Misi Ops Ulat Buku mencapai objektif.
Hari ini aku menjalankan Ops Ulat buku selepas mendapat maklumat risikan bahawa banyak buku rujukan, nota-nota pengajian, majalah dan fail-fail lama yang perlu dilupuskan sebelum WikiLeaks membuat pendedahan maklumat-maklumat ini kepada awam boleh menjejaskan kestabilan kehidupan seorang blogger.
Tarikh: 23hb Januari 2010
Objektif operasi: Menyelamat dan memusnahkan dokumen
Waktu operasi bermula: 1400hrs
Waktu operasi berakhir: 1745hrs
Jumlah korban: 0
Status misi: Semua dokumen rahsia berjaya diselamatkan dan misi mencapai objektif
Ops Ulat buku dilaksanakan oleh pasukan Paskal dengan kekuatan anggota 6 yang diketuai oleh AkuBiomed sebagai ketua platun dan isteri sebagai penembak tepat dan anak-anak sebagai peninjau memastikan baby Aslah masih di posisi tidur. Operasi mengunakaan taktikal 5S (Sisih, Susun, Seragam, Sapu dan Sentiasa Amal).
Operasi bermula dengan menukarkan bilik bacaan dengan bilik tidur anak. Pada mula aku tidak bercadang hendak mengalih tempat tidur anak-anak aku tapi disebabkan semasa pembuangan air tangki selepas membaiki paip bocor telah menyebabkan bilik anak aku dan bilik bacaan banjir. Puncanya kerana aku terlupa yang aku telah letakkan batu diatas penutup lubang air. Habis buku-buku rujukan, nota-nota pengajian dan koleksi majalah yang aku simpan sejak zaman bujang basah terkena air. Aku menjumpai beberapa keratan akhbar tahun 1995 kerana petikan artikel ini disimpan untuk rujukan. Memang sejak bujang apabila aku ingin mengetahui mengenai sesuatu perkara aku akan membeli buku, membeli majalah atau menyimpan keratan akhbar sebagai rujukan. Zaman aku dulu mana ada Google dan Yahoo! pada ketika itu baru nak hidup 🙂
GRAB THE MAD DEAL OF THE DAY AT MILK A DEAL! RM 30 PROMO AT IVAN & MAX!
Aku ini susah benar membuang buku-buku lama walaupun isteri aku berulang kali menyuruh aku membuang mana yang tidak perlu kerana aku baca kembali membaca jadi amat payah kalau hendak dibuang. Kalau di ikutkan aku ada sekotak besar koleksi buku komik bahasa Melayu yang aku beli semasa kecil dahulu pada harga 70sen. masih tersimpan di rumah orang tua ku. Memang berat hati ini hendak membuang kerana kandungan ilmu kalau hendak dibandingkan dengan menjual kepada peraih surat khabar lama adalah ‘Price less‘.
RM 15 PIZZA/PASTA AND ICE LEMON TEA PROMO AT ALLEGRO! MAD DEAL!
p/s: naik baik tidak terjumpa surat kekasih lama kalau tak nahas 🙂
Kalau ada sesiapa yg nak membuang buku2 lama, tak kisah la komik ke novel ke, apa sahaja yg lama… Hubungi la saya terus 013-5967731
haha..kalau jumpa surat awek tu, mesti isteri tersenyum dan berkata, eee gatal juga abg yer..hahaha
disebabkan minat aku yang suka membaca..memang kat rumah aku penuh dengan majalah serta komik2 lama.
tak dicampur lagi dengan buku2 yg aku suka baca.
kerja kemas mengemas buku2 lama ni mmg dah lama dibuat. tapi still nampak berselerak sbb buku2 tu masih berada di bilik stor (sudah disumbat dalam plastik putih). aku bercadang utk jualnya kat kedai scrap, tapi blm berkesempatan utk ke sana.
Sayang nak jual kerana saya ini jenis baca kembali apabila duduk sorang-sorang didalam bilik bacaan
ooo ada bilik bacaan ke??memang selesa kan..buku2 yang lama sekurang-kurangnya ada tempat untuk disimpan..hehe
surat kekasih lama tu paling bahaya.hii..
