Bercinta keluar ketika cuaca panas terik
Sekarang ini sudah merasa panas terik serta bahang. Terik cahaya matahari sampai mengigit kulit. Waktu tengahari keluar makan rasa bercinta hendak keluar dengan cuaca panas yang terik. Semasa keluar akan mencari laluan yang mempunyai bumbung untuk berlindung dari cahaya matahari yang terik.
Paras air takungan menurun ke paras kritikal
Beberapa hari ini berita arus perdana melaporkan perubahan cuaca dan penurunan paras air. Ada beberapa negeri tahap takungan sudah sampai ke paras kritikal dan ada sesetenggah tempat sudah putus bekalan air. Terbaru berita kebakaran hutan di puncak Gunung Tempurung. Faktor cuaca panas dan kering lebih mudah api kebakaran merebak. Cuaca panas terik tidak digalakkan melakukan pembakaran sampah dan kebakaran terbuka.
Cuaca panas terik menyebabkan kita lebih cepat rasa haus kerana hidrasi. Perlu berhati-hati melakukan aktiviti diluar terutama ketika waktu matahari tegak diatas kepala.
Kumpulan berisiko menjadi mangsa cuaca panas:-
- Mereka yang terbabit dengan akitiviti fizikal diluar seperti buruh binaan, peladang, ahli sukan, tentera dan polis.
- Orang dewasa berumur 40 tahun keatas mempunyai risiko 10 kali ganda dari orang muda.
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Pengidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid
Gejalan akibat terdedah cuaca panas yang terik:-
- Lemah tumpuan
- Keletihan
- Pening
- Mual dan muntah
- Sakit kepala
- Lemah otot–otot atau kekejangan
Beberapa tips yang boleh diamalkan ketika cuaca panas terik:-
- Hadkan aktiviti luar.
- Guna topi atau payung besar
- Memakai pakaian longgar dan berwarna terang
- Kerap minum air, jus buah-buahan atau isotonik. Jangan tunggu sehingga dahaga.
- Kerap berehat
- Mandi
- Memakai krim pelindung matahari SPF15 ke atas
- Merancang kerja yang perlu terdedah kepada cahaya matahari
- Menggunakan penghawa dingin
Elak lakukan ketika cuaca panas:-
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenaman dalam cuaca panas
Sumber tips: Info Sehat
AkuBiomed: boleh tambah tips menghadapi cuaca panas diruang komen.
Saya pun jarang keluar rumah.(maklumlah suri rumah).
Kalau nak ke kedai beli brg dapur, biasanya sya keluar lps magrib.
saya suka teruja mandi manda kalau sehari dalam 4 kali haaaaa
ada suatu kawasan.. sampai terbakar rumput dan pokok.. panas sangat… huhuhu
macam kes dulu banyak hutan terbakar dengan sendiri
seronoknya berumah tepi bendang
nyaman je dalam tiupan angin
tapi kena juga minum air banyak2 😀
memang terasa bahang yang teramat panas,kadang-kadang pening sedikit,maklumlah banyak lakukan kerja luar dan ayng paling penting banyakkan minum air .
tak di galakkan melakukan aktiviti luar sebab cuaca terlalu panas
fuh..waktu panas..memang sedap makan cendol. hehe
saya cepat sgt pening2 ni ..kadang2 rasa macam nak pengsan jer..hmm..cuaca skrg kat pahang ni panas sgt
Saya ambil kesempatan dalam cuaca panas ni utk jual air. Ada la rezeki lebih sikit utk menampung duit petrol
Yup sekarang ni panas terik lain macam..Bila berada kat luar kejap aje dah rasa macam tak selesa..boleh pitam..so elakkan beradac di luar kalau tak ada keperluan dan kena minum air banayk-banyak..
Sis memang tak suka keluar rumah..jadi selamat part kena terik matahari..macammana pun still tak boleh lari dari rasa kepanasan walau dalam rumah..huhuhu
wajib minum air suam banyak -banyak.kalau tak keluar rumah dalam seminggu bosan juga.kalau sayalah heee
Semoga kemarau ni tidak berlarutan..dan semoga pembenihan awam berjaya dilakukan..dan terima kasih atas tips yang diberikan..
bil air cond naik la bulan ni..hehe
Nak buat macam mana. 🙂
mandi bayk 2 tapi air pun nak kering tu
Level takungan air semakin menurun menghampiri tahap kritikal.
tambah satu lagi : sembur dengan semburan “serum mawar” hehe
Malam tidur pasang kipas tetap rasa panas dan bahang jugs
Pasang kipas pun tidak rasa apa.
ya tapi hati-hati bila duduk bawah kipas heee
mengharapkan hujan sekarang ni.
Harap musim panas ini tidak berpanjangan.
Minum air kelapa memang berkesan kurangkan panas badan
Tidur malam pasang aircond pun dah rasa tak berapa sejuk.
Gas sudah kurang kot.
Memang cuaca panas terik sekarang ni. Ramai jugak yang batuk2 termasuk saya sendiri.
Perlu berjumpa doktor supaya tidak melarat.
saya pun ada rasa pening2.. tapi tak tahulah sebab byk tidur siang atau musim panas… harap2 musim panas nie tak lama…. oh kelmarin ada hujan sekali di kulai johor , tapi masih panas lagi..
Mungkin faktor cuaca panas mengundang masalah kesihatan.
Sekarang ne pun rase macam sate masak medium dah walaupun dah petang sikit. Fuihh baru panas dunia,akhirat nanti wallahhuallam.
Skang nie pun waktu malam-malam pun agak kepanasan gak bro… huhuhu
Masa inilah tidur tak pakai baju. 🙂
Alhamdulillah. cuaca kat Skudai ni redup je… kdg2 petang tu hujan
betullah tu, alhamdulillah jb dah hujan sikit..
terbaiklah! bukan tkat panas, debu pun makin banyak sekarang ni…kesian plak kat anak bile kena naik moto sekali sekala…
apapun, minum air masak byk2…
thanks bro AB berkongsi!
Ya perlu minum air lebih kerap untuk mengelakkan daripada hidrasi.
panas2 ni kena minum air banyak…
Air tidak boleh tinggal.
alhamdulillah.. cuaca di KK sedang–sedang saja…
Syukur keadaan baik-baik sahaja di sana.
Sop dah mula rasa nak sakit tekak nih dan batuk
biasa xminum ais ttp dah panas sgt tgh hari, belasah jer ais.. huhuh
Auni plak dan selsema dan batuk
musim panas dan berhabuk mmg kena jaga kesihatan lebih sket 🙂
Sop dah mula rasa nak sakit tekak nih
biasa xminum ais ttp dah panas sgt tgh hari, belasah jer ais.. huhuh
Auni plak dan selsema dan batuk
musim panas dan berhabuk mmg kena jaga kesihatan lebih sket 🙂
Jangan lupa pakai topi cowboy. haha
kerja macam saya ni memang dipanas terik, mau tak mau kena berjemur juga, sebab sayur kan mahal sekarang. Jadi kena paham kenapa barang naik. Cuaca.. paling mencabar saat ni 🙂