• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / weBoost mampu merangsang isyarat selular lemah

weBoost mampu merangsang isyarat selular lemah

28th January 2015 by akubiomed 45 Comments

Dengan weBoost mampu menguatkan signal selular yang lemah

Drive 3G-S

weBoost adalah produk inovatif dari Amerika Syarikat yang telah memasuki pasaran Malaysia. Sebagai pengguna telco tempatan saya tidak dapat lari dari masalah signal liputan ketika memandu kereta. Masalah signal liputan telco tempatan yang kadang-kadang lemah ketika memandu melalui beberapa daerah. Tentu ada yang mengalami situasi seperti yang dinyatakan. Jadi usah bimbang kerana produk ini dapat merangsang signal yang lemah.

Apabila memandu saya akan mengunakan aplikasi Waze GPS yang memerlukan penggunaan pelan data selain telefon bimbit didalam standby mode panggilan. Apa yang perasan smartphone menjadi panas dan bateri cepat menjadi lemah untuk pengunaan jangka masa yang panjang. Ini berlaku kerana secara automatik smartphone akan meningkat pengunaan tenaga untuk keupayaan meningkat penerimaan signal yang lemah. Walaupun guna pengecas kereta masih lagi tidak sempat bateri penuh sudah disedut habis.

Bagaimana weBoost meningkatkan signal selular?

weBoost mampu mengatasi masalah tersebut dengan merangsang signal yang lemah. Mesra semua jenis telco tempatan dan jenama telefon bimbit/ telefon pintar boleh digunakan tanpa perlu risau. Antara kebaikan selepas memasang adalah penambahan masa bercakap untuk 3 jam atau memanjangkan hayat bateri sehingga 20 peratus. Bagi saya ia sudah cukup memadai. Jadi tidak perlu bimbang signal lemah kerana ia merangsang signal tersebut kecuali tiada liputan. Ini kerana weBoost memerlukan signal melalui antena sebelum dipertingkatkan.

2 produk diperkenalkan untuk digunakan didalam kereta dan premis:-

1. Drive 3G-S

Drive 3G-S ini untuk digunakan didalam kereta. Mempunyai set bebas tangan yang merupakan Drive 3G-S, pengecas kereta dan antena bermagnet untuk diletakkan pada bumbung kereta.

2. Connect 3G

Connect 3G pula digunakan untuk premis seperti pejabat dan rumah. Ia juga mampu meningkatkan penerimaan signal didalam premis.

Antara kelebihan 2 produk adalah:-

  • Menguatkan signal liputan
  • Mengurangkan dropped call @ panggilan terputus dan hilang penyambungan
  • Panggilan suara lebih jelas
  • Data muat turun bertambah laju
  • Meningkatkan hayat bateri telefon bimbit

Pada 29 Oktober lalu saya telah dijemput untuk menghadiri pelancaran produk weBoost di Connexion@-Nexus di Bangsar South

Bob Van Buskirk Presiden dan CEO weBoost berkongsi masalah pengguna selular dan bagaimana mengatasi masalah tersebut dengan  Drive #3G-S untuk digunakan didalam kereta dan Connect 3G. Dua produk ini telah mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat.

Drive 3G-S dan Connect 3G telah dipaten, pematuhan FCC dimana tidak menganggu rangkaian selular.

Harga pasaran Drive 3G-S adala RM389 dan Connect 3G bakal masuk pasaran Malaysia pada pertengahan bulan November berharga RM1,145. Kedua-dua produk ini boleh dibeli dari Digital Paper yang dilantik sebagai agen pemborong di Malaysia.

———————————————————-

Saya dibekal  Drive 3G-S untuk diuji. Pemasangan yang mudah, tidak perlu pengetahuan teknikal. Boleh dipasang sendiri secara DIY mengikut arahan buku panduan yang dibekalkan.

Drive 3G-S bersama aksesori alat bebas tangan
pengecas usb
antena
cara guna dengan masuk telefon bimbit didalam slot Drive 3G-S

Untuk mula mengunakan Drive 3G-S adalah dengan dengan memasukkan telefon bimbit slot yang boleh diubah sesuai saiz. Aksesori dibekalkan bersama.  Tidak perlu buat setup atau login. Hanya Plug N Play.

