X
    Categories Umum

Pasang tinted cermin rumah secara DIY

pasang tinted cermin rumah secara DIY

Saya sudah berhasrat nak pasang tinted cermin rumah pada tingkap. Kebetulan Mr Diy buat promosi bulan Julai ada menjual window film untuk dipasang pada cermin kereta pada harga sangat murah.

Jimat kos pasang tinted cermin rumah secara DIY.

Tak susah nak pasang tinted pada cermin tingkap secara DIY. Boleh pasang sendiri dengan mudah.

Peralatan yang diperlukan sebelum pasang tinted cermin rumah.

  1. Windows Filem @ Tinted Film
  2. Botol spray berisi air sabun
  3. Water scraper boleh didapatkan dari Mr Diy
  4. Pisau
  5. Tape
  6. Scraper atau kad kumpul point

Bersih tingkap dari kekotoran sebelum pasang tinted.

Sebaik-baiknya sebelum pasang eloklah cuci dahulu permukaan cermin tingkap dari kekotoran.

Guna berus untuk hilang kekotoran dan mata pisau @ blade boleh digunakan untuk membuang kekotoran degil yang melekat.

Nanti pasang tinted pada permukaan cermin tidak rata dan kemungkinan tidak melekat dengan baik.

Boleh ukur saiz cermin dan potong tinted ikut saiz.

Tinted film ini mempunyai pelekat dan satu lapisan plastik perlu ditanggalkan.

Cara hendak menanggalkan lapisan plastik daripada pelekat adalah lekat tape kedua-dua belah permukaan dan kemudian tarik.

Sembur air sabun pada permukaan pelekat tinted semasa membuang lapisan plastik.

Bila sudah sembur air sabun supaya pelekat tidak melekat kerana ada statik caj dan mudah laras pada permukaan cermin tingkap nanti.

Guna tape tampal dikedua-dua muka lapisan tinted untuk buang plastik pada pelekat tinted

Sembur air sabun pada cermin supaya lapisan tinted mudah lekat. Pastikan permukaan tinted yang ada pelekat gam pada arah cermin.

sembur air sabun pada cermin tingkap

Laraskan tinted pada cermin tingkap dan air sabun pada permukaan cermin membatu melaraskan tinted dengan rata.

Kemudian sembur air sabun diatas permukaan tinted yang telah dilekatkan pada cermin tingkap.

Tujuan semburan air sabun tadi untuk memudahkan kerja menarik scraper supaya tidak kesat ditarik.

Tarik scraper supaya saki bagi air sabun diantara pelekat dan cermin ditarik keluar.

Jangan bimbang kalau ada permukaan yang tidak cantik dan kemas. Tinted boleh ditanggalkan dan pastikan sembur air sabun pada permukaan tinted dan cermin sebelum tampal.

Setiap kali sebelum tarik scraper boleh sembur air sabun supaya mudah rata dan tidak kesat semasa meratakan tinted.

tarik scraper untuk tinted lekat rata pada permukaan cermin

Berpuas hati dengan pemasang tinted cermin tingkap secara DIY.

Orang daripada luar tidak nampak didalam rumah dan rumah menjadi lebih redup kerana cahaya matahari ditapis oleh cermin tinted gelap. Modal tidak besar untuk pasang sendiri.

Tinted cermin murah dari Mr DIY

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (33)