• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Hospital Dan Pameran 2013

Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Hospital Dan Pameran 2013

12th September 2013 by akubiomed 37 Comments

Bangga dapat hadir persidangan antrabangsa untuk Pengurusan Fasiliti.

Selama 2 hari telah berlangsung persidangan Hospital Engineering International Conference And Exhibition 2013 / Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Hospital Dan Pameran 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre. Saya berasa bangga kerana julung kalinya anjuran persidangan dan pameran mengenai pengurusan hospitaliti di Malaysia.

Hospital Engineering International Conference And Exhibition 2013
Hospital Engineering International Conference And Exhibition 2013

Mungkin sahabat tertanya-tanya apakah persidangan ini? Saya akan cuba sebaik mungkin menerangkan dan berkongsi dengan cara yang mudah difahami. Selalunya kalau kita sebut perkataan ‘hospital’ secara automatik kita akan terbayang doktor, jururawat, peralatan x-ray ubat dan sebagainya.

peralatan perubatan yang digunakan dihospital

Khidmat sokongan mendukung operasi hospital.

Tahukah anda operasi hospital akan menjadi kucar kacir tanpa 5 khidmat sokongan seperti Facility Engineering Maintenance Services(FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services(BEMS), Linen and Laundry Servicese(LLS), Cleansing, Clinical Waste Management(CWM). Khidmat sokongan ini memastikan operasi hospital dapat berjalan lancar dan pesakit dapat rawatan yang diperlukan.

Sebagai contoh jika bekalan kuasa terputus secara tidak langsung peralatan yang digunakan dihospital tidak dapat berfungsi tanpa bekalan kuasa. Jadi FEMS akan memastikan tahap bekalan kuasa terpelihara dan melaksanakan pelan tindak kecemasan untuk menyalurkan bekalan kuasa yang terputus dengan kadar segera.

Pembentangan kertas kerja dan pameran membuka minda.

Berbalik persidangan ini mengumpulkan beberapa delegasi antarabangsa. Sepanjang persidangan ini berlangsung turut diadakan pameran oleh pembekal dari dalam negara dan luar negara, institut pengajian, pembekal perkhidmatan dan sebagainya.

Pembentangan 14 kertas kerja dari pelbagai kepakaran dan bidang. Antara yang menarik perhatian saya adalah pembentangan kerja oleh Dr. Kana Egawa dari Universiti Tokyo Denki dan Dr. Yasushi Nagasawi Profesor Emiratus dari Universiti Kogakuin di negara matahari terbit mengenai “Studies on admitting casualties in hospitals designated as disaster base function” diperolehi dari data yang dikumpul kesan gempa bumi terburuk di Kobe, Jepun pada tahun 1995. Ia mengingatkan pihak kami pernah menerima panggilan dari pihak hospital untuk mengenal tahap keselamatan kebocoran radiasi kerana terdapat kesan keretakan pada dinding bilik imejan x-ray yang mengundang kebocoran radiasi kepada awam akibat kesan gegaran gempa bumi di Indonesia. Pihak kami telah membuat ujian mendapati tiada kerosakan pada struktur yang boleh menyebabkan kebocoran dan kesan retakan hanya berlaku pada permukaan luar dinding sahaja.

Saya passionate Kejuruteraan Biomedikal.

Saya jujur saya sangat ‘passion’ dengan bidang Kejuruteraan Biomedikal yang diceburi merupakan salah d dan berasa beruntung pengajian yang diambil ketika kolej dahulu iaitu Kejuruteraan Elektronik Perubatan sangat berkait rapat. Saya beranggapan sumbangan kecil dibelakang takbir memastikan doktor dan jururawat dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Kami boleh diibaratkan ‘Unsung Heroes”.

baiki mesin portoble x-ray

Salah satu cabaran apa bila berada didalam bidang Pengurusan Hospitaliti adalah memastikan kemahiran dan pengetahuan sentiasa dikemas kini dan seiring dengan perubahan kemajuan teknologi perubatan yang berubah sangat cepat dan pesat. Ini kerana peralatan perubatan yang digunakan di hospital kebanyakkan diimport dari luar negara memerlukan kompetensi dan piawaian antarabangsa untuk diseleggara dengan baik. Tiada kompromi dan ruang untuk melakukan kesilapan.

Keselamatan pesakit dan pengguna diutamakan.

