• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Ulasan speedlight diffuser untuk kamera DSLR

Ulasan speedlight diffuser untuk kamera DSLR

21st November 2014 by akubiomed 29 Comments

Ulasan 3 jenis speedlight diffuser

GamiLight Event Pro diffuser

Pengunaan speedlight diffuser untuk mengurangkan kesan bayang dan hilang keperincian imej. Pengunaan flash diffuser boleh menjadi cahaya flash lebih lembut.

Hasil guna direct flash

Kebanyakkan kamera digital kompak dan kamera DSLR sudah ada flash terbina dalam. Tidak salah mengunakan flash terbina dalam atau aksesori tambahan dengan speedlight. Kalau guna direct flash salah satunya kesian kepada subjek sebab cahaya flash silau seolah-olah menyuluh sportlight didepan mata. Kesian kepada subjek. Pengunaan diffuser menjadikan cahaya flash lembut dan lebih menarik boleh dapat efek ‘catch light’ pada mata.

Nampak tak efek cahaya @ “catch light” pada mata?

Kalau sebelum ini saya mengunakan reflector board yang terbina dalam speedlight masih lagi flash terhasil terlalu terang hingga hilang keperincian. Boleh lihat perbezaan hasil pengunaan board reflector, Lambency dan Event Pro.

1. Reflector board

Reflector board ini adalah paling simple dan mudah digunakan untuk cahaya flash berselerak

2. Flash diffuser

Memasang diffuser boleh menjadi cahaya flash lebih lembut tetapi hasil didalam gambar masih ada bayang.

3. Lambency diffuser

Lambency diffuser ini berbentuk seperti mangkuk. Kesan cahaya flash lembut dan kesan bayang kurang. Masalahnya agak bulky untuk dibawa kalau menghadiri event. Asal rekaan Lembancy ini adalah ciptaan jurugambar profesional Gary Fong iaitu LightSphere

4. Event pro diffuser

Event pro diffuser daripada GamiLight ini jug menghasilkan cahaya flash yang lembut dan tiada bayang. Mempunyai ciri-ciri seperti board reflector dan material dari hampir telus cahaya. Apa yang saya suka kerana ia adalah ringan dan lebih fleksibel untuk digunakan seperti menghadiri event dan boleh diubahsuai mengikut kemahuan.

Tutorial cara guna GamiLight EventPro

Event Pro dari Gamilight ini boleh diubah dan ditanggalkan kerana ia mengunakan butang. Ia adalah hasil inovasi buatan Malaysia dan banyak mendapat respon yang baik samada dari dalam negara dan antarabangsa.

Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi GamiLight

Nota: Perbandingan yang diberikan bukan ulasan jurugambar professional ia adalah hasil pengujian sendiri setiap speedlight diffuser.

Sila tekan butang kongsi:

  • Selfie ring light jadikan gambar selfie tidak lagi gelap
  • Speedlight untuk kamera DSLR Canon
  • Aputure Amaran Halo Ring Light makin menjadi-jadi

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Noriza Rahman says

    26th November 2014 at 8:11 am

    Oooo ini rupanya fungsi diffuser ya, ada bermacam2 jenis pula tu. Saya yang buta fotografi ni memang susah la nak menilai 🙂

    Reply
  2. Alongxp says

    25th November 2014 at 4:39 pm

    uish… gila lawa cahaya dari gamilight tu… kemas….

    Reply
  3. Arham Md Ali says

    23rd November 2014 at 6:46 pm

    Perkongsian yang menarik ^_^

    Saya memang fail flash photography, satu sebab tak ada duit nak invest flash, satu lagi sebab kamera sekarang high ISO performance sangat bagus, ISO 6400 pun usable sangat-sangat. Tambah dengan guna lens aperture number rendah bolehla shoot dalam indoor.

    Cuma dilemma time nak amek group shot la sebab kalau guna F1.4 takut tak sharp semua.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd November 2014 at 10:08 pm

      Kalau guna ISO tinggi akan dapat noise @ grain pada gambar. Biasanya saya limitkan kepada ISO1600 sahaja tetapi terpulang kepada masing-masing. Untuk gambar berkumpulan tidak sesui guna apeture rendah sebab depth of field ketara sangat.

      Saya sendiri mengunakan compatible Speedlight jenama Yongnuo. Dari segi prestasi tidak mengecewakan bagi seorang jurugambar amatur macam saya.

