Semak saman trafik AES dengan MYEG.
2 hari lepas muka rakan sekerja saya moyok sahaja dan tidak fokus. Korek-korek rupanya beliau telah terkena Speed Trap AES ketika perjalan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri taklimat penting di Port Dickson.

Walaupun ia adalah urusan rasmi syarikat kesalahan melanggar undang-undang lalu lintas seperti memandu melebihi had laju tidak tanggung oleh majikan untuk bayar saman AES. Sahabat saya telah beritahu beliau tidak boleh tidur malam nak bayar saman AES kerana dek Speed Trap oleh AES. Dimana beliau terkena perangkap AES pada jalan lebuh raya had laju 90km/jam tetapi beliau memandu 110km/jam kira-kira 20km/jam terlebih.
Perangkap laju AES tiada maaf bagi mu.
Hari ini saya buat semakan online saman AES, saman trafik JPJ dan saman trafik PDRM. Walaupun saya percaya saya adalah permandu berhemah dan berdisplin. Chewah. Perasaan bimbang tetap ada kerana pernah kena saman trafik ketika ke Kelantan beberapa tahun lalu. Saya telah kena saman memandu melebihi had laju dikawasan 70km/jam dengan memandu 90km/jam. Tiket saman trafik yang perlu tanda tangan pula. Sekarang ini selepas pemasangan perangkap laju AES tidak tahu pula samada terkena speed trap.
Semak saman AES, saman trafik PDRM dan JPJ dengan MYEG.
AkuBiomed: Rekod kesalahan lalulintas untuk tahun 2013 masih bersih. Keliru sudahkah perlaksanaan bayar saman AES:-)
Emm tak pernah kena lagi..hehe
susahnye kalau macam tu…memang ada baiknya..tapi kalau kene rosak ekonomi bulanan
Patut ke diorang buat AES ni…kalau nak letak pon tempat yang betul2 banyak kemalangan laaaa..ni letak sesuka hati je…
jga2 nnti maik byk lagi AES akn dipsang
Kalau makin banyak memang masak la kita rakyat malaysia. Takkan la highway kereta merc nak bawak slow 70km/h..kalau kancil tu okay lagi
ingatkan bro yang kena tadi, kalau kena memang susah hati
Kalau kena saman..kena naik court la kalau lambat bayar.. dahsyat macma pemerintahana kuku sumbing je..wkakaka
Saya dapat saman parking DBKL. Kat saman tulis kereta kancil tapi nombor pendaftaran tu nombor honda cup saya yg dah dekat 10 tahun tak jalan. Sapa la pakai no palsu tu
yer ker…camtu lupakan sahaja takyah bayar
Haritu aku pun ada check jugak, alhamdulillah belum ada yg sangkut lagi…harap2 akan dtg pun x de laa…hehehe
saya pon belom kena AES…dekat Ipoh ada ke tak pon tak sure
wah nampk gayanya kenlah kita jeguk2 selau mana tahu tak ada terleps dik mata huu..
a ah betul tu suri
tahniah..smoga 2013 bersih tanpa saman..
klu pikirkan duit saman tu bli makan utk ank bini dah untung kurang2 perut akan kenyang
eh …kalau bawak 70km/j bila lah nak sampai destinasi.. 90 kira ok la tuh …huhu..takpe bro, apa pun, mungkin ini boleh jadi pengajaran
bila lalu lebuhraya susah nak control sb bawa spped laju hee..tak apsal2 slow ada kete yg hon kita eiii..
Orang selalu cakap ..beringat sebelum kena.
kalau terkena buat derk tak guna kena byr juga
Bila kena saman terbang duit kita…
tak bayak rm 30 ke 50 jugalahkan huuu..
Lega bila tiada saman! 😀 Apa pun perlu sentiasa berhati-hati dan patuhi undang-undang ketika memandu.
sy tak bawa kereta tapi nak gak cek kot2 suami bawa pi kl adfa tersangkut huu..
