Misi diet diperlukan selapas Raya.

Bila lepas Raya ramai yang akan bimbang masalah berat badan akan naik dan rejim diet diperlukan. Biasanya didalam bulan Ramadhan, berat akan turun kerana disiang hari berpuasa. Saya berjaya mengempiskan perut dan menurunkan berat badan. Tidaklah dapat six pack tetapi hati gembira seluar yang biasanya muat-muat sudah mula longgar.
Blog perlukan diet supaya ringan dan cepat loading.
Saya dari sebelum Raya lagi sudah mula mengodek blog AkuBiomed supaya ringan tak berserabut dengan perkara yang tidak diperlukan. Untuk rejim diet blog saya telah mengurangkan pengunaan plugin secara tidak sedar punca konflik blog AkuBiomed selama ini dengan theme Twenty Twelve yang digunakan.
Obses sangat hendak guna setting yang tidak diperlukan.
Saya ini tidak pernah serik kerana beberapa kali blog ini mengalami masalah penurunan trafik secara mendadak berpunca ia tidak mesra bot crawling. Banyak error di Google Webmaster. Memang sakit hati dan sakit mata asyik delete Error 404.
Kehidupan seorang blogger tidak sentiasa indah.
Lebih terkilan apabila Google Analytics tidak rekod data yang diperlukan untuk analisa blog. Semuanya salah diri sendiri gatal-gatal usik dan bereksperimentasi theme blog. Nasib baiklah tidak sampai blog crash. Kalau tidak berlaku masalah tidak akan belajar dari kesilapan walaupun ia memeritkan.
Bila tikus membaiki labu.
Saya bukanlah mempunyai pendidikan IT tetapi Kejuruteraan Elektronik Perubatan. Melihatkan ada rakan blogger yang bukan IT mampu mengodek kod dengan baik seperti Ezil. Tak apalah saya mengunakan pengetahuan yang sedikit dan hasil carian Google untuk mencari ilmu membaiki blog.
Adakah berpuas hati dengan rejim diet blog?
Sudah nampak perkembangan positif selepas membuang dan mengodek setting pada blog. Nampak rejim diet blog sudah menampakkan hasilnya bagi saya besar dengan ilmu blogging sebesar saga.
Berita gembira mendapat tawaran sponsored post dari luar negara
Beberapa hari lepas telah berlangsung komunikasi dengan advertiser dari luar negara yang berminat menawarkan sponsored post kepada blog AkuBiomed ini. Harap perbincangan dengan advertiser tersebut berjalan lancar dan mendapat persetujuaan positif antara 2 pihak. Sudah tentu saya mahu pulangan yang bagus. Terima kasih kepada Zeo Unic memberi khidmat nasihat apa yang perlu dilakukan.
Paling susah bagi saya, nk dietkan blog lepas raya..emmm..
cis, tertipu aku dengan tajuk. ingat ko yg nak diet. cam gemuk plak kan. rupanya pasal blog, anyway aku suka dengan penampilan blog ko. kemas dan paling penting minimalist. sedap mata memandang, membaca dan klik2. hehe…
Minta maaflah bro. Bukan disengajakan. 🙂
Blog pun kena berdiet jugak ye bro. Hehe. Hebat dah tu GTmatrix blog bro.
Kita pun dalam misi yang sama..moga berjaya…
takpe berat pun.. asalkan jgn buncit ekekeke…
tuan empunya blog naik berat badan, tak mengapa, tak nampak sgt sbb tinggi…
tu score A blog tu … bagus benarlah 😉
tak berat lagi tu bro..haha….
Sekarang saya sudah kurang godek-godek koding theme. Tak berapa nak rajin. 🙂
Blog yang loadingnya laju bagus untuk seo. Pembaca pun tumpang gembira tak perlu tunggu lama untuk tunggu.
bro Neu memang terbaik, tak lokek ilmu… 🙂
Beliau mempunyai pengalaman luar. Beruntun berkenalan dengan beliau yang tidak lokek ilmu.
markah A tu… bagus.. teruskan berdiet…sy pun dalam proses nak buang sikit lemak2 kat blog saya…
Selamat menguruskan blog. 🙂
Den rayo berat tak bertambah pun maintain haha
Harap berkekalan sehingga lepas berkahwin.
Terbaiklah dapat sponsored post. Zeo Unic tu tahap Sifu dah ba-bab cam ni 😀
Rezeki. Tak rugi pasang ‘contact form’ untuk senang Advertiser berhubung.
Baguslah diet blog Bro ni heheh, Saya pun belajar dari kesilapan, saya pernah ada masalah dengan plugin dalam blog, blog tak boleh open dari kerana plugin tak sesuai, dengan bantuan akak yan Alhamdulillah pulih.
Dari pengetahuna sebesar saga itu In Shaa Allah kita akan nampak hasilnya.
