Tension bila tidak boleh online kerana masalah line Streamyx down.
Hari ini adalah kali ke 5 line Streamyx terganggu akibat dipanah petir semalam dan talian hayat saya adalah Celcom 3G. Ramai blogger diluar sana tentu mengeluh bila tidak dapat nak akses blog dan internet kerana masalah teknikal ini. Celcom 3G sebagai talian hayat dan back up tidak memuaskankan hati saya kerana tidak stabil. Saya rasa setengah stress bila line down ketika upload posting ke dalam blog.
Saya diami dikawasan Bukit Sentosa yang mana terletak diantara Kuala Kubu Bharu dan Rawang. Liputan Celcom 3G amat baik dikawasan ini termasuk untuk pembekal yang lain. Bila line Streamyx nak up balik? Susah juga bergantung kepada line Celcom 3G yang tidak stabil ini. Maxis lagi jangan mimpi memang tidak ada liputan 3G manakala DiGi hanya EDGE.
Saya rasa nak offline sementara waktu sehingga Streamy kembali ok….o(╥﹏╥)o
Emm bila dah ada blog, internet tu adalah satu kepastian dah..hehe
Marah-marah saya kat Streamyx apa orang kata marah-marah sayang 😉
Hehe..kalau marah betul2 nanti tak leh pakai baru tersengih..hehe
Kat Pee Dee pun samo gak 2,3 ari nie line macam nak mampuih.nak bukak website ajo bacinto dibuek eh.