• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?

Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?

31st March 2012 by akubiomed 62 Comments

Sambutan Earth Hour 2012, apa yang akan anda lakukan?

Tinggal lagi beberapa jam lagi akan berlangsung acara sambutan Earth Hour 2012 dengan memadam lampu selamat 60 minit yang bermula jam 8.30malam hingga 9.30malam.

Ia telah mendapat penyertaan di seluruh dunia termasuk negara Malaysia yang diterajui oleh WWF Malaysia sebuah orginisasi NGO. Tujuan sambutan Earth Hour 2012 ini disambut untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai pemanasan global.

Video rasmi Earth Hour 2012

Di Malaysia acara sambutan Earth Hour 2012 akan berlangsung di pintu masuk utama Sunway Pyramid pada hari Sabtu 31 Mar 2012 dari jam 8:30 hingga 9:30malam. Antara acara menarik adalah pengunjung akan diajak menari tarian “Dance in the Dark” dengan orang ramai sama-sama menari tarian ini.

Sambutan Earth Hour 2012 di Sunway Pyramid
Sambutan Earth Hour 2012 di Sunway Pyramid

Mari belajar tarian Earth Hour 2012 “Dance in the Dark”.

Bermula bulan Februari 2012 telah dilancarkan kempen “I Will If You Will” bertujuan melibatkan komuniti global dengan menghebahkan mengunakan rangkaian sosial Facebook, Twitter, Google+ dan email. Satu saluran dedikasi YouTube telah dibuka untuk komuniti digital Earth Hour berpeluang menyatakan komitmen dan cabaran melalui rangkaian media sosial mereka untuk menerima menyahut cabarang yang dinyatakan.

Beberapa acara yang akan berlaku sempena sambutan Eart Hour 2012.

  • Sambutan Earth Hour 2012 di First Beach Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
  • Sambutan Earth Hour 2012 di Boulevard Shopping Mall, Kuching
  • Sambutan Ulangtahun Planetarium Negara dan Earth Hour pada 31 Mac 2012 di Planetarium NegaraSemua papan iklan Sharp ditutup diantara jam 8.30 – 9.30 malam.

Antara nilai-nilai Green Life yang AkuBiomed telah laksanakan adalah:

Memotong rumput mengunakan mesin rumput tolak

Mengunakan beg kitar semula setiap kali membeli belah dapat green point

Menukar lampu Energy Saver kepada lampu LED selain menjimatkan pengunaan tenaga elektrik dan bebas Merkuri
Mengunakan Cloth Diaper mengantikan Lampin pakai buang

p/s: Antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam,  AkuBiomed akan offline sempena sambutan Earth Hour 2012.

  • Sambutan Hari Raya di kampung
  • Sambutan hari lahir abang Koning dan Pokde
  • Ada apa disebalik tarikh 1.1.11

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. kulanz says

    2nd April 2012 at 10:47 pm

    bro dah laksanakan tindakan yang betul..
    aku offline sejak jumaat petang lagi.. awal betul streamyx sambut earth hour..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd April 2012 at 1:35 am

      Kesian kepad bro tidak dapat online gara-gara ada masalah Steramyx.

      Reply
  2. ProfHariz says

    2nd April 2012 at 2:12 pm

    Semasa sambutan earth hour saya ada di jusco. Makan dan tunggu untuk tengok wayang pukul 10. Ternyata jusco dan kedai-kedai dalam tu tak support >.< Sedih sgt~

    Reply
    • akubiomed says

      3rd April 2012 at 1:35 am

      Mungkin mereka tidak tahu mengenai Earth Hour?

      Reply
  3. baguznet says

    2nd April 2012 at 12:57 pm

    Aduh… ketinggalan betul la kawan… baca entri ni baru tau ada cloth diaper… thanks bro! nak kena geledah utk maklumat lanjut nie

    Reply
  4. chii says

    2nd April 2012 at 12:36 am

    wahh…bagusnya AB…mcm chii…xde tutup pun..time tu la tgh dok wat kuih karipap..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd April 2012 at 1:36 am

      Saya pun asyik resah memandang jarum jam menanti 1 jam berakhir. 🙂

      Reply
  5. Yas says

    1st April 2012 at 11:50 pm

    Satu usaha yg baik dr akubiomed…terbaik bro,

    Reply
    • akubiomed says

      3rd April 2012 at 1:37 am

      Sama-sama sumbangan kecil daripada saya untuk mengurangkan kesan pemanasan global.