Baru perasan ada satu plugin punca masalah tidak compatible dengan theme blog yang digunakan.
bila byk baca ttg tips blog nie. mmg kita akan rasa nak edit itu dan ini..
tapi bila berlaku kesilapan.. mulalah pening kepala.. . 😀
Bila lihat blog orang lain ringan rasa cemburu itu ada untuk baiki blog sendiri.
berat kita lebih kurang sama. berat saya tak berubah masa puasa dengan raya.
cantik skor tu bro. laju. blog saya entah bila dah godek2 bagi ringan lagi.
Untuk ketinggian saya yang 175cm manakala berat badan pada paras minimum ideal.
blog nak diet..tuan blog pun nak diet….dua-dua kena jaga
Tumpuan sekarang diet untuk blog.
oversea sponsor…dasat wei!!!! harap everything goes smoothly…saya just tulis blog je…langsung tak peduli performance huhuhu…tak tau pun…..
alamak bro, aku dapat 78 jer dari score
Dalam jaga-jaga skor kadang kurang cantik.
okehh..teruskan diet ehh.. hehe
dasat seh dapat sponsored post..ohoho..tahniah..bila tah aku nak up kan blog health aku tu….hoho
Rezeki bulan Syawal. 🙂
Masih blur…tak paham apa yang diceritakan…blog kurus ke tak..ada error, macamna nak check…aduh blurrr!…
First time singgah sini. Sekurang2nya pengetahuan sebesar saga itu mampu menghasilkan kepuasan. Saya ni baru aje belajar blogging dengan zero knowledge. Tak berani nak dietkan blog ikut suka hati tuanpunya takut crash boom bang!
Tak apa belajar perlahan-lahan.
menariks! 🙂
den ada banyak error gak. ada cara fix lain selain dari delete log?
Banyak faktor menyebabkan error ini. Kadang setting kod theme boleh menjadi punca masalah.
ow.. kena rujuk dengan eizil nampaknya
Tahniah… Blog semakin mantap…. Semoga ada feedback positif dari advertiser luar negara…
Tidak pernah serik mengodek biarpun memberikan pengajaran yang perit kepada saya.
Sama-sama diet. Blog aku takde nak berdiet lagi sekarang, Biorkan je dulu mcm tu. Kemudian kemudian baru nak bagi dia diet.
Blog kalau berat tidak mendapat keutamaan untuk indek.
dah mula diet ni tapi dari jauh mata mula jelinh2 kuih raya manis ya ampun..
Kalau tidak tahan godaan kuih Raya berikan kepada jiran sebelah rumah. 🙂
satu pencapain yg harus si banggakan
saya salah sorang berat badan dah naik masa raya ni….huwaaaaaaaa….
Bila SA direct pi kat blog AB memang nampak mcm x berupdate..thats y menyumbang ke arah kurang trafik kot…apapun.. SA dah subscribe supaya SA tau AB ada entry terbaru…hehehe…bijak x?
Blog AkuBiomed ini ada masalah cache. Harap akan selesaikan masalah ini secepat mungkin. Satu cara adalah clear cache pada browser.
Myra pun kekadang timbang berat blog takut sama berat dengan tuan blog..hehee
Tp klau blog ringan mknanya tuan dia pun ringan la kan..
Apapun tahniah dapat SP tu ye 🙂
ini baru di namakan tuan blog dan blognya berlaku adil
Tak berkaitan kot. 🙂
lepas raya semua cerita pasal berat badan.. berat blog pun sama..
Topik hangat selepas Raya. 🙂
tu yg saya musykil tu. berbulan-bulan saya bukak blog AB kelihatannya macam tak update. Tapi dalam fb setiap hari ada entri baru…
sbb tu la saya malas sangat nak tukar theme blog saya. sekali buat, macam2 nak setting semula.
ada masa ok hada..tak der masa tu malas shaja alahai
Maaf, blog saya ada masalah cache. Cuba clear cache di browser.
rasa macam nak bagi blog sweetkurma more slim n pretty hehe
Akak Siti memang sweet seventeen. 🙂
bila kita godek dan gagal tapi terus godek sampai berjaya, selalunya hasil yang dapat lebih memuaskan hati kita 🙂
Bukan godek sesajer tau bro. 🙂
score A ni kira best student lah kan? saya dah lama tinggal dunia blog, dah tak reti nak betulkan balik performance blog. Ilmu semua dah hilang, kena menuntut balik lah nampak gaya.
Tak apa. Orang muda cepat tangkap. 🙂
Blog juga perlu kurus utk memikat hati pembaca dan enjin carian…
tahniah bro dapat score A…terbaiklah!
Skor GTMetrix ini bergantung banyak faktor. Harap lebih konsisten pada masa akan datang.
yg skor Y slow tu selalu kacau daun…
ada tips tak bro?
betul bro, yang ni lebih pantas.. menarik lak dropdown menu tu.. theme sama twenty twelve ni memang mesra SEO dah..
Terima kasih maklum balas yang diberikan. Terasa kepuasan. 🙂