Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil.
Saya ke Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil selepas ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya di Monumen Alaf Baru Precinct 2 tetapi tidak lama kerana untuk melihat belon udara panas yang bermula seawal 7.00pagi jadi apabila lambat sampai hanya dapat melihat belon-belon udara panas biasa sahaja.
Berpeluang melihat kereta Formula 1 Lotus dan Satria Neo S2000 beraksi di Proton Power of 1.
Saya merasa agak ralat kerana tidak manfaat sepenuhnya untuk mendekati Proton dengan mendapat info perkembangan terkini yang dilakukan oleh pihak Proton dari sejak penubuhan. Mungkin untuk peluang kemasan ini tidak mungkin akan kembali pada masa akan datang. Rugi betul sia-sia peluang yang sudah terhidang.
Exora range-extended electric vehicle (REEV) yang telah memenangi kategori The Best Range Extender Electric Vehicle dalam Brighton to London Future Challenge.
Enjin Campro yang dibangunkan dengan kerjasama Proton dan Lotus telah banyak berubah dengan dilengkapi IAFM, CPS, CVT dan CFE.
Kerangka Proton P3-2A1 dibina kukuh dan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan dengan dual air bag, ABS dan EBD.
Harap dapat jumpa blogger Yastro tapi tidak ada rezeki untuk berjumpa dengan beliau.
masa ni tak silap diorang memperkenalkan proton preve’ kan
Saya tertarik dengan proton P3-2A1 tu. Macam menarik ja designnya tu. Proton pun makin canggih dan maju dah sekarang.
menarik proton P3 2A1, tu yg bro yastro tunjuk kan model mcm tanah liat tu kat blog dia dulu
smart gambar tu bro.. best buat panning ni masa kereta memecut
Terima kasih bro. Gambar yang akhir tuh pada masa saya belum set shutter speed yang sesuai. Tidak sangka hasilnya masih okay walaupun ada kesan kabur yang nyata.
fuh.. terbaik la dengan video lagi.. best2..
gambar cantik yer bro…bukan senang nak amik objek bergerak ni…
Terima kasih bro. Tidak sampai setahun mengunakan kamera DSLR dan banyak perlu dipelajari dan meningkatkan kemahiran.
Best juga sesekali tgk pameran begini.. Lagi2 tgk diorang buat drift mcm tuh.. Yang last tuh bukan Yas n d geng ker yg tacap keta tuh.. hik3
Yup…salah satu dr hasil tangan aku ngan der gang…:)
Kawan-kawan saya puji mini model kereta gambar terakhir dan tidak sangka ia ditolak oleh pihak pengurusan.
Nampak memang sangat menarik dan bermaklumat tu
Gambar memang sangat cantik ni
Yang jauh tidak dapat pergi bolehlah menatap gambar-gambar yang diambil.
yang warna biru tu model konsep Lekir kan? ingatkan besar.. rupanya kecik
Apa nama rasmi proton p3-21 a tu bro?
Belum diumumkan oleh pihak Proton.
Walaupun tak dapat pergi, dapat tgk gambar pun jadilah 🙂
Bila tengok closeup engine tu, teringat masa study dulu.. hari2 belajar pasang part2 dia..
Satria Neo tu kan yang Juara Rally ari tu.. fuhh cantik lah..
nampaknya dalam penulisan kali ini ada banyak gambar2 close up yang di ambik.. walaupun tak sampai ke sana, dapat temgok gambar2 dalam blog ini pun dah boleh rasa kehangatan berada kat tempat tu
Kalau yang mengunjung gembira melihat gambar-gambar didalam entri ini saya sudah berasa puas. 🙂
Geram tengok Satria Neo S2000 tu..
Bro boleh beri sentuhan warna S2000 pada Proton Satria bro. 🙂
[MARKED AS SPAM BY ANTISPAM BEE | Spam IP]
Tengok gambar-gambar ni, tak sabar pulak nak tunggu Proton launch model ni.
Betul tuh bro. Terutama Proton P3-3A1 ini.
huhu..mahu je aku angkat semua kereta tu bawa balik rumah. haha..
