• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Waste to Energy penyelesaian mengurus sisa pepejal

Waste to Energy penyelesaian mengurus sisa pepejal

22nd December 2015 by akubiomed 21 Comments

tapak pelupusan sampah

Pernah dengar perkataan Waste to Enery atau WtE? WtE adalah satu bentuk pemulihan tenaga. Proses WtE dapat menghasilkan tenaga elektrik atau haba secara langsung melalui pembakaran dari sisa pepejal. Antara hasil proses WtE adalah haba, elektrik dan bahan api untuk kenderaan.

Waste to Energy penyelesain merawat sisa pepejal.

Sebelum ini saya ada berkongsi mengenai keperluan mengasingkan sisa sampah dan sisa kitar semula melalui kaedah Reuse, Recycle dan Reduce(3R).

Walaupun kesedaran dan masyarakat mula nampak peningkatan masih belum mampu mengatasi masalah pengurusan sampah semakin hari semakin meningkat. Pembinaan loji WtE dilihat merupakan penyelesian jangka masa panjang yang mampu memberikan kesejahteraan kepada masyarakat.

Hasil pulangan dengan pembinaan loji Waste to Energy merupakan tenaga elektrik, haba dan minyak diesel yang mampu dimanfaatkan. Memandangkan loji tenaga elektrik yang sedia ada mengunakan arang batu semakin tinggi kos operasinya. Perlu ingat bahan api fosil semakin menyusut dan mahal.

Loji WtE vs tapak pelupusan sampah.

Jumlah sisa pepejal dalam negara ini bertambah pada kadar 3.7% secara purata setiap tahun- Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kajian pada tahun 2005 menganggarkan jumlah sisa pepejal yang akan dihasilkan pada tahun 2020 adalah 30,000 tan sehari. Bagaimanapun kajian terkini telah mendapati bahawa pada tahun 2012, sisa pepejal yang dihasilkan dinegara ini telahpun mencapai 33,000 sehari.

Stesen Pemindahan, Kuala Lumpur telah dibina dengan andaian bahawa sisa pepejal yang akan diterima dan dihantar ke Bukit Tagar adalah maksima 1700 tan sehari. Tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah yang dihantar melebihi kapasiti stesen iaiitu kadangkala mencecah 3,000 tan sehari.

 

Situasi ini memberi gambaran peningkatan pelupusan sisa pepejal yang semakin membukit dan secara langsung akan memendek jangka hayat tapak pelupusan sampah dan tidak dapat menampung peningkatan mendadak jumlah sampah yang dilupuskan.

Selain masalah pencemaran bau dan sisa cair meresap ke dalam tanah serta banjir kilat. Selain proses penguraian secara biologi mengambil masa untuk terurai dan hasil tindak balas ini menghasilkan gas mentana yang membahayakan kepada alam sekitar.

Video info grafik mengenai Waste to Energy.

Loji WtE adalah teknologi yang dapat menguruskan masalah pengurusan sisa sampah dengan memproses untuk menghasilkan haba, elektrik dan bahan api untuk kenderaan. Ia dilihat dapat mengatasi masalah tapak pelupusan sampah dilihat adalah jalan terakhir untuk melupus sampah.

Beberapa negara maju termasuk negara jiran kita Singapura telah mendapat manfaat dengan pembinaan loji Waste to Energy. Lihat stastik jumlah Waste to Energy di rajah 1.

Negara Bilangan Loji WtE
Austria 12
Belgium 16
Czech Republik 3
Denmark 29
Finland 6
Perancis 127
Jerman 79
Hungary 1
Ireland 1
Italy 54
Netherlands 13
Norway 15
Slovakia 2
Portugal 3
Sepanyol 11
Switzerland 30
United Kingdom 31
Amerika Syarikat 86
Jepun (Tokyo sahaja) 21
Singapura 5

Sumber: Waste to Energy State of The Art Report; International Solid Waste Association (ISWA); Energy from Waste, Working Group on Thermal Treatment of Waste

rajah 1

 Beberapa cadangan tapak loji Waste to Energy bakal dibina:-

  1. Stesen Pemindahan Sisa Pepejal, Taman Beringin Kuala Lumpur.
  2. Bukit Payung, Johor.
  3. Sungai Udang, Melaka

Sudah sampai masanya teknologi WtE digunakan secara meluas kerana ia dapat menyelesaikan masalah memproses sisa pepejal dan selain itu hasilnya dapat dikembali kepada masyarakat. Yang penting ia dapat mengurangkan pencemaran alam untuk anak cucu kita pada masa akan datang.

Laman mikro Waste to Energy

——————————————————————————–

NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTANAH)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:

Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong sampah beroda yang telah dibekalkan; dan

Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di sebelah tong pada hari kutipan yang telah ditetapkan mengikut kategori berikut:
Plastik;
Kertas; dan

Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)
Bungkusan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula yang bercampur dengan sisa baki akan ditanda dengan pelekat khas berwarna merah dan tidak akan dikutip oleh syarikat konsesi.

Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan berikut akan diambil:
Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;

Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM50.00;
Bagi kesalahan kedua – RM100.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.

NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:

Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan; dan

Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut:
Plastik;
Kertas; dan

Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)

Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil:

Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;

Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM100.00;
Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.

  • Asing sampah dahulu baru buang.
  • TNB e-Services memudahkan pemantuan pengunaan tenaga elektrik
  • Jimat bil elektrik cara mudah my style

Filed Under: advertorial Tagged With: loji waste to energy, waste to energy malaysia, waste to enery, wte

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    31st December 2015 at 3:02 pm

    hasil sampah kt msia ni mmg byk..bgus jgk develop teknologi untuk tukarkan sampah ke tenaga yg baru…

    Reply
  2. Noriza Rahman says

    29th December 2015 at 4:29 pm

    Hairan sungguh rakyat kita Malaysia ni, kalau bab membuang sampah memang payah nak ikut panduan

    Reply
  3. hasif says

    28th December 2015 at 3:52 am

    ramai orang ambil mudah tentang isu ini. tapi benda ni la yang penting untuk orang tahu.

    Reply
  4. Idea Berita says

    27th December 2015 at 7:42 pm

    Pentingnya mendidik untuk generasi masa depan Malaysia

    Reply
  5. Uncle Zuan says

    27th December 2015 at 9:17 am

    ok new info for me. good feed bro 😀

    Reply
  6. zik says

    26th December 2015 at 7:07 pm

    singapore pun ada 5… apepun ini sudah tentunya sistem yang betul2 dapat memberikan manfaat ekonomi, dan alam sekitar

    Reply
  7. faris aiman says

    26th December 2015 at 4:31 pm

    Selama ni tak pernah tahu pun mereka buat macam mana sekarang baru tahu lepas tengok video waste of energy.

    Reply
  8. Therina Jopri says

    25th December 2015 at 2:12 am

    Kita tengoklah berjaya atau tidak sistem ni kat Malaysia. Usah teknologi dan konsep yang canggih tetapi sikap dan budaya rakyatnya terhadap pemuliharaan alam sekitar yang belum

    Reply
  9. omydroid says

    24th December 2015 at 5:08 pm

    Kesedaran dalam masyarakat juga penting sebenarnya kan. Nak2 masa nak asingkan sisa pepejal tu…

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 8:35 pm

      Sudah diterapkan pengasingan sampah 3R diperingkat sekolah cuma dilakukan atau tidak menjadi tanda soal.

      Reply
  10. musadun says

    24th December 2015 at 5:45 am

    bumi semakin tua..patutnya berhenti la guna source bumi ni, isntead buat recycle macm ni.

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 8:33 pm

      Sumber tenaga fosil semakin berkurangan jadi perlu persediaan awal mencari sumber tenaga perbaharui yang baru.

      Reply
  11. Raihanah Ahmad says

    23rd December 2015 at 12:35 pm

    tak sangka juga negara kita pun ada teknologi ni

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 8:29 pm

      Harap masyarakat dapat menerima dengan baik pembinaan loji WtE ini. Usaha untuk menerangkan apa itu Waste to Energy kepada masyarakat untuk memberikan gambaran sebenar WtE.

      Reply
  12. ahmadyani says

    23rd December 2015 at 3:51 am

    Dengan sampah yang semakin meningkat kauntitinya saban hari, kaedah melonggok di satu tempat sudah tidak releven lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 8:27 pm

      Ya, betul. Hendak mengurus tapak pelupusan sampah satu hal juga dengan konsep timbus.

      Reply
  13. mrhanafi says

    23rd December 2015 at 1:37 am

    konsep ini sudah lama dan praktikalnya masih lemah…

    paling penting kesedaran kita terhadap percemaran alam sekitar

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2015 at 8:26 pm

      Kalau praktik pengasingan secara maksima belum menjamin masalah hayat pelupusan sampah akan selesai. Apa bila diperkenalkan loji WtE dapat mengurangkan sampah ke tapak pelupusan dan hanya sedikit hasil proses akan ke tapak pelupusan sampah.

      Reply
      • mrhanafi says

        25th December 2015 at 4:05 am

        ya..bagus juga ada idea begini..

        Reply
  14. Pinky Momma says

    22nd December 2015 at 8:57 pm

    bila tengok video tu baru nampak gambaran sebenar waste to energy..apa pun tindakan kita mengasingkan sampah merupakan satu langkah yg bijak untuk pelaksanaan WTE

    Reply
    • akubiomed says

      22nd December 2015 at 9:47 pm

      Tak apa ambil masa untuk masyarakat memahami apa itu Wte dan fungsinya?

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in