Keutamaan kami adalah keselamatan pesakit dan pengguna sentiasa terpelihara adalah satu cabaran bagi warga kerja khidmat sokongan. Ini kerana permintaan yang tinggi dari pengguna terhadap tahap kesihatan meningkat dari saban tahun. Kami cuba mengubah persepsi masyarakat dari ‘repair man‘ kepada ‘technology manager’. Ini kerana peralatan yang digunakan di hospital adalah high tech menuntut pengetahuan dan kompetensi.

Untuk makluman Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) telah dibentuk untuk melindungi pesakit dan pengguna yang mengunakan peralatan perubatan. Setiap peralatan perubatan yang masuk ke negara ini perlu didaftarkan dan kelulusan sebelum dijual kepada pengguna. Ia bagi mengelak permasalahan pada masa akan datang.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak merasmikan persidangan Hospital Engineering International Conference dan Exhibition 2013

Insyallah pada masa akan datang saya akan berkongsi lagi bidang Pengurusan Fasiliti.

  • Gambar eksklusif Floria Putrajaya 2013
  • Kenali sains dalam dunia islam dengan Sultans of Science
  • Malaysia International Jewellery Fair 2016

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. TR says

    15th September 2013 at 12:16 pm

    Bagus persidangan antarabangsa sebegini…membuka minda dan menambah networking.

    Reply
  2. Zuan says

    15th September 2013 at 11:08 am

    den tak berapa minat hal2 doc ni.. tapi sejak layan siri the doctor kat 728, den suka benda2 macam ni sekarang ni 😀

    Reply
  3. Juan says

    15th September 2013 at 8:55 am

    bro ni dah jadi macam wartawan bergerak plak

    Reply
  4. wazy says

    15th September 2013 at 1:13 am

    Saya pun berminat dengan Pengurusan Fasiliti macam bro ni,kalau ada apa-apa info bro roger saya ye

    Reply
  5. Mus says

    15th September 2013 at 12:01 am

    pekerjaan mcm bro memang orang ramai tak tahu..
    memang hospital sinonim dengan doctor dan nurse sahaja..

    Reply
  6. Hafizul says

    14th September 2013 at 4:32 pm

    Hehe..bro kerja baiki mesin ni ke?hehe

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 4:56 pm

      Kurang setuju dengan ‘baiki mesin’ kerana skop kerja lebih besar dan lebih sesuai dengan ‘penguruasan teknologi’ atau ‘technology manager’.

      Reply
  7. papa mifz says

    14th September 2013 at 4:15 pm

    oh kira bro juga bekerja di hospital ke…??

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 4:59 pm

      Bekerja didalam bidang Pengurusan Fasiliti @ Facility Management lebih tepat.

      Reply
  8. puanbee says

    14th September 2013 at 3:53 pm

    dari situ nama blog akubiomed ni wujud ye ? 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 4:57 pm

      Lebih kurang untuk tidak lupa asal usul. 🙂

      Reply
  9. Ladfe Amir says

    14th September 2013 at 1:32 am

    memang perlu ada doktor juga untuk repair mesin-mesin itu. jika tidak boleh pasti akan dihantar kepada yg lebih pakar

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 3:20 pm

      Kalau diluar negara ada peralatan perubatan diselenggara oleh Dr Engineering. Harap suatu hari ia direalisasikan mempunyai Dr. Engineering yang pakar.

      Reply
  10. ema says

    13th September 2013 at 2:48 pm

    suami pun kerja belakang tabir di PPUM….bidang IT…

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 3:21 pm

      Boleh dikira tular belakang sebab kalau rangkaian IT main peranan utama untuk hospital mengunakan konsep paper less.

      Reply
  11. blogger lelaki says

    13th September 2013 at 11:58 am

    di dalam sebuah hospital ada ramai pakar diperlukan selain daripada doktor pakar…hu3

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 3:22 pm

      Harap akan lahir Dr Engineering lebih ramai lagi di masa hadapan.

      Reply
  12. Hairul Azni says

    13th September 2013 at 11:45 am

    Ramai orang awam yang tak tahu berkenaan perkhidmatan di sebalik tabir hospital..ramai yang hanya nampak di barisan depan sahaja..sebenarnya perkhidmatan di sebalik tabir sangat banyak membantu..

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 3:22 pm

      Khidmat sokongan juga memainkan peranan penting.

