• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Terkini paras air empangan air Selangor

Terkini paras air empangan air Selangor

12th May 2014 by akubiomed 46 Comments

Meninjau paras air terkini empangan air Selangor

Hari Sabtu minggu yang lepas saya telah merancang untuk mengunjungi empangan Selangor yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Memandangkan catuan air sudah dihentikan bermula 1 Mei yang lalu memberikan kelegaan kepada semua penduduk di Lembah Klang dan Selangor.

Melalui pengalaman getir kekurangan air apabila krisis air melanda dengan catuan air setiap 2 hari sekali menyukarkan rutin harian selama 2 bulan. Pengumuman penarikkan operasi catuan air memberikan nafas lega. Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini hujan lebat dengan kilat dan ribut. Secara tidak langsung membangkitkan isi ingin tahu meninjau empangan air Selangor untuk melihat jika paras air di empangan ini meningkat selepas siri hujan yang lebat sejak kebelakangan ini.

Pada hari Sabtu lepas boleh dikatakan hujan lebat dan kilat sambar menyambar membantut hasrat saya untuk ke empangan air Selangor pada sebelah paginya. Kira-kira jam 4 petang barulah hujan mula reda dan saya mula bertolak meluncuri  kawasan bukit dan lereng sepanjang perjalanan menunju ke empangan air Selangor. Bawa keluarga berjalan-jalan dengan menikmati suasana alam di Kuala Kubu Bharu. Suhu yang dingin sepanjang jalan dengan suasana kehijauan amat mendamaikan. Terasa kesegaran udara dengan bau aroma hutan dari hutan berdekatan.

Boleh dikatakan hari-hari hujan lebat membasahi bumi. Satu kesyukuran dengan nikmat Allah SWT. Harap janganlah ada yang merungut dengan ujian musim panas berpanjangan dan sekarang ini hujan lebat setiap hari. Tentu ada khidmah disebalik sesuatu kejadian itu untuk mendekatkan hambanya kepada yang Maha Esa.

Berita terkini dengan kehadiran El Nino pada pertengahan tahun dijangkakan diramalkan akan membawa musim kemarau yang lebih serius sehingga 6 bulan akan datang. Harapan saya agar pihak yang bertanggungjawab dapat bertindak dengan mekanisme pelan tindakan untuk menangani masalah kemarau jika ramalan ini benar. Air adalah sumber asas dan penting didalam kehidupan manusia untuk kelangsungan kehidupan.

AkuBiomed: Saya ingin tahu ide atau pandangan sahabat agar masalah krisis air ini dapat diselesaikan dengan jangka masa panjang?

Sila tekan butang kongsi:

  • Bersantai bersama famili di empangan air sungai Selangor
  • Melihat efek spill over di empangan sungai Selangor
  • Jom celup celup di kolam air panas Kuala Kubu Bharu

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. cik tom says

    2nd February 2016 at 3:17 pm

    oh rupanya bro memang suka berkunjung ke empangan air selangor ni ye..tgk bnyk entri psl empangan selangor..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd February 2016 at 8:57 pm

      Dekat sahaja dengan tempat tinggal. Bila hujung minggu akan bawa famili ke sana. 🙂

      Reply
  2. Firdaus Azizi says

    17th May 2014 at 8:19 am

    Masalah bekalan air nih dah selalu sangat terjadi sejak bertahun-tahun. Kerajaan kena fikirkan solusi yang terbaik untuk rakyat, bukan sekadar memikirkan tentang politik antara PR dan BN.

    Yang merana, rakyat jugak 🙁

    Reply
  3. suri says

    16th May 2014 at 9:35 am

    sudah macam lukisan pemandangan pula gambar atas tu

    Reply
  4. fazrol says

    15th May 2014 at 11:09 pm

    Hopefully tak ada catuan lagi di masa akan datang…
    Dugaan besar untuk penduduk lembah klang…

    Semoga kerajaan negeri dan persekutuan dapat berkerjasama untuk rakyat…

    Reply
  5. AUC says

    15th May 2014 at 10:16 pm

    boleh memancing tak kat situ bro…

    Reply
  6. zik says

    15th May 2014 at 9:02 pm

    Sini johor selang dua hari.. Kadang2 setiap hari hujan… Mcm mana nak atasi masalah kekurangan air nih.. Mungkin boleh bincang dengan negeri jiran.. Tapi khalid hr tu dah refuse pelawaan mnteri bsar nogori..

