Sistem pencernaan sihat penting untuk tumbesaran kanak-kanak
Sebagai ibu-bapa yang mempunyai anak kecil berumur 3 tahun pernah mengalami situasi dimana si kecil meneran ketika membuang air besar dan mengambil masa untuk menyelesaikan urusan tersebut. Kesian pula melihat kesukaran Aslah untuk membuang air besar.
Pernah tak mengalami situasi seperti ini:-
- Meneran semasa membuang air besar?
- Masalah kekerapan membuang air besar?
- Si kecil menekan perut ketika membuang air besar.
- Ketidakselesaan perut
Masalah diatas boleh menyumbang masalah tidur, tidak bertenaga, kurang tumpuan dan secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada kesihatan tubuh kanak-kanak keseluruhannya.
Kenal pasti diet yang sesuai untuk kanak-kanak
Pentingnya mengenal pasti diet pemakanan yang sesuai untuk sistem pencernaan dan tumbesaran kanak-kanak
Diet pemakanan yang kurang sesuai menyebabkan sistem pencernaan akan bermasalah. Perlu diingat diet orang dewasa dan kanak-kanak tidak sama kerana kanak memerlukan zat-zat makanan tujuan tembesaran.
Kempen Mamil ‘Let It Out’ membawa mesej pentingnya kesihatan pencernaan untuk tumbesaran kanak-kanak
Pada hari Jumaat lepas yang saya telah menghadiri pelancaran kempen Mamil ‘Let It Out’ di Aeon Big, Mid Valley MegaMall. Beberapa maklumat telah dikongsikan mengenai diet yang sesuai untuk membantu menyihatkan sistem pencernaan si kecil yang berumur 3 hingga 6 tahun. Bertepatan dengan saya mempunyai anak kecil berumur 3 tahun dan ingin mendapatkan maklumat mengenai kesihatan sistem pencernaan.
Cik Gooi Chui Hong pakar diet dari International Medical University telah berkongsi diet yang sesuai untuk kanak-kanak. Menurut beliau lebihkan pengambilan makanan mengandungi serat diet. buah-buahan, sayur serta air yang mencukupi. Si kecil juga perlu aktif. Beliau juga menggalakkan pengambilan makanan yang mengandungi prebiotik untuk sistem pencernaan kerana ia membantu meningkatkan bakteria baik didalam usus dan membantu menjaga persekitaran usus yang baik.
Beliau juga berkongsi cara mengenal pasti kesihatan sistem pencernaan dengan mengunakan carta Bristol Stool sebagai rujukan.
Bagaimana hendak mengenal pasti masalah sistem pencernaan dikalangan kanak-kanak? Salah satunya adalah melalui bentuk najis dapat memberikan petanda kesihatan sistem pencernaan kanak-kanak.
Saya juga perasan ketika membersihkan najis anak, ada masa najis kelihatan normal, adakala berketul dan ada kala cair. Ia menimbulkan tanda tanya adakah anak saya, Aslah mengalami masalah?
Cik Gooi Chui Hong menunjukkan carta Bristol Stool membantu mengenal pasti kesihatan usus dengan bentuk najis.
Berita baik untuk semua ibubapa diluasa sana yang susu Mamil mempunyai prebiotik Oligosacchrine gabungan scGos/LcFos secara bukti saintifiknya membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan kanak-kanak. Selain itu itu juga Mamil mengandungi DHA yang tinggi merupakan nutrisi diperlukan untuk tembesaran dan perkembangan kanak-kanak.
Nak tahu info lebih lanjut mengenai Mamil boleh layari laman rasmi:-
www.mamil.com.my
atau
www.facebook.com/DumexMamil
Banyak maklumat dikongsi untuk para ibubapa yang boleh dimanfaatkan bersama.
Wah! Blog akubiomed sudah berwajah baru, lebih kemas dan bersih. Camni la, senang mata memandang.
Tahniah sudah ada perangkap lalat 😉
Dan tahniah juga kerana sudah maju, sudah diberi kepercayaan untuk mewar-warkan brand yang besar.
Good job! Teruskan usaha murni ini.
Semoga akubiomed bertambah kaya dan berjaya.
Banyak sgt produk sekarang ni. Semuanya baik dan tak tahu nak pilih yg mana dah
Banyak sangat info kesihatan buat anak2 ..
Tak pernah tahu pun..
Yang tahu kalau anak ada lepaskan hajat dah kira ok…
Anak buah KM sering menangis semasa buang air besar, berak keras kata orng. Selalunya selepas makan coklat. Tapi kalau tak makan coklat pun selalu gak ada masalah nie. Tukar susu salah satu cara untuk atasinya.
betul. tolong ye ibu bapa semua..
tolong terangkan pada mereka juga.
Jenuh gak gua nak terang satu persatu benda ni kat diorang..
penting kita cek hampas anak-anak kita walaupun agak meloyakan….heee.
terima kasih atas info yang berguna ni.
rata-rata semua ibu bapa risaukan. ab cuba buat air buah-buahan untuk babu aslah hee.. 🙂 harap ia sedikti sebanyak dapat membantu
teringat pula masa kecil dulu.
kalau susah nak buang air besar, ayah beli pam kecil yg dipamkan pada bontot 😀
Dengan informasi yang dikongsi sudah boleh mengetahui kemungkinan berlaku sembelit.
Budaya Melayu, apa yang mak masak untuk satu keluarga, itulah sekeluarga makan dari sekecil anak hingga yang paling tua.
Sudah ada perubahan dan kesedaran dikalangan ibubapa mudah zaman sekarang. Saya melihat ada usaha dikalangan ibu muda menyediakan diet sesuai untuk anak mereka.
Setakat beberapa ketika saya menjaga anak buah saya yang masih kecil, tidak pernah lagi saya melihat bentuk najis mereka. Biasanya saya main siram ja terus. Tak sempat nak tengok.
Tentu ibubapa mereka menyediakan diet yang baik untuk anak-anak mereka.
Salam bang. Jemput ke singgah blog baru. huhu 😛
sistem pencernaan amat penting untuk anak kita..kena jaga kesihatan mereka..
ab piring itu ada stok lagi ker setahu saya dah habis stok dekat tesco. suri ambil susu dugro ini sejak umur 3 tahun lagi,susu lain dia tak serasi.
Saya lihat piring berkenaan membantu ibubapa mengenal pasti diet yang sesuai untuk anak mereka.
best melayan keranah anak kalau dia sakit perut.tapi setakat ini anak saya baik saya.cuma kalau dia ceret mula mulut dia bising kalau berak dia akan siap cakap bu hari ini ayong berak 2 ketol 🙂
Baguslah ada maklumbalas daripada anak. 🙂
selalu sedia minuman yogurt untuk anak-anak
Tak pernah lak kawe check BENTUK najis bro.. Lagipun alhamdullilah selama ni ok anak2 kawe bila melepas..
Baguslah sentiasa lawas. 🙂