• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI

Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI

22nd March 2012 by akubiomed 87 Comments

Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI oleh SC Premium Bikes.

Sempena pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat Givi saya telah dijemput oleh blogger Broframestone milik SC Premium Bikes Sdn Bhd di Bandar Sunway pada 18 Mac 2012 baru-baru ini. Pelancaran ini tiada kaitan dengan Projek 100 Bloggers yang dianjurkan oleh Broframestone.

Sampai awal di pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat Givi.

Seawal jam 10.30 pagi saya sudah sampai dengan menunggang motor moped Modenas Kriss. Kebetulan Berita Harian edisi hari Jumaat ada menyiarkan mengenai keluaran terbaru Kawasaki iaitu W800 yang retro bunyi macam nama model telefon bimbit Sony Ericsson pula.

Kawasaki W800 special edition

Saya yang pula baru berpisah dengan kekasih saya Kawasaki ZZR250 yang telah bersama selama 8 tahun. Jemputan Broframestone kena pada masanya dan keinginan untuk mengetahui kemunculan semula Kawasaki w800 memberi peluang untuk mendekati motor jenama Kawasaki ini yang sememangnya terkenal dengan gelaran enjin ‘bullet proof‘.

Kawasaki Easy Rider VN900




Sebelum itu saya ingin memperkenalkan pemilik Kawasaki GT World dan Pusat Givi iaitu En. Chua Chern Kwang yang terkenal dengan gelaran ‘Ah Hoi’ adalah pemilik syarikat SC Premium Bikes Sdn Bhd yang terletak di bandar Sunway ini.

Buku Ekspedisi Merdeka 1 Malaysia ke London

Antara percapaian tertinggi En. Chua adalah berjaya melaksana misi Ekspedisi Merdeka 1 Malaysia untuk perjalanan sejauh 20,000km yang memakan masa 2 bulan bermula Malaysia dan destinasi yang dituju adalah London.

SC Premium Bike Sdn Bhd satu-satunya pusat tuning Dyno di Malaysia yang mempunyai pengalaman dan kepakaran lebih 10 tahun didalam memberi khidmat Dyno tuning.

Alamat SC Premium Bikes Sdn Bhd
19, Jalan PJS 7/17
Bandar Sunway
46150 PJ, Selangor
T: 03-5635 3933
F: 03-5638 8502
Kawasaki GT World dan Pusat Givi di SC Premium Bikes Sdn Bhd

You Ride , We Care  – Moto SC Premium Bikes

Pengacara majlis yang hot Mei Sze Choo menghangatkan lagi majlis pelancaran.

En. Chua pemilik SC Premium Bikes memberi ucapan pembukaan
Ucapan oleh GM Kawasaki
Ucapan oleh GM GIVI
Isyarat bagus selepas upacara memotong riben dilaksanakan

Cabutan bertuah oleh En Chua pemilik SC Premium Bikes

Blogger Amar dan Hamzah turut menang bag GIVI hasil cabutan bertuah
Pemenang cabutan bertuah

Goodies yang diberikan SC Premium Bikes

Antara blogger yang hadir ketika pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI.

Blogger Jaws control kacak

dari kiri Acul, Amar, Armujahid, Hamzah

dari kanan Jardness, Anastasyea

2 dari kanan Yanayassin

Saya ingin mengucapkan tanniah kepada En.Chua pemilik SC Premium Bikes Sdn Bhd sempena pembukaan Kawasaki GT World dan Pusat GIVI.

  • Kawasaki MX World pertama di Malaysia
  • Jemputan makan malam bersama Person Edge sempena tahun 2015
  • Pelancaran Z800 dan Ninja 250 baharu oleh Kawasaki Malaysia.

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Mujahid says

    16th April 2012 at 7:39 pm

    Tahniah bro.. kamu dapat hadiah apa ya?