Nasib baik tidak terselit dimana-mana buku 🙂
saya masih teringat ttg buku lama.. bnyak juga di umah saya..buat kenangan pada cucu-cicit..hahahaha
p/s :- saya adakan contest blogger Malaysia..untuk maklumat lanjut boleh layari – http://arsyadmaster.com/blog/contest/
Teringin nak adakan bilik khas dan rak untuk buku sahaja tapi kewangan amat terhad.
Mengenai contest yang bro anjurkan memang menarik dan lumayan
awat tak cakap..leh jumpe kat rawang,sebab sekarang stay dirawang…
La rasa kecil sahaja dunia ini 🙂
Salam, fuh operasi besar2an tu, sib baik x keluar kt berita tv3…hehehe.
Memanglah syg nk buang bnda2 lama, saya pun ada berkotak2 buku majalah, novel, paper, suami suruh buang je sbb menyemak kt dlm stor katanya, tp syg nk buang, sampai skrg masih tersimpang, yg xtahan tu baju yg xpakai pun berbeg2 ada, suami kata buat apa simpan dah tak muat pun….hahahaha.
Pssttt nasib baik tak jumpa surat cinta dari kekasih lama, klu tak naya je…hahahhaha
Sama dengan isteri dirumah memang suruh buang tapi saya masih sayang. Buku dan majalah ini sudah jauh dibawa ada yang dari Sarawak dan Sabah sebab masa bujang bekerja di sana
macam kes aku..buku lama memang milik aku. baju2 lama milik wife. barang permainan lama hak milik abg long.
last sekali..satu bilik kena dikorbankan jadi bilik stor.
Ha..haa.. betul-betul dari bilik dah jadi setor 🙂
haha..baru ada tempat yang khusus untuk menyimpan barang kan..
memang betul tu bro. saya pun ada juga simpan koleksi yang saya minat. susah benar nak buang atau jual. huhu. aset penting buat saya.
Walaubagaimana pun satu hari nanti kena fikir apa yang hendak buat dengan semua buku dan majalah
kisah yang membuat aku berdebar debar sebelum menbaca nya 😀
Ps: dah lama tak Overhoul bilik aku 😀
Oh ye ker. Jangan marah yer. Apabila kejayaan anggota Paskal menumpaskan lanun Somalia menjadi inspirasi kepada saya untuk menulis entri ini
hehhehe..menarik cara ko olahkan cerita ops ulat buku nih..siap ade keratan akhbar tahun 1995.
lama tuh…
aku yan paling lama pun keratan tahun 2005
yang tulis pasal amalina dapat 17A…
aku simpan sampai skang..heheh
Ehh ada apa-apa ker simpan keratan Amalina? Dimana sekarang ini Amalina ini?
wahh nostalgia sungguh korang yer..haha
Sekejap bro nak gelak jap.. har har har har har kih kih kih!
