• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Sabtu day hari operasi membersih sempena Raya

Sabtu day hari operasi membersih sempena Raya

20th July 2014 by akubiomed 28 Comments

Sabtu day hari operasi membersih

gambar hiasan

Hari ini Sabtu day seminggu sebelum Raya telah dipilih untuk operasi membersih. Sebelum itu seawal pagi saya telah menghantar kereta ke bengkel kereta untuk major servis.

Sediakan duitlah kalau kereta kena major servis. Bagi memastikan kenderaan berada didalam keadaan baik sebelum melakukan perjalanan balik kampung hujung minggu hadapan. Siap kerja kereta major servis singgah di Mr DIY untuk mencari barang-barang yang diperlukan seperti Wax, penapis lubang air, penyokong rak dan sun shade untuk kereta. Mr DIY antara spot kegemaran mencari barang-barang tukang kerana harga murah disana.

Dalam perjalanan pulang saya mengekori lori treler dan ternampak batang besi diletakkan dikiri dan dikanan lori. Timbul perasaan bimbang posisi batang besi diameter lebih kurang sebesar penumbuk cuma diletakkan didalam slot seperti didalam gambar. Kalaulah batang besi terjatuh melantun tentu terbang bak peluru mengenai kenderaan. Sudahlah sebelum ini sebuah kereta MyVi terkena batang besi menembusi cermin dan kerusi hampir mengenai anak mangsa yang tidur di kerusi belakang. Cuai betul.

Operasi pertama membasuh kereta dan wax

Selepas balik dari servis kereta, membasuh kereta mengunakan EZ jet water cannon. Nak beli water pump memang tidak bajet sekarang. Memang berbaloi mengunakan EZ jet water cannon mempunyai semburan air yang kuat dan boleh memilih 8 jenis spray. Ada dispenser untuk letakkan cecair sabun. Fungsi EZ jet water cannon ini tidak ubah seperti water pump. Mudah.

Sudah lama tidak mengilatkan kereta mengunakan wax untuk mendapat kesan berkilat pada cat metalik. Disarankan polish terlebih dahulu memandangkan sebelum ini saya ada membuat touch up mengunakan Ezy Touch up jadi perlu 3 bulan baru boleh polish untuk menghilangkan kesan calar halus, kesan tompokkan air dan sebagainya.

tabung dispenser boleh diisi cecair sabun dan baja cecair
boleh 8 jenis spray

Mencuci longkang yang berlumut dan keledak tanah

Tak senang duduk melihat longkang yang berlumut dan keladak tanah. Mula-mula buang lumut dan rumput liar yang melekat direkahan. Selagi EZ jet water cannon digunakan untuk membersihkan saki baki dan menolak keladak tanah yang mendap didasar longkang. Puas hati melihat longkang sudah tidak berlumut dan bersih.

Ez Jet water cannon ini boleh didapati di Lazada MY.

Nampak kemas sahaja selipar disusun. Agak-agak berapa lama boleh bertahan?

AkuBiomed: Sahabat blogger boleh kongsikan aktiviti yang dilakukan pada Sabtu day diruang komen dibawah.

Sila tekan butang kongsi:

  • Hey bai mana kereta gua?
  • Satu hari di Hari Raya bersama Stormtroopers
  • Aksi adik beradik Koning didalam kereta

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Khadeejah Hasmad says

    25th July 2014 at 11:44 am

    Sabtu adalah hari santai. Kemas rumah biasa buat hari biasa.

    Menarik lah water jet tu

    Reply
  2. Ammar says

    24th July 2014 at 5:58 pm

    Bahaya sungguh batang besi tu. Kalau jatuh melantung habislah.. Orang lain yang jadi mangsa.

    Reply
  3. muhammad fakhruddin says

    24th July 2014 at 9:08 am

    2-3 hari lepas sampai di rumah terus kemas bilik. Belum berkereta sendiri lagi hehehe

    Reply
  4. Melastik Bintang says

    24th July 2014 at 8:38 am

    yeah tu dia… kasi bersih semua bro….