    Reply
  7. suri says

    15th May 2014 at 6:53 pm

    selangor sekarang ini kerap hujan ke tidak ya? sini ipoh hujan tapi sekejap-sekejap tetapi tak menentu juga

    Reply
  8. Hafiz Rahim says

    15th May 2014 at 5:57 pm

    Empangan ni dekat dengan rumah kakak. sempat jugak lah tengok time air surut masa musim kemarau tempoh hari.. hoho

    Reply
  9. ery says

    15th May 2014 at 3:58 pm

    tgk pada empangan tu mcm cetek je.. isy.. risaunye klo air kurang ni.. bkn ape, klo xde letrik boleh tahan lg.. ini air.. nk minum camner.. sungai pn dah xbersih dah sekarang.. mcm² penyakit.. semoga masalah air dalam Malaysia ni semakin pulih la…

    Reply
  10. Alin Marlini says

    15th May 2014 at 2:10 pm

    kalau rumah kampung atau ada tanah boleh buat perigi…hehehehe…

    Reply
  11. Lizz says

    15th May 2014 at 12:04 pm

    tak baca artikel sangat, sebab terpaku tengok gambar comel budak kecik tu.hahahahahhaa

    Reply
  12. Bahrain says

    15th May 2014 at 1:31 am

    Tengok empangan macam cetek tak nampak dalam. Kemarau yang panjang memang menakutkan. Kena bersedia dari fizikal dan mental bila dikenakan catuan pada-pada bila masa. Doakan yang terbaik sahaja. Semoga ada keajaiban yang berlaku

    Reply
  13. Azman Ismail says

    14th May 2014 at 2:21 pm

    Empangan masih nampak belum penuh, harap2 jgn dicatu lagi hendaknya.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 8:44 pm

      Sudah lama tidak melihat air dari empangan ini penuh.

      Reply
  14. sobrimansor says

    14th May 2014 at 1:22 pm

    Setiap peristiwa yg berlaku atas muka bumi datangnya dari Allah jua. Tapi makhluk Allah yang jahil bergelar manusia masih tak nampak. Tetap menyalahkan makhluk juga yg menjadi punca. Banyakkan ibadah dan berdoa, moga2 negara kita senantiasa baik dari malapetaka

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 8:46 pm

      Minta-minta jauhlah malapetaka ini agak ia tidak berpanjangan.

      Reply
  15. Ismail N says

    14th May 2014 at 1:13 pm

    Harap2 masaalah air di sana selesai dengan segera. Kawe nak balik kampung pun tak risau 😀
    Cuma projek water treatment plant tu perlu disegerakan. Air yang masuk dalam paip kita bukan air hujan atau air sungai tapi air yang telah di rawat (treated water). Jika kapisiti loji tidak ditingkatkan dan reservoir (bagi air yg telah dirawat) tidak ditambah, maka maasalah tidak dapat diselesaikan secara 100%. Semoga kerajaan negeri dan persekutuan boleh bersama-sama bersatu hati menyelasaikan masaalah rakyat ini. Insya-allah…

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 8:47 pm

      Ya, sesuatu perlu dilakukan sebelum krisis air ini meruncing pada masa akan datang.

      Reply
  16. Cikgu Hairul says

    14th May 2014 at 10:15 am

    Ini sesuatu yang pelik. Saya khuatir, murka Allah terhadap perbuatan jahat kita. Penyelesaiannya pada saya, banyakkan istigfar, tinggalkan maksiat. Hujan bukan ada kuasa memenuhi empangan dengan air. Dia makhluk. Sedangkan yang berkuasa memenuhi empangan dengan air itu adalah Yang Maha Berkuasa, Allah.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 8:48 pm

      Semoga kita semakin dekat dengan Allah SWT.

      Reply
  17. suri says

    14th May 2014 at 9:46 am

    bekalan air akan berkurangan hari demi hari.jadi fikir beli bekas tempat simpan air bentuk 4 segi saiz besar tu.bileh simpan air banyak sikit. kalau beli besen jenis bulat boleh banyak dapat air simpanan tapi masalahnya kalau bekalan air sudah ada agak susah pula kita nak simpan bekas besen itu dalam rumah sebabkan ruang ruang kecil uh..kalau saiz 4 segi rasa boleh gunakan untuk simpan barang sedang.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 8:49 pm

      Tidak rugi simpan bekas air. Nanti ada kenduri kendara boleh digunakan sebagai penyimpanan air bersih.

