34 pm

      Boleh godek-godek pada kamera. Cuba cari night mode

  • Fitrihadi March 20, 2011 at 2:59 am

    wooo smart tu.. aku tak pernah lagi bereksperimentasi dengan teknik light grafiti tu..
    .
    Fitrihadi recently posted..Cool Habes – Teksi Mitsubishi Lancer Evo Di Pandu Oleh Pak Cik Drift!My Profile

    • akubiomed March 20, 2011 at 9:34 am

      Boleh cuba untuk menghilang kebosanan bro :-)

  • Sir Marcello March 20, 2011 at 2:09 am

    seni yang ringkas…tapi jarang orang gunakan..btw..nice tips disitu~

    • akubiomed March 20, 2011 at 9:35 am

      Hasil seni bergantung kepada kreativiti dan bagaimana hasil corak yang cuba diterjemahkan

  • Nur March 20, 2011 at 12:00 am

    Wah sangat cantik.. Boleh kembangkan bakat ni lagi.. :)

    • akubiomed March 20, 2011 at 9:37 am

      Terima kasih, hobi suka-suka sahaja unutk koleksi peribadi

  • FD March 19, 2011 at 11:28 pm

    kamera pulak sy xder, nak beli parents tak bg… dgn alasan “spm dulu, then bru enjoy”

    psst: “takut” sy tgk tajuk entri tuh dlm feed td.. :D

    • akubiomed March 20, 2011 at 9:36 am

      Tak apa dengar nasihat orang tua lebih penting. Ada bersebab orang tua melarang :-)

  • Mus March 19, 2011 at 10:31 pm

    ni dah kira projek bagus ni bro..
    Mus recently posted..Deruan Ombak Di Batu Payung – Tinagat Di TawauMy Profile

  • decrewz March 19, 2011 at 10:11 pm

    Ada tutorial x cemna nak buat.. Guna camera digital biasa boleh kan..

    • akubiomed March 19, 2011 at 11:09 pm

      La Jai mamai ker :-) kan sudah letak tutorial dekat atas tuh

  • tarmizishukri March 19, 2011 at 8:25 pm

    bukti kamera digital pun boleh buat macam2 :)

    • akubiomed March 19, 2011 at 9:04 pm

      Kekurangan tetap akan ada yer bro, masih tidak boleh menandingi kamera DSLR kan

  • titan March 19, 2011 at 8:18 pm

    nanti kalau blackout rumah ni, aku nak buat jugak la..

    • akubiomed March 19, 2011 at 8:57 pm

      Ha..ha..kalau macam kena pergi kebas fius TNB baru dapat blackout :-)

  • adele March 19, 2011 at 7:57 pm

    wow,serius cantik gmbar yang ketiga last tu!

    • akubiomed March 19, 2011 at 8:05 pm

      Terima kasih Adele. Harap sudah jumpa kamera yang dicari tempoh hari :-)

      • adele March 19, 2011 at 8:11 pm

        tak jumpa lg..dah hampir 2 bulan tidak ketemu..mcm x ada harapan je.. :D

  • nurmisnan March 19, 2011 at 7:56 pm

    salam bro..
    wahhh.. menarik.. dulu rasanya pernah buat
    tapi dah lupa bagaimana…
    nanti nak cuba..
    thanks bro

    • akubiomed March 19, 2011 at 8:08 pm

      W’Salam, Nur sudah ada DSLR tentu boleh buat Light Graffiti

  • tengkorak emas March 19, 2011 at 7:15 pm

    jadi kita hanya mainkan saja lampu led tu mengikut apa yg kita mahu?

    • akubiomed March 19, 2011 at 8:11 pm

      Ya bro TE, corakkan sahaja mengikut kehendak kita cuma setiap pergerakan mesti konsisten masanya. Kalau tidak cahaya tail akan menjadi tebal

  • zik March 19, 2011 at 7:10 pm

    makin menjadi2 dibuatnya, wahhh … nak buat juga.. tapi 2,3 bulan lagi kot.. hehe… 3 anak, light dia ala2 kepak lagi..
    zik recently posted..Buaya kena buli dengan badak air yang ganas!!My Profile

    • akubiomed March 19, 2011 at 8:12 pm

      Semakin seronok bermain light tail kerana hasilnya memang tidak dijangkan :-)

  • saiful March 19, 2011 at 7:08 pm

    ada dslr pun tak pernah buat sbb memang tak tahu macam mana nak setting,huhu
    Dah ada tutorial,bolehla buat rujukan.
    saiful recently posted..Hapuskan Tag Iframe Dari BlogMy Profile

    • akubiomed March 19, 2011 at 8:14 pm

      Kalau kamera DSLR boleh ubah shutter speed supaya jadi panjang dan guna ISO tinggi sikit. Mungkin otai DSLR boleh beri panduan

  • azinur March 19, 2011 at 6:41 pm

    bestnye…..cantek2

  • maza March 19, 2011 at 5:14 pm

    wah.. best2 .. maza semakin teruja lah fulaks.. hehehe

    nanti maza mahu mencubalah..

    psst: bab bergelap tu pun elok gak.. biomed telah dulu berlatih utk menyambut 60 hour or beyond earth hour pada 26/3 ni… kata worang selamat kan dunia gitew.. hehehhehe

    hmm… sepekara lagi, bila gelap2 begini, mungkin hasilnya boleh diperolehi selepas 9bln 10hari kot?

    ahaks… cabutttt….

    • akubiomed March 19, 2011 at 5:18 pm

      Ha..ha..bro Maza sempat mengusik lagi. Jangan buat pasal sebab baby Aslah masih belum capai umur setahun lagi :-)

  • Eizil March 19, 2011 at 5:07 pm

    Owhh… kamera compact pun boleh buat camni erk… :D baru tahu, nanti nak kena tgk, kamera lama aku tuh ada ke lerh set camnih. Kalau ada, boleh aa cuba nanti.
    Eizil recently posted..Ubahsuaian lampu kereta yang melampauMy Profile

    • akubiomed March 19, 2011 at 5:20 pm

      Boleh cuba trail and error. Saya pun mula-mula mendapat setting ini pun dengan cara yang sama

  • wazy March 19, 2011 at 4:49 pm

    smart pic tu
    nanti nak try buat satu la
    hehehe tajuk pun smart :D

    • akubiomed March 19, 2011 at 5:20 pm

      Terima kasih bro. Harap tidak ada yang marah dengan tajuk entri :-)

  • anif March 19, 2011 at 4:36 pm

    Wow.. Terima kasih kerana menyiarkan tutorial ini :)

    Lepas ini boleh bereksperimentasi dengan light graffiti..
    anif recently posted..Bank Negara Malaysia – Syarat Kelayakan Untuk Mendapatkan Kad Kredit DisemakMy Profile

    • akubiomed March 19, 2011 at 4:37 pm

      Terima kasih. Selamat mencuba tutorial dengan ilmu saya tidak seberapa ini

  • ProfHariz March 19, 2011 at 4:26 pm

    Smart Bro…. X de kamera nak buat mcm tuh… Nak dslr no money >.<

Trackbacks