      Reply
  6. azmanisma says

    1st April 2012 at 9:37 pm

    saya juga bergelap selama 1 jam semalam.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd April 2012 at 1:37 am

      Agak-agak bro boleh bertahan untuk 1 jam berakhir? 🙂

      Reply
  7. Ibu Mifzal Arsyad says

    1st April 2012 at 5:01 pm

    smlmnya earth hour sy failed lg..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      1st April 2012 at 6:05 pm

      Ia bukanlah satu sambutan paksaan selagi kita mengamalkan perbuatan yang berkaitan aktiviti kehijauan dikira sumbangan juga.

      Reply
      • Jebeng Otai™ says

        2nd April 2012 at 12:25 am

        btul..sbnarnya kita sambut earth hour setiap hari..jika kita alert ape yg kita buat kita boleh selamatkan bumi.. 🙂

        Reply
  8. faizfakhirin says

    1st April 2012 at 4:39 pm

    tido awl…hahaha…tutup semua lampu @ suis besar terus…hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      1st April 2012 at 6:09 pm

      Awal tidur? Jangan lupa on balik suis utama sudahlah nanti ingat ada black out. 🙂

      Reply
  9. Mus says

    1st April 2012 at 4:25 pm

    di KK macam tak nampak earth hour ni semalam..

    Reply
  10. donnyien says

    1st April 2012 at 3:23 am

    aku pon nak join sekali la bro menari “dance in the DARK” mana tahu ada rezeki haha…

    satu usaha yang patut di jadikan contoh oleh semua masyarakat.. dunia dah nak old..

    Reply
    • akubiomed says

      1st April 2012 at 6:12 pm

      Jom kita sama-sama menari “Dance in the dark”. 🙂

      Reply
  11. zulkbo says

    1st April 2012 at 2:39 am

    Salam..
    saya join juga tadi..
    tutup lampu tertentu je
    8.30 malam hingga 9.30 mlm

    Reply
  12. Aya says

    1st April 2012 at 1:07 am

    aya nak praktislah tarian tu.. macam best je.. 🙂

    Reply
  13. Nur says

    1st April 2012 at 12:59 am

    Tahniah.. Usaha yang saudara buat ni patut menjadi contoh pada kita semua.

    Reply
  14. puteri kasih says

    1st April 2012 at 12:20 am

    tadi puteri perhatikan memang ramai yang tak sambut…semua tempat terang je

    Reply
    • akubiomed says

      1st April 2012 at 12:37 am

      Biarlah mereka. Mungkin tidak tahu mengenai sambutan Earth Hour ini.

      Reply
  15. blackrosehunter says

    31st March 2012 at 11:10 pm

    tak sempat nak sambut tadi..kt luar..hehe..bagusla kalau kita semua mula sedar akan penjagaan bumi kita yang sudah tua ni.

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 11:51 pm

      Tak apa tidak semestinya hanya pada Earth Hour boleh melakukan aktiviti yang membantu mengurangkan pemanasan global. Hari-hari lain pun boleh kerana ia adalah usaha sepanjang masa.

      Reply
  16. suri says

    31st March 2012 at 11:00 pm

    klu hari2 ada bagus juga ni

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 11:52 pm

      Usaha dan kesedaran kemudian dizahirkan didalam bentuk tindakan.

      Reply
  17. anif says

    31st March 2012 at 10:27 pm

    Buat apa yang termampu dan dekat dengan kita..

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:30 pm

      Betultuh biarlah bersederhana didalam sesuatu hal.

      Reply
  18. amirulfaiz says

    31st March 2012 at 9:21 pm

    Wah, bagusnya bro. Bab langkah guna cloth diaper tu memang bagus.

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:32 pm

      Cloth diapers ini adalah pemberian hadian bro Azamanisma. Saya pun sangat-sangat berterima kasih kepada beliau kerana memperkenalkan Cloth Diapers kepada saya.

      Reply
  19. Hazmin Hamudin says

    31st March 2012 at 7:16 pm

    Terbaik la bro. Yang tak tahan tu menggunakan mesin rumput tolak. Saya rasa kalau rumput sebesar rumah bro semua pemotong rumput boleh menggunakan mesin rumput tolak. Kalau rumput sebesar padang bola, mahu pengsan jugak dorang nak potong rumput. Hehe

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:32 pm

      Orang tua saya mengajar saya dan menyuruh saya mengunakan sabit untuk menebas lalang 1/2 ekar. Sudah biasa tapak tangan melepuh akibat aktiviti menebas.