Alhamdulillah, tak pernah nampak lagi kamera aes sepanjang perjalanan dari sungai besar ke kuala lumpur, hehe. Mudahan tak ada la orang nak mandai2 letak aes kat sini.
ha… sabarlah klu kena ujian ni.mugkin tempat bro tu tak byk kesalahn trfik kot huhu..depa suka2 letak baik kt bandar or lorong2 laju …
takut juga nak bawa laju lepas ni takut2 kalau terkena saman.
bawa slow org hon.bwa laju kena saman alahai..
trauma dgn AES..huhu
pernah dapat saman dri aes ke sebelum ni?
harga saman ni tak patut..tak patut..
berapa rm tu bro? kongsikan pd kmi semua
Memang sungguh-sungguh dia nak jaga keselamatan orang. Kalau niat dia baik. Alhamdulillah. Kalau vice versa maka jawablah sendiri bila ditanya nanti.
harap kita akan lebih berhati2 dan peka pd ini benda huu..
tak suka, tak suka, tak suka!
sb rakyat nak ke tidak kita kena terima
tima kasih bro kerana mengingatkan.. baru check saman tadi guna sms.. nasib baik tiada…. saya kat kediaman baru nie biasa guna moto je.. mudah untuk mencelah2. lagipun sorang. heee
hoo rempit tak kira masa..hti2 ya bawa motokar
sampai tak tidur kawan bro, bayar cepat2 dapat diskaun…macam susah je nak kompromi
Keliru dengan status saman AES ini. Ada yang kata sudah mula dibayar dan ada yang kata belum.
ada diskaun berdesup org nk bayar
hoho..jangan kantoi bawa lelaju ekk..
Kalau tak hati-hati memang kena perangkap laju AES.
hati2 jgn memandu sambil makan cendol
Semalam dah langgar trafic light merah depan sogo,tak pasti ada kamera kat situ atau tidak.
Harap-harap tak kenalah.
kena selawar byk2 cuba tgok ada kena saman tak?
kalau di Sabah di ada AES, habislah. Kaya pacik Polis.
Oh dekat Sabah belum ada lagi pemasangan kamera AES ini?
bahaya juga penangan AES ni..sampai tak lena dibuatnya..parah²..nasib aku nek superbike..kekeke
Kereta dan Superbike tidak dapat lari dari kamera AES ini.
oh nak check lah jap lagi…harap den clean lah…hehe
Harap-harap tidak saman yang direkodkan. 🙂
tahniah kerana masih bersih.. tetapi pastikan maintain.. haha..
Memang mahu kekalkan rekod bersih sepanjang tahun.
memang bahaya kalau kena saman AES nih, tak selamat rasanya nak memandu, nak lari pun tak bleh.
Kalau terkena perangkap laju AES tidak maaf bagimu. 🙂
hingga hari ini aku belum jumpa lagi AES ni..
Wah sudah kira bagus. 🙂
kalau boleh memang nak elak daripada kena sama traffik ni. lagi-lagi saman AES. fuh~
wow.. memang pemandu berhemah akubiomed ni..hehehe
Kita memandu berhemah orang lain kadang-kadang tak hormat kita.
KM pun setakat ini masih belum kena laie, harap2 takdolah.
Alhamdulillah. Masih lg selamat drp AES.
Cuma terkilan kena saman yg jenis sign tahun lepas sbb katanya tak pintas double lane kat jalan yg tak berapa nampak lanenya…huhu…tp salah ttp salah…habis rekod bersih selama 7 tahun memandu kereta..
harap tahun ni bersih =)
Kalau ada saman tiket yang ada tanda tangan susah sikit.
Kawan saya pernah kena saman AES awal2 dulu. Lambat bayar kena naik court. Sian dia dah la preggy. Jenuh naik turun tangga….
