• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Tukar hon kereta Proton Gen2 rosak secara DIY

Tukar hon kereta Proton Gen2 rosak secara DIY

12th November 2019 by akubiomed 4 Comments

set hon kereta baharu

Set hon kereta baharu

Tukar set hon kereta Proton Gen2 secara DIY.

Kali ke 2 tukar set hon kereta untuk Proton Gen2. Sebelum ini sudah pernah tukar sekali tetapi tidak bertahan lama kerana tukar dengan set hon kereta yang murah. Set hon tidak tahan karat. Kalau nak tahu dan kenal pasti hon kereta rosak boleh baca mengenai Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

Tidak boleh ambil ringan dan remeh apabila hon kereta rosak. Jika berlaku situasi kecemasan atau ingin memberi amaran kepada pengguna kereta perlu guna hon. Bunyi hon boleh beri amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Set hon kereta yang rosak kerana tidak kalis karat. Masa beli set hon ini murah. Jadi redha terima seadanya ketahanannya,

Set hon baharu

Set hon bersama plat pendakap

Proton Gen2 mengunakan 2 hon yang mempunyai berlainan bunyi frekuensi. Hon kereta mengeluarkan bunyi serentak tetapi berlainan frekuensi bila tekan butang hon pada stereng kereta.

Hon kereta frekuensi rendah

Hon kereta frekuensi tinggi

Kedudukan hon kereta Proton Gen2 di dalam bumper sebelah kiri dan berdekatan dengan pam air wiper.

Pusing stereng ke arah kanan bagi memudah untuk akses dan penukaran hon kereta

Hon kereta setelah ditanggalkan

Nak pasang hon kereta ada triknya. Sebaiknya semasa menanggal hon kereta jangan tanggal plat pendakap. Plat pendakap lama jika masih di dalam keadaan baik. Kalau nak tukarplat pendakap baru pasti pasang plat pendakap dahulu dan posisi kedudukan seperti kedudukan asal. Kemudian baru diikuti pemasangan hon.

Jika pasang siap-siap plat pendakap pada hon kemudian baru pasang. Percayalah memang akan mengalami kesukaran kerana tangan mudah lenguh. Pengalaman pertama kali tukar hon mengajar saya untuk pasti plat pendakap sudah dipasang dan diposisi. Barulah pasang hon.

Bahagian akhir selepas pasang hon kereta pada plat pendakap adalah menyambung wayar pada hon. Setiap hon ada 2 penyambung. Tidak perlu bimbang mengenai kedudukan polariti positif dan negatif.

Set hon kereta yang baharu

Ada yang beritahu bila tukar hon baru perlu tambah relay kerana sumber kuasa tidak cukup untuk menyokong hon baharu. Saya tukar hon kereta ini pada bulan Ogos yang lalu dan sehingga ini masih berfungsi dengan baik tanpa apa-apa modifikasi.

Boleh dapakan hon kereta yang boleh digunakan plug & play tanpa tambah relay dari jenama Bosch EC6 Compact Plus BM Twin Horn di Lazada.

Penafian: Saya tidak bertanggungjawab jika apa-apa masalah yang berlaku kegagalan dari panduan yang dikongsikan adalah diatas risiko sendiri.

  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2
  • DIY tukar Proton power window regulator untuk Gen2
  • Masalah clock spring Gen2 hatiku sakit disini

Filed Under: blog, diy Tagged With: hon kereta, proton gen 2, tukar hon kereta

Reader Interactions

Comments

  1. Chik Tie says

    15th November 2019 at 2:48 pm

    Best bila banyak benda boleh buat sendiri. jimat pun jimat

    Reply
    • akubiomed says

      15th November 2019 at 3:06 pm

      Setakat mana yang mampu. Pada masa sama aspek keselamatan tidak boleh ambil ringan. Tiada modifikasi yang dilakukan. Pemasangan hon secara plug n play.

      Reply
  2. Mus says

    13th November 2019 at 5:17 am

    Antara part penting kenderaan semasa di jalan raya utk bagi amaran awal pada pengguna jalan yang lain..

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2019 at 11:55 pm

      Ya, keselamatan perlu diutamakan dan tiada kompromi.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in