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 7:55 pm

      Biarlah penganjur mengumumkan secara rasmi. 🙂

      Reply
  2. fas says

    16th April 2012 at 12:05 pm

    tahniah biomed 🙂

    singgah n follow sini 🙂

    Reply
  3. Nurul says

    16th April 2012 at 11:19 am

    Tahniah biomed.. dah menang… 😉

    Reply
    • akubiomed says

      16th April 2012 at 11:48 am

      Aduhai, cepat betul cium bau. Terima kasih kepada penganjur dan Broframestone yang menjemput saya. 🙂

      Reply
  4. APAN says

    26th March 2012 at 10:36 pm

    mmg oldskool kawasaki dngn nama sony ericsson tuh…x dpt superbike, dpt yg ni pun jadi.haha…angan2…

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2012 at 12:12 am

      Gaya retro mesti ada follower bro. 🙂

      Reply
  5. Choo Mei Sze says

    26th March 2012 at 4:42 pm

    Terima Kasih kerana tag I dalam post!!! 🙂 Your blog is interesting…keep up the good work!

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2012 at 12:12 am

      Thank you drop in my blog. Nice to meet you. 🙂

      Reply
  6. yas says

    26th March 2012 at 4:06 pm

    En Chua pergi ekspidisi ke London tu dgn sapa lg bro? 2 bulan…tentu banyak pengalaman dinegara org

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2012 at 12:13 am

      Ramai juga mereka berkonvoi dari Kuala Lumpur ke London.

      Reply
  7. sabree hussin says

    25th March 2012 at 11:50 am

    alamak nampak macam berat.. mesti saya tak larat nak bawak

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2012 at 12:14 am

      Memang berat. Alah biasa tegal biasa yang penting perasaan teruja membawa motor berkuasa tinggi seperti ini.

      Reply
  8. Nurul says

    24th March 2012 at 11:04 pm

    Cantiknya gambar.. Terang dan jelas.. Salam kenal.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th March 2012 at 12:22 am

      Terima kasih singgah ke blog saya. 🙂

      Reply
  9. titan says

    23rd March 2012 at 5:36 pm

    hoho..kalau aku ada sebiji kawasaki ni..mesti bertambah kacak lagi. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2012 at 11:24 pm

      Kalau bawa Kawasaki memang lah kacak bro. 🙂

      Reply
      • LangkawiHomestay says

        24th March 2012 at 11:54 pm

        kawasaki er6n ker? tu mmg best.. 🙂

        Reply
        • akubiomed says

          25th March 2012 at 12:36 am

          Kawasaki er6n memang ada.

          Reply
  10. Mujahid says

    23rd March 2012 at 4:39 pm

    datang jengah Bro Akubiomed pulak.
    #apa2 next time kita boleh jumpa lagi ye bro..seronok kenal dengan bro

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2012 at 11:23 pm

      Selamat berkenalan dengan bro. Jika ada peluang masa hadapan kita akan berjumpa lagi.

      Reply
  11. Jomtonton says

    23rd March 2012 at 2:56 pm

    Ramai jugak blogger yang hadir 🙂

    Reply
  12. Jomtonton says

    23rd March 2012 at 2:55 pm

    Hahaha, memang feveret Kawasaki ni..
    Sebab dia hijo.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2012 at 11:22 pm

      Warna hijau sudah sinonim dengan Kawasaki.

      Reply
  13. Norizwan says

    23rd March 2012 at 9:56 am

    cantik lah model motor tu hahahaha

    Reply
  14. suri says

    23rd March 2012 at 9:17 am

    sempat rempit naik motoh ni dulu haaa.. mmg kacak adh tp lenguh tangan badan

    Reply
  15. suri says

    23rd March 2012 at 9:14 am

    asal tak byk gambar motor kawasasaki ini huhu…

    Reply
  16. aimannajmy says

    23rd March 2012 at 4:48 am

    wahh mantap, skang ni masih setia dengan kriss modenas sajer hehe, teringin gak nak pakai moto besaq suatu hari nanti

    Reply
    • suri says

      23rd March 2012 at 9:15 am

      kris buatan malaysia tahan lasak heee.. alah klu ada rezeki lbh blh jer tu bli tpai kena berjimat2 dr skrh simpan wet heee

      Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2012 at 11:32 pm

      Sekarang ini saya tinggal 2 biji motor Modenas Kriss dan Yamaha RXZ.