      Reply
      • Hazmin Hamudin says

        2nd April 2012 at 3:05 pm

        Fuh… Memang seksa kalau menebas menggunakan sabit. Dulu pernah jugak berkebun, buang rumput dengan menggunakan cangkul di kebun nenek. Memang tangan akan melepuh. Tapi tu semua pengalaman yang sekarang ni susah nak dapat.

        Reply
  20. klcitizen says

    31st March 2012 at 7:02 pm

    menarik tarian tu …

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:33 pm

      Boleh juga murid-murid sekolah melakukan tarian ini untuk merengang otot sebelum pembelajaran sekolah kerana ia tarian ceria dan menghibur. Permulaan yang baik untuk pembelajaran di kelas dengan senyuman dan ceria.

      Reply
    • suri says

      31st March 2012 at 10:58 pm

      tapi buka oh poco2 heee

      Reply
  21. auc dot com says

    31st March 2012 at 6:53 pm

    terbaeeekk bro
    samalah aku akan bergelap malam 1 jam mlm nih

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:30 pm

      Lega rasanya selepas melaksana apa yang diucapkan dan janji di kota.

      Reply
  22. Jomtonton says

    31st March 2012 at 5:44 pm

    Memang terbaik tindakan bro, lampu jimat tenaga, bag kitar semula, lampin pakai buang.. bukan setakat bila ada kempen je terlibat 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:29 pm

      Saya melakukan setakat yang mana mampu biarlah perlaku yang konsisten bukannya bermusim.

      Reply
  23. nurmisnan says

    31st March 2012 at 5:32 pm

    Perghhhhh… siap dgn lampin pakai buang lagi.. Macam mana
    basuhnyer tuh?? Basuh seperti biasa ker…

    Ok brother.. enjoy earth hr malam ini.. Jgn lupa memantau anak2
    agar sentiasa selamat semuanya..

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 10:28 pm

      Basuh macam biasa boleh masuk mesin basuh. Kalau macam najis mesti dibersihkan dahulu dengan menjirus dengan air.

      Reply
    • yas says

      2nd April 2012 at 3:20 pm

      Hehehe…ko kayuh 15 kilo camne? Bepoluh sakan tak sis malam tuu?

      Reply
  24. azura says

    31st March 2012 at 5:13 pm

    saya nak belila lampu jimat elektrik led energy saver…supaya saya pun menjimatkan wang sekaligus

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 5:21 pm

      Harga lampu LED lebih mahal daripada lampu biasa tetapi untuk jangka masa panjang menjimatkan pengunaan tenaga dan mesra alam.

      Reply
  25. Hasni says

    31st March 2012 at 4:48 pm

    Kami tak pakai mesin basuh da seminggu ,kira sumbang jugak ekk

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 5:05 pm

      Boleh juga diambil kira jangan membazir air dan mengunakan serbuk atau cecair pencuci baju yang boleh mencemarkan alam.

      Reply
  26. Amirez says

    31st March 2012 at 4:47 pm

    hanya sejam dalam setahun, apalah sangat. kalau dapat buat selalu lagi baik 🙂

    menarik juga tarian Dance in the Dark ni

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 5:06 pm

      Seronok juga melayan karenah anak-anak sambil menari tarian ‘Dance in the Dark’. 🙂

      Reply
  27. Juan says

    31st March 2012 at 3:43 pm

    offline internet selama satu jam, good

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 4:34 pm

      Tida susah untuk melaksanakannya. 🙂

      Reply
  28. New blog Hairul says

    31st March 2012 at 3:24 pm

    kat tempat bro.. mmg semua jiran2 tutup lampu ke mcm blackout….

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 3:28 pm

      Perumahan saya banyak rumah kosong memang bergelap kiri dan kanan. 🙂

      Reply
  29. Jomtonton says

    31st March 2012 at 3:01 pm

    Sokong, kita offline malam ni 🙂
    Ada bola pulak.. isk2…

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 3:28 pm

      Kom kita offline malam ini. 🙂

      Reply
  30. Shahrul says

    31st March 2012 at 2:53 pm

    siap ada tarian dia ek…sayangi bumi kita 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 3:29 pm

      Boleh menari bersama anak-anak ketika bergelap. 🙂

      Reply
  31. Norizwan says

    31st March 2012 at 1:45 pm

    bro…mari kita bergelak juga selama 1 jam sebagai tanda sokongan…:-)

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2012 at 2:27 pm

      Bergelak selama 1 jam ada yang mati didalam senyuman. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in