X
    Categories PelanconganPublic Gold

Pengalaman emas trip PG Golden Tour Day 2

Hari kedua PG Golden Tour kunjungi Penang Art Street.

Aktiviti pertama PG Golden Tour pada hari kedua adalah kami telah dibawa kunjungi tempat tumpuan pelancong yang terkenal iaitu Penang Art Street selepas bersarapan pagi di hotel Four Points by Sheraton. PG Golden Tour Day 2 adalah kesinambungan PG Golden Tour Day 1.

Program hari kedua PG Golden Tour:-

  1. Kunjungi Penang Art Street
  2. Melawat Outlet Aurora Italia di Gurney Plaza
  3. Kunjungi PG Gold Museum

Abang Koning bergambar di pantai selepas sarapan pagi

Bila kunjungi Penang Art Street wajib bergambar lukisan dinding yang diabadikan pada emas 0.5gram Public Gold. Dua emas 0.5gram yang bersijil gambar lukisan dinding ‘Kids on Bicycle’ dan ‘Skippy’ tidak lagi dikeluarkan. Secara tidak langsung akan menjadi koleksi terhad kepada si pemilik yang mempunyai emas 0.5 gram ini.

Bergambar lukisan dinding ‘Kids on bicycle’ dan gambar kecil adalah emas 0.5gram Public Gold.

Bergambar lukisan dinding ‘Skippy’ dan gambar kecil adalah emas 0.5 gram Public Gold

Bergambar lukisan dinding ‘Old Basikal’ dan gambar kecil adalah keluaran terbaru emas 0.5 gram Public.

Bergambar di jeti Chew di Pulau Pinang salah satu lagi tumpuan pelancong kerana ia adalah perkampungan Cina dibina diatas boleh dikatakan perkampungan air untuk masyarakat cina yang tinggal disitu. Boleh cari barang cenderahati untu dibawa pulang.

Saya tidak mengambil gambar kedai kerana ia merasakan satu larangan seperti deretan kedai Jonker Walk di Melaka mempunyai larangan berambil gambar digantung pada premis kedai.

Kunjungi Outlet Aurora Italiat di Plaza Gurney.

Selepas kunjungi Penang Art Street dan Jeti Chew, kami telah dibawa ke outlet Aurora Italia di Gurney Plaza merupakan kedai pameran yang menjual barang kemas emas untuk wanita dari Itali.  Outlet Aurora Italian ada tiga kesemuanya. Setiap rekaan Aurora Italia hanya dikeluarkan 100 set sahaja.

Senarai outlet Aurora Italia:

1. Aurora Italia Gurney

170-G-K13 Plaza Gurney, Persiaran Gurney
10250 Georgetown
Penang
 
2. Aurora Italia Queensbay Mall
GF-K6 (Postal No. GF-126), Ground Floor,
Queensbay Mall, Persiaran Bayan Indah,
11900 Bayan Lepas, Penang
 
3. Aurora Italia Mid Valley City
GK-03 & 04,
Mid Valley Megamall,
58000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Selfie di Outlet Aurora Italia

Charm emas pelbagai bentuk

Gelang tangan emas Aurora dan charm Aurora

Charm Aurora

Gelang tangan emas Aurora dan charm Aurora

Makan tengahari di Restoran Kapitan Nasi Kandar

Makan nasi Kandar Penang mari. Melekat bau kari pada tangan walaupun telah dibasuh.

Kunjungi PG Gold Museum.

Bagi saya lawatan PG Gold Museum adalah yang ditunggu kerana boleh belajar sejarah emas dan manusia. Selain itu boleh merasai pengalaman mendulang emas, melihat sendiri cara peleburan perak, merasai pengalaman memegang emas jongkong emas seberat 50kg.

PG Gold Museum milik Public Gold adalah muzium emas terbesar di Asia Tenggara

Abang Koning bergambar jongkong perak 1kg

Peta tiga kawasan melombong emas di Malaysia iaitu Selinsing, Penjom, Raub dan Bau.

Banyak emas digali

Kumpul emas

jom bawa keluar emas

pengalaman mendulang emas

butiran emas diperolehi hasil mendulang

Butiran emas didalam balang kaca yang mempunyak rantai key chain.

Pengalaman mahal dapat mengusap dan memegang jongkong emas seberat 50kg

Video demo proses peleburan perak.

Perbandingan harga jongkong emas 12.5kg pada tahun 2001 dan harga emas terkini. Berbaloikan simpan emas kerana ia menyimpan nilai dan simpanan bersifat jangka masa panjang.

Gambar beramai-ramai dihadapan PGGBC

Pengalaman emas yang diperolehi dari trip PG Golden Tour sangat berharga untuk membina keyakinan yang saya membeli produk emas dan perak dari platform yang genuine. Beli emas dapat emas. Paling best adalah menerima cabutan bertuah emas 0.5gram Weekly Lucky Draw yang dicabut setiap minggu untuk mereka yang membeli belah di PGMall untuk RM30 ke atas. Nama saya telah disebut pada cabutan pertama.

Ambil emas 0.5gram di Public Gold cawangan Sunway. Sebelah kanan saya adalah cik Xinlyn Head Of Branch Public Gold

Emas 0.5gram yang dimenangi hasil cabutan Weekly Lucky Draw dari PGMall

PG Golden Tour ini boleh disertai samada pelanggan atau bukan pelanggan Public Gold dan disyorkan untuk mengenali Public Gold secara dekat.

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (4)