      Reply
  4. Hafizul says

    23rd November 2014 at 11:02 am

    Ohhh..betul gk tu..kalau pakai yang built in pads kamera tu,kesian pada subjek..boleh berpinau mata ank..haha

    Reply
    • akubiomed says

      23rd November 2014 at 10:10 pm

      Ada diffuser untuk built in flash dijual.

      Reply
  5. ladybird says

    22nd November 2014 at 1:36 am

    Dah lama dah ldy x ambik th sal dslr… huhuhuhu.. xnyompat bl dh ade ank kecik..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd November 2014 at 10:11 pm

      Boleh ambil gambar anak pn sudah okay. 🙂

      Reply
  6. TehR says

    22nd November 2014 at 12:56 am

    bagus juga kalau2 beda ni ada yg boleh dipakai pada kamera hp
    ada ke, bro?

    Reply
    • akubiomed says

      23rd November 2014 at 10:12 pm

      Smartphone sekarang ini pun sudah bagus untuk ambil gambar mengunakan built in flash.

      Reply
  7. blogger lelaki says

    21st November 2014 at 9:43 pm

    aku belajar je dulu dengan member..tapi sebab kita lama tak amalkan..lama2 ilmu jadi berkarat la

    Reply
  8. imran says

    21st November 2014 at 9:10 pm

    saya ni kurang sikit bab2 fotografi ni, tapi bagus juga artikel ni untuk saya belajar sikit2.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd November 2014 at 10:12 pm

      Harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat. 🙂

      Reply
  9. Nadot says

    21st November 2014 at 5:49 pm

    Banyaknya jenis yang tak pernah tahu. Dulu masa pakai DSLR beli yang cikai-cikai punya je. Dah ada anak jual DSLR sebab tak larat nak bawa. Hehe. Tapi bila duduk sini, teringin nak ada semua. Semoga ada rezeki 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      23rd November 2014 at 10:13 pm

      Bolehlah sambar kamera jangan asyik ambil gambar kambing biri-biri pula. 🙂

      Reply
  10. jaymiee says

    21st November 2014 at 4:12 pm

    yg xda dslr mcm aku ni..tengok je lah…huhu

    Reply
  11. Pendekar says

    21st November 2014 at 2:57 pm

    lepas nih nak pakai gamilight pulak…nanti nak try cari kat kedai…kot2 ade… haha…

    aku memang benci amik gambar dengan flash kena kat depan nih… sakit hati bila gambar tak lawa…

    Reply
    • Pendekar says

      21st November 2014 at 3:00 pm

      satu lagi adalah aku bengang gila bila amik gamba flash nih terlampau silau bila dalam gelap…
      rasa nak hempuk je kamera…

      memang tips yang sangat berguna untuk guna diffuser nih…diffuser eh nama dia… haha…

      Reply
      • akubiomed says

        21st November 2014 at 3:09 pm

        Cari Speedlight yang ada ETTL atau guna “Inverse Square Rule of Light”

        Reply
  12. Raihanah Ahmad says

    21st November 2014 at 2:18 pm

    fuh banyaknya ilmu dalam blog ni. bila la saya nak start belajar pulak ni.

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2014 at 8:27 pm

      Ilmu yang tidak seberapa untuk dikongsi dan dimanfaat bersama.

      Reply
  13. maria says

    21st November 2014 at 1:27 pm

    kurang ambil tahu pasal kamera..
    duk pakai camera kat fon saja..
    tapi entry ni bagus untuk mereka2 yang minat fotografi

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2014 at 8:29 pm

      Apa yang penting gambar cantik tidak kira kamera DSLR atau Camera phone.

      Reply
  14. fyna says

    21st November 2014 at 1:09 pm

    dah lama x pegang dslr. huhu… dalam beg je. nak kena hantar repair balik nih.

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2014 at 8:29 pm

      Repair jangan tak repair.

      Reply
  15. suri says

    21st November 2014 at 11:44 am

    sungguh ambil gambar tu ada seni yang tersendiri.kalau minat bileh jadi ia akan jadi sebagai sumber pendapatan siapa tahukan

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2014 at 8:30 pm

      Belum lagi sampai tahap untuk komersial. Culup sekadar kepuasan diri sendiri.

      Reply
  16. suri says

    21st November 2014 at 11:42 am

    sungguh kurang tahu tapi ada nampak kesan cahaya itu timbul.

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2014 at 8:31 pm

      Boleh sahaja abaikan tetapi apabila sudah belajar ilmu fotografi eloklah diamalkan ilmu tersebut.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in