    Reply
  5. TehR says

    24th July 2014 at 1:12 am

    nampak semua dah siap tu
    selamat beraya

    Reply
  6. reezluv says

    21st July 2014 at 10:19 pm

    aku pun rasanya Jumaat atau Sabtu ni nak mengemas sebelum balik kampung 😀

    Reply
    • akubiomed says

      22nd July 2014 at 12:38 am

      Saya dan famili nak gerak awal sebab itu buat operasi pembersihan awal. 🙂

      Reply
  7. Ismail N says

    21st July 2014 at 9:13 am

    Wah! awal ehh ready utk raya. Bersemangat wehh.. Kawe balik kampung jer.. so, tak payah kemas abis-abisan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      22nd July 2014 at 12:39 am

      Satu famili beraya di Johor?

      Reply
      • Ismail N says

        22nd July 2014 at 8:44 am

        Ada lah kucing kami tinggal di KK he he.. 😀

        Reply
        • TehR says

          24th July 2014 at 1:12 am

          kasihan kucing tak dapat balik raya 😀

          Reply
  8. Mus says

    21st July 2014 at 8:33 am

    kami sekeluarga lebih kepada buat biskut tempahan..
    dah tak sabar ni nak fly balik kuching..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd July 2014 at 12:39 am

      Selamat pulang ke kampung halaman.

      Reply
  9. sweetkurma says

    21st July 2014 at 3:23 am

    memang rajin lah kan, bila tengok semua bersih mata pun best jer memandang kan

    Reply
    • akubiomed says

      22nd July 2014 at 12:40 am

      Semangat Raya. Nak tinggal rumah didalam keadaan teratur dan bersih.

      Reply
  10. cikgu naman says

    21st July 2014 at 12:33 am

    pergi servis kereta jugak..pastu petang ada gotong royong iftar perdana di surau sampailah malam 😉

    Reply
    • akubiomed says

      22nd July 2014 at 12:40 am

      Aktiviti penuh satu hari suntuk.

      Reply
  11. Zuan says

    20th July 2014 at 6:13 pm

    wah. style kot water cannon tu

    Reply
    • akubiomed says

      22nd July 2014 at 12:41 am

      Bukan sebarangan. Ia berfungsi sangat baik seperti yang diwar-warkan.

      Reply
  12. ajumohit says

    20th July 2014 at 5:51 pm

    memang berkilatlah ;), seminggu ni memang operasi pembersihan sebelum menjelang raya

    Reply
    • akubiomed says

      22nd July 2014 at 12:41 am

      Gilap dengan wax sebabt itu berkilat. 🙂

      Reply
  13. hafizmd says

    20th July 2014 at 4:49 pm

    terbaik! hose jet tu memang betul2 menarik.

    nak kena terjah lazada tgk2..kot2 terbeli nanti,..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2014 at 5:27 pm

      Ez jet water cannon dan x hose dijul berasingan. X hose ini akan mengembang apabila air dibuka dan mengecut apabila air dikeringkan. Tak rugi memiliki Ez water jet cannon dan x hose ini. X hose ini ada pelbagai ukuran boleh dipilih.

      Reply
  14. hafiz says

    20th July 2014 at 3:51 pm

    macam best je hose ni..boleh beli ni… tapi berapa pjg hose tu..

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2014 at 5:28 pm

      X hose ini ada pelbagai ukuran bermula 25kaki, 50kaki dan 75kaki.

      Reply
  15. Denaihati says

    20th July 2014 at 3:48 pm

    minggu terakhir sebelum ramadhan, sesuailah nak basuh apa-apa yang patut persiapan raya.

    Reply
  16. Sop says

    20th July 2014 at 1:32 pm

    Sabtu biasanya buat keje rumah cam basuh baju kemas rumah
    yg lain byk berehat… hahaha
    maklumlah dah kerja 5 hari, sabtu adalah hari utk berehat dan santai2
    xnak beban sgt dgn kerja rumah kan?

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2014 at 1:52 pm

      Tinggal lagi seminggu hendak Raya. Minggu ini adalah sesuai untuk berkemas-kemas sebelum balik kampung

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in