Sepetang di Pantai Puteri menunggu matahari terbenam.
Selepas selesai membeli bekalan untuk baby Aslah, aku memandu kereta meluncur menunju ke Pantai Puteri bersama isteri dan abang Ngah. Sampai sahaja di Pantai Puteri yang turut dikenali Pantai Kundur tidak sangka ramai pula pengunjung; ada yang berkelah, ada yang bermandi-manda dan ada yang berjalan-jalan di tepi pantai.
Sepetang di Pantai Puteri untuk mengabadikan gambar
Hasrat sepetang di pantai Puteri dengan mengambil gambar matahari terbenam tidak kesampaian kerana cuaca mendung menghalang gambar matahari dirakam. Matahari pun malu-malu menunjuk diri dan aku pun pulang hampa dengan tangan kosong. Mungkin suatu hari nanti aku akan berjaya mengabadikan gambar matahari terbenam di Pantai Puteri.
Leka anak kecil bermain di gigi air laut
Bot kecil nelayan
Memancing pun perlu bergaya
Abang Ngah mencari kulit cengkerang
p/s: Kalau ada peluang sepetang di pantai Puteri akan aku kembali lagi
Damainya.. Bilalah dapat bercuti di tepi pantai..
saya pernah tengok matahari terbenam kat sini, masa pergi berubat hari tuh, cantik..
Untunglah berbanding saya.
pantai klebang…
hmmm…aku pernah memancing dgn bot kat area sini…tp sbb terasa ditipu dan dianiaya aku pernah juga buat entri ttg tekong bot disini…wlaupun bukan semua,,tp kerana sekor lembu…habis semua terpalit…
Oh tidak sangka bro kena kencing oleh Tekong yang tidak bertanggungjawab. Buat malu orang kampung sahaja :-(.
aku selalu gi lepak kat pantai morib ajelah..ada sotong bakar. huhu..
lawa gambar yang ditangkap. “memancing pun perlu gaya” supaya ikan tertarik nak makan umpan dia kut 😀
Itu lah pasal saya jadikan bro yang memancing tuh sebagai subjek 🙂 Harap tidak kena bayar royalti kerana siar gambar beliau di blog ini. 🙂
Laaaa…aku ingatkan ko yg mancing tu bro??
Seronoknya anak2 bermain-main di pantai
bEe pun suka menikmati keindahan ciptaan Tuhan di kala petang 😉
Walaupun kampung isteri saya dekat dengan kawasan pantai. Saya jarang sekali ke sana.
Pantai puteri ni kat belah mana..huhu. Sya ni tahu langkawi ja.
area Melaka tu kak hehehe
huhu… memang tak jauh perjalanan saya nih
wahh sungguh mendamaikan suasana, rasa cam nak pegi cari ilham huhu
haha…aku suka gaya mancing tu.cukup mempersonakan.wakaka… 😀
good job bro!
*durian ade lagi tak??? (>.<)
Durian dapat merasa sebijik dua selebihnya dikebas monyet berambut hitam.
Jauhnya menung abg Ngah tu? teringat kat sesapa ke? keh3…
semua gambar cantik-cantik lah bro
Terima kasih, masih peringkat belajar lagi 🙂
cantik gambar..kalo aku ada bakat macam ko kan best…
Boleh sahaja kalau bro mahu kerana setiap orang mempunyai pandangan berbeza dan gambar adalah subjektif bagi seseorang.
kalau pasal pantai klebang dalam kepala ni dok terfikir coconut shake klebang je..hehe
Disebelah mana saya boleh dapatkan Coconut Shake?
kalau dpt gambar sunset lagi gempak ni..yg ada pun dah menggamit utk ke pantai
Hajat hati ingin memeluk gunung tapi tangan tidak sampai. Cuaca mendung jadi matahari malu menunjukkan diri.
steady la bro…cantik btol gambar…kalo bro ambil gambar matahari terbenam…lagi cantik…
Terima kasih, cuaca mendung tak dapat ambil gambar matahari terbenam.
cantik ,nyaman, ambil peluang pergi bersantai camni memang best
Memang nyaman dengan tiupan angin di Pantai Puteri ini.
cantik dan nyaman, cuti ni ambil peluang pergi bersantai camni memang best
haaaai,gaya je lebih..ikannya ada dapat tak tu? 😀
Bro yang memancing itu dapat ikan tapi kecil-kecil belaka dia sapu. Kalau di Australia ikan ukuran saiz tertentu sahaja dibenarkan ambil kalau tidak perlu dicampak kembali ke laut.
not bad… gambar yg second last (cari kulit cengkerang) is the best. Kurangkan contrast pada gambar.. terlalu kuat boleh jadi nampak artificial. 😀 Kalu pakai lens, switch off. Gambar pemandangan perlu besarkan dept of field.. kasi semua clear. Still, makin hebat. 😀
Kawe punya 5 cents jer… sendiri pon bukan pandai sgt he he 😉
Okay saya take note. Ingatkan depth of field untuk gambar potrait dan makro sahaja.
wah best jugak bawa anak & family nikmati keindahan alam…:)
Tidak semua ikut hanya 4 beranak sahaja pergi ke Pantai Puteri.
saya tak ingat kat mana pantai puteri, dulu waktu kakak belaja kat melaka, aktiviti mandi di pengkalan balak memang seronok time tu….last mandi kat situ pun 5 atau 6 tahun lepas….lama tak mandi laut…
Ramai yang mandi manda di Pantai Puteri ini.
cantiknya semua gambar2 ni…jeles….
