Cuti hujung minggu keluar membeli persiapan Raya.
Berita baik bagi penjawat awam telah diumumkan bonus. Kurniaan bonus Raya ini dapat memberi keceriaan ketika persiapan sambut Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi. Pada hari ke 18 dan 19 Ramadhan saya baru keluar membeli pakaian Raya adik beradik Koning.
Membeli pakaian Raya untuk adik beradik Koning.
Pada 17 Ramadhan, negeri Selangor bercuti sempena sambutan Nuzul Quran dan kesempatan diambil untuk memotong rumput dengan mesin rumput serta membersihkan halaman sekangkang kera. Pada Sabtu dan Ahad minggu lepas barulah keluar membawa adik beradik membeli pakaian baru untuk digunakan pada Hari Raya nanti. Baucer Parkson bernilai RM40 menang event Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party dibeli baju dan seluar untuk baby Aslah.
Persalinan jubah dari Mekah untuk pagi Hari Raya.
Tahun ini kami anak beranak berpakaian jubah di pagi Raya setelah mendapat persalinan dari Mekah. Cuma perlu membeli baju untuk pergi jalan dan menziarah saudara mara dikampung nanti. Lega apabila pakaian adik-beradik Koning sudah boleh dikira langsai. Saya sendiri mendapatkan 2 pasang seluar dan 3 helai baju.
Menunaikan pembayaran Zakat Fitrah.
Pembayaran Zakat Fitrah sudah dilaksanakan awal. Sekarang ini sudah ada drive thru untuk menunaikan Zakat Fitrah selain melalui perkhidmatana pembayaran mengunakan telefon bimbit. Saya telah pun menunaikan pembayaran Zakat Fitrah pada Amil di gedung pasar raya.
Bagaimana dengan persiapan rakan blogger sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi?
Hehe..seronok lah kan wajah anak-anak tu..teringt pula masa kecil2 dulu..mesti gembira sakan bila mak ajak shoping baju raya.,.
Aisehhh….aku bru je bli bju melayu ngan bju kemeja…hak lain2 lom laie…yg ptg anak2 dah settle…
raya lebihkan untuk anak-anak saja….tapi tahun nie raya tak berapa meriah sebab anak sulungku bertugas di Sandakan Sabah….sedih siut…….huhu
persiap utk anak2 semua dh selesai..
seperti biasa AUC dengan baju lama tu lah jugak… 🙂
baru kesempatan beli baju anak2 sabtu lepas
baju sop blom beli
baju melayu akan pakai yg sedia ada
cuma kena beli baju melayu anak2 sbb dah x muat 🙂
saya suka bersederhana dalam menghadapi persiapan raya tahun ini..
Jom baca entri terbaru :Kini Robot.txt Sudah Kembali
alamak, saya x beli lagi nih
biarlah sederhana dan itu tuntutan. persiapan raya, macam biasa isteri banyak uruskan.
Saya pun dapat jubah dr mekah pemberian kakak saya yg baru balik mengerjakan umrah. Btul kata Akubiomed saya pun cuba minimum kan membeli untuk Hari raya ni, cuma bila ada anak, mesti lebih untuk diaorang kan 🙂
Anak-anak suka dapat baju baru dan melaram.
cuma buat baju melayu je, tu pun sebab boleh pakai gi kerja, pastu beli baju anak2 je…
persiapan baju raya den dengan wife pun biasa-biasa ajer , Mifz lebih sikitlah sebab dia seorang jer hero kan…hehe
Tentu banyak baju Mifz tahun ini.
persiapan raya fyna dan keluarga pun sederhana saja. kebanyakannya fyna beli sebelum puasa. time puasa nih beli yang patut2 je.
Awal sudah buat persiapan.
awal tu fyna
sebelum puasa dah beli… hehee
tp temoah baju krung mesti sebelum puasa sbb xde kedai nak terima tempahan bulan puasa kan..
Saya pun membuat persiapan hari raya secara bersederhana sahaja…. Maklumlah budjet raya tahun ni agak ciput….
Bahang raya dah terasa. bila baca entri ni . Uhuhu dah la kita dalam pantang nih
Semoga bertemu dengan lailatul qadar ye
Terima kasih. Orang dalam pantang pun boleh sambut Raya.
saya pun ala kadar je.. tapi sedondon kena ada… =)
Tahun 3 beranak sedondon. Warna apa dipilih tahun ini?
dah 3 tahun tak beli baju raya, recycle baju raya lama yang dipakai 2 kali setahun, tahun ni dapat baju raya baru sahabat bagi. beraya atas katil je, nak bergerak pun sakit.
Kesiannya tak sehat. Selamat berehat.
Salam bro.
Dah ada baju raya yer. Bestnya. Saya ada sikit2 jugak. Hehehe Cadang nak tambah lagi
Gaji sudah masuk bolehlah membeli belah baju raya.
maza bayar zakap pada minggu kedua Ramadan. hehehe
Tahun ini seperti biasa, yang sederhana sahaja. Sepasang sepersalinan setiap orang satu kali sudah..
hehehe
Alhamdulillah kami anak beranak dan selesai beli pakaian baru utk hari raya, mungkin waktu bercuti awal nanti akan luangkan masa sedikit untuk cari baju baby yg bakal lahir pula.
Syukur semua urusan dipermudahkan.
Selamat menyambut cahaya mata.
masa anak-anak bawah 15 tahun, kak jie dah buar persiapan 2-3 bulan sebelum raya
sebab waktu tu ada mega sale dan pilihan lebih banyak…org belum nak beli baju raya
skrg ni………………… anak2 tu kena paksa baru nak membeli
dia org dah biasa dgn hidup mak bapa yg tak membeli belah untuk raya..kami membeli bila perlu
langsir rumah 10 tahun baru tukar..angah cakap.. tukar tak tukar sama je..tak de efek dlm kehidupan
mcm tu sekali..ahahaha…mood nak membeli pun tak ada ghairahnya
dia org nak baju melayu je tiap tahun sbb dia pakai baju melayu kerap..bukan pakai time raya sekali tu je..dia pakai setiap minggu .
tak sampai 10 hari nak raya ni… apa kuih pun belum buat, baju kak jie pun tak beli
jenis lalui je hari2 , kalau ada ada….
haa..macam itu pun ada jugakah,,,langsir saya suka main kitar semula jer kak g..kalau kata ada lebih tu kita deco2 sikit dah siap…tapi setuju kalau tukar ke idak sama jer..
Salam Suri, akak dah tak dpt masuk blog suri..tak tahu kenapa?
Bro Bio, tahun ni persiapan yang biasa-biasa saja..
Tahun ini sambutan tidak macam tahun lepas sebab cat rumah.
Teringat semasa naik sekolah menengah, orang tua suruh beli baju sendiri. Biasanya ada orang yang uruskan gelabah juga buat pembelian kali pertama.:-)
Bab anak-anak dah settle.. saya dan isteri jer belum. Anak-anak memang diutamakan. Yang penting… esok terbang balik ke Sarawak..
Selamat pulang ke Sarawak.
aik..tukar theme kah???
Manual restore WordPress kerana ada masalah semalam.
Baju Raya tahun lepas masih didalam keadaan baik apa salah digunakan kembali pada tahun ini.
Persiapan sederhana menyambut Syawal.. biasa nya jarang kita dengar.. Alhamdulillah, apa yang ada, masih boleh di pakai lagi yang tahun lepas punya..