Toyota Malaysia telah mengumumkan penurunan harga jualan Toyota Prius Hibrid seiring dengan pembentangan Bajet 2011 . Harga Toyota pada sebelum pembentangan bajet 2011 adalah RM175,000 dan selepas pengumuman bajet dibuat harga Toyota Prius akan bermula serendah RM139,900.
Pengecualian duti import sebanyak 100% untuk pemegang francais kereta hibrid dan 50% bagi kereta hibrid yang siap pasang(CBU )
[ad#nuffnang]
Info ringkas mengenai kereta hibrid
- Mengunakan dua sumber tenaga iaitu petrol dan elektrik
- Ketika kelajuan rendah kuasa elektrik dijanakan oleh motor elektrik
- Bateri sel akan dicaj semasa pedal brek di tekan
- Ketika memerlukan kelajuan, kuasa minyak dan motor elektrik akan berfungsi
- Semasa berhenti kuasa dijanakan sepenuhnya oleh motor elektrik
- Pembinaan kereta hibrid memerlukan aerodinamik dan menggunakan bahan logam ringan
Proton bakal melancarkan kereta hibrid pada 2011
Proton memperkenalkan kereta konsep Eco Mobility Advanced Solutions atau nama singkatannya EMAS di Pameran Kereta Geneva 2011. Proton telah mempamerkan tiga model konsep Proton Emas, Emas Country dan Emas3. Kereta hibrid ini dibangunkan dengan hasil kerjasama Proton, Lotus dan Italdesign Giugiaro (IDG) sebuah firma reka bentuk Itali.
Pameran Kereta Geneva 2007 menyaksikan enjin kereta Proton Gen2 telah dipasang EVE hibrid menggunakan kepakaran kejuruteraan Lotus. EVE hibrid membawa maksud Efficient, Viable dan Environmental digabungkan dengan enjin Campro berkuasa 1.6 liter serta pemacuan kotak gear teknologi CVT.
Proton juga merancang memasang enjin hibrid pada model MPV Exora dan sekarang ini Proton sedang menguji Exora Hibrid di Britain. Exora Hibrid dijangkakan akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan di Putrajaya nanti.
Walaupun bajet 2011 memberi sinar kepada penurunan harga kereta hibrid, aku masih belum mampu miliki.
[ad#mangga-ad]
[ad#advertlets-post]
Related posts:






minyak sudah naik.
mahu tidak
mampu membeli.
beban keluarga lagi.
bila anak mula melangkah
ke sekolah.
ter’konfius aku tengok
harga kereta toyota prius ni.
hhu… tunggu la bila ade rezeki lebih dari biasa… boleh la beli

Fahmi Raazali recently posted..Aku Si AJK Makanan…
mungkin kalau diturunkan bawah RM 100K baru ramai yang mampu..,
Ps : aku dengar keta hibrid ni under power???
dnoBiz recently posted..PilihanRaya dun Galas dan Batu Sapi – Siapa Pilihan Rakyat
Kita tengok nanti feedback apabila Exora hibrid digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan di Putrajaya
tunggu….
tapi aku lagi tak sabar menungu proton terbaru dilancarkan
aku nak tunggu honday civic hybrid tu menjadi murah lepas tu boleh la angkat satu

