• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Sudah terlambat untuk mengundi PRU13

Sudah terlambat untuk mengundi PRU13

4th May 2013 by akubiomed 67 Comments

Segala-gala sudah terlambat untuk membuang undi di PRU13.

Tinggal kurang dari 24jam rakyat Malaysia yang layak mengundi akan mula membuang undi pada PRU13 esok bermula jam 8.00pagi. Saya juga layak untuk membuang undi dan pernah membuang undi pada pilihan raya 2008.

poster 7 langkah pengundian

Sumber: SPR

Cuti umum hari Isnin untuk rakyat negeri Selangor.

Ada rakan blogger sudah mula perjalanan awal untuk pulang ke kampung masing-masing bagi mengundi PRU13. Kepada mereka, saya menasihati agar berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman masing-masing. Untuk negeri Selangor telah diumumkan cuti umum oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ia memberi peluang rakyat negeri Selangor untuk pulang mengundi dan faktor keselamatan agar tidak tergesa-gesa untuk pulang bekerja.

Calon parti yang bertanding berkempen habis-habisan.

Bagi calon yang bertanding saya pasti akan ‘all out’ untuk berkempen meraih undi di saat-saat akhir sebelum tempoh berkempen bakal berakhir jam 12 tengah malam ini. Pagi ini ketika keluar bersarapan terserempak sekumpulan anak muda bermotosikal berkonvoi bersama mereka dibawa bendera parti yang bertanding. Bersemangat mengimbar bendera.

Selama sebulan blog AkuBiomed tidak putus menerima keyword berkaitan dengan pilihan raya. Kebanyakkan mencari informasi kelayakan untuk mengundi. Malangnya sudah terlambat hanya senarai berdaftar pengundi yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang layak untuk mengundi.

Sayang semuanya sudah terlambat.

Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi serta Raja Perlembagaan. Sayang semuanya sudah terlambat jika keinginan untuk membuang undi sebagai rakyat Malaysia dan tidak dapat dilaksana kerana tidak berdaftar.

Tak guna engkau kesalkan lagi
Sayang semuanya sudah terlambat

petikan lirik Sayang semuanya sudah terlambat nyayian Shidee.

Buat pertama kalinya diperkenal pengunaan dakwat kekal antara penambahbaikan yang dilaksanakan oleh pihak SPR untuk PRU13 kali ini.

Pengunaan dakwat kekal adalah wajib

Sumber: SPR

Membuang undi untuk DUN Gombak dan Parlimen Hulu Kelang.

AkuBiomed: Undi dengan bijak di PRU13. Jangan terlalu mengikut sentimen atau sekadar khabar-khabar angin yang tidak pasti kesahihannya.

Sila tekan butang kongsi:

  • Keputusan PRU13 sudah, Apa selepas ini?
  • Yang umur 21 liat daftar mengundi
  • Top Komentator bulan April

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. PerenLee says

    17th May 2013 at 10:09 am

    Dakwat tidak kekal pun…tipu je.

    Reply
  2. hafizul says

    14th May 2013 at 11:22 am

    Emm semoga lepas ni negara kita makin aman denagn isu-isu yang sihat jer..hehe

    Reply
  3. ivy says

    12th May 2013 at 5:21 pm

    bestnya ble mngundi..

    Reply
  4. Datin Tyka says

    12th May 2013 at 12:58 am

    kawasan memang kuat pakatan…

    Reply
    • suri says

      12th May 2013 at 5:16 pm

      sana bn ar pas ada tpi akhirnya bn menang whuu..

      Reply
    • PerenLee says

      17th May 2013 at 10:10 am

      sekarang pr buat black505..

      Reply
  5. suri says

    9th May 2013 at 12:39 am

    sy rasa lebi teruja dan senyum tak sudah sampai ke rumah haaaaa

    Reply
  6. wazy says

    8th May 2013 at 10:45 am

    Pengalaman kali ke -2 mengundi ni lebih seronokmsempat juga gerak awal,walaupun penat,tapi lega dapat mengundi

    Reply
    • suri says

      12th May 2013 at 5:17 pm

      wah dah kali kedua undi best ni…kita baru pertama kli heee

      Reply
  7. PerenLee says

    7th May 2013 at 6:12 pm

    sekarang ni ada pula isu mengatakan bahawa dakwat kekal tu takdalah kekal sangat dan mudah luntur,apa pendapat bro?

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2013 at 9:56 pm

      Pendapat peribadi saya isu pengunaan dakwat kekal yang dikatakan tidak kekal bukanlah masalah besar kerana ia untuk membezakan pengundi tulen.