ok ok.. tertipu gak aku dgn titlenya.. pergh. Ingatkan operasi yg betul2 tu. Tapi baguslah, kemas sikit rumah tu takdelah nyamuk aedes buat banglow. Cuma kalau majalah tu, aku tengok ramai yg jual second hand. Ada yg beli tau.. Surat khabar 1995!!! muzium tak nak ker..? hi hi
Sabar-sabar jangan marah. Keratan akhbar The Star tahun yang bertarikn 1995 adalah mengenai Malaysia Open ketika adik beradik Sidek seperti Rashid, Jalani dan Razif Sidek didalam skuad badminton negara
kalau sesuai dengan historynya, mungkin muzium pun buat koleksi..hahaha
kat umah saya majalah ujang banyak ar… sekarang nipun still kumpul novel grafik dari kartunis Gempak.. hohoho
Memang hebat bro rajin simpan koleksi dahulu saya minat kumpul majalah hasil lukisan kartunis tempatan antara majalah yang masih simpan adalah Fantasi. Majalah Fantasi pernah di ban oleh KDN
dulu aku pun pernah kumpul gak masalah Fantasi..tapi baru je start nak banyak kumpul..tup2..sudah dihentikan pengeluarannya
Itulah saya antara follower dari jilid pertama majalah Fantasi
operasi begini memang merbahaya kepada hidung
aku memang tak tahan
silap2 dapat selesema
Saya semalam pakai mask jenis N95 kalau tak pakai memang meleleh hingus dan bersin
haha..kepada yang ada seduan ataupun alahan, memang bab kemas mengemas ni diserahkan pada org lain..adoii
aku dulu belambak gila komik…ckp ja apa..ujang? gempak? kawan? komik hongkong..sampai penuh kena letak stor belakang..alih2 juai ja ish ish
Bro memang pembaca komik yang tegar. Saya sekarang telah beralih arah kepada bacaan mengenai jentera dua roda
Saye susah skit nak buang buku2 lama…Semuanya masih elok disimpan dirak buku…Walaupun kekadang dah berhabuk dan dah bertahun tak bace…hehehehe…..
setiap sem ketebalan nota sy mencecah 30 cm..buku apatah lg..yg kertas2 ni xtau lah nak sumbat mana..huhu
Sekarang sudah senang boleh scan dokumen burn didalam CD
buku lamer2 nie memang banyak memori..
dekat rumah ader lagi tapi banyak yang rosak..
ader yg terpaksa dibuang..mmg sedih..
serupa la macam aku..koleksi buku buku lama sampai berkotak kotak..bukan kotak kecik, tapi kotak besar gedabak..tu pun separuh dah kene jual + donate kat library sebab wifey aku bising bilik stor penuh dengan buku2 + majalah2 lama yang aku kumpul dari zaman bujang..
Lipas buang sarang pun ada. Bagus bagi buku yang masih elok kepada perpustakaan
me keje texas tahun 2000 ke 2001 kalau tak silap..
Salah satu sebab tidak memilih Texas kerana dekat sangat dengan rumah kerana boleh jalan kaki sahaja. Nak tergelak pun ada apabila beri alasan kepada orang tua kenapa tolak tawaran sebab tidak mahu minah kilang serbu semasa open house raya. haa..haa..
hahaha..ada ke mcm tu..peminat rahsia ramai akubiomed ni..haha
buku lama2 sudah selamat…. selamat dilupuskan… kejamnya abah aku.. warghh
paling susah dan leceh mengemas adalah mengemas buku. nak buang sayang nak simpan macam semak pulak. masa mengemas pun kita sempat baca lagi.
Memang tak jadi kemas kerana leka membaca dan belek 🙂
ingat apalaa tadi sampai nak dari wikileaks nak buat pendedahan. rupanya nak mengemas rumah. suspen jer baca post ni. tapi ada simpan lagi ea buku2 lama?? saya pun masih simpan lagi buku masa form 4 & 5. nak wat rujukan senang. hehehe…
Nak buat rujukan? atau nak selak celah helaian ada surat cinta monyet?
buat rujukan jer. mana ada surat surat cinta monyet. hahaha…
Aiseh baru nak serkap jarang mana tau mengena. haa..haa..
baguslah kalau tiada yang cedera dalam misi!!
Mas… dari pada dibuang, mendingan buku2nya disumbangin ke saya donk, biar ngirit resiko :p hehehe…
salam ngeblog dari bandung 🙂
bila buku dh byk nak buang mmg sayang hiii.. lebih2 lagi majalah yg berinfo
Memang saya tapi apa nak buat sebab ada yang sudah rosak kerana terkena air 🙁
huu.. banyak tu klu dah cecah sekotak dua hee..
ops sini dah baung gak datpi kerjanya bilalah nak htr kat kedai kitar semula huuu..
Itu sudah semestinya akan dijual kepada peraih suratkhabar lama
buku lama dan newspaper yang boleh direcycle elok jual.. untung lagi..
Hello bro,
buku lama jangan dibuang bro.. simpan untuk rujukan anak2 masa depan..
