Salahkah aku mencari yang lain?
Hari ini aku ingin benar menulis entri baru tapi malangnya talian broadband tidak menyebelahi aku kerana Streamyx di rumah aku kali ini tidak berjaya disambung. Masalah ini adalah kali pertama berlaku bagi tahun 2011 apabila talian Streamyx gagal online kerana talian tetap tidak ada nada dail.
Take part in Astro PVR Change your Life Contest today!
Apa pilihan yang aku ada?
Tahun 2010 aku alami masalah yang sama berulang sebanyak 6 kali. Bagaimanakah aku hendak online membalas komen-komen sahabat blogger yang tidak putus-putus meninggalkan komen di blog AkuBiomed. Nampaknya terpaksa melupakan niat aku untuk menulis entri malam ini
Are you an Advocate, an Investor, a Manager or a Hopeful?
Apa pilihan yang aku ada?
Biasanya pihak TM akan memberikan tempoh membaik pulih masalah pelanggan selama 72jam untuk kontraktor mengambil tindakan. Selama aku mengalami masalah ini pihak TM telah menyelesaikan masalah kurang dari 72jam yang diberikan dan akan menelefon kembali untuk bertanya jika masalah sudah selesai. Sesuatu yang aku rasa perlu diberi kredit kepada pihak TM.
Adakah aku punya hak untuk berungut?
Kali ini aku cuba bertindak secara rasional. Ketika membuat laporan mengenai masalah aku Streamyx tadi aku berjaya mengawal nada dan perasaan walaupun perasaan kecewa tetap ada. Aku rasa ada orang lain lebih berhak untuk berungut.
Redeem your discount tokens at Celcom Great Sale today!
Apa pilihan yang aku ada?
Pilihan aku ada adalah talian broadband Celcom 3G yang boleh diharapkan. Kawasan aku memang mempunyai liputan 3G. Kalau sebelum aku pernah menulis didalam entri yang aku pernah menggunakan DiGi EDGE kerana pada masa itu Celcom dan Maxis belum menawarkan liputan 3G walaupun kawasan aku tinggal terletak diantara Rawang dan Kuala Kubu Bharu. Mundur sangat kawasan yang aku huni ini?
Apa pilihan yang aku ada?
Pada aku menulis entri ini aku terpaksa menulis secara offline kerana biasanya aku lebih suka menulis di dashboard WordPress secara online. Percubaan menghantar entri mengunakan Celcom 3G gagal kerana ia hilang dan aku terpaksa menulis semula kerana talian Celcom 3G tidak stabil. Sekejap 3G sekejap EDGE. Aku cuba mengunakan browser Mozilla Firefox nampaknya tidak berjaya untuk akses blog sahabat terutama yang mengunakan server di Amerika dan aku cuba mengunakan Chrome harap-harap berjaya.
Massive discounts at the Celcom Everyone Sale today!
Apa pilihan yang aku ada?
Aku dipaksa mengunakan Celcom 3G adalah pilihan terakhir yang aku ada untuk berblog. Maaf aku pinta kepada sahabat-sahabat blogger jika lambat membalas komen kamu dan merasa kepelikkan. Aku mula mencari pilihan lain dan dengar-dengar kawasan aku sudah mendapat liputan 3G dari Maxis. Maxis seolah-olah mengamit aku untuk ditemankan dan Celcom 3G nampaknya aku terpaksa berpisah dengan kamu sementara Streamyx kembali pulih. Adakah aku kejam?
Promo Contest: PILIH THEME BLOG sw33tdarling.com
pergh..aku terlepas entri penuh kontroversi nie. Lambat dpt reply kat sini sebab bukan masalah internet tapi masalah masa yang mengekang pula. Lain org lain masalahnya. So hari ni, rempit blog AkuBiomed guna id ideadanlampu. Hehehe…
Semoga sentiasa bermotivasi untuk menulis, ramai ja blogger yang suka baca entri bro. termasukla saya.
nga student ni, guna internet free yg laju..kat rumah mmg susah bile guna bb..
Ada setengah jiran yang tidak letak password memang beruntung dapat liputan Wifi
aku nyaris salah tafsir bila baca tajuk tu..
aku pernah juga hadapi masaalah dengan streamyx ni, tapi tak sekerap bro,
tapi setakat ni tindakan pantas oleh jurutekni streamyx pada setiap laporan yang dibuat menyebabkan aku masih mampu bersabar..
Ps : tempat aku biasanya tindakan diambil kurang 24 waktu kerja 😀
Tindakan menyelesaikan masalah kurang 72jam sesuatu yang perlu diberikan kredit kepada kontraktor TM
Salam sejak 2 menjak strymx salu sgt buat hal..tambah2 lagi bila dial tone takdak kat tepon huhu..hangin tul huhu..bila le tenet kat malaysia ni nak berubah menjadi super duper laju huhu
UniFi ada tapi harga masih mahal lagi
pakai unifi ok gak kot…streamyx memang selalu problem dari dulu…tak salah cari penganti baru…..