      Reply
  17. hafizmd says

    23rd March 2012 at 12:18 am

    Mmg nampak retro, tp segak…

    fuhh..dapat bawak tu…fuuuuuuh! cun sgt kongsi gambar ni..lame dah tak layan moto…huhuuuu

    p/s-kuasa blogger sekarang makin dipandangkan bro? terbaiklah…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd March 2012 at 12:50 am

      Saya berpendapat penulisa blogger mempunyai pengaruh yang kuat kerana masyarakat mencari sumber pembacaan alternatif.

      Reply
  18. LadyBird says

    22nd March 2012 at 10:14 pm

    sgt2 berkenan dgn moto2 besar mcm ni.. tp nak buat mcmn.. kaki x sampai..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 10:32 pm

      Alahai kesiannya. Kalau macam itu LadyBird perlu cari abang motor dan LadyBird tumpang dibelakang. 🙂

      Reply
    • hafizmd says

      23rd March 2012 at 12:22 am

      takpe sis…ramai jugak nampak girl yg bawak moto2 camni kat bandar besar…

      Reply
  19. benjy says

    22nd March 2012 at 9:51 pm

    Namun apa yang best dapat berjumpa rakan-rakan blogger 😀

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 10:34 pm

      Sudah tentulah bro Benjy bertambah ramai kawan didunia siber dan nyata. 🙂

      Reply
  20. benjy says

    22nd March 2012 at 9:51 pm

    Hebat motor W800 tu klasik tetapi mengancam … I like it tetapi tak mampu nak beli.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 10:34 pm

      Alah bro Benjy baru RM58k . 🙂

      Reply
    • hafizmd says

      23rd March 2012 at 12:22 am

      samalah kita bang benjy, kalau dapat posterpun jadilah…tampak kat dinding bilik…hehehe

      Reply
  21. benjy says

    22nd March 2012 at 9:50 pm

    Wow ! hebat pelancaran tu … 😀

    Reply
  22. muazfaris says

    22nd March 2012 at 9:49 pm

    wow haritu dah nak pergi tp kena musibah..kalo tak, mesti dpt jumpe korg.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 10:15 pm

      Tak apa nanti ada event lagi boleh kita berjumpa nanti.

      Reply
  23. puanbee says

    22nd March 2012 at 8:04 pm

    wah besntya ..sy tk pergi , di jemput juga pd waktu tu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:29 pm

      Saya ada kelapangan jadi ambil peluang untuk pergi.

      Reply
  24. donnyien says

    22nd March 2012 at 6:21 pm

    Meriah! x rugi datang..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:30 pm

      Bro boleh berdaftar untuk Projek 100 blogger Broframestone.

      Reply
  25. acul says

    22nd March 2012 at 5:33 pm

    perghh… entri lengkap haha. kompem menang kontest nie 😀

    btw smart gile gmbr yg ko amik. kene berguru ni hoho

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:44 pm

      Aduhai bro salah orang ini. Saya sepatutnya berguru dengan Acul blogger yang otai. 🙂

      Reply
  26. yas says

    22nd March 2012 at 5:01 pm

    Pehh…meriahnya tu bro, dah dpt jemputan melayan moto yg kool…dpt lak jumpa teman2 blogger…tahniah bro!!!

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:31 pm

      Bukan selalu ada peluang dijemput menghadiri majlis macam ini. Terima kasih kepada penganjur. 🙂

      Reply
  27. papa mifz says

    22nd March 2012 at 4:50 pm

    wah ramai yer blogger2 ke sano…meriah jer….

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:31 pm

      Ramai jugalah dapat berkenalan dengan mengembangkan rangkaian.

      Reply
  28. tehr says

    22nd March 2012 at 4:13 pm

    Wah, acara yang meriah dengan kehadiran ramai blogger terkenal
    Tahniah untuk kawasaki

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:32 pm

      Sebenarnya Mr. Chua pemilik SC Premium Bikes buka Kawasaki GT World.

      Reply
  29. lunaticg says

    22nd March 2012 at 4:00 pm

    Tahniah….. Ni dah kira femes blogger dah ni kalau penganjur panggil event kan?

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:33 pm

      He..hee..jemputan dari blogger yang terkenal jugalah ni iaitu Broframestone.

