X
    Categories Umum

Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali

Panduan mengunakan mesin rumput sandang

Disini saya ingin berkongsi panduan bagi mereka yang mengunakan mesin rumput sandang buat pertama kali. Memandangkan saya ada mendapat trafik mengenai mesin rumput ini.

Mesin rumput sandang yang saya guna adalah jenama Okazawa BG328AE buatan negara China.

Klon kepada mesin rumput jenama Tanaka Jepun.

Didalam entri ini saya tidak berkongsi perbandingan yang mana satu jenama lebih baik kerana sudah tentu yang berjenama harganya lebih daripada yang klon.

Memandangkan saya bukanlah heavy user cukup setakat untuk memotong dihalaman rumah sahaja.

Sudah 2 tahun saya mengunakan jenama Okagawa ini untuk kerja-kerja mesin rumput tanpa sebarang masalah.

Tali nilon ini saya beli di kedai Hardware pada harga RM5.

Saya tidak guna bilah salah satu sebabnya keselamatan dan bila guna nilon kurang batu kerikil melayang.

Saya memotong rumput pada kelajuan tinggi.

Ada 2 cara untuk memasang tali nilon pada piring mesin rumput seperti didalam gambar tali nilon kuning berpintal dihujungnya dan tali nilon oren tidak.

Semasa memotong rumput, tali nilon ini akan haus dan perlu ditukar.

Contoh pemasangan tali nilon berpintal pada piring. Kelebihan guna tali pintal senang nak tukar

Contoh pemasangan tali nilon pada piring. Pastikan tali nilon masuk lubang dan dipasang secara bertentatangan.

Ambil masa untuk memasang dan menukar.

Botol bancuhan minyak dan minyak 2T. Nisbahnya 1 tutup minyak 2T dan 600ml minyak.

Enjin mesin rumput ini mengunakan enjin 2 stroke perlukan pelincir minyak 2T supaya enjin tidak panas dan jem.

Sekali bancuhan cukup untuk saya memotong rumput dihalaman rumah yang tak besar.

Cara menghidupkan mesin rumput buat pertama kali.

Pusing penutup minyak ke bawah untuk membuka pengaliran minyak ke dalam enjin.

tuil angin masuk kaburator berada posisi bawah.

Tolak tuil tali minyak sedikit. Kemudian tarik tali sawat. Butang merah pula kegunaan untuk mematikan enjin.

Jika enjin masih sejuk.

Boleh tarik angin masuk kaburator ke atas.

Apabila enjin sudah hidup letak posisi tuil pada kedudukan asal.

Apabila habis digunakan boleh keluarkan baki minyak ke dalam bekas minyak.

Kemudian tutup minyak. Cara ini dapat mengelakkan plug basah apabila digunakan nanti.

Teaser sedikit rumput dihalaman rumah selepas dipotong.

AkuBiomed: Boleh berkongsi tips dan panduan tambahan diruang komen dibawah.

akubiomed :Akubiomed - Malaysian Lifestyle blogger. Paid product review, advertorial and event.

View Comments (47)

  • ni adalah salah satu mesin yang saya tak pernah guna, walaupun bapak saya ada mesin tu... takut takleh handle kang mesin makan kaki pulak hehehe

  • Ada juga panduan. haha terbaik, dulu 1st time guna galas dulu, nak start susah :P
    Nak selamat guna tali, nak cepat guna bilah..sebab jenis rumput sambau atau rumput tua2, tali tak makan.
    Gambar tu terbaik, kalau ada skill photographer, kamera cun, memang banyak dah panduan nak guna semua ni.

  • Mesin rumput saya tu dah tak tahu kenapa, masa potong rumput minyaknya keluar. Berapa kali repair dah tak lega-lega. Sudahnya duduk senyap2 bawah tangga. Tanaka tu. Sia jer kena tipu dengan Jepun. Hmmm...

    • panduan yang sangat berguna dan ia memang menjadi keperluan kepada mereka ada mesin pemotong rumput

  • akhirnya saya bisa berkomentar di blog abang ini .... setelah sebleumnya saya coba berkomentar ... tapi komentar saya tidak bisa muncul ... senangnya....

  • Inilah mesin rumput paling 'Favorite' dan boleh buat macam-macam aksi. Selain tu dijadikan juga sebagai mesin urut automatik. :D