Kalau ada UniFI memang beri pakej menarik tapi dekat kawasan saya belum support untuk UniFI
sentiasa pening dengan broadband, dah la cuma ada hari Sabtu je untuk siapkan post seminggu, time tu juga lah dia nak tunjuk belang…kalau la ada pilihan yang lain..sudah lama ku cari pengganti, ehehe
tuka aje lah kalau datang masalah bila kita nak update blog leceh dan sebagainya..
susah oo kalau blogger tade internet nih
Memang betul, minggu ini sedikit sebanyak menjejaskan mood untuk blog
En.S…selalu ada masalah,tukar lah kalau tak dpt info terkini.
Guna celcom.. errr… parah dan sakit jiwa bila dah melanggan celcom..hu3
streamyx bro sangkut ek? nasib baik area estet aku ni oka je si streamyx ni 😀
Memang semalam ada masalah tapi hari ini sudah up balik 🙂
waaa…sedih xdpt buka blog sendiri plk hari ni…xtau nape..sob3 T_T
Setahu saya Streamux ada masalah akses laman web menggunakan server US
sepanjang tempoh baik pulih tu.
duit tidak dikembalikan.huuu.
Memang tapi ada rebet kalau kerosakan tersebut berpanjangan
cari la penganti lain.
internet streamyx rumah saya ni.
mungkin akan tutup bulan 5 ni kot.
Ps : ana raffali dan hanis zalikha mana
lagi cun ye.heeee
salam…
kecian juga pada empunya blog ni. senasib jugaklah. cuma saya ni pakai broadband. guna line celcom EDGE. sakit giler tiap kali nak update blog. kadang-kadang marah pun ada…tunggu masa je nak pakai strymax. huhuhu…
Celcom kalau line EDGE memang ada masalah
betul lah. tension saya bila nak update blog. tapi saya dah guna line EDGE hampir setahun juga. seksa yang amat…
nie pakai broadband.. celcom pun kadang2 buat hal…. takda mood dibuatnya.. huhu… kat rumah pakai p1 wimax…
P1 tidak ada liputan dikawasan rumah
em..ni semua kisah coverage. Kadang-kadang, memang slow. Setakat ni, streamyx memang antara yang terbaik.
Saya memang mengunakan Streamyx dan Celcom 3G sebagai backup
suri masih pakai p1 wanmax line tpon umah huuu..
tapi tpn umh suri ada maslh …bila angkat ganggang tak drgar apa2 plk huuuu…
sabor je la..gunakan pilihan yang bijak..aku setakat ni takde masalah lagi la dengan sambungan internet..cuma kalo kat tempat kerja je kekadang cam hampeh sikit line P1 aku ni..
Memang bergantung kawasan liputan dan jumlah pengguna
internet? broadband?
aku nak gelak pun malas
malu ngan siput!
klu lamau apalagi kasi tukar ar heee.. pastu leh minum secawan tea heeee
ikut suka kau ler brother
asal boleh chat chit chot samer kitorang..
janji.. halusssss jer.. hu3
Ni masalah biasa untuk blogger..aku pakai broadband gak…cam siput..kadang2 terpaksa pinjam wireless neighbour sebelah yang kesian kat aku..
malaysia ni masih dibelengu masalah internet… camna lah perkembangan dan kemajuan IT dapat bergerak maju seiring dengan wawasan 2020…adehhh
Kita masih ketinggalan kalau hendak dibandingkan jiran kita di Singapura
saya anti stremix. dlu tak pakai khidmat bil still jalan sampai 1k. terpaksa baya utk terminate. bencik!
Iyer, saya pun kena dibil TMNET untuk nama orang dari Johor. Sampai sekarang tidak settle walaupun dah berkali-kali panjat TM
TM dah buat keje. klu report pon ambik tindakan lambat. kalau potong line laju jer.. fuhh marah2
Tengok tempat juga kalau dikawasan saya line akan up balik didalam masa 1-2 hari
yang kamu kena buat adalah sabar dan teruskan bersabar… hehehe
Tak marah cuma tidak ada pilihan 🙂
sama la saya, line 3G memang takde, tapi laju,,masalahnya masuk tahun baru nih ade plak orang terlebih rajin mencuri sesuatu di pencawang hinggakan line problem dan lambat sampai lani. geram
xpe r sabar jelh.. aku pun duk tggu org streamyx dtg umah..