Gambar didalam entri ini baru sikit nanti akan ada gambar-gambar Supercar yang lain akan menyusul. 🙂
banyak tul gambar2 lawa.. org nak copy paste msti takut sbb watermark dia terbaik..
Kalau yang ada kemahiran Photoshop mudah sahaja hilangkan watermark ini.
Ehem.. macam tergoda pulak tengok kereta baru tu.
Besar, berkuasa, teknologi terkini dan mempunyai ciri keselamatan.
nampak bergaya ada kelas yg tersendiri…
corak dia kala hitam pusing2 tu bt saya tgok pening kepala heeee
Corak-corak tuh sebenarnya adalah pelekat untuk menutupi rupa Proton P3-2A1.
Pergh, mengancam jugak kete Proton baru ni..tp AI baru je tukar kete,huhu
Adus baru sahaja berkereta tak apa tunggu model Proton yang akan datang. 🙂
best ni. urusan lain menghalang aku untuk hadir kesana
Sudah tidak ada rezeki mungki pada masa akan datang kalau ada penganjuran sebegini ada lagi boleh lah hadir.
Mesti seronok tengok kereta berkuasa..!
depan mata bila beraksi tak akan sesekali di lepaskan heee
Saya sanggup tunggu untuk sesi pertunjukkan sebanyak 2 kali. 🙂
teringin juga nak tengok Proton P3-2A1 live.
Tak apa berberapa gambar disini boleh memberi gambaran Proton P3-2A1.
Bestnya..Tapi… mesti panas kat situ..confirm sunburn kat kulit… Heeee..
Saya tidak ambil peduli mengenai panas terik dan lencun dek peluh kerana mahu melihat secara dekat aksi-aksi kereta keluaran Proton ini. 🙂
Dah lama tak ke Putrajaya dan lagi lama tak ke Stadium bukit jalil tu :p
ehem berniat nak tukar kereta baru ker?
Belum ada rezeki lagi. 🙂
fuyyyooo!!
cam best je event ni…
Khabar angin Proton membelanjakan RM5 juta untuk acara 5 hari ini.
satu gambar pun tk blh tgok ni..mgkin internet kt sini tgh tak elok..
Tak apa bila-bila masa boleh lawa page entry ini. 🙂
Gambar terakhir sekali tu, kereta konsep ke atau model akan datang ya? macam menarik jer rekabentuk dia.
Saya minta maaf bro kerana tidak tahu mengenai hal itu. Maklumlah pergi dengan famili jadi tumpuan lebih kepada keluarga sendiri.
Mungkin bro Yastro boleh tolong jawabkan? 🙂
Hehehe…bro tak tanya ke kt petugas disana?? Ok, model yg last tu adalah salah sebuah model yg tak diapprove semasa proses pemilihan model oleh mgmt Proton…so model tu tak akan keluar dah…apetah lagi kalau model2 tu dh dibawa ke event2 sebegini.
Bro datang awal…den lak kono duty stat jam 5 sampai malam…tu pun blogger chii tak dpt jumpa….bukan rezeki betul laa…
#Tertunggu2 juga mlm tadi kalau2 ada bro akubiomed dan chii muncul….
Saya berharap sangat jumpa dengan bro boleh kita sembang-sembang. 🙂
Tu laa…mlm sbatu tu Chii ada dtg, tp kebetulan time dia dtg tu saya lak gi makan…tk de rezeki lagi nk jumpa geng blogger…
Lu bikin wa jeles je…
Video bro biasa2 je.. Bro cover hari jumaat je
Ala bro saya sudah ada bahan apa lagi tekan minyak cukup-cukup. 🙂
salam .. banyaknya gambar .. heheh .. rajin yek .. lepas tu nak ckp gambar cantik2 belaka ..
Terima kasih Puan Bee. Tida tahu bila lagi pihak Proton akan mengajur acara macam ini pada masa akan datang.
seronok g siang, banyak masa.pastu berpeluang tgk formula 1. cam chii sampai time malam. x berapa nak sempat usha semua nya.hanya sebahagian je. tu pun dalam keadaan tergesa2 sebab dok sibuk cari kawan T___T
tp, sempat gak tgk alister beraksi mlm tu =)
Saya menonton 2 kali aksi kereta F1 Lotus dan Satria Neo S2000. 🙂