      Reply
  18. syaifuddin alias says

    14th May 2014 at 9:40 am

    el nino dah makin dekat ..hmm kena cari jalan alternatif laa tadah air..

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 8:50 pm

      Pelan tindakan sudah patut ada untuk bersedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku.

      Reply
  19. Hairul Hissam says

    13th May 2014 at 11:26 pm

    semoga masalah air di selangor dapat diatasi dgn segera…
    harap2 kedatangan elnino nanti tak menjejaskan air di Johor…

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 8:52 pm

      Sudah tentu kebimbangan ini membuatkan rakyat berasa gusar apa yang bakal berlaku.

      Reply
  20. Hafizul says

    13th May 2014 at 11:08 pm

    Semoga krisis air ni akan segera diatasi..jenuh la kalau dijangka kemarau lagi enam bulan…

    Reply
    • suri says

      14th May 2014 at 9:48 am

      cari jalan terbaik sendiri supaya makan minum pakaian dapat jaga dengan sebaiknya

      Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 8:53 pm

      Ramalan kemarau untuk jangka masa 6 bulan membimbangkan.

      Reply
  21. ema says

    13th May 2014 at 9:15 pm

    walaupun rumah tak kena catuan air baru-baru ini..tapi sangat memahami masalah mereka yang menanggungnya… harap pihak bertanggungjawab bersedia jika ramalan itu betul.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 8:58 pm

      Memang sukar ketiadaan air kerana ia ada sumber asas kehidupan manusia.

      Reply
  22. iOSGEAR says

    13th May 2014 at 1:42 pm

    Kami di negeri lain pun lega bila dengar catuan air di lembah klang dan selangor telah ditarik balik..tak dapat nak digambarkan kehidupan harian tanpa keperluan asas ini..
    Semoga masalah ni akan dapat diatasi di masa akan datang..

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 9:00 pm

      Bayangkan air botol mineral dan reverse osmosi pun kehabisan stok.

      Reply
  23. Hairul Azni says

    13th May 2014 at 1:39 pm

    Harap2nya lepas ni dah takde lagi catuan air..memang susah kalau takde air ni..

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 9:13 pm

      Memang agak terbeban apabila berlaku catuan air ini.

      Reply
  24. ahmadyani says

    13th May 2014 at 11:05 am

    Tiap petang hujan mencurah-curah sampai KL banjir tapi nampaknya ia tidak membanjirkan empangan. Empangan kalau mengharapja air hujan sahaja, ia memang akan bermasalah. Tapi kalau empangan dari dari sungai, ia mungkin tiada masalah.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 9:14 pm

      Berasa aneh dengan apa yang berlaku. Walaupun hujan hari-hari tidak mampu meningkatkan paras air di empangan.

      Reply
  25. ajumohit says

    13th May 2014 at 7:48 am

    janganlah catu lagi, saya terfikir instead of catu air, boleh ke diorang kurangkan volume air yang masuk ke dalam saluran paip? kiranya kecikkan tekanan air yg masuk dari catu terus 😉

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 9:14 pm

      Boleh dipertimbangkan dengan ide yang dicadangkan.

      Reply
  26. nafisa81 says

    13th May 2014 at 2:14 am

    Harap2 kisah catuan air ni tak berulang lagi. …
    mungkin kerajaan dah bersedia dengan pelan simpanan air atau lain lain solusi

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 9:16 pm

      Rasanya sudah ada pelan untuk mengatasi masalah kekurangan air ini. Diharapkan kerajaan negeri dan persekutuan dapat berbincang dengan baik untuk mengariskan pelan tindakan penyelesaian jangka masa panjang.

      Reply
  27. TehR says

    12th May 2014 at 11:45 pm

    ya la, bro
    risau juga dengan el nino ni
    harap2 kesannya tidak terlalu berat untuk kita hadapi

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 9:17 pm

      Kalau benar ramalan kesan El Nino memberikan kesan air meruncing selama 6 bulan tentu mengusarkan semua pihak.

      Reply
  28. Ainaa Roseberry says

    12th May 2014 at 11:18 pm

    Alhamdulillah, semoga semuanya kembali kepada sedia kala

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2014 at 9:18 pm

      Susah jika berlaku catuan air sekali lagi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in