Terima kasih, masih lagi tahap amatur.
best nya g pantai…
time study dulu..chii slalu ke pantai puteri waktu malam..dok lepak reramai ..kadang2 dok main buaian..memang time tu x perlu nak berebut ngan budak..ekeke
malam2 mnggu memang ramai org lepak sana kan..eheh
Saya tidak pernah pergi Pantai Puteri waktu malam.
Belum pernah sampai lagi ke Pantai Puteri nie. Pantai Kat area Port Dickson Pun KM tak habis lawat laie.
Saya lebih suka pergi Teluk Kemang berbanding Port Dickson.
Salam,
Lamanya tak pi pantai, ada jugak plan minggu lepas tapi cuaca sangatlah tidak menentu -..-”
gambar nie edit guna software ape ye? photoshop ke?
Saya beri sentuhan gambar dengan software opensoure PhotoScape sahaja.
Melaka kg siapa bro? Aku pun kg kt Melaka, sekolah pun kat sana.. dulu pantai di Melaka lebih cantik … nice photos anyway… Minat mancing gak ke? Jom kita pergi sekali nanti?
Isteri dan ibu saya orang Melaka. Saya tidak minat memancing kerana kurang sabar. 🙂
Salam. Cantiknya gambar pemandangan ni. Saudara memang berbakat besar.. Nak lihat lebih banyak gambar lagi pada masa akan datang.. 🙂
Terima kasih, gambar untuk dikongsikan mengenai keindahan pemandangan Pantai Puteri yang boleh diabadikan di blog ini.
bro. cantik sangat gambar-gambar yang disnap 😉
Terima kasih, bro 🙂
kat dekat Terengganu… dapat tengok matahari terbit dekat pantai… tak pernah lagi tangkap gambar matahari terbit…
Kalau nak tangkap matahari terbenam kena pilih lokasi yang akan membantu mencantikkan gambar… hehe matahari terbenam nak tengok kat pantai are Terengganu… tak mungkin jumpa… 🙂
Nak tangkap gambar matahari kena hati-hati. Tak silap saya pendedahan secara direct cahaya matahari ke lense kamera tak baik. Nanti sensor dalam kamera cepat rosak. Cuba saudara comfirmkan hal tersebut dengan kawan-kawan saudara yang lebih pakar… 🙂
Terima kasih atas nasihat tersebut dan akan beringat mengenai kecerahan melampau yang boleh merosakkan sensor.
memang berbakat besar bro dalam fotografi..
Saya pun banyak belajar dari pengamatan gambar yang diambil oleh bro.
Permandangan yang menarik waktu senja … rasanya macam pernah juga pergi pantai puteri ni tau … emmm tetapi lupa bila yer ?
Bro Benjy pergi dengan siapa?
nice view … i like
cantik gambarnya, dulu pernah ke pantai puteri cuma masa tu pergi waktu tengahari je, x sempat nak mandi, hanya sentuh gigi air jer
Masa ambil gambar diatas agak blur hendak mencari subjek yang sesuai sebab tujuan asal hendak ambil gambar matahari terbenam. Tunggu punya tunggu matahari terbenam tidak nampak kerana dilindung cuaca mendung.
Memang agak fail ambil gambar pemandangan.
Satu teknik mengambil gambar yang menarik … cayalah Brooo
Baru tau air ada gigi hehehe 😀
Perkataan gigi air biasanya digunakan didalam bahasa Sastera Melayu.
Tengok gambar mcm tu pon dah terbayang bau laut bersama angin yang menderu..cewahh
A’ah bau laut. Ia mengingatkan bau laut ketika berada di Adelaide beberapa tahun lalu berbeza dan warna laut disana pun agak kehijauan.
Dimanalah tempat tu Malaysia ke ?
cantik gambar..aku pun suka melayan diri kat pantai cahaya bulan..selalu pergi pagi tapi memang panas la sebab matahari naik..dan pagi2 tak ramai orang..kalau waktu petang memang ramai dengan keluarga jela..
Selalu kalau Kelantan kawan akan ajak makan di kawasan berdekatan Pantai Cahaya Bulan. Angin laut Cina Selatan amat kuat berbanding di Selat Melaka
Angin laut kuatlah best … ombak pun kuat … keladak dan lumpur pun kurang … Ikan Jaws ? ada ker ?
hehe..kalau kat pantai memang kuat la berangin..tapi best..
tapi pantai cahaya bulan tak boleh nak mandi manda dah sebab dah hakis..kalau nak dibandingkan 10 tahun lalu memang cepat je hakis..ikan jaws takde lagi kot buat masa ni..hehehe