      Reply
      • suri says

        9th May 2013 at 12:40 am

        ya setuju. ia kekal dalam masa 2 ke 3 hari sahaja hee…elak org tipu supaya org tu tak buat undi lebih dari satu kali

        Reply
  8. cik tom says

    7th May 2013 at 5:13 pm

    ciktom dh mngundi..bab dakwat tu xkekal plk…ciktom basuh pinggan guna sabun axion mmg jd hilang..tp xpelah yg pntg kita dh tau sape peneraju negara skang..semoga malaysia menjadi negara maju n membangun..

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2013 at 9:59 pm

      Ramai yang ingin menjadi penguji ketahanan dakwat kekal nampaknya.

      Reply
      • suri says

        9th May 2013 at 12:42 am

        salah satu sebab saya dtg undi tu juga heee..tapi untuk pertama kali buang undi mmg rasa seronok sekali

        Reply
  9. Ummi Hanie says

    7th May 2013 at 4:59 pm

    syukur dah mengundi 😉

    suka infografik pertama tu

    Reply
    • suri says

      9th May 2013 at 5:22 pm

      sudah lepas pun entri mengundi saya sungguh nostalgia bila di imbas kembali

      Reply
  10. onlajer says

    7th May 2013 at 3:14 pm

    sekarang semua dah tahu siapa jadi mb

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2013 at 10:00 pm

      Kali ini Menteri Besar diwakili muka baru. Harap lebih dinamik sebab tenaga muda.

      Reply
    • suri says

      9th May 2013 at 12:45 am

      biarkan mereka buat kerja jangan di persoalkan kalu ada nak cakap banyak tunggu ekrja sudah selesai abrulah bgi pendapat heeee

      Reply
    • Datin Tyka says

      12th May 2013 at 1:04 am

      tinggal Selangor sahaja masih belum tahu

      Reply
      • suri says

        12th May 2013 at 5:18 pm

        selangor oh selangor…

        Reply
  11. Gen-Q says

    7th May 2013 at 11:58 am

    Dimana-mana blogger Malay saya lihat sedang marak bahas perihal Pemilihan Raya ni (Pemilihan Umum). Terlihat sekali kalau antusias warga sangatlah besar, sampai banyak yang pulang kampung. Demokrasi ni sungguh menampilkan hari rayanya ^^

    Reply
  12. hafizmd says

    7th May 2013 at 10:27 am

    Semuanya sudah selesai.

    harap mana yg menang tu, kerjalah dgn penuh amanah dan jujur

    Reply
    • suri says

      12th May 2013 at 5:18 pm

      lega dah selesai jadi jangan lupa janji2 manis eh

      Reply
  13. auc says

    6th May 2013 at 9:17 pm

    kena tunggu 5 tahun lagi la pulak 🙂

    Reply
    • suri says

      9th May 2013 at 12:45 am

      5 tahun lagilah… sabar..sabar banyak akan berlaku dari sekarang

      Reply
  14. PerenLee says

    6th May 2013 at 7:01 pm

    BN tetap menang,setuju atau tak kita harus terima,semoga mereka akan melakukan yang terbaik selepas ini untuk mengekalkan dan menguatkan kepercayaan rakyat pada PRU akan datang.

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2013 at 10:02 pm

      Kita ada undang-undang kalau tidak berpuas hati sekali gunalah saluran yang betul untuk membuat aduan atau bantahan.

      Reply
  15. Juan says

    6th May 2013 at 3:37 pm

    dakwat kekal tidak kekal tidak menjadi isu

    Reply
    • suri says

      12th May 2013 at 5:19 pm

      sy dah 3 hari baru dakwat tu hilang habis dia calit berkali2…dah pakai sabun tak mau gak..

      Reply
  16. pipoq says

    6th May 2013 at 1:04 pm

    kemenangan dan kekalahan sudah ditentukan..mudah-mudahan setiap calon yang dipilih rakyat mampu untuk menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan..

    Reply
  17. KiD says

    6th May 2013 at 1:01 pm

    dah mengundi… yeayy!!! sejam beratur.. phewwwww

    Reply
    • Ummi Hanie says

      7th May 2013 at 5:06 pm

      haha,,,

      sy jugak huntungg… depan sy ada sorang je queue 😉

      Reply
      • Datin Tyka says

        12th May 2013 at 1:18 am

        pergi pukul berapa masa tu?

        Reply
  18. sukma says

    6th May 2013 at 12:17 pm

    kesian Datuk Ali kalah kali ini…banyak keputusan yang tak dijangka….

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2013 at 11:34 pm

      Nampaknya rekod beliau menjadi Ketua Menteri selama 13 tahun belum cukup menyakinkan pengundi. Apa pun beliau telah membawa negeri Melaka ke peringkat yang boleh dibanggakan.

      Reply
    • suri says

      12th May 2013 at 5:36 pm

      dia salah percaturan tu sb dia kalah.

