Selepas bercuti panjang sudah tiba masanya pulang ke sarang.
Saya percaya pada ketika ini ada yang sudah pulang ke sarang(rumah) masing-masing setelah bercuti panjang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ada yang masih terperangkap didalam kesesakkan menunjukan ke ibu kota ketika saya menulis entri ini melalui berita yang disampaikan mengenai kesesakkan Lebuhraya Pantai Timur.
- Home Sweet Home
Esok hari minggu tentu yang ada kalangan sahabat blogger ingin mendapatkan rehat yang cukup bagi mulakan bertugas di pagi Isnin dan cuti sekolah pun sudah berakhir. Jadi bagi warga kota bersedia untuk menempuh kesesakkan di pagi Isnin yang dijangkakan akan agak teruk.
Saya sudah pulang ke ibu kota 2 hari lepas. Ketika pulang ke kampung barangan basah di pasti tidak ditinggalkan didalam peti ais sejuk kerana bimbang kes black out pernah berlaku menyebabkan makan yang disimpan didalam peti ais rosak. Malam semalam isteri ajak tapau makanan kerana tidak sempat untuk membeli barang makanan untuk memasak. Nasib baiklah ada beberapa restoran berdekatan dirumah masih dibuka lagi.
Ketika sampai dihadapan rumah kelihatan beberapa pucuk surat sudah diketahui bil-bil yang perlu dilunaskan dan turut kelihatan 2 keping nota yang ditinggalkan. Selepas diamati ia adalah 2 keping slip laporan lawatan rondaan pihak polis yang ditinggalkan untuk penghuni rumah. Terima kasih kepada pihak posmen yang menghantar surat dan polis bertugas untuk menjaga keamanan.
Hari ini saya dan keluarga keluar ke pasar raya berdekatan untuk membeli barangan dapur dan esok pula(Ahad) bercadang hendak melawat nenek sebelah isteri dan saudara mara di Ampang. Masih lagi mood Raya. Yeah.. 🙂
Saya menulis entri untuk mendapatkan mood blogging maklumlah cuti Raya pun panjang. Jadi semasa cuti Raya saya hanya browse ke blog sahabat yang berkongsi keriangan sambutan Hari Raya dan ada yang bersedih kehilangan orang tersayang.
**********
Esok Zulfahmi Khairuddin dari AirAsia-Sic-Ajo Moto3 yang memakai nombor 63 akan berlumba di litar Bruno, Republik Czech. Harap beliau dapat naik podium kerana pada ujian kelayakkan(QP) beliau berada di tempat ke 3 terpantas di belakang pendahulu tempat pertama. Siaran langsung MotoGP di Astro boleh ditonton di saluran 813 Astro Sport dan saluran 832 ESPN HD .
Terbaiklah Polis!
Semoga terus kekal komited demi keselamatan rakyat jelata!
nanti kalau cuti pjg nak gak isi form balik kampung ni….
emm untung la ad polis yang buat rondaa mcm ni..kurang-kurang tak bimbang sgt…
camni kerja dpt gaji heeee bukan kerja curi tulang gitu mmg tak berkat
Adeh.. baru pulang tanah air 2 hari yang lalu (29/8)… beraya diluar memang tak dapat menandingi raya di halaman sendiri. (melainkan beraya di Mekah heee). Selamat bertugas semula Bro. Alhamduillah segalanya selamat buat Bro dan Famili.
Bro berada diluar negara ketika sambutan Hari Raya? Negara mana tuh?
sudah penat beraya dikampung halaman bersama keluarga
tiba masanya pulang ke rumah.. memang tenang…
I salut pihak polis buat kerja. bagus2
emm betul doh..tak pernah lagi tgok surat mcm akubiomed ni..hahaha
selamat balik bekerja! Jangan malas2!
bagus polis di kawasan umah bro.. sama macam kat sini.. Putrajaya.. kul 4 pagi pun ada rondaan..
Letih juga tu pihak polis nak bagi slip rondaan pada setiap rumah… 😀
Selamat kembali berblogging bro…..
pekerja didikasi sungguh
dah kene keja balik dah…bile dah lame cuti ..nak start balik keja macam malas jer,, T_T
Bila bercuti panjang mood untuk kembali bekerja pun menurun. 🙂
memang doh bro…first time lepas cuti bekerja memmang rasa nak duk rilek jer..hehe
Tak sempat nak berehat pun. Masuk kerja je terus kena ke KL. nasib badan
Belum lelah penat hilang sudah melakukan perjalanan jarak jauh.
Bagus ya polis siap bg slip rondaan lagi..ingatkan diorg rajin tulis surat saman je hehehe…samalh kaw rumah saya pun sepjg cuti raya smpai naik ke block rumah buat rondaan. Kalau nk harap pak guard tido jelah kt security porch tu. 🙂
Tahu xper..memang terbaik lah polis skrg
Saya pun terkejut apa bila terlihat slip rondaan polis ke rumah. Bagi saya ia adalah tindakan positif.
kat umah saya tak de pulak polis tinggalkan nota
Mungkin inilah janji pihak polis yang melakukan kelainan sempena sambutan Hari Raya 2012.
baguslah polis ada buat slip lawatan macam tu.. paling tidak, kita dapat tahu mereka betul2 ada buat rondaan
Yer betul tu
Ada bukti tak slip rondaan yang ditinggalkan.