Hasil percubaan mengunakan WeBoost

Saya uji WeBoost dipejabat saya terletak di Kota Damansara yang penerimaan signal selular lemah.

weBoost, yang sebelum ini dikenali sebagai Wilson Electronics, LLC adalah peneraju industri komunikasi tanpa wayar, merekacipta dan mengilang perangsang signal selular, antena dan komponen berkaitan dengan pengalaman melebihi 20 tahun. Semua produk weBoost telah direka dan diuji untuk mematuhi piawaian global. Produk mereka telah menang beberapa anugerah diantaranya The most influential mobile and telecommunication di Amerika Syarikat termasuk Consumer Electronics Association, CTIA dan CEDIA.

GIVEAWAY UNTUK PEMBACA BLOG AKUBIOMED

Saya hendak membuat pengumuman. Produk ini WeBoost ini bakal menjadi hot di Malaysia. Peluang untuk menjadi yang terawal memiliki produk ini. Berita baik kerana 1 unit Drive 3G-S yang berharga RM389 bakal diberikan PERCUMA kepada pemenang giveaway.  Saya ulangi PERCUMA. Jom sertai giveaway ini.

Disini saya ingin menganjur peraduan untuk pembaca setia blog AkuBiomed dengan menjawab soalan mudah di ruang komen dibawah. Semuanya jawapan ada didalam post ini. Hadiahnya merupakan 1 unit Drive 3G-S yang berharga RM389 bakal dimiliki. Penentuan seorang pemenang terawal menjawab dengan jawapan betul dan pendapat yang terbaik. Keputusan pemenang adalah muktamad.

Soalan 1: Nama 2 produk weBoost yang baru dilancarkan di Malaysia baru-baru ini?

Soalan 2: Mengapa anda perlu booster mudah alih untuk kegunaan harian?

Syarat-syarat:

  1. Pemenang perlu mengambil sendiri hadiah di Ogilvy terletak Bukit Damansara, Kuala Lumpur 

Saya sendiri akan pos kepada pemenang.

Layari laman rasmi weBoost Malaysia untuk informasi terkini.

>>GIVEAWAY SECARA RASMI TELAH DITUTUP 8 FEB 15<<

Sila tekan butang kongsi:

  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Keputusan pemenang GA weBoost Drive 3G-S
  • Projek hujung minggu diy tukar bateri kereta kong

Filed Under: advertorial Tagged With: weboost drive 3gs

Reader Interactions

Comments

  1. Dulu Lain Sekarang Lain says

    5th February 2015 at 4:49 pm

    Boleh lah kawe pakai ni… siaran kat area tertentu di Sabah ni adehhh..lomah betul. Maybe Weboost ni boleh tolong kan..

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:46 pm

      Saya sendiri ada 1 unit WeBoost Drive 3G-S dan sangat puas hati pakai ketika berada didalam kereta.

      Reply
  2. nikkhazami says

    4th February 2015 at 9:14 pm

    bagis juga weboost ni. yang selalu guna GPS tu memang wajib beli

    Reply
    • akubiomed says

      12th February 2015 at 11:46 pm

      Ya, dapat mengurangkan beban penggunaan kuasa bateri telefon bimbit.

      Reply
  3. Helmi Aliarit says

    4th February 2015 at 1:08 pm

    Saya sangat inginkan produk seperti ini, saya pernah membayangkan jika satu hari ada alatan seperti ini.

    Sebab talian Telco yang tak stabil di sesetengah tempat.

    Reply
  4. Hemi Aliarit says

    3rd February 2015 at 11:28 pm

    Jawapan soalan 1:

    – Drive 3G-S
    – Connect 3G

    Jawapan soalan 2:

    Weeboost Drive 3G-S atau Connect 3G saya sangat perlukan supaya dapat sentiasa berada di atas talian. Disebabkan masalah talian internet yang kurang baik dan tidak stabil, saya terpaksa menggunakan dua nombor telefon untuk kegunaan seharian. Telco D saya gunakan di rumah, manakala telco C saya gunakan di tempat kerja.