Kalau kena saman ni parah jugak. Mahalkan saman nya. ==333 Gara-gara terlebih speed. Mintak2 tak kena..
AES masih berfungsi lagi ke? Ada yang cakap dimansuhkan? Entah, xpernah nak amik tahu pasal benda nie.
Tapi ada gak la 2-3x bermimpi kena saman…
Fuh sampai termimpi-mimpi. 🙂
saya rasa AES ni kena letak kat tempat yg hitam je, bukan sebarang tempat letak…
Perasan beberapa pemandu tegar berpura-pura memperlahankan kenderaan sebelum jumpa AES. Lepas sahaja terus tekan minyak.
guna kenderaan awam la camni…
xkan dapat saman…
ehehehehe
Kalau dulu ada bas mini memang sudah menjadi kenderaan rasmi. 🙂
ada yang kata tak perlu bayar saman aes ni, bro
tapi entah la, aku pun tak pasti
mau tak lena tidur kalau memikirkan wang RM300 bakal hangus sekelip mata camtu je..
tapi tu la, kita2 ni biasanya selagi tak ‘kena’ selagi tu tak sedar..kalau sentiasa beringat tu, alhamdulillah..
Semoga mampu kekalkan rekod bersih tu. Hehehe.
Memang berusaha untuk mengekal rekod bersih sepanjang tahun. 🙂
suami sy kata dia ada kena flash AES dlm kul 3-4 pagi tp syukurlah tak ada sampai apa2 ‘surat cinta’ lagi
aduhaii… pasrah sajelah kalau dah terkena kan… niat sedekah 😉
otw gi kerja & balik jalan selalu jem so selamat di situ… tapi klu tak jem.. hurmmmm kompom kena :p
saya hampir kena saman dengan AES masa di highway..lokasi Kajang…tapi bila check saman online takder ler pulak..nampak macam lampu berkelip-kelip cameranya. Tapi last week lalu tempat yg sama AES takder lagi ler…apa… lokasi Selangor dengarnya macam dah takder AES lagi ker…?
Saman aes takde diskaun tu bro..sebab tu xlena tidur..hehe
Tak ada diskaun memang tak lena tidur dibuatnya.
kalau rasa mood baik satu hari tu, nak bg moody, bwk laju2 kete tu, kena saman AES, komfem badmood. wahahah
keh3…ni tips bagus utk hilangkan mood…haha
#salam sbb2013
steady laaaaaa…. boleh menarik nafas lega.. adessss.. kalo kena AES, memang tak senang duduk
taw xpe..trauma kot dgn kamera aes ni lbih2 lg klu msuk highway
Fuhh nasib baik selamat. heheheh
Saya pun harapnya masih belum kena. Belum cek lagi setakat ni.
Kalau boleh, cek tiap minggu.. Susah kalau dah tertunggak
salam..
kenapalah saya jenis yang tak suka periksa saman
saya online, takut susah hati..biarlah sampai surat
merah baru saya pergi bayar nanti..he he
sakit kalau kena saman trafik nih..tmbh pulak AES.
Kena rajin check saman.. kalau terkumpul.. payah nak bayar
Agak-agak kerap melakukan kesalahan lalu lintas elok sangt buat semakan.
saya selalu memandu perlahan….selalu kena marah dengan isteri…isshh memandu macam orang tua…tak pe…lambat tak kena saman…hati pun senang..
Elok memandu ikut had laju yang dibenarkan sahaja.
tahun ni baru berapa minggu je bro.
Viva saya sudah masuk saman sebab kesalahan parking.
Tempat meletak kereta di kawasan Lembah Kelang memang terhad.
ye… aku ade kene satu. tapi bukan AES, tapi.. kene saman sebab parking tempat tak sepatutnye.. hahaha.. demn.. kantoi!
Saya pun kena saman kesalahan meletak kenderaan oleh Majlis Perbandaran Kajang.
saman tetap saman ye AI… hoho