mijie recently posted..Cara nak buat cloaking link affiliate
Masalah kereta hibrid bila nak ganti sel bateri dah lah mahal dan dah tentu lebih dari satu. Kereta janaan petrol hanya satu bateri je
Hmmm.. aku lagi prefer public transportation. Tak sanggup drive dlm traffic jam. Harap 1M’sia govt cari jalan baiki public transportation. Tak lah abis duit kita beli keta je.. he he
Ismail N recently posted..TUTORIAL – Cara Memindahkan Blog WordPress Ke Web Hosting Lain Bhgn II
Setuju, kalau saya pun nak pakai public transport yang efficient dan comfort. Sebenar satu cabaran kepada kerajaan untuk menyediakan rangkaian bersepadu dan cekap yang mana memerlukan perbelanjaan besar. Harapan saya syarikat swasta boleh menyumbang sumber kewangan untuk Private Fund Invesment(PFI) mengurangkan beban kewangan kerajaan
kena tunggu honda civic hybrid la pulak, harga dlm 128K je sebelum bajet 2011 hari tu, mana tau kot2 nak turun jugak
etomyam recently posted..Rakyat Malaysia Mudah Kena Sakit Jantung
Hari ini Honda Malaysia dah buat pengumuman pengurangan sebanyak RM21k dari harga asal. Berhajat ker?
Alangkah indahnya kalau enjin Gen2 saya boleh di hibridkan dengan Lotus EVE hibrid. Tak perlu tukar kereta
masih tak mampu nak beli… mampu untuk melihat dan mereview..hehe
zik recently posted..Harga minyak ron 97 naik 5sen!!
Bekas mantan perdana menteri dan juga penasihat Proton Tun Dr. Mahathir mengumumkan bahawa Proton akan mengeluarkan kereta hibrid pertamanya yang berharga bawah RM100k. Persoalan adakah saya mampu memiliki kereta kedua yang sekarang ni pun dah sesak
Nasib baik aku tak minat kereta bentuk cam ni. hehehehe
Squtopus recently posted..Promosi- promosi dan promosi
Habih minat kereta jenis apa?
Kalau ikutkan nafsu kerata bugati veyron la. hehehe. Kalau ikut akal, kereta kompak cam myvi pun dah cukup.
Squtopus recently posted..Promosi- promosi dan promosi
Err Myvi yang color pink ke? Cantik juga tuh
Aah. Siap taruk reben. Hahaha
Squtopus recently posted..Promosi- promosi dan promosi
Ye ler tu.. kalau buat gift MyVi untuk isteri tersayang okay juga tuh tentu tidak berpaling lagi..he..hee
aku cukup suka keter ni..tapi harga dia buat aku down..memang jauh dari kemampuan..
khairolghani recently posted..kawaiigadgetcom
Harga masih mahal disebabkan teknologi yang di embeded dengan kereta ini.
sama la kita
aku pun tak mampu nak beli
tehr recently posted..Lemas Hujan- Banjir Dan Musim Tengkujuh
Kalau Proton boleh produce hibrid murah. Berminat juga ke?
salam..
ermmm..sampai masanya
anda akan lebih mampu dari
kereta toyota..
zulkbo recently posted..Pelajar Di Kejutkan Subuh Dengan Seterika Panas
Amin..moga-moga dimakbulkan.
ni dah masuk kereta mewah ni.. tak mampu nak beli juga kereta ni walau harga dah turun
kulanz recently posted..Cell Phone Wujud di Zaman Charlie Chaplin
Itu masalahnya kerana golongan pertengahan dan bawahan memerlukan kenderaan pada harga yang mampu beli
mampu pandang sahaja heeee
buat masa sekarang memang mampu tengok je la..hehe
dedoku recently posted..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version
kan bagus semua keta x guna minyak… guna kuasa hibid je..
Kereta hibrid sebenarnya membawa maksud sumber menjana enjin ada dua iaitu minyak dan motor elektrik. Jadi bila pada kelajuan rendah, semasa brek dan berhenti kuasa akan dijana dari kuasa motor elektrik.
huhu.. masih lag mahal tapi kalau sapa ada duit confirm beli punya…
Syafrizal recently posted..HPA ingin buka pasar raya besar – myMetro
Sudak tentu golongan pertengahan dan bawahan tidak mampu milikinya
Kita yang tak mampu ni tengok jer lar teguk air liur kan?
zezebel recently posted..Remember Zezebel every Wednesday
Be honest pembangunan kereta hibrid memang mahal kerana teknologinya
Apa salahnya kalau jual murah sikit, lama-lama belanja R&D tu boleh cover juga kan? Kebanyakannya saya rasa beli R&D dari company lain, bukan buat sepenuhnya sendiri pun.
zezebel recently posted..WW- Whose favourite kueh
Sesuatu yang kena dipertimbangkan oleh pengeluar kereta tempatan. Apabila beli teknologi tentu ada pattern yang kena bayar royalti