      Reply
  19. Hafizul says

    6th May 2013 at 10:23 am

    Haha..akhirnya keputusan dah terjawab..

    Reply
  20. Nur says

    5th May 2013 at 7:48 pm

    Sedang menanti keputusan di kaca tv..

    Reply
  21. hafizrahim says

    5th May 2013 at 3:29 pm

    Hampir tamat sudah PRU..tinggal nak tunggu result je malam ni

    Reply
    • suri says

      12th May 2013 at 5:37 pm

      bila sudah tahu tka boleh kata apa mesti akur

      Reply
  22. Melastik Bintang says

    5th May 2013 at 3:11 pm

    saya sudah mengundi…=)

    Reply
  23. hafiz says

    5th May 2013 at 12:29 pm

    selamat mengundi bro azrin…

    Reply
  24. MindaKini says

    5th May 2013 at 11:37 am

    Pilihan di tangan anda, anda yang menentukan

    Reply
  25. the malay male says

    5th May 2013 at 9:12 am

    selamat mengundi, jgn sia siakan peluang dan tanggungjawab anda 🙂

    Reply
  26. blackrosehunter says

    5th May 2013 at 5:16 am

    selamat mengundi bro..

    Reply
  27. Amanina says

    5th May 2013 at 12:39 am

    selamat mengundi dan masih belom tidur..esok nak pegi awal2 kt sek tu. huhu

    Reply
  28. Hairul Hissam says

    4th May 2013 at 11:45 pm

    tq bro atas panduan mengundi tu..
    kena tido awal nie.. esok pagi nak kena balik JB mengundi…

    Reply
    • suri says

      12th May 2013 at 5:38 pm

      malam tu sy tak tdo awal cuma bayangkan pengalaman mengundi pertama kali

      Reply
  29. Hazmin Hamudin says

    4th May 2013 at 11:32 pm

    Harap siapa-siapa yang menang dapat menunaikan tanggungjawab yang telah dijanjikan sebelum pilihan raya lagi. Jangan janji tinggal janji sahaja.

    Reply
  30. Mama Murai says

    4th May 2013 at 10:48 pm

    tak fanatik sangat pasal undi… tapi apa yang pasti, saya tak pernah ketinggalan untuk mengundi calon pilihan 🙂

    Reply
  31. TehR says

    4th May 2013 at 10:22 pm

    pastinya ramai yang dah pun ada calon pilihan masing2
    hanya tunggu ketika untuk mengundi je lagi

    Reply
  32. titan says

    4th May 2013 at 8:34 pm

    ok. gua tunggu result.

    Reply
  33. PerenLee says

    4th May 2013 at 8:15 pm

    Saya masih belum layak mengundi,pru akan datang baru layak.Undilah dgn bijak ya kpd rakan-rakan blogger.

    Reply
  34. Kamal Mustafa says

    4th May 2013 at 5:49 pm

    Selamat Mengundi Bro

    Reply
  35. Azman Ishak says

    4th May 2013 at 5:35 pm

    selamat mengundi untuk bro jugak. walau apa fahaman politik masing-masing… untuk kita, adalah tunaikan tanggung jawab kita. untuk aku… ini first time. 😀

    Reply
  36. papa mifz says

    4th May 2013 at 4:17 pm

    selamat mengundi yer bro…:)

    Reply
  37. ciklaili.com says

    4th May 2013 at 3:50 pm

    selamat menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi & raja berperlembagaan..

    Reply
    • akubiomed says

      4th May 2013 at 4:21 pm

      Terima kasih. Selamat membuang undi esok.:-)

      Reply
  38. HafizAmri says

    4th May 2013 at 3:45 pm

    selamat mengundi ..semoga semuanya berjalan dgn lancar..

    Reply
    • akubiomed says

      4th May 2013 at 4:22 pm

      Rakan sekerja menjadi petugas SPR esok dan harapkan urusan membuang undi lancar esok.

      Reply
  39. Wan Gerrard says

    4th May 2013 at 3:24 pm

    selamat mengundi..harap kerajaan lepas ni lebih baik

    Reply
    • akubiomed says

      4th May 2013 at 4:23 pm

      Sebagai rakyat yang diberikan kuasa untuk mengundi mengharapkan taraf hidup rakyat semakin baik.

      Reply
  40. Amirez says

    4th May 2013 at 3:00 pm

    selamat mengundi bro. saya mungkin mengundi sekitar tengahari, bergilir dengan isteri jaga anak yang akan mengundi waktu pagi.

    Reply
    • akubiomed says

      4th May 2013 at 4:24 pm

      Oh bergilir-gilir menjaga anak. Apa pun selamat mengundi esok.

      Reply
  41. azmanisma says

    4th May 2013 at 2:35 pm

    Selamat mengundi bro!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in