• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Ubat cacing untuk Aslah

Ubat cacing untuk Aslah

5th June 2014 by akubiomed 33 Comments

Rawatan cacing untuk baby Aslah

Memberi ubat cacing ini sepatutnya adalah sebahagian jadual berkala kesihatan baby Aslah di klinik kerajaan. Rawatan ubat cacing ini boleh diambil diklinik kerajaan atau dengan memberi sendiri dengan membeli ubat cacing di kedai farmasi.

Saya telah mendapat peringatan dari isteri tersayang baby Aslah sudah terlewat untuk diberikan ubat cacing untuk kanak-kanak. Saya membeli ubat cacing jenama Zentel di kedai farmasi. Cara makan ubat cacing untuk yang Aslah sudah hampir melangkah umur 4 tahun. Dos ubat yang perlu diambil adalah 10ml(rujuk panduan aturan akan dos ubat). Nampaknya Aslah tidak ada masalah atau takut untuk makan ubat cacing ini. Selamber sahaja meneguk ubat yang diberikan.

Info mengenai kesan jangkitan cacing.

Cacing yang berada didalam usus badan manusia akan menghisap darah dan makanan didalam usus.

Kesan jangkitan cacing kepada manusia:-

  • Kekurangan darah
  • Kekurangan zat makanan
  • Cirit birit
  • Sentiasa merasa letih dan lembap didalam pelajaran
  • Susut badan dan sentiasa jatuh sakit

3 jenis cacing yang biasa menjangkit kepada manusia:-

  1. Cacing gelang
  2. Cacing kerawit
  3. Cacing Rambu

Cara cacing berjangkit kepada manusia

  1. Berjalan tanpa kasut atau selipar
  2. Anak cacing melekat jari. Anak cacing ditelan ketika makan tanpa mencuci tangan terlebih dahulu
  3. Anak cacing melekat disayur. Anak cacing ditelan untuk sayur yang tidak dibersihkan dan dimasak dengan sempurna.

Cara mencegah jangkitan cacing

  1. Guna tandas yang sempurna
  2. Bersihkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan
  3. Basuh tangan selepas mengunakan tandas dan menyediakan makanan
  4. Masak makan dengan sempurna
  5. Kuku hendaklah dipotong pendek
  6. Pakai kasut dan selipar

Sumber: InfoSehat

Sila tekan butang kongsi:

  • Cepat anakku Aslah membesar
  • Baby Aslah masuk Peraduan Si Comel
  • Update ringkas: Baby Aslah masuk hospital

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Kamal Mustafa says

    11th June 2014 at 10:49 pm

    Bukan ke di hospital kerajaan ada jadual pengambilan ubat cacing untuk kanak-kanak. Kalau tak silap setiap 6 bulan. Sebab anak buah KM bru aja dapatkan dos tue.

    Reply
  2. cik tom says

    11th June 2014 at 3:42 pm

    bagusnya baby aslah xtakut makan ubat… ke rasa sedap ubat cacing tue??hehe…

    Reply
  3. TehR says

    10th June 2014 at 6:47 pm

    anak2 memang kena bagi ubat cacing ni
    mungkin rasanya manis sebab budak2 nampak tak kisah je minum

    Reply
  4. KiD says

    9th June 2014 at 6:43 pm

    nice info dan suggestion bro.. moga semuanya OK!

    Reply
  5. aimannajmy says

    9th June 2014 at 10:17 am

    info yang sangat bermanfaat hhuhu.. lama lagi nak aplikasi kat anak2 huhu

    Reply
  6. Anuar says

    7th June 2014 at 4:13 pm

    Seronoknya tengok anak Bro senang minum ubat cacing… Kalau anak-anak saya ni, mahu kena pegang tangan dengan kaki ler jawabnya…

    Reply
    • akubiomed says

      8th June 2014 at 9:41 pm

      Syukur tidak ada masalah untuk makan ubat. 🙂

      Reply
  7. amirulfaiz says

    7th June 2014 at 1:53 pm

    Terima kasih atas info, anak saya tak lama lagi kenalah tu makan ubat cacing.

    Reply
    • akubiomed says

      8th June 2014 at 9:43 pm

      Makan ubat cacing adalah program kesihatan berkala.