      Reply
  30. Kamal Mustafa says

    22nd March 2012 at 2:27 pm

    wah ada juga blogger yang attend event nie,
    kepada peminat2 motor boleh layanlah. kalau tak minat pun boleh ajak kengkawan yang minat.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:33 pm

      Saya memang meminati motor berbanding kereta.

      Reply
  31. eiela says

    22nd March 2012 at 2:26 pm

    motor lampu bulat disukai kat budak2 nih tapi mahal..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:34 pm

      Harga Kawasaki W800 Special Edition adalah RM58k++

      Reply
  32. auc dot com says

    22nd March 2012 at 12:40 pm

    best tu dah lah boleh tengok motor dpt hadiah
    yg penting dpt jumpe blogger lain
    memang best 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:34 pm

      Peluang mengembang rangkaian kenalan sesama blogger.

      Reply
  33. madammondoq says

    22nd March 2012 at 11:53 am

    amboii.. seronoknya uallllzzzz…. kawasaki teringat lawak ke der pulak.. haha..

    Reply
  34. Tuan Tanah says

    22nd March 2012 at 11:46 am

    kawasaki still 1st choice peminat bikes di malaysia..
    cun tshirt tuu..;)

    event ni x sempat pi sbb ada meeting di kuantan..next time sure kena mai nie..;)

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:35 pm

      Harga Kawasaki mampu milik. 🙂

      Reply
  35. nurmisnan says

    22nd March 2012 at 9:12 am

    hohoho… Kawasaki w800 memang gerek sehh… hik3
    good 4 u brother.. mula2 biasakan dgn event.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:35 pm

      Motor ini perlu dibawa santai tidak boleh pulas macam superbike.

      Reply
      • suri says

        23rd March 2012 at 9:18 am

        ha..kena bwk sepenuh jiwa haa..jgn bwk slow mau gak berjam sampi ke destinasi

        Reply
  36. Ladfe Amir says

    22nd March 2012 at 8:49 am

    mmg masih lagi klasik nampaknya. harap ianya selesa bila ditunggang.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:36 pm

      Motor ini untuk orang-orang yang sabar kerana cara memboncengnya santai. 🙂

      Reply
  37. anif says

    22nd March 2012 at 8:44 am

    Retro bike tu! Memang cool! 😀 Harap Kawasaki memperkenalkan semula model Zephyr!!

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:36 pm

      Saya minat gila Kawasaki Zephyr ini.

      Reply
      • anif says

        22nd March 2012 at 11:02 pm

        Motor Legend tu! 😀

        Reply
  38. Hazmin Hamudin says

    22nd March 2012 at 8:32 am

    Best bila dapat pergi event dengan blogger2 lain.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:37 pm

      Peluang berkenalan blogger otai dan baru.

      Reply
  39. azmanisma says

    22nd March 2012 at 7:58 am

    wah kacak juga kawasaki tu yer….tak teringat kat janda lama ker.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 9:37 pm

      Sudah tentu teringatkan kekasih lama bro. 🙂

      Reply
      • suri says

        23rd March 2012 at 9:19 am

        janda haa… mesti terkenang gak tu walau sekli dua wawawa..

        Reply
  40. bardboo says

    22nd March 2012 at 7:23 am

    wah semua blogger2 hebat yg pergi ni.. =)

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 7:28 am

      Jemputan broframestone kena tepat pada masa pelancaran Kawasaki W800.

      Reply
      • adamfaiz says

        22nd March 2012 at 11:55 am

        Brp rege nye bro… spec cane? (Terasa nak jadi mat motor semula)

        Reply
  41. jardness says

    22nd March 2012 at 6:04 am

    hahaha.. oi! gambar candidi aku! been nice meeting u there. cantik gmbr!

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 7:27 am

      Gambar candid barulah thrill. Nice meeting you too. 🙂

      Reply
  42. kulanz says

    22nd March 2012 at 12:56 am

    Beruntung dapat jemputan join event macam ni..
    motor w800 tu memang lawa.. tapi harga pun boleh tahan juga..

    Reply
    • akubiomed says

      22nd March 2012 at 1:26 am

      Saya memang minat motorsikal berbanding kereta. Bila tahu ada Kawasaki w800 hendak dilancarkan saya mengambil peluang untuk melihat secara dekat.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in