Suria Hot Spring Resort Bentong yang mendamaikan.
Nak bermandi air panas semula jadi boleh ke Suria Hot Spring Resort yang terletak di Bentong Pahang. Kadang-kadang kita hendak lari dari suasana lebih damai dengan suasana alam semula jadi jauh dari hiruk pikuk ibu kota.
Jarak Suria Hot Spring Resort Bentong dari Kuala Lumpur sekitar 69km dengan mengunakan lebuh raya Karak untuk sampai ke sini. Apa yang menyeronokkan adalah kolam air panas semula jadi untuk merehatkan tubuh badan dan terapi. Resort ini bertaraf tiga bintang.
Pengunjung boleh mandi kolam air panas awam diluar resort ini atau bagi yang inginkan privasi boleh menginap di Suria Hot Spring Resort Bentong untuk bermandi manda di kolam air panas dan sejuk.
Serba ringkas kemudahan yang ada di Suria Hot Spring Resort Bentong.
Kemudahan tiga kolam iaitu kolam air panas dan kolam air sejuk
Boleh memilih tiga jenis penginapan jika ingin bermalam disini.
- Bilik Deluxe Quad – boleh memuatkan untuk empat orang dengan dua katil.
- Bilik Deluxe Triple – boleh memuatkan tiga orang dengan tiga katil.
- Jacuzzi Villa – boleh memuatkan untuk dua orang dengan katil berkembar.
Ini adalah contoh bilik Deluxe Quad.
Kerusi kayu disudut bilik
Kabinet TV( didalam ada peti ais mini) dan LCD TV
Bilik mandi yang bersih ada air panas dan air sejuk
Kemudahan fasiliti lain:-
- Wifi PERCUMA
- Restoran Bunga Padi
- Empat bilik seminar boleh memuatkan 14 – 248 dalam satu-satu masa
- Basikal sewa
- Kemudahan rekreasi
Kawasan sekeliling yang masih menghijau begitu rasa aman dan damai. Kabus diwaktu pagi kerana terletak kawasan tanah tinggi yang sejuk untuk percutian persendirian atau membawa famili ke resort ini. Paling seronok bermandi manda dikolam air panas semula jadi untuk merehatkan badan dan terapi hilang rasa lenguh. Lupakan sebentar kehidupan di ibu kota dengan bercuti di resort Suria Hot Spring ini.
Laman rasmi SURIA Hot Spring Bentong.
Nampak menarik juga tempat ni. Lagi satu Bentong memang tak berapa jauh. Boleh pergi ni 🙂
Cantik tempatnya.Memang merehatkan mata
menarik kolam air panas, pernah pergi kolam air panas la masa belajar kat uitm machang. boleh cuba yang ini nanti.
Boleh ke Suria Hot Spring Bentong untuk merehatkan diri. 🙂
bestlah suasana sana.. nampak macam berkabus
Binaan moden dalam suasana kampung. Kalau ada pilihan rumah sebiji gaya kampung..bagus juga.
Rumah kampung tak ada tetapi ada Villa yang boleh didiami.
Rupanya di Pahang pun ada kolam air panas semula jadi. Selama ni selalu dengar kolam air panas kampung La di Besut Terengganu. Lebih menarik lagi di Suria Hot Spring Resort Bentong ni menyediakan pelbagai kemudahan.
Kolam air panas Bentong ada yang percuma untuk orang awam dan kolam air panas dalam kawasa Suria Hot Spring Resort untuk privasi.