Anak-anak sudah tidak gunakan lagi kerana silibus zaman mereka berbeza dengan zaman saya 🙂
bro peminat komik ke? haha…bro baca komik apa dulu?..sy pun sama, komik dah penuh 2 3 almari..hahaha
Komik yang saya baca adalah dari pelukis tempatan pada awal zaman 80an saya pun tidak berapa ingat. Pelukis yang saya gemari pada masa itu adalah Pot Jr
ngape lelaki susah benar nak buang buku/paper & majalah lame?
Ops di Rawang? alamak allergic cikit bila dengar Rawang nie..
Rawang kat mane?
Komander beri arahan lokasi perlu dirahsiakan kerana ia akan menjejaskan isu keselamatan mangsa 🙂
hahahha yg penting ibu pejabat mesti kat Hutan lipur kancing =)
Memang betul apa yang Elly katakan bahawa lelaki suka simpan buku dan majalah kerana senarai komen entri ini telah membuktikan 🙂
semua yang dikumpul tu ada sentimental value..lebih2 lagi yang berkait dgn ilmu..memang price less..abah dan mak suka kumpul majalah keluarga dan masakan, so daripada situla belajar memasak dan tgk hiasan dalaman hehe
Dahulu saya pun begitu.. simpan semua barangan/buku/majalah. Tetapi makin lama saya dapati ruang dirumah tidak cukup untuk menampung kesemuanya. Akhirya terpaksa juga melupuskan sebahagian daripadanya. Hanya menyimpan yang penting sahaja.
Saya bercadang hendak scan artikel penting jadikan e-book kemudia burn didalam cd tapi masa membataskan
aku ada komik jejak wira, pendekar laut dan macam-macam lagi dari mula sampai habis, peti ais lama yang dah rosak aku gantikan jadi tempat simpan komik tu. aku letak kat belakang rumah lama aku…tiba-tiba hilang DBKL yang angkut huhu…tapi memang rupa peti ais macam sampah….huhu menangis frust tonggeng tu, macam putus cinta….
Kuat baca komik yer bro tentu sudah hafal watak dan aksi-aksi menarik
hehe…hobi…=). sudah tentu boleh hafal watak, sinopsis ceritanya dan pelbagai lagi….tapi sekarang tak ingat da, benda dah lama sangat dah hehe…
Saya tidak berapa mengikuti perkembangan komik dari pelukis Hong Kong kerana sirinya terlalu panjang dan saya cepat bosan
samalah bro..dulu aku layan gak pendekar laut, wira tunggal, jejak wira n alam perwira.
jejak wira masih aku beli..smplah aku stop baca kira2 setahun lbh juga. tapi masih lagi baca curi2 kat kedai buku.
pelik!? kenapa dipanggil ulat buku? kenapa tidak dipanggil kura-kura atau arnab buku? haha.
Sebab didalam buku lama yang dah lapuk memang ada ulat suka makan helaian kertas hingga berlubang 🙂
wah..memang besar-besaran r operasi nie..Texas Instruments dan Faber Medi-Serve nie keje mende erk..
Texas Instrument kerja di kilang elektronik saya tolak tapi Faber Medi Serve tawarkan khidmat sokongan hospital saya terima
ooo cm2..moga2 dimurahkan rezeki
Kedua-dua surat tawaran kerja yang saya pada tahun 1996. Ini bermakna surat tawaran tersebut sudah berusia 14 tahun
nampaknya misi sudah berhasil tanpa sebarang kemalangan 😀
Betul bro cuma tidak tahan bersin dan kegatalan akibat habuk 🙂
aik….tiba2 je dlm dashboard MoM nampak backlink…
Kak Jie saya kurang faham?
maza juga amat payah mahu melupuskan semua buku2 lama…
sampai skrg masih tersimpan lagi buku2 masa sekolah rendah di kampung.. heheheh
Hui lagi lama. Ayah saya masih simpan kubu sekolah yang ditulis oleh Pendita Zaaba