Masalah dah selesai telefon sudah ada dial tone cepat sungguh kontraktor selesaikan masalah. Semalam buat laporan hari dah selesai :-)Terima kasih TM
cik tom mengalami masalah yang sama..susah utk mendapatkan connection internet di tmpt cik tom kursus ni..so cik tom xdpt nk on9 selalu…huk3…
nasib baik ada pilihan lagi..
kena usaha lebih ler jawabnya..
tapi harap2 tidak mematahkan semangat..
oh! tetiba teringatkan lagu XPDC, “Semangat yang hilang”
hehehe
Memang dah ada backup line cuma Celcom 3G di kawasan saya selalu dropline
kalu Umobile servis baik, kbh baik pakai umobile aje. sbb rm68 dah dpt unlimited
U mobile tidak ada liputan dikawasan saya
saya pernah pakai Maxis. sangat tak berpuashati, lalu bertukar kepada Celcom.. Setakat waktu lengang, Celcom mmg memberi perkhidmatan yang sangat2 baik. Pernah jugak pakai trial Digi Turbo selama 5 hari. lagi impressive!
**patutlah kurang nampak awak kat blog saya 2 hari ni
Tengok liputan juga susah nak cakap yang mana satu pembekal terbaik
Antara masalah utama broadband di Malaysia yang masih tak selesai sampai sekarang!
memang satu masalah yg tak kunjung sudah. liputan makin luas, tetapi servis masih kurang
Belum lagi kabel telefon di curi
apa nak buat dh nasib kta duduk kt malaysia kan…
klu kt negara lain (malas nak ckp) duduk tepi jamban pun dh boleh online bro…
line streamyx memang laju…aku guna diGi bband jugak nih…kt rumah selalu guna EDGE DiGi.. tp kt kampus guna 3G.. kira ok lah tu..dpt jugak online kt hostel yg berhampiran dengan hutan simpan nih…jarang dpt online dlm hutan bro..hahaha..
balik rumah aku guna streamyx.. 🙂
Dekat kawasan saya Digi hanya EDGE
pengguna ada hak menyuarakan ketidakpuasan hati tapi mestilah dalam saluran yg betul..kalau rasa teraniaya sgt boleh bawak pergi tribunal pengguna..cuma rakyat Malaysia kebanyakannya tidak terdedah dgn hak pengguna mereka, ramai yg berdiam drpd menyuarakan hak mereka.selamat berjuang bro!
Tidaklah sampai nak bawa ke tribunal tapi tidak boleh online kalau Streamyx ada masalah
setuju..
bayaran RM5
tapi banyak la
halnya pula kan?
pengguna streamy selalu jek terkena masalah talian internet nie… tp tgk tempat jugak… kat emak kesayangan saya kat serting tu line problem sikit….
tapi kat kampung OK pulak… laju pulak tu….
baru2 ni masa balik bercuti sem, aku sambung terus je wayar dari modem dgn splitter tu…. dan line OK dan tak putus….
sebelum tu sambung dgn protector kilat yg kena cucuk kat plug tu…. lepas cabut takde lak putus2 kerap sgt…
hehe sebenarnya nk cakap… klu ada pakai protection dari kilat tu test cabut 🙂
Tak guna splitter atau lightning protector pun. Selalu berlaku tidak ada dial tone apabila musim hujan dan kilat tapi bukan disebabkan modem kena kilat tapi dekat TM interchange ada masalah
ooo lagi teruk dari masalah tenet kat rumah mak aku la gitu…
upload agak perlahan.. mmg nak surfing pun susah apatah lg nak berblogging.. pernah jugak dulu berlaku cami.. alhamdulillah skarang dah ok..
p/s: kg sy kat kuala kubu bharu..
Macam nak lawat blog kalau line drop 🙁
Pernah gak aku experience cam bro,naek kejung gak dok talipon 100 tu bila operator y jawab macam aku pulak yang salah,namun apakan daya kutelan jua,biasala bro naseb kite serupa!!!
Biasalah diorang pun baca skrip. Pernah sekali cakap pakai OS Ubuntu mereka terkial-kial nak jawab
salam..
tumpang simpati
masaalah pengguna
yang lama dah di abaikan
oleh “lintah darat”…
untung mau..servis hampehh!!
Tulah masalah yang selalu dihadapi oleh para pengguna sesuatu servis atau produk.Rata-rata pengguna akan menjadi mangsa akibat perkhidmatan yang diberikan tak setimpal dengan bayaran yang diberikan.
Ada setengah pembekal akan memberi rebet jika pelanggan tidak dapat online untuk jangka masa yang panjang
Nak buat macamana sebab pembekal ada disclaimer ‘speed on best effort’
parah dah ni masalah bro. susah bagi seorang blogger. gunalah pilihan yang ada.
Nasib ada Celcom 3G walaupun tidak stabil cuma ada masalah kalau hari hujan memang line akan drop
antara masaalah yang mampu buat blogger jadi tak waras…
Ps : streamyx kawasan aku masih lagi releven untuk digunakan 😀