      Reply
  8. Ezad Skytech says

    6th June 2014 at 10:46 pm

    mujurlah aslah tak takut makan ubat…selalunya budak kecik ni susah nak telan ubat…

    Reply
    • akubiomed says

      8th June 2014 at 9:44 pm

      Beliau memang tidak ada masalah langsung. 🙂

      Reply
  9. zik says

    6th June 2014 at 6:42 pm

    dulu masa kecik pernah makan ubat nih… banyak cacing dalam badan sekali keluar bila buang air.. semua dah mati… dulu main tanah tak pakai selipar… tak tahu sekarang nih ada jugak ke tak cacing??? badan kurus jer nih??

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 10:49 pm

      Boleh sahaja nak uji dengan makan ubat cacing. Cuba dahulu. 🙂

      Reply
  10. Norasikin says

    6th June 2014 at 5:16 pm

    Saya bagi anak saya zentel gak tp yg jenis pil. Dulu ubat cacing cuma membunuh cacing dewasa je. Jd kena bagi lagi lepas telur menetas. Kini, satu dos dah boleh membunuh cacing dan telurnya sekali. Namun begitu telur cacing pita liat sikit nak bunuh.

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 10:50 pm

      Pernah lihat cacing pita sebab semasa bela kucing dulu pernah dijangkiti.

      Reply
  11. Hairul Hissam says

    5th June 2014 at 5:43 pm

    boleh juga makan biji betik utk membunuh cacing dlm perut.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 10:52 pm

      Terima kasih berkongsi tips. Untuk anak kecil saya syorkan beri ubat cancing.

      Reply
  12. maza says

    5th June 2014 at 4:48 pm

    Oh.. patutlah selalu juga maza rasa lenguh-lenguh dan kurang selera makan. Rupanya kena ambil ubat cacing.

    Ahaks.. hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 10:53 pm

      Boleh cuba makan ubat cancing untuk melihat hasilnya. 🙂

      Reply
  13. ~uncle gedek! says

    5th June 2014 at 4:24 pm

    Tangan sapa tu? Inai dah nak pudar! Calit baru!

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 10:54 pm

      Syyhh, Tajam betul mata Uncle. Kasi cover line. 🙂

      Reply
  14. myrujukan says

    5th June 2014 at 3:02 pm

    ubat yang bagus untuk kanak kanak membesar dengan sihat

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 10:56 pm

      Orang dewasa pun boleh ambil ubat cacing ini. Kalau ada masalah cacing akan merencat tumbesaran.

      Reply
  15. suri says

    5th June 2014 at 1:44 pm

    anak-anak wajib ambil ubat cacing nak anak yang berumur bawah dari 7 tahun. terkadang mereka makan banyak tapi badan tak naik-naik kan. itu salah satu punca faktor juga itu

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 10:58 pm

      Antara sebab ada pemeriksaan berkala kesihatan untuk anak kecil.

      Reply
  16. suri says

    5th June 2014 at 1:43 pm

    cacing kerawit aik..yek hee pastu dia akan keluar dekat kemaluan si kecil.saya masa kecil selalu di ubat ini sebab keliling rumah saya pasir jer. belum masuk pasir pantai hii..

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 11:02 pm

      Mengelikan melihat cacing keluar dari dubur.

      Reply
  17. Ismail N says

    5th June 2014 at 12:58 pm

    Selalunya ubat cacing utk budak-budak sedap rasanya kan? So tak ada masaalah utk kanak-kanak meminumnya. Kecuali kalau ada yg tak suka rasa manis.. Kena tambah air sikit aje lah.

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 11:05 pm

      Kalau ada perasa barulah nak makan tetapi belum ada jaminan akan ditelan. 🙂

      Reply
  18. Ainaa Roseberry says

    5th June 2014 at 11:57 am

    Bahaya parasit ni. Ubat cacing ni elok bagi masa umur masih kecil. Kalau umur dah semakin meningkat, makan ubat cacing apapun dah tak lut dah. Tu yang kena buat pembedahan bagai.

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 11:09 pm

      Ubat cacing boleh dimakan mereka yang dewasa. Cuma ada ego untuk tidak mahu mengambilnya.

      Reply
  19. titan says

    5th June 2014 at 2:37 am

    macam sedap aje ubat tu. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      6th June 2014 at 11:13 pm

      Tak tahulah apa rasanya tetapi nampak slamber sahaja.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in