DIY tukar bateri iPhone 3G
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menukar bateri iPhone 3G yang dibeli pada tahun 2008. Iphone 3G ini adalah generasi kedua selepas iPhone 2G dan merupakan gajet pertama saya beli dari jenama Apple. Begitu eksklusif dapat mengunakan Apple iPhone ini.
Saya jangkakan iPhone 3G saya dapat bertahan lama tapi jangkaan saya meleset sama sekali selepas setahun iPhone 3Gs dilancarkan. Meruntum jiwa melihat ciri-cirinya ditambah baikkan daripada model iPhone 3G. Walau bagaimanapun saya sayang bangat dengan iPhone 3G ini kerana iOs adalah terbaik dipasaran.
Selepas 2 tahun mengunakan iPhone 3G sudah ada tanda-tanda menunjukkan bateri sudah sampai hayat untuk ditukar.
Antara simptom bateri sudah perlu ditukar:
- Caj bateri cepat habis
- Apabila dicaj cepat sahaja penuh
- iphone menjadi panas luar biasa
- jangka hayat bateri lebih kurang 2 tahun
Pada tahun 2013 saya mengambil keputusan untuk tukar bateri dengan menghantar kedai. Memandangkan tidak mempunyai tool, saya mengambil keputusan hantar kedai untuk tukar bateri. Sayangnya selepas 3 bulan tempoh jaminan bateri habis, bateri mengalami masalah. Nak tuntut jaminan memang tidak boleh sebab bateri sudah melangkau tempoh jaminan.
Projek DIY tukar bateri iPhone 3G .
Akhirnya hari ini dengan bantuan kawan membeli bateri baru dan meminjam tool dari kawan yang mempunyai iPhone 4S. Maka terjadiah projek DIY tukar bateri iPhone 3G ini dirumah. Bagi pemilik iPhone 3G boleh mengunakan bateri iPhone 3GS kerana sama sahaja. Kos membeli bateri iPhone 3GS ini adalah RM30.
iFixit menjadi sumber rujukan.
Proses untuk menukar bateri iPhone 3G ini tidak susah kerana banyak panduan yang dikongsikan di internet. Pengalaman saya penyelenggaraan peralatan hospital, adalah lebih mudah membaiki produk dari Amerika kerana panduannya biasa lengkap dan terperinci. Panduan menukar bateri iPhone 3G ini saya rujuk dilaman iFixit.
Syukur tiada ada masalah didalam proses penukaran bateri dilakukan. Semua fungsi di iPhone 3G ini berfungsi sepenuhnya. Dapatlah jangka hayat iPhone 3G ini dipanjangkan sekurang untuk tempoh 2 tahun lagi.
Nasib baik bukn pengguna iPhone hehe..nmpk rumet. Perlu ada tools khas utk menukar. 1st time chii tgk org tuka batteries iPhone
kat mana nk beli betri iphone 3gs nie?
Banyak kedai jual handphone boleh buat pengantian bateri iPhone 3GS ini. Macam saya beli dan pasang sendiri. Cuma perlu hati-hati semasa menanggalkan kabel kerana ia terlalu nipis.
hati kena kering sikit a lau nk buat DIY tuk brg mahal ni
bila diy macam ni memang banyak boleh jimat. tahniah bro.
saya pun syg iphone 3gs tu.. comel, nipis jer 😉
untunglah pandai repair sendiri ni
Belum pegang lagi model iPhone 4 ke atas lagi tidak keruan.
untung boleh repair sendiri… jimat kos… kalau hantar repair kt org lain,tah berapa la cajnya…
Banyak DIY yang boleh dirujuk. Nak buka iPhone ini tidak susah cuma skru dia kecil.
berbaloi dan puas hati buat sendiri nih…
Jimat. Asalkan berhati-hati ketika melakukan proses pembaikan.
tak termampu nak beli nya
Kalau hendak beli baik angkat iPhone 4S itu model secondhand.
hendak seribu daya
tahniah, bro
Terima kasih bro TehR. Ada ilmu elektronik boleh dilakukan proses pembaikan.
wah hebat bro…
Bolehlah cari makan.
Memang perlukan kemahiran dan pengetahuan teknikal nie…. tapi yang penting kemahuan ingin mencuba la kan
Gajet sekarang banyak kebanyakkan tukar board kerana banyak komponen SMT. Kalau hendak tukar komponen SMT perlu menggunakan tool yang sesuai.
Pandainya tukar tukar sendiri. Kalau saya mau meletop iphone tu hwahahahahah
Tak ada maknanya meletop kecuali board terbakar.
nice idea…boleh try …..
Tak merasa nak beli iphone.. Betri baru nih boleh tahan berapa lama??
Tidak pasti. Masih lagi pantau harap dapat bertahan sekurang 2 tahun.
hai! macam best jer bab menukar iphone ni. pengalaman dha ada tu 😉
Kenapa gambar keluar “look whos popular” bro. huhuhu
Exceed bandwidth. Sabar sahajalah.
beli online kerr bro…? berapa? 3gs aku nie pun dah tunggu masa kena tukar bateri….
Minta kawan beli. Kebetulan beliau hantar iPhone 4S tukar skrin depan.
Tiba2 rasa nak cari iphone 3 jugak..harga pun dah murah sekarang kan. Hoho
Saya cadangkan cari iPhone 4S yang secondhand.
Sapa la yg cipta telefon mcm tu sampai nak tukar bateri pun kena special tool
Tak adalah special tool. Cuma saiz skrunya yang kecil.
Let’s do it ourselves!
belum ada iphone lagi.
tapi memang menjimatkan la kalau tukar ni kan?
Serius iPhone memang best. 🙂
suka buat sendiri juga
Mana yang mampu buat sendiri dapat menjimatkan kos.
seronok bila kita DIY sendiri, lepas tu menjadik dengan jayanya. tapi masalah kalau skrew tercicir atau tak tak cukup secara tiba-tiba. itu boleh jadi haru biru. kene plak tempat yang perlu di skrew tu adalah kompartment yang penting.
Biasanya saya guna tray besar dan bekas skru supaya tidak hilang. Insyallah tidak ada masalah skru terlebih. 🙂
bila buat diy kita rasa berbaloi dan puas dari kiat beli lepas itu minta orang pasangnya huhu..
Mudah dan jimat 🙂 Saya tak pakai iPhone… Tapi kalau pakai nanti iini boleh dijadikan panduan 🙂
Boleh rujuk iFixit banyak tutorial cara-cara membaiki barang elektronik