      Reply
  13. Norasikin says

    13th September 2013 at 11:16 am

    Berat bangat omelannya dong. Pusing kpala gue

    Reply
  14. azman says

    13th September 2013 at 10:59 am

    Benda yg kita minat,lepas tu adalah bidang kerjaya kita,mmg seronok lah.Biasanya kumpulan sokongan ni lah yg sebenarnya penting kepada sesuatu jabatan.

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 3:23 pm

      Bila timbul minat lahir ketekunan.

      Reply
  15. Izzuddin Fauzi says

    13th September 2013 at 1:57 am

    Sy ada pengalaman berkerja di hospital, ye bukan mudah bidang fasiliti perubatan nie. Pernah kerja disebuah hospital area selangor (tak mahu mention nama hospital) tapi keadaan peralatan yang rosak memang menyusahkan… portable x ray dah memang rosak… setiap pt kene hantar jugak pergi ke xray room dengan katil2 sekali usung sebab pt dah bedriden. then mesen ecg pun rosak, pakai yang lama dan manual pulak tu… memang susah kalau tak ada technology manager.. then peralatan nie semua radicare yang uruskan…

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 3:25 pm

      Banyak faktor menyebabkan sesuatu peralatan rosak diantaranya cara pengunaan, usia peralatan dan sebagainya.

      Peralatan perubataan yang digunakan di Malaysia kebanyakkan diimport dan alat gantinya pun mahal.

      Reply
  16. saljuhumairah says

    13th September 2013 at 1:09 am

    Betul ke mesin yang digunakan dalam bidang pergigian paling mahal… sebab kos mengwujudkan fakulti pergigian di UiTM sangat mahal..? Paksu juga kerja dalam bidang ni.

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2013 at 1:21 am

      Boleh dikatakan majoriti peralatan perubatan adalah diimport jadi harganya urusan pembelian biasanya didalam Dolar Amerika.

      Reply
    • maza says

      13th September 2013 at 11:58 am

      Errr.. memang ada perbezaan tentang harga. Termasuklah kaedah pembelian mesin tersebut. Iaitu sama ada di lakukan mengikut sistem tender, rundingan terus atau berkongsepkan PPP (Public-Private Partnership) atau PFP (Public Finance Project)

      hehehe..

      Reply
      • akubiomed says

        14th September 2013 at 3:27 pm

        Rasanya projek pembinaan hospital sudah mula menerima konsep Public Fund Investment(PFI). Salah satu cara mengurangkan beban kerajaan membina hospital baru dan kos peralatan perubatan yang tinggi.

        Hospital Tourism juga nampak memberikan keuntungan kepada negara dan trendnya semakin meningkat. Kos perubatan didalam negara ini masih dianggap rendah berbanding dinegara jiran. Thailand antara peneraju Hopsital Tourism.

        Reply
  17. maza says

    13th September 2013 at 12:48 am

    ini kerja mulia..
    besar pahala dan sumbangannya.. sebab menjadi orang penting dalam mengendali dlm pengurusan nyawa makhluk.

    diharapkan juga dengan penyertaan tersebut abg azrin memperoleh semangat baru, ilmu yang dikemaskini dan selanjutnya termotivasi utk terus menyumbang kpd syarikat dan masyarakat!

    ameennn..
    hehehe

    psst: bila nak mengeteh dan “menembak” sama ek?

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2013 at 12:54 am

      Ameen semoga saya memberikan perkhidmatan yang terbaik.

      Reply
    • akubiomed says

      14th September 2013 at 3:28 pm

      Kalau kena masanya boleh sahaja berguru dengan bro Maza. 🙂

      Reply
  18. titan says

    13th September 2013 at 12:15 am

    hang memang tinggi woo..

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2013 at 12:26 am

      Harapan juga tinggi. 🙂

      Reply
  19. Denaihati says

    13th September 2013 at 12:14 am

    pameran ni dirasmikan PM dan masuk berita tv.
    betul sebut hospital, ramai ingat doktor, jururawat dan tak perasan ada kumpulan sokongan macam bro.

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2013 at 12:26 am

      Pengurusan Fasiliti Hospital di Malaysia secara am masih baru. Ramai yang tidak kewujudan Khidmat Sokongan ini.

      Reply
  20. hafizrahim says

    12th September 2013 at 11:26 pm

    pernah bekerja dalam bidang FEMS bersama Faber Medi Serve suatu ketika dulu..ok lah jugak sebelum minat mula beralih arah pada skop kerja yang lain..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      13th September 2013 at 12:25 am

      Pilihan ditangan masing-masing.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in