1. Selamat kembali ke sarang utk bro AB sefamili =)
2. Ambe pun sudah kembali ke sarang, tp takde pulak slip lawatan polis (ada jugak isi borang polis tuh…ermmm).
3. Nasib tak sebelahi zulfahmi, terbabas pulak kali ni…
4. Mood raya masih ada….hehe
Wah bernombor pula komen bro. 🙂
selamat hari raya. rindunya nak balik kampung lg.
Hohoho..baru je balik kot
Balik kampung tentulah seronok. 🙂
Dah mula bekerja seperti biasa sejak semalam. Pulang ke rumah pun agak awal untuk mendapat rehat yg cukup selain ziarah saudara-mara berdekatan rumah
Untunglah saudara mara duduk berdekatan. Macam kami pagi Raya sudah pusing satu kampung menziarah saudara mara. 🙂
yup, dah sampai masa balik ehhh.. wlpn hati rasa mcm mahu sambung lagi ahak ahak… selamat ari raya bro..
Bro sudah tentulah merasa rindu dengan suasana dikampung sebab hidup sebagai anak perantau.
kiranya ok jg lah anggota keselamatan menjalankan tugas dimusim perayaan ni yek!
selamat pulang ke sarang 🙂
salam..
macam burung walit pulang ke sarang
la pulak rasanya..time to work! he he
Burung walit pulang ke sarang membawa hasil. 🙂
cantik2 gambar! 😀
Terima kasih. 🙂
Raya sakan tahun ni ye bro. Ayuh mulakan kehidupan seperti asal. Ehehe
Biasa-biasa sahaja. 🙂
like… home sweet home….
Kalau dapat balik rumah tentu rindukan tempat ‘landing’ 🙂
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan selamat bertugas bro.. 🙂
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan selamat bertugas. 🙂
Selamat Hari Raya buat Saudara Azrin sekeluarga.. Hari ni memang kurang bersemangat untuk bekerja..
Memang tekun baby Aslah bertukang… 🙂
Sekurang-kurang baby Aslah tidak mengusik kotak barangan tukang saya lagi. 🙂
selamat hari raya, maaf zahir batin
saya balik Sabtu lepas, Alhamdulillah lancar
Selamat Hari Raya bro. Selamat kembali mengajar. 🙂
kalau senang2, jemput lah dtg umah yer…rumah kita dah dekat kan?
Insyallah sampai nanti. 🙂
wah..polis ada buat rondaan ye. kat tempat saya ni punya susah nak nampak polis buat rondaan
Ada buat rondaan kot.
hari khamis lepas sha dah start kejeeeeeee hehe
Awalnya Sha masuk kerja.
Tensennya Fahmi tak abis race…
Saya mengharap Zulfahmi dapat menyumbang mata walaupun tidak dapat naik podium untuk kali pertama.
waa….aku balik dr raya ni mood kelaut jekkk….maleh betul la bro…:D
Kalau macam itu ambil masa untuk dapatkan mood balik bekerja.
wahhhh… tentu seronok kan balik rumah. pastu rasa tak seronok sebab cepat sangat masa berlalu dan kena naik keje… huhuhu mia masih mood raya ni.
Benar sekali terasa masa berlalu begitu pantas.
penat blk bweraya, sambung penat nak membasuh plak.. hahaha
Sudah tentulah bro. Banyak baju yang perlu dibasuh maklumlah beraya lama.
Assalamualaikum
selamat hari raya bro, aku pula baru je sampai tadi malam he
Sampai tentu terus cari bantal. 🙂
Bagus lah polis tinggalkan surat macam tu..sekurang-kurangnya kita tahu mereka menjalankan tugas
Selamat hari raya Buat Biomed dan Family.. Comel jer baby Aslah..
Betul tu comel sangat 🙂
Selamat Hari Raya kepada Nurul juga. 🙂
comel je baby aslah bertukang… like father like son lah ni? 😉
Heheh comel
Kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
ramai yg dh pulang utk kerja. hope zulfahmi menang jgk.
Malangnya Zulfahmi gagal menamatkan perlumbaan yang tertinggal 5 lap lagi.
selamat pulang ke sarang.. kami pun masih mood raya… cuti panjang, pelbagai lokasi juga… best nye… rasa nk rewind balik masa 😉
begitulah adatnya… hidup mesti diteruskan… kepala ni masih bingung2 sedikit nak sesuaikan semula dgn rutin harian di rumah…
Ambil masa hendak ‘tune’ balik. 🙂
Wah… gambo no. wahid itu penuh dgn seni!
i loving it.. hehehe
Terima kasih bro Maza. 🙂
selamat hari raya, selamat pulang, selamat bermain, selamat berlumba dan selamat bekerja. 🙂
Kalau berlumba kereta nanti kena saman. 🙂
assalamualaikum akubiomed….selamat kembali ke bandar semula setelah beraya di kg halaman…:)
Sudah pun selamat sampai ke ibu kota.
