Melarikan diri dari hiruk pikuk kota dengan bersatu dengan alam.
sumber: addlynna
Beberapa minggu yang lepas ada cuti yang agak panjang. Saya ambil peluang untuk melarikan diri daripada kehidupan kota hutan batu.
Peluang menguji brush blade baharu untuk mesin rumput.
Ada kebun milik orang tua sudah meninggi rumputnya. Ini lah masanya untuk memotong supaya pandangan tidak nampak semak. Membeli brush blade baru memberikan semangat untuk mengujinya. Ternyata tidak mengecewakan dapat memotong rumpun rumput tebal tanpa masalah.
Puas hati dapat mengeluarkan peluh.
Asyik ulang-alik dari pejabat dan rumah. Peluang dapat mengeluarkan peluh dengan membersihkan semak di kebun adalah satu nikmat. Kalau nak harapkan senaman memang hampir tiada. Harap dapat kerap ke kebun dengan melakukan aktivti yang berfaedah dan sebagai balasan dapat hirup udara nyaman dan segar.
Bersatu dengan alam ada nikmat yang tidak ternilai harganya.
wah rajin betul bro…
Buat kerja yang mengeluarkan peluh memang seronok. Nanti rasa badan segar sikit. 🙂
Penat tidak terkata tetapi puas hati melihat kebun tidak bersemak. 🙂
oklah tu.
bukannya selalu.
sekali-sekala..kena la keluarkan peluh jantan tu.
Ha..ha..peluh jantan bukan main lagi.
Hebat tuan! Dulu saya cuma tahu pisau potong rumput yang panjang tu saja.
Semasa arwah bapa saya hidup memang tidak dibenarkan mengunakan mesin rumput kecuali parang dan sabit.
Saya sudah biasa sabit rumput dan kalau tapak tangan jadi kematu itu adalah biasa. Sampaikan saya ada teknik tersendiri sabit rumput pendek.
balik kampung rasa damai dan erubat rindu pada kedua orang tua
Bila lagi balik kampung?
lepas ni kebun dah tak sempat nak menyemak la ye….good job bro.
Harap-harap dapat kerap menjengah kebun. Kalau sembur racun rumpai boleh melambatkan rumput naik.
tengok gambar tu pun, terasa sedikit bersatu dah dengan alam.hehe
Saya sibuk potong rumput dan adik pula dapat snap gambar yang menarik. 🙂
Lepas ni rumput pon tak sempat nak meninggi sebab ada orang yang semangat nak memotong dengan brush blade baru tu ☺
Sudah tentu bersemangat nak uji brush blade baru. 🙂
Haha..tahu tak apa..sekali sekala keluarkan peluh memang menikmatkan..
Lencun basah dengan peluh hasil memotong rumput. 🙂
Masa terbaik utk bersatu dengan alam.. Di Kota penuh dengan… errr jerubu. adehh..
Salah satu sebab lari dari kota tetapi dekat kebun pun ada jerubu jugak.
suka hijau kalau masa zaman sekolah bukan suka tunggu kat tempat tunggu bas tadi tunggu kat bawah pokok getah.memang depan sekolah saya ada ladang pokok getah heee..reramai pelajar lepak tunggu mak ayah kat situ..duduk bawah pokok redup dan sejuk
Kalau pokok getah mesti nak kutip biji getah. 🙂
Terbaik, menikmati ciptaanNya membuatkan hati dan jiwa tenang lagi-lagi hidup udara yang nyaman
Terasa segar dapat menghirup udara segar.
Berbudi pada tanah ada hasilnya.
Tidak mencangkul tetapi memotong rumput yang meninggi.
Wah, bagusnya mengeluarkan peluh dengan memotong rumput…sesekali berkhidmat untuk ibubapa kan..
rasa segar bila peluh keluar pas tu makan tengahari rehat terus tidur kejap heeee
Betul bro.. Sekali sekala lari dari bandar, memang sangat best. Release tension.
Ya, dapat tenangkan fikiran buat seketika.
ya..jika kita suka dengan alam maka alam sekeliling juga suka juga dengan kita..
Mudahan-mudahan.
ya…begitulah hukum alam bro yang tidak boleh dinafikan
bersatu dengan alam cukup bagus untuk buang ion & caj negatif dalam badan. memang rasa fresh sangat.
Ya, terasa kesegaran.
Manafaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang sihat.
Sudah pelan lama tetapi baru dapat masa sesuai. 🙂
Lebih nikmat bila alam membalas dengan hasil mahsulnya, sayuran dan buahnya.
Tunggu hasil buah durian dalam bulan 12 nanti. 🙂