Aplikasi online Compressor.io mengecilkan saiz memori KB gambar
Salah satu punca blog lambat loading adalah disebabkan saiz byte pada gambar terlalu besar. Biasanya dicadangkan saiz byte untuk gambar dibawah 100 KB bergantung kepada saiz gambar.
Kesan blog lambat loading pada trafik pengunjung.
Menurut Niel Patel yang loading melebih 3 saat akan menyebabkan 40% pengujung akan meninggalkan blog secara tak langsung akan kehilangan trafik.
Sayanglah kalau mempunyai perkongsian penulisan blog yang bagus tetapi disebabkan mengambil masa untuk blog loading lambat.
Gajet terkini seperti kamera digital dan telefon pintar mempunyai kemampuan mengambil gambar pada resolusi tinggi dengan kapasiti lensa kamera dipertingkatkan.
Sebagai contoh lensa kamera telefon pintar sudah melebihi 10 Megapiksel. Jangan terkejut telefon pintar Huawei P20 Pro mempunyai lensa resolusi tinggi 40 Megapiksel.
Kemampuan lensa kamera beresolusi tinggi mengumpul data lebih banyak menjadikan gambar resolusi tinggi. Secara tak langsung memori saiz KB untuk gambar juga akan bertambah.
Ia bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi tidak baik untuk loading blog yang memakan data mereka yang melayari mengunakan gajet seperti telefon pintar dan tablet.Mereka tentu tidak gembira.
Bagi pemilik blog yang mengunakan hosting berbayar juga tidak gembira kerana pakej hosting mereka juga mempunyai kuota bandwith setiap bulan.
Pengunjung akan berkurangan dan blog akan kehilangan trafik.
Cara penyelesaian lain adalah mengunakan plugin untuk blog WordPress.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah gambar masa loading adalah memasang plugin Lazy Load atau BJ Lazy load. Plugin ini boleh dimuat turun secara percuma dan juga plugin premium yang berbayar.
Pengunaan plugin ini akan mempercepatkan loading teks dan mula loading gambar secara satu persatu apabila pengunjung mula baca teks dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
Salah satu yang boleh dilakukan adalah mengecilkan saiz KB gambar dengan menggunakan aplikasi Compressor. Dengan kata lain perumpamaan seperti mengunakan Zip File.
Mengubah saiz gambar tidak cukup untuk mengurang saiz KB gambar.
Salah satu langkah ada yang mengambil langkah mengubah saiz gambar kepada saiz kelebaran 640 tetapi ia tidak menjaminkan saiz memori KB gambar akan berkurang.
Ada yang ingin tahu bagaimana menukarkan KB lebih rendah?
Caranya adalah mengunakan mengunakan Adobe Photoshop. Cara lain mengunakan aplikasi atas talian secara PERCUMA. Aplikasi Compressor.io adalah aplikasi yang dimaksudkan dan ia adalah PERCUMA.
Sebagai contoh penukaran saiz KB gambar untuk gambar bersaiz 800 x 518 piksel yang bersaiz memori 566KB. Setelah mengunakan aplikasi Compressor.io ini berjaya mengecilkan saiz memori kepada 161KB dengan mengekalkan saiz gambar paada 800 x 518 piksel.
Gambar asal mempunyai saiz memori 566 KB.
Gambar selepas mengunakan aplikasi Compressor.io berjaya menurunkan saiz memori ke 161 KB.
Apa yang aplikasi Compressor.io ini lakukan adalah mengurangkan sedikit kualiti gambar tanpa beri kesan saiz gambar. Pada pandangan mata kasar tidak nampak perbezaan dari segi kualiti gambar. Menarik bukan.
Panduan mengunakan aplikasi Compressor.io
Layari laman Compressor.io
Ada limitasi mengunakan Compressor.io ini kerana hanya satu gambar boleh di compress pada satu-satu masa dan tiada features batch compress sekali banyak.
Maklumlah ia PERCUMA.
Sila tekan butang SHARE atau TAG kepada rakan blogger yang lain. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Nanti boleh praktikkan. Kadang-kadang tak ingat nak kecikkan gambar. Terima kasih sharing ni
Saiz gambar kita kekal cuma memori simpanan KB gambar tersebut berkurangan. Jimat ruang dan loading blog pun laju.
Kalau dulu terfikir nak komputer/smartphone laju dan storage besar kalau nak simpan gambar saiz besar. Internet pun nak kena laju kalau nak upload/download gmbar size besar. Sekarang senang dah ada apps boleh kecikkan saiz gmbar.
Malas nak baca kalau loading gambar lama sangat. 🙁