Selamat kembali bekerja.. 🙂
Bila kerja ni mood masih nak beraya lagi…huhuu
Selamat bekerja kepada MJ juga. 🙂
Selamat pulang ke bandar?
Mesti rasa berat hati nak tinggalkan kampung kan?
Semua orang berat hati 😀
Bro balik beraya di Sabah tak tahun ini? Kali ini beraya bertigalah bro. 🙂
kami masih di sarang
tak ke mana2 pun
hehe
dalam mood raya lgi msh sempt selit entri permotoran heeee
hehee memang dah pulang ke sarang.. aliran trafik ke selatan xla sesak mana mungkin ramai yang dah balik awal.. cuma hujan lebat perlahankan aliran
ade notis dari polis ker?..bgus gak cara tu..
apa pun selamat kembali bro.. 🙂
Umah kitorg xda notis pun?
Sampai awal 2 hari lepas trafik memang lancar. Selamat kembali betugas besok
saya x pulang kemana2 pun ada jgk sangkut dalam jam..maklumla semua orang sebuk pulang tempat masing2, yg hantar anak balik hostel lagi…
Memang sesak sana sini…malaysia ni rakyat die kaya
akak pulak esok dah start berbiznes, kedai dah bukak balik…alhamdulillah hari ni dapat rehat secukupnya, sebab dua hari berturut turut rumah kena serbu dengan adik beradik… hari ni kalau ada yg sms nak datang, akak closed house…umur2 macam ni kena cukup rehat hehe
Harap dapat pulih energise tenaga yang telah dihabiskan ketika beraya. 🙂
Good la bisnes dah start
aku dah start bekerja hari ini. kerja awal sikit untuk dapatkan balik mood kerja yang dah lama ditinggalkan
Saya hari Isnin baru bermula kerja. Cuti Raya yang panjang. 🙂
berapa hari cuti tuh? heeee sy pas ni keje balik aik malas pula rasanya
bila nak keluar sarang?
Esok hari Isnin mula keluar sarang untuk mencari rezeki.
ok. welcome back. hoho..
Blog bro sudah habis bandwith.
Salam aidilfitri kepada akubiomed sekeluarga …. selamat kembali ke sarang dan lepas ni akan terus aktif blogging lagi. Benjy respectlah anggota Polis … walaupun time2 cuti mereka tetap menjalankan tugas dengan amanah. Tahniah.
Blog tak cukup kuat SEO. Apa bila tidak ada cerita baru maka tak ada trafik.
Hahha…betul ke? ades sama lah
Dan jangan lupa ajar newbie blogger
seminggu bercuti sampai ‘laman’ terbiar sepi..seminggu ni banyak kisah pasal raya je..hehehe
Biasalah kisah Raya antara terhangat untuk 7 hari di bulan Syawal belum lagi program rumah terbuka. 🙂
selamat pulang ke sarang… sarang bila ditinggal lama2 pasti berdebu.. kesian… 🙁 hehehehe.. mcm burung lak..
Kalau blog yang mempunyai SEO tidak perlu kemas kini selalu ada sahaja trafik yang mantap.
Kalau tak update traffic akan masuk guna keyword lain ke
Selamat kembali, bro. Semoga momentum untuk kembali menulis segera pulih. 🙂
Mencari tuning menulis kembali. 🙂
selamat pulang ke sarang bro
ingt binatang jer ada sarang hee manusia ada sarang tmpt tggl juga ahas..
Itulah lumrah kehidupan seperti roda…ulangan episod harap bertemu lagi tahun hadapan dan bertambah baik harapannya..
Insyallah jika ada umur panjang akan bertemu bulan Ramadhan dan Syawal.
Saya malam tadi bertolak ke K.L,tu pun pukul 12 malam sebab nak elak jam.Syukur dah sampai dan tgh qada BW hehehe..
Selamat qada blog walking ke blog sahababat blogger. 🙂
buat senaman tangan dulu. takut kejang pula bila tengah menulis. hhe
Ketika ketik papan kunci tidak sepantas larian Usain Bolt. 🙂
kembali normal hehehe..:)
alhamdulilah selamat sampai….syukur
Lama tidak menghidu bau tempat landing. Rindu rasanya. 🙂
selamat pulang bro…
ni nak kena start keje pula kan
Kalau tak kerja mana hendak datang gajinya. 🙂
Nk start kerja blk lps lama cuti mmg mls plak rasenye…he2
Kalau sudah cuti panjang tentu ada kesannya.
nice blog.. selamat kembali bertugas bro..
alhamdulillah bro sekeluarga selamat sampai ke rumah. bagus juga tugas polis tu buat rondaan. barulah tak rasa berat balik beraya hari tu
Baru kali ini menerima slip lawatan rondaan oleh pihak polis. Boleh tahan banyak juga hendak ditulis setiap rumah.
Harap Zulfahmi akan memperolehi podium pertamanya pada perlumbaan di Bruno!
Semasa ujian kelayakkan masa melihat beliau berusaha. Harap motor yang ditunggangi berada didalam keadaan baik untuk perlumbaan nanti.
Harap macam tu jugak