    Dengan bantuan weeboost Drive3G-S atau Connect 3G dapat menyelesaikan masalah saya, dan saya juga dapat berjimat untuk bil pospaid bulanan. Kerana hanya perlu melanggan dengan satu telco sahaja.

    Inovasi seperti ini sudah lama saya harapkan sampai di Malaysia, kerana walaupun talian internet meluas tetapi talian internet tidak stabil di beberapa lokasi. 🙂

    Reply
  5. Hero Borneo says

    3rd February 2015 at 6:48 am

    setakat ini saya belum lagi menghadapi masalah signal selular lemah..

    jawapan kepada soalan giveaway:

    Jawapan soalan 1:
    – Drive 3G-S
    – Connect 3G

    Jawapan soalan 2:

    -sudah pasti signal telefon yang lemah menyukarkan proses komunikasi.Paling kita risau kalau ada hal kecemasan.Contoh kereta breakdown dalam perjalanan.
    -selain daripada itu juga kepada golongan blogger yang suka mengembara atau aktiviti outdoor..ia umpama aksesori wajib kepada gajet mudah alih mereka.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2015 at 5:37 pm

      Terima kasih memberikan sokongan untuk giveaway ini.

      Reply
      • Hero Borneo says

        4th February 2015 at 7:01 am

        sama-sama bro dan sekadar mencuba apa yang patut..

        Reply
  6. Noor Azlin @ Bizznurse says

    2nd February 2015 at 11:49 pm

    Jawapan soalan 1
    – Drive 3G-S
    – Connect 3G

    Jawapan soalan 2
    – Saya memerlukan booster mudah alih seperti Connect 3G-S untuk kehidupan seharian kerana liputan ibarat “lifeline” saya! Tiada liputan maka gelaplah dunia, makan tak kenyang mandi tak basah…
    Sebagai seoarang Social Media Entrepreneur, saya perlukan liputan walau di mana saya berada! Dengan adanya Connect 3G-S, pasti saya boleh hidup riang kerana liputan akan semakin cantik walaupun di kawasan yang teruk liputannya sebelum ini. Tak sabarnya saya untuk memiliki satu Connect 3G-S!

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2015 at 5:38 pm

      Terima kasih memberikan sokongan untuk giveaway ini.

      Reply
  7. nurmisnan says

    2nd February 2015 at 11:22 pm

    Nama 2 produk weBoost yang baru dilancarkan di Malaysia baru-baru ini
    -Drive 3G-S
    -Connext 3G

    Mengapa anda perlu booster mudah alih untuk kegunaan harian
    -Saya perlu booster mudah alih ini untuk kerjak yang senantiasa bekerja berada diluar kawasan bandar dan senantiasa mendapat coverage yang sangat2 lemah dan batteri senantiasa weak selepas penggunaan gps waze.

    Saya berharap dengan adanya weboost ini boleh membantu memudahlan kerja2 saya.. tq

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2015 at 5:38 pm

      Terima kasih memberikan sokongan untuk giveaway ini.

      Reply
  8. Afiqah says

    2nd February 2015 at 8:13 pm

    Soalan 1: Nama 2 produk weBoost yang baru dilancarkan di Malaysia baru-baru ini?

    1. Drive 3G-S=Drive 3G-S ini untuk digunakan didalam kereta. Mempunyai set bebas tangan yang merupakan Drive 3G-S, pengecas kereta dan antena bermagnet untuk diletakkan pada bumbung kereta.
    2. Connect 3G=Connect 3G pula digunakan untuk premis seperti pejabat dan rumah. Ia juga mampu meningkatkan penerimaan signal didalam premis.

    Soalan 2: Mengapa anda perlu booster mudah alih untuk kegunaan harian?
    Membantu saya meningkatkan signal penerima talian telefon saya walau di mana pun saya berada. Kalau ada weBoost lagi amat membantu saya menambahkan lagi penerimaan signal telefon saya dengan lebih kuat supaya tidak mengalami masalah penerimaan talian telefon yang lemah dikawasan yang kurang signal telekomunikasi.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2015 at 5:39 pm

      Terima kasih memberikan sokongan untuk giveaway ini.

      Reply
  9. Mus says

    2nd February 2015 at 5:00 pm

    memang sesuai untuk saya yang selalu outstation masuk kampung.. selalu jumpa masalah signal lemah..

    Reply
  10. Fadzi Razak says

    2nd February 2015 at 3:41 pm

    Soalan 1: Nama 2 produk weBoost yang baru dilancarkan di Malaysia baru-baru ini?
    – Drive 3G-S
    – Connect 3G

    Soalan 2: Mengapa anda perlu booster mudah alih untuk kegunaan harian?
    – Pertama, sebab dalam rumah saya sendiri (rumah atas kedai), signal telco yang saya gunakan sangat-sangat lemah. Kadang-kadang terpaksa bergantung pada Whatsapp (guna Unifi) saja untuk berhubung sebab tak ada line langsung.
    – Kedua, saya selalu travel berpandukan Waze, dan hati jadi tak tenang bile bateri cepat habis dan line internet sangat lemah. Selalunya saya akan sesat jugak waktu travel sebab kebergantungan pada Waze ni.
    Oleh itu, saya harap, saya dapat menang weboost ni supaya lebih menyenangkan kehidupan saya. Kalau tak saya stress hahaha 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2015 at 5:39 pm

      Terima kasih memberikan sokongan untuk giveaway ini.

      Reply
  11. Amirul says

    2nd February 2015 at 1:20 pm

    Baru nak join, tapi hadiah kena ambik sendiri… tak jadi :P.
    Bagus juga alat ni untuk org yang suka travel

    Reply
  12. Raihanah Ahmad says

    2nd February 2015 at 1:01 pm

    saya akan cuba nanti, tq for info

    Reply
  13. Kamal Mustafa says

    2nd February 2015 at 12:55 pm

    Memang menjadi masalah bila signal telefon kita lemah. Mcm KM guna line x0x
    yang menumpang line celcom dan maxis, di senawang memang lemah signalnya walaupun kawasan perumahan diatas bukit. Begitu juga di ketiga berada di Kampung Pelangai dalam daerah Kuala Pilah. satu bar…dua bar… tak pernah penuh. pengunaan WeBoost nie pasti boleh membantu.

    Reply
  14. fazrol says

    2nd February 2015 at 10:48 am

    Antara benda yang aku nak nie.. Nak try laa giveaway nie.. Jawapan dia..

    1. Drive 3G-S dan Connect 3G

    2. Aku perlukan produk ini memang amat membantu bila aku balik kampung, dan dimana meransanf signal telco menjadi kuat..

    Reply
  15. iuzira says

    2nd February 2015 at 10:47 am

    soalan 1
    i. Connect 3G
    ii. Drive 3G-S

    Soalan 2:
    saya memerlukan booster mudah alih untuk kegunaan harian kerana ia memudahkan saya mencari tempat yang saya kurang pasti dimana saya memerlukan signal yang kuat untuk ke destinasi yang di tuju. Signal yang lemah menyukarkan saya untuk bergerak terutamanya apabila tiba-tiba kehabisan beteri ,dengan adanya weBoost perjalanan saya ke destinasi menjadi mudah kerana ia mesra telco yang penting merangsang signal yang ada untuk berhubung .

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2015 at 5:40 pm

      Terima kasih memberikan sokongan untuk giveaway ini.

      Reply
  16. Sani Sini Sana says

    1st February 2015 at 10:59 pm

    Tengok tajuk merangsang. itu yang terus singgah tu..
    Anyway saya nak cuba jawab
    1.2 Produk tersebut ialah Drive 3G-S dan Connect 3G.

    2.Tujuan saya nak guna produk ini untuk kegunaan harian adalah kerana saya selalu menghadapi masalah signal dari broadband dan telco. Kawasan tempat tinggal saya dikelilingi dengan rumah flat, jadi signal berada pada tahap rendah. Di tempat kerja juga saya menghadapi masalah yang sama dimana signal selalu terputus-putus. Kalau ia boleh merangsang signal, memang saya perlu dapatkanya..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd February 2015 at 5:40 pm

      Terima kasih memberikan sokongan untuk giveaway ini.

      Reply
  17. Blog Kreatif says

    1st February 2015 at 11:57 am

    terima kasih atas info boss. boleh beli ni.

    Reply
  18. Alin Marlini says

    30th January 2015 at 5:40 pm

    Semakin canggih manggih…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2015 at 9:40 am

      Nak PERCUMA? Boleh sertai giveaway saya ini dengan menjawab 2 soalan mudah.

      Reply
  19. AZENI AHMAD says

    30th January 2015 at 12:16 pm

    Menarik.
    Memang sellau hilang signal je kalau pakai google map kan.
    Pastu bateri panas.
    Tengok2 line takda bateri pun habis.

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2015 at 9:41 am

      Kalau pakai WeBoot Drive 3G-S dapat mengurangkan pengunaan bateri pada telefon bimbit. Nak PERCUMA boleh sertai giveaway ini dengan menjawab 2 soalan mudah.

      Reply
  20. Datin Tyka says

    30th January 2015 at 1:21 am

    Ni bagus untuk DT ni yang sering kali sesat.

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2015 at 7:28 am

      Tak faham dengan sesat? Macam mana tuh?

      Reply
  21. emalinmohd says

    29th January 2015 at 6:31 pm

    Saya pun nak cuba 🙂

    Soalan 1:
    i. Connect 3G
    ii. Drive 3G-S

    Soalan 2:
    Saya amat memerlukan gadget ini kerana ia boleh membantu pergerakan saya dan juga suami bergantung kepada situasi yang mana di antara kami yang perlu ke luar daerah yang mungkin menyebabkan penerimaan signal yang lemah. Tambahan pula, walaupun mendiami rumah di Lembah Kelang saya masih sukar menerima signal telekomunikasi kerana kawasan rumah yang berhadapan dengan hutan simpan.

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2015 at 9:42 am

      Terima kasih kerana sudi menyertai giveaway ini . 🙂

      Reply
  22. Imran says

    29th January 2015 at 1:29 pm

    Boleh beli ni satu.

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2015 at 7:28 am

      Ini saya bagi satu unit percuma secara giveaway.

      Reply
  23. blogger lelaki says

    29th January 2015 at 12:40 pm

    aku lebih suka yang boost dalam bangunan tu..sesuai untuk ofis aku..tapi harga mahal tak ingat..kena suruh bos aku beli nie..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2015 at 7:27 am

      Saya dan rakan-rakan sepejabat mengalami masalah yang sama. Apa bila terima panggilan terpaksa keluar dari premis sebab signal telco lemah.

      Reply
  24. zik says

    29th January 2015 at 12:41 am

    nak beli.. keperluan nih.. sebab sini signal memang mengecewakan betul.. herrggh saborjerla..

    Reply
    • akubiomed says

      29th January 2015 at 1:03 am

      Boleh dapat PERCUMA dengan sertai giveaway di blog saya.

      Reply
  25. titan says

    28th January 2015 at 6:22 pm

    jarang online dalam kereta.

    so..memang kurang sesuai untuk aku.

    mungkin orang lain suka benda nih.

    Reply
    • akubiomed says

      28th January 2015 at 6:47 pm

      WeBoost ini bukan untuk data pelan internet tetapi merangsang signal yang terima dari telco. Contoh signal telco rendah ia akan merangsang signal tersebut. Secara tidak langsung memanjangkan tempoh bateri telefon bimbit.

      Secara teknikal apabila penerimaan signal rendah, telefon akan meningkat penggunaan bateri untuk penerimaan signal. Kerja tersebut telah diambil oleh WeBoost.

      Reply
  26. anif says

    28th January 2015 at 2:06 pm

    Saya mahu cuba jawab 🙂

    Soalan 1 – 1) Drive 3G-S 2)Connect 3G

    Soalan 2 – Sebagai pengguna peralatan telekomunikasi untuk tujuan pekerjaan dan peribadi saya memerlukan kualiti rangkaian yang bagus untuk memastikan segala urusan dapat dilaksanakan dengan baik.

    Reply
    • akubiomed says

      28th January 2015 at 6:48 pm

      Terima kasih sudi